Tak Jumpa Pintu Pagar

Hari ini Mr Tehr dijemput menghadiri Program Rundingcara Keibubapaan & Menandatangani Buku Rekod Kemajuan Pelajar di sekolah menengah tempat anak Mr Tehr belajar. Satu majlis yang biasa bagi Mr Tehr sebagai seorang guru. Kalau selalunya kita menjadi tuan rumah, sesekali molek juga kita menjadi tetamu.

e-pidp

Sepanjang berada di dewan mengikuti majlis, Mr Tehr tertarik dengan satu ungkapan yang diucapkan oleh PK HEM, ada sebahagian pelajar yang ‘Tak Jumpa Pintu Pagar’ bila datang ke sekolah. Mr Tehr senyum dalam hati mengenangkannya.

waktu pagi tak jumpa pintu pagar
di luar kawasan mereka berlegar
atau jalan-jalan di sekeliling pasar
perasan diri sudah menjadi besar

kalau masuk sekolah tak jumpa kelas
di dalam beg tak jumpa pensel kertas
fikiran berpusing mahu keluar bebas
kawasan sekolah terasa rimas panas

Kata PK HEM lagi, pihak sekolah dah tak boleh buat apa-apa andainya pelajar ‘tak jumpa pintu pagar’ untuk masuk ke kawasan sekolah. Walau pun beliau dan pentadbir lain ada buat rondaan, mengunjungi rumah pelajar dan berbagai lagi, kerjasama ibu bapa amatlah diperlukan. Tanpa bantuan dari penjaga, sangat sukar untuk mengurus dan mendidik anak-anak yang bermasalah ini.

TehrDemikian kisah 'Tak Jumpa Pintu Pagar' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


67 Comments

  1. suri says:

    sllu budak2 nakal bila masuk sekolah jap pastu klr menyusur pagar sekolah heee
    suri baru je tulis kisah Tewasnya Gelombang CintaMy Profile

    1. tehramuan says:

      mereka ni suka main sorok2 :D

    2. hafizmd says:

      Bila pagar sekolah pun payah nak cam, rasanya agak berat jugak kes camni.

      Harap kita sama2 didik anak2 utk kenal pintu pagar berbanding pintu pagar cyber cafe =)

      1. cik tom says:

        masa ni la xjumpa pintu pagarnya..hehe
        cik tom baru je tulis kisah Komisyen pertama dari goldsilverMy Profile

  2. suri says:

    masa sek men slu naik basikal ada gak tgok pagar sekolh dah rabak bulat2 tu semua keje budak nakal heeee
    suri baru je tulis kisah Dua Hari Sudah RinduMy Profile

    1. tehramuan says:

      sekarang banyak sekolah buat pagar batu/simen
      tapi mereka buat aksi lompat2 pulak
      huhu

  3. Jamal Ali says:

    Waktu dulu-dulu saya pula menunggu di balik pagar setiap pagi.

    Dengan sebatang pensel dan sebuah buku nota

    -Siapa-siapa lambat kita catit, cikgu datang kita tabik. Hehehe-
    Jamal Ali baru je tulis kisah Saya lelaki yang berseoranganMy Profile

    1. tehramuan says:

      siapa yang lambat tu masih ok lagi
      masalah besar bila terlambat, terus je mereka ponteng
      sebab tak mahu nama kena catat

  4. maza says:

    waduh.. kes ponteng lah ni.. heheheh

    maza pernah gak ler ponteng. tapi ponteng dgn restu ibu ayah. .oppsss.. pecah rahsia sudah..

    ya ampun cikgu.. hehehe
    maza baru je tulis kisah Posisi imam dan makmum jika solat berduaMy Profile

    1. tehramuan says:

      rahsia pecah lepas zaman sekolah
      tak apa, bro
      cikgu dah tak boleh denda :D

  5. mie says:

    zaman sekolah rendah suka masuk pagar belakang..
    sebab banyak sejarah situ..
    eheheee
    mie baru je tulis kisah Cara-Cara Memakai SerbanMy Profile

    1. tehramuan says:

      aku biasa juga masuk ikut pagar belakang
      hehe
      tak kisah kerana masih juga masuk kelas
      hehe

  6. titan says:

    biasalah tu kalau tak jumpa pintu pagar. haha..
    titan baru je tulis kisah Eyriqazz vs Denaihati – Part 3My Profile

    1. tehramuan says:

      kecik2 dah rabun jauh
      haha

    2. mak lagenda says:

      Haiiii..mcm biasa buat jep tan?? Ha ha ha
      mak lagenda baru je tulis kisah MY WISHES AND WISHLISTMy Profile

  7. nurmisnan says:

    Kalau tak jumpa pintu pagar, jumpa pintu kantin
    sambung makan..
    nurmisnan baru je tulis kisah Khasiat bawang merah dan bawang besarMy Profile

    1. tehramuan says:

      tak
      mereka terus je jumpa pintu kedai kopi
      huh

  8. azura says:

    pintu pagar tersembunyi kot
    azura baru je tulis kisah Rezeki PisangMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      mereka ni rabun jauh, azura

  9. Mus says:

    kerjasama pihak sekolah dan ibubapa sudah pasti dapat memudahkan mendidik anak..
    Mus baru je tulis kisah ‘Rainbow Fountain’ Tarikan Waktu Malam Di Sembulan River ParkMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul, mus
      memang saling memerlukan
      tak boleh sebelah pihak je yang uruskan
      lain lah bagi pelajar yang berdisiplin

  10. jgn dibiarkan sindrom x jumpa pintu pagar..xnak anak2 ni menyesal kelak..
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Eyriqazz vs Denaihati : Tema SEO ThesisMy Profile

    1. tehramuan says:

      tu la maksud pk hem
      tak mahu biarkan pelajar terus hanyut di luar kawasan sekolah

  11. Kawe time skul dulu, sekolah tak de pagar sbb renovation lama sgt. Apalagi ramai ler budak yg hilang lepas time rehat :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Kalau Ada Masaalah Perkahwinan, Selesaikan Dengan Pergi HoneymoonMy Profile

    1. tehramuan says:

      pulak dah
      memang tak boleh nampak peluang budak2 ni
      budak sekolah rendah juga ada yang ponteng lepas rehat
      memang sentiasa perlu dikunci pintu pagar tu

  12. sud@is says:

    perlu selalu diberi motivasi
    sud@is baru je tulis kisah Hasad dan Dengki Di Antara Adik BeradikMy Profile

    1. tehramuan says:

      benar
      banyak yang perlu dilakukan oleh guru dan ibu bapa

      masalahnya nak beri motivasi macam mana kalau mereka tak masuk kawasan sekolah?

  13. kalau dapat kat Cikgu Rain, siaplah anak-anak semua, jaga–jaga!

    ekeke :D
    rainbowcloudy baru je tulis kisah lelah nafasMy Profile

    1. tehramuan says:

      jaga2
      cikgu rain bawa rotan tu! :D

  14. eiela says:

    biasanya merewang ke tempat lain la tuh.
    eiela baru je tulis kisah Nona Serikaya Keluarga AnnonaceaeMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups
      merewang dan lepak

      yang hairannya, ada yang hanya lepak berdekatan pagar sekolah
      tak juga mereka balik ke rumah

  15. kimmie says:

    saja je tu..buat -buat tak jumpa pagar sekolah…hehehehe…
    kimmie baru je tulis kisah Apa yang mempengaruhi anda?My Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      pintu pagar begitu besar pun mereka boleh buat2 tak nampak

  16. rahman says:

    dulu aku pun selalu juga tak jumpa pagar sekolah.. sekarang ni ada juga sikit sesalan di hati :)
    rahman baru je tulis kisah Pam minyak petron menggantikan Esso dan mobilMy Profile

    1. tehramuan says:

      tak kena denda ke, bro? :D

  17. Juan says:

    dulu masa time sekolah memang hati cam berat, tapi bila dah dewasa rasa rindu plak zaman nak pi sekolah, kalaulah masa boleh berputar kembali
    Juan baru je tulis kisah Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

    1. tehramuan says:

      kenangan terindah tu zaman sekolah
      rugi benar budak2 yang suka ponteng ni

  18. Hafizul says:

    Emm anak-anak bukan dengar kata cikgu..ibu bapa haruslah memainkan peranan..garang sikit ngn anak-anak tu..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Pondok Kecil @ FacebookMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul2
      cikgu2 nak hukum pun payah sekarang ni
      silap2 gaya terima surat saman
      huhu

  19. kakyon says:

    zaman meneman dan menghantar anak kepintu pagar sekolah dah pun berlalu. terasa rindu..bila sekali seekala melintas di situ.:)
    kakyon baru je tulis kisah papa dan samsung galaxy tapnya..My Profile

    1. tehramuan says:

      betul, kakyon
      hanya tinggal kenangan indah je

      walau pun saya masih ke sekolah setiap hari
      tapi zaman kita sendiri sebagai pelajar memang sangat indah
      tak sama dengan kita sebagai guru

  20. Kulanzsalleh says:

    budak-budak di kampung aku pun ramai yang tak jumpa pintu pagar sekolah diorang.. yang hairannya pintu pagar rumah aku diorang sampai pulak..
    Kulanzsalleh baru je tulis kisah Nasi Ayam Penyet Hidangan Tengah MalamMy Profile

    1. tehramuan says:

      pulak
      macam2 hal boleh berlaku dengan pelajar macam ni :D

      1. Kulanzsalleh says:

        Memang macam tu.. kadang nak tangkap lepas tu hantar pegi sekolah tapi takut juga mak bapak diorang kata aku yang lebih2..
        Kulanzsalleh baru je tulis kisah Wordless Wednesday: Look Mum I’m Flying!My Profile

  21. cikgu kat sekolah dulu pun selalu guna term ni. wahaha.

    1. tehramuan says:

      ini la yang paling sesuai dan tepat :D

  22. Bro Zulkbo says:

    Salam..
    kenangan lama mengusik jiwa
    teringat masa form 5, kerap sangat
    terlupa pintu pagar sekolah nih :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Terserlah Kasih Sayang : Wordless WednesdayMy Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      memang akan terkenang sentiasa
      sesekali tak nampak pintu pagar masih ok, bro
      itu namanya anak remaja
      asal saja dapat kawal diri dari terus hanyut

  23. akubiomed says:

    Macam-macam kenakalan budak sekolah. Banyak yuran dimansuhkan masih malas menuntut ilmu disekolah.
    akubiomed baru je tulis kisah Seminar Jom Kurus bersama Kevin ZahriMy Profile

    1. tehramuan says:

      …sesal kemudian tidak berguna

  24. ProfHariz says:

    Dulu time sekolah selalu tak jumpa pintu pagar. Nampak katil di rumah lagi :)
    ProfHariz baru je tulis kisah Tips Temujanji Bersama Doktor Hospital KerajaanMy Profile

    1. tehramuan says:

      hehe
      tambah pulak kalau musim bola :D

  25. yas says:

    masaalah ta jumpa pintu pagar ni masaalah sejak azali lagi dah nih…hehehe susah nk ditangani woo..:)
    yas baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Lori Parking Atas LoriMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul tu, yas
      dari dulu sampai sekarang
      dah berpuluh tahun masih tak selesai masalah ni

  26. onlajer says:

    pintu pagar umpama ada pengawal2 yang sentiasa ingin mencari kesalahan anak2 remaja, cis anak2 remaja belum kenal erti kehidupan dah pandai nak ngular.
    onlajer baru je tulis kisah Wordless Wednesday : cemil-cemilanMy Profile

    1. tehramuan says:

      terlebih rasa cerdik la ni, kan?

  27. Cikgu Hairul says:

    yang sedihnya, kalau jadi apa2 di luar pintu pagar, cikgu juga yang dipersalahkan.
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah PerihatinMy Profile

    1. tehramuan says:

      aku pernah diberitahu
      kerja cikgu ni 24 jam 7 hari seminggu
      huhu

  28. kalau ponteng sekolah mana nak jumpa pintu pagar sekolah

    timba air dalam kolah
    mandi pagi sebelum fajar
    kalau selalu ponteng sekolah
    Punca utama masalah pelajar

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy paintless dent removal
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Paintless Dent Removal (PDR)My Profile

    1. tehramuan says:

      air di kolah sangat tenang
      hendak mandi sejuk sekali
      rajin belajar hidup senang
      kalau malas susahlah nanti

  29. fiezaradzi says:

    tak jumpa pintu pagar – yg nakal je ni.. hehe..

    saya suka g sekolah.. dulu lah.. skg tunggu turn nak pergi sekolah sbgai mak ayh pulak.. hihi.. biar lambat lagi pun..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Lidah ha-Rimau MenangisMy Profile

    1. tehramuan says:

      hehe
      usah lambat2 ya

  30. ohcikgu says:

    budak sekolah..kalau tak jumpa pintu pagar..pintu kedai snooker atau cyber cafe la jawabnya..
    ohcikgu baru je tulis kisah Cabaran SEO Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

    1. tehramuan says:

      budak sekolah rendah juga ada yang melepak di cyber cafe ni
      mak ayah tak tahu

  31. anjangmana says:

    Mmg kaki ponteng kalau tak jumpa pagar sekolah…kalau boleh ibubapa sekali sekala buat lah spot check jumpa anak kat sekolah. Jgn harap cikgu je nak spot check… kalau ibu bapa buat spot check mmg byk pljr yg suka poteng kantoi…
    anjangmana baru je tulis kisah Wordless Wednesday – PanggangMy Profile

    1. tehramuan says:

      mmemang molek benar tu, bro
      masalahnya mak ayah sibuk cari rezeki

  32. Ira says:

    Pengawasan ibu bapa penting. Budak2 sekarang macam dah terlalu bebas dan x serius belajar.
    Ira baru je tulis kisah Vivix Shaklee Dari Penjelasan Ketua Saintis ShakleeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun