Tak Mahu Ada Bucu Tajam

Hanya kerana tak mahu ada bucu, seharian juga aku habiskan masa mencari kod CSS. Dan seperti biasa sebelum ini, aku hanya belajar sendiri-sendiri saja, guna pakai kaedah cuba jaya. Budak-budak sekarang kata try n error.

Tak mahu ada bucu apa, cikgu?

Aku memang selalu keĀ w3schools bila mahu belajar dan mencari apa-apa kod CSS yang aku mahu. Belajar secara online dengan kaedah cuba jaya. Di sini banyak contoh yang diberikan untuk kita cuba. Boleh faham walau pun agak lambat. :D

“Try it Yourself”

Nak cerita pasal bucu apa tadi, cikgu?

Tak Mahu Ada Bucu TajamHahaha… Bucu pada gambar avatar ni, bro. Aku dah buat satu sudut pantun dekat bawah sebelah kanan paparan blog ni. Hajatnya mahu letakkan pantun dari rakan-rakan blogger yang banyak muncul dalam kotak komen. Letak pantun, letak avatar dan letak link blog tuan punya pantun.

Pulau Padan jauh di sana,
Gunung Daik sungguh tinggi;
Dari muda sampai ke tua,
Belajar juga sampai mengerti.

Jadi siapa rakan blogger yang berhajat untuk paparkan avatar dan pantun di penjuru blog ini, kena la rajin-rajin tinggalkan pantun dalam kotak komen. Mana-mana pantun empat kerat yang aku berkenan, aku akan letakkan.

Mungkin juga aku akan edit serba sedikit ikut kesesuaian.

Boleh, kan?

TehrDemikian kisah 'Tak Mahu Ada Bucu Tajam' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


31 Comments

  1. dja@sishaza says:

    Nampaknya lepas ni nak kena belajar berpantun pula lah cikgu …rugi kalau tak ada avatar kita nanti :)

  2. suri says:

    Cantik sepertinya papan tanda macam kt sekolsh itu. Part kita nak buat harus edit bahagian footer ker hu…
    suri baru je tulis kisah Janda KayaMy Profile

  3. suri says:

    Itu nama markah bonus dan trafik hiiii..pantun 2 kerat tak bole ke cikgu?
    suri baru je tulis kisah Resepi Udang Masak Tempoyak Melaka Cara SempoiMy Profile

  4. Wah! kena approve gak pantun kawe. Ni yg semangat nak berpantun lagi. OK, ready kawe jual ni:

    Tengah malam mata tak pejam
    Fikiran melayang terbayang-bayang
    Walaupun blog berbucu tajam
    Content menarik, pengunjung kan sayang
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Royals: A Grammy Awards Winner And AzanMy Profile

  5. Anuar says:

    Idea yang menarik… Lepas ni semakin meriah blog ini dengan koleksi pantun dari Admin dan juga dari pengunjung yang menulis pantun di ruangan komen…
    Anuar baru je tulis kisah RUJUKAN Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29My Profile

  6. hafiz says:

    memang nampak kemas dan cantik
    hafiz baru je tulis kisah Majalah Kei Kompak Mac 2014My Profile

  7. sud@is says:

    adab makan bersopan santun
    jadi ikutan anak cucu
    nak hinggap juga serangkap pantun
    kot-kot terpilih tatapan tetamu
    sud@is baru je tulis kisah Bunga sayur penyeri kebun..My Profile

  8. Hafizul says:

    Wahhh peluang baik untuk mereka yang gemar berpantun ni..saya memang time2 jer ada idea pantun..hehe..ok lah tu..pandai godek sendiri..leh tambah ilmu..kan?
    Hafizul baru je tulis kisah Top Komentator Februari 2014 Pondok KecilMy Profile

  9. Wah… dah ada sudut berpantun pulak ye dkat blog ni. Menarik ni.
    Hazmin Hamudin baru je tulis kisah Dapat Anugerah Perkhidmatan CemerlangMy Profile

  10. titan says:

    bahaya bucu-bucu nihh…yang tumpul ke..yang tajam ke..tetap bahaya..
    titan baru je tulis kisah 7 sebab AJAIB aku mahu melancong ke Kemboja.My Profile

  11. Saya tak pandai berpantun huhu sory laa
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Muslim Niaga – Platform Dropship Produk IslamikMy Profile

  12. ajumohit says:

    bucu bukan sebarang bucu tu hahaha
    penghargaan buat pbaca, seronok
    dtg sini semangat nak pantun aje
    ajumohit baru je tulis kisah Rahsia Kecantikan Wanita Alaf BaruMy Profile

  13. akubiomed says:

    Sekarang ini saya sudah kurang godek kod. Lebih tumpukan kepada penulisan kerana serik. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Jawab kuiz dalam bas hanya dengan Spritzer blogger tripMy Profile

  14. BUNDA says:

    MEMANG BETUL BAHAYA BUCU2 NI….GUNUNG DAIK JER BERBUCU2…BUANG JER…HAHA!..
    BUNDA baru je tulis kisah Keajaiban Amalan Bersedekah..My Profile

  15. Jamian Sarif says:

    dah lama tak berpantun….saya budak dah lama tak diajar..boleh tolong ajarkan…hehe
    Jamian Sarif baru je tulis kisah Impian Menjadi Realiti di KidZania.My Profile

  16. cikgu naman says:

    Kalau pergi ke Petaling Jaya
    Jangan cuba bermain mata
    Cuba jaya sampai berjaya,
    Barulah mendapat kepuasan yang nyata
    cikgu naman baru je tulis kisah Melompat Lebih Tinggi!My Profile

  17. Buah cempedak di luar pagar,
    Mari diletak atas bahu,
    Saya budak baru belajar,
    Suruh komen pantun saya tak tahu.
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Air yang DicatuMy Profile

    1. suri says:

      mesti tahu tengok rimanya dah cantik itu
      suri baru je tulis kisah Kotak Ayat Pengasih Paling Tua Dan MujarabMy Profile

      1. Cik Siti says:

        itulah puisi lama… mesti dikekalkan utk generasi masa depan
        Cik Siti baru je tulis kisah Tag Line di opisMy Profile

  18. Cik Siti says:

    dah lama tak berpantun kat sini….

    Wahai cik adik jangan termenung,
    Apa lagi memandang kawah,
    hajat ku ini tinggi menggunung,
    ingin menjalin ikatan ukhwah,
    Cik Siti baru je tulis kisah Tag Line di opisMy Profile

  19. suri says:

    harap akan ada toturialnya nanti
    suri baru je tulis kisah Ephyra Pilihanku. Kenpa Mesti Ephyra?My Profile

  20. Lyn™ says:

    Saya pun baru belajar perkara bucu-bucu ni dari blog cikgu.
    Hehe…terima kasih untuk entrinya. Saya belajar perkara baru hari ni.

  21. hafizmd says:

    Ikatan ukhwah terjalin sudah
    Moga kekal sampai akhirnya
    Blogging santai memang indah
    Moga dirahmati hendaknya InsyaAllah
    hafizmd baru je tulis kisah Dah Baca Buku Denaihati?My Profile

  22. amirulfaiz says:

    Kalau ada sumur di ladang
    Boleh hamba menumpang mandi
    Kalau ada pantunku ini dipandang
    Bolehlah letak di bucu itu nanti.
    amirulfaiz baru je tulis kisah I Love You Too!!My Profile

  23. profhariz says:

    Wah. Cantik dan menarik :)

  24. UmmiKami says:

    Pelam harum tanam berbuah,
    Herba sekarung bercampur selasih;
    Assalamu’alaikum salam ukhuwah,
    Hamba menjunjung sekapur sireh…

  25. UmmiKami says:

    Secangkir delima masak berapa,
    Bentang tikar lawa berbaldu;
    Hampir sepurnama tidak berjumpa,
    Datang sebentar membawa rindu…

    Apakhabar Cikgu…lama tak datang sini berpantun…:)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Datang…My Profile

  26. mantap.. artikel sangat menarik ada pantunya jadi semangat membacanya .. terima kasih yahh

  27. kok makin gak maksud ya

  28. Nak berpantun pulak ye,
    meh cuba:

    Dua tiga anak kera melompat,
    Mak kera risau marah-marah manja,
    Bucu tajam tiada, dihati berhajat,
    Google w3schools, cuba jaya hingga berjaya :)

    Boleh ke? hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun