Tak Guna

Entri tak guna ni aku tulis dengan tak guna banyak sumber. Tak juga guna banyak rujukan. Pasti sekali tak guna kepada pembaca yang mencari maklumat tentang Contest SEO Eridy. Tak guna korang baca sampai habis.

Entri ini memang tak guna untuk kemajuan blog korang. Entri tak bermutu. Lebih baik korang layan tv atau layan live streaming. Layan anak-anak ke, layan celoteh isteri ke…

tak gunaKenapa manusia buat perkara tak guna?

Lelaki beli motor besar tapi sendiri tak ada lesen. Perempuan beli pakaian cantik tapi sentiasa dedahkan aurat. Kenduri kahwin berpuluh hingga beratus ribu tapi tak ada masa nak layan suami atau isteri. Tak guna semua tu.

Masa sekolah dulu cikgu selalu marah kerana tak guna masa free untuk belajar. Pergi masjid/surau pula, ustaz kata rugi kalau tak guna masa free untuk belajar. Dah kerja pun bos sindir-sindir kerana tak guna masa free untuk belajar.

Tak guna pakai jam cantik kalau tak tahu guna masa!

manusia selalu berlagak pandai
sedangkan hidup sentiasa lalai
gembira seronok ketawa mengilai
izrail dah datang barulah selesai

Jadi blogger juga masih buat perkara tak guna akal. Banyak. Tak guna ilmu dan kemahiran. Tak guna maklumat yang tepat. Tak guna kemudahan yang ada. Tak guna domain dan hosting berbayar. Tak guna theme yang bagus. Tak guna gambar menarik. Tak guna tulisan yang jelas. Tak guna teknik seo.

Tak guna tulis panjang-panjang kalau tak ada orang baca!

Haha…

TehrDemikian kisah 'Tak Guna' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


30 Comments

  1. anuar says:

    Entry ini betul-betul mendominasi keyword tak guna.. Kalaulah ada contest seo tak guna, dah tentu bro boleh menang contest tersebut..
    anuar baru je tulis kisah Teknik Sebenar Buat Duit Dengan Blog Dan Affiliate..My Profile

    1. TehR says:

      haha
      memang banyak tak guna, bro

    2. dja@sishaza says:

      Salah satu trick SEO tu..
      dja@sishaza baru je tulis kisah 4 STRATEGI HOLISTIK UNTUK KURUSMy Profile

    3. hafizmd says:

      ini mmg teknik seo ni..walaupun ada tak guna…sebenarnya banyak guna juga…
      hafizmd baru je tulis kisah Cerita Hoki Remaja Dunia, Bola Sepak dan Blogrrr…My Profile

  2. Cik Siti says:

    Tak guna sekolah tinggi kalau adab celah gigi
    Tak guna Kerja separuh mati kalau rezeki tak diberkati
    Cik Siti baru je tulis kisah Kata Hati….My Profile

  3. kakiblog says:

    rasa macam tak guna pulak gi ke blog ini…sorry gurau je!
    kakiblog baru je tulis kisah Contest SEO Eridy: Debaran Sudah BermulaMy Profile

  4. dja@sishaza says:

    Blogger tak guna ? Ohhh..mudah2an kita para blogger ni bukan dari kategori tu. Kalau yang blognya berkisar cerita lucah itu memang 200% benar2 tak guna
    dja@sishaza baru je tulis kisah 4 STRATEGI HOLISTIK UNTUK KURUSMy Profile

  5. UmmiKami says:

    Assalam…

    Tak guna galah kalau tiada petai,
    Petai masak payah dibuka;
    Tak guna sekolah kalau tiada pandai,
    Pandai anak ibuayah suka.

  6. UmmiKami says:

    Banyak perkara yang tak berguna, tak guna dan tak digunakan…. :D

    1. suri says:

      ada dua perkara yang berbeza di situ
      suri baru je tulis kisah Hadiah Menyegat Cara Membuat Bun Pau Dan Pizza Dengan Selamber JerMy Profile

  7. UmmiKami says:

    Memang bagus entri Cikgu ni… :)

  8. Bila gunakan fikiran secara dalam-dalam, saya rasa dalam kehidupan saya ni, banyak yang tak guna lagi dari yang berguna. Hehe
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Nasik Lemak Nan SebungkusMy Profile

  9. Amran says:

    “Tak guna”, perkataan ni kena jaga betul2 kalau biarkan anak2 tengok tv sengsorang. Lagi2 cerita kartun.. sangat berpengaruh ayat tu.
    Amran baru je tulis kisah Hari Ketiga Di Sabah- Menggamit Gunung KinabaluMy Profile

  10. hafiz says:

    Ayat penutup tu memang pedih hihihi

  11. papa mifz says:

    suka den baca entry nih…=)
    papa mifz baru je tulis kisah Bercuti ke United Kingdom Selama 25 HariMy Profile

  12. hatiputera says:

    wow banyak betul kata kunci tak guna nie.
    hatiputera baru je tulis kisah Bagaimana Saya Menjana Pendapatan Dengan MenulisMy Profile

  13. Hafizul says:

    hahaha..kenapa banyak sangat yang tak guna ni??haha
    Hafizul baru je tulis kisah Tips Untuk Semangat Dalam BloggingMy Profile

  14. akubiomed says:

    Rahsia copy writer perlu dipelajari supaya entri minat dibaca.
    akubiomed baru je tulis kisah Kemudi kapal selam Agosta 70 di pantai KlebangMy Profile

  15. titan says:

    tak guna sana sini yek. haha..
    titan baru je tulis kisah Mari melancong ke Banting.My Profile

    1. suri says:

      apa guna jalan sana sini buat kerja satu tempat ada guna ada manfaatnya
      suri baru je tulis kisah Check OutMy Profile

  16. Lyn™ says:

    Banyaknya guna berkataan ‘tak guna’ sampai kita yang baca kekadang rasa macam tak guna. Ehh salah, tak guna baca kalau tak faham maksud. Lagi sekali saya terasa bila baca entri cikgu ni.
    Lyn™ baru je tulis kisah Kisah LloydMy Profile

  17. onlajer® says:

    tak guna entri seo aku tak de atas sekali hehe
    onlajer® baru je tulis kisah Panduan Pemasaran FaceBook GroupMy Profile

    1. suri says:

      tak guna bicara panjang kalau tak buat sesuatu
      suri baru je tulis kisah Check OutMy Profile

  18. Adehhh… banyak gak perkara yang ‘tak guna’ yang dilakukan zaman ni :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah 10 Pemain Badminton Terbaik Di DuniaMy Profile

    1. suri says:

      nak jadi orang berguna mesti ada matlamat yang jelas ya
      suri baru je tulis kisah Hanya Satu Malem ?My Profile

  19. Arman says:

    Kadang-kadang apa yang kita fikir tak guna sebenarnya berguna pada orang lain. Banyak sebenarnya contoh tak guna tapi sangat berguna.
    Arman baru je tulis kisah Review Aplikasi Android Denaihati TerbaruMy Profile

  20. suri says:

    haaa. ia biasa buat saya gelak oh sungguh tak guna..
    suri baru je tulis kisah Kau Tak Pernah Berlaku JujurMy Profile

  21. Kamil Salleh says:

    Yang susah menjadi senang,
    Jika muafakat ringankan tulang,
    Tak berguna patut dibuang,
    Buat menyemak mata memandang.
    Kamil Salleh baru je tulis kisah Kedudukan Terkini Senarai Peserta Contest SEO EridyMy Profile

  22. Kamil Salleh says:

    Bila bro nak terima permintaan saya menjadi rakan FB anda. Harap bro… tolong approve.
    Kamil Salleh baru je tulis kisah Kedudukan Terkini Senarai Peserta Contest SEO EridyMy Profile

  23. tak guna buat backlink banyak2 kalau tak menang haha
    Khairul Zamri baru je tulis kisah 2013 – Misi TercapaiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun