Tak Puas Hati

Bagaimana cara menulis pantun 4 baris?

Malam ini sambil rehat, sambil layan TV2 cerita Do Re Mi, aku buat satu klip video untuk korang tengok bagaimana cara aku tulis pantun 4 baris. Pantun tak puas hati.

Kokok ayam waktu subuh,
Ambil berkat pergi mandi;
Kalau diam berpeluk tubuh,
Sampai kiamat tak puas hati.

Cara aku memang macam tu. Fikir dan tulis 2 baris maksud pantun terlebih dahulu. Dua baris pembayang pantun aku fikir dan tulis kemudian. Selepas tulis maksud pantun.

Korang pulak macam mana? Sama dengan cara aku tulis pantun?

TehrDemikian kisah 'Tak Puas Hati' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


41 Comments

  1. titan says:

    ada juga pantun tak puas hati rupanya ye. hehe
    titan baru je tulis kisah Bagaimana saya dapat RM10 ribu pertama dengan hanya menulis blog?My Profile

    1. TehR says:

      tak puas hati dengan prestasi blog sendiri
      haha

  2. kakyon says:

    Ooo..macam tu rupanya. lepas ni boleh masuk pasukan berbalas pantun.
    apalah yang tak puas hati tu..:)
    kakyon baru je tulis kisah suasana raya pertamaMy Profile

    1. TehR says:

      pendapatan dari blog ciput je, kakyon
      tak macam si titan tu
      beribu lemon…

      1. kakyon says:

        camne nk dpt bnyak ye. kena berguru dgn si titan nie..hihi
        kakyon baru je tulis kisah suasana raya ke7My Profile

  3. Hero Borneo says:

    walaupun saya bukan mahir sangat mengarang pantun..memang itulah cara yang sesuai mengarang pantun yang berkualiti..
    Hero Borneo baru je tulis kisah Pakar Hipnosis Negara Sudah DitemuiMy Profile

    1. TehR says:

      yups, cikgu sekolah dulu memang ajar macam tu la

      1. Hero Borneo says:

        sekarang ilmu itu dah didedah dalam youtube..lagi besar pahala cikgu yang mengajarnya..he..he
        Hero Borneo baru je tulis kisah Pengaruh Gelombang Otak Dalam HipnosisMy Profile

  4. Cik Siti says:

    memang itu yang sebaik-baiknya….
    Cik Siti baru je tulis kisah Kad Raya Bayu KenanganMy Profile

  5. Cik Siti says:

    Kerongsang baldu ditempa suasa,
    Cantik sungguh penuh berbunga,
    Pantun lama pusaka bangsa,
    Elok dipelihara elok dijaga.
    Cik Siti baru je tulis kisah Kad Raya Bayu KenanganMy Profile

    1. TehR says:

      Cantik sungguh penuh berbunga,
      Harum semerbak bunga di taman;
      Elok dipelihara elok dijaga.
      Pusaka bangsa zaman-berzaman.

  6. Mazni Azmi says:

    Pembayang pantun ada kena mengena dengan rangkap akhirkan.

    Seronok dengar segmen pantun di IKIM fm
    Mazni Azmi baru je tulis kisah Tudung Bawal Ombre Keluaran Julai 2014My Profile

    1. TehR says:

      ooo ada segmen pantun di IKIM fm
      ada luang nanti boleh la layan

      1. Mazni Azmi says:

        Ada… Cuma waktu bekerja.

        Bersama DBP. Memang menarik la.

        Bincang banyak perkara.. salah satunya pantun.

        Memang indah lenggok bahasa yang digunakan penyampai radio dan tetamu undangan dari Dewan Bahasa Dan Pustaka

        Sayang seribu sayang..

        Susah nak jumpa zaman sekarang ni..
        Mazni Azmi baru je tulis kisah Shawl Halfmoon Labuh Chiffon Inspirasihana Atheerah 2014My Profile

  7. saya mmg selalu takde idea nak karang pantun..hehe
    the malay male baru je tulis kisah khasiat cheese kepada baby ainaMy Profile

    1. TehR says:

      contoh berdasarkan komen tuan;

      hajat hati nak tulis pantun,
      tapi idea tak mahu bersusun.

  8. dja@sishaza says:

    Saya pun buat sama step macam yang cikgu buat tapi, 1 rangkap 30 minit baru siap hihihik :-D
    dja@sishaza baru je tulis kisah NOSTALGIA RAYA ZAMAN KANAK-KANAKMy Profile

    1. TehR says:

      kadang2 idea tak mahu datang
      memang ambil masa

  9. sud@is says:

    kadang-kadang datang idea kadang-kadang puas terkebil kebil….

    1. TehR says:

      sama
      bila idea tak mahu keluar
      jenuh juga la

  10. Saya langsung tak pandai nak berpantun ni. Haha. Dua kerat ok la lagi kan. masuk empat kerat abis jahanam agaknya.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Trend Selfie Bulu KetiakMy Profile

    1. TehR says:

      2 kerat pun ok juga
      dah biasa nanti
      laju la nak tulis

  11. saya tiba-tiba tak puas hati jugak..hehehe
    syaifuddin alias baru je tulis kisah Buat Apa Nak Boikot ?My Profile

    1. TehR says:

      haha
      sama la kita

  12. Bahrain says:

    Kalau nak buat pantun mesti pening kepala. Sebab nak kena samakan perkataan akhir. haha
    Bahrain baru je tulis kisah Pencarian Popular di Bulan RamadanMy Profile

    1. TehR says:

      belasah je, bro
      lama2 menjadi la

  13. onlajer says:

    cis tak puas hati betul la aku ,napa cuti raya sekejap je dah habis hehehe
    onlajer baru je tulis kisah Belajar AUTOCAD Semudah ABCMy Profile

  14. akubiomed says:

    Ada tutorial menghasilkan pantun. Menarik.
    akubiomed baru je tulis kisah Cerita semalam home made fish nuggetMy Profile

  15. nurul huda says:

    Macam saya belajar dulu cara nak buat pantun :)
    nurul huda baru je tulis kisah Kalau Penyanyi Rap AS Menentang Kekejaman Israel, Kita Bagaimana?My Profile

  16. faizal says:

    pantun cara tersendiri memang terbaik
    faizal baru je tulis kisah Kalau Penyanyi Rap AS Menentang Kekejaman Israel, Kita Bagaimana?My Profile

  17. ada jugak pantun tak puas hati ye. hihih
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah GLA Tiada Lagi SenggugutMy Profile

  18. Hafizul says:

    Haha..saya tulis ikut atas dulu..baru turun ke bawah..sebab tu lah pening nak siapkan serangkap pantun..cara ni macam senang aje..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Tips Buat Suami Melawan Nafsu GilerMy Profile

    1. suri says:

      saya rindu kelas sastera walaupun tunggang terbalik ayatnya cikgu tetap senyum dg bagi sokongan..

      ..masa sekolah ar..agaknya masa sekarang cikgu tehr baca sure gelak sakan kot
      suri baru je tulis kisah Buka Kedai Sendiri Pakej Lengkap Resepi Donat Dan Cakoi HairulMy Profile

      1. Hafizul says:

        Bagus apa macam tu..sekurang2 nya dapat elakkan rasa boring cikgu yang mengajar..haha
        Hafizul baru je tulis kisah Aku Nak Beli Sebuah Kapal PeranginanMy Profile

  19. Lynn™ says:

    Saya pulak lain cikgu. Saya buat maksud dulu. Pembayang fikir kendian. Lebih cepat pantun siap hehe.

    Lain padang lain belalang
    Lain orang lain caranya.
    Lynn™ baru je tulis kisah Puisi utk GazaMy Profile

  20. suri says:

    tak puas hati jangan bawa hingga ke mati
    siapa pandai berpantu boleh ke mari
    jaga hati dengan iman
    agar subur dirimu penuh kesabaran
    suri baru je tulis kisah Terima Kasih, Rindu Awak 200%My Profile

  21. Ismail N says:

    Kokok ayam waktu subuh,
    Ambil berkat pergi mandi;
    Kawe pantun main boh
    Asal orang faham kira jadi
    Ismail N baru je tulis kisah Experiencing KLIA 2My Profile

  22. umi says:

    Tak puas hati saya baca pantunni hahaha
    umi baru je tulis kisah Produk Anti PenuaanMy Profile

  23. Kamil Salleh says:

    Hajat hati nak tulis pantun,
    Tapi idea tak mahu bersusun,
    Hanya hentam secara rabun,
    Asal ditulis idea cun-cun.

    Saya suka tulis 2 pembayang dulu , barulah 2 rangkap maksud. Ada juga buat yang selalu orang buat seperi yang bro tunjukan di youtube ni.
    Kamil Salleh baru je tulis kisah Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta Dari BloggerMy Profile

  24. Wan says:

    Terbaik pantun ni….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun