Pelikkah tajuk entri begitu? Sebenarnya saya dan isteri bercuti [dapat cuti] sempena CNY ni. Sekolah kami akan mengadakan hari persekolah pada Sabtu untuk menggantikan hari cuti yang diambil untuk hari ini, besok dan lusa. Tapi… tetapi anak pula bersekolah pada hari ini dan besok. Kacau!
Kacau sungguh kerana tidak dapat menggunakan kesempatan cuti CNY ni untuk Cuti-Cuti Malaysia. Kalaulah dapat ke Zoo Negara atau ke Taman Rama-rama, bagus juga kan? Sambil jalan-jalan dapat juga menziarahi saudara-mara atau kawan-kawan. Kacau!!
kacau dodol di dalam kuali
berdapur kayu berbara api
ayahnya bercuti anak tak cuti
ke mana pun tak dapat pergi
tahun baru cina cuti seminggu
sekolah anak pula mengganggu
pagi hantar tengah hari tunggu
terbiarlah sahaja cuti berlalu
ucapan selamat tahun baru cina
untuk sahabat di mana sahaja
mana yang cuti mana yang kerja
teruskan sahaja kehidupan kita
Tak dapat dipastikan apa sebabnya sekolah-sekolah dalam satu daerah ni tidak dapat menyelaraskan cuti bagi memberi kemudahan kepada kakitangan dan ibu bapa pelajar bercuti bersama keluarga. Rugi kan kalau dalam masa bercuti ada anak yang bersekolah dan ada yang bercuti. Persekolahan hari Sabtu selepas CNY nanti ada pula anak yang bersekolah dan bercuti. Dua kali rugi tu. Kacau!!!
Post Berkaitan:
anak-anak pergi sekolah
pergi sekolah pagi ke tengahari
tunggu anak pulang memanglah lelah
datinglah dulu di taman bersama isteri
pssst…memang tajuk entri yg agak keliru..hehe
hafizmd recently posted..Selamat Melihat Dunia Anakku…
pergi ke sekolah sebelah pagi
pulang pula bila tengah hari
isteri ke pasar tak pulang lagi
aku ni di rumah seorang diri
otak tengah kacau ni, bro
tajuk pun jadi kacau
Ni kira kes cuti yang tak dapat pergi bercuti la ni ..

dnoBiz recently posted..Kadar Tol – Tiada kenaikan Tol 5 tahun
tu la pasal, bro
tak dapat la nak ke mana2
cikmin ni tak kisah sangat sebab sabtu hubby memang takde cuti…ahad baru lah boleh cuti sekeluarga…macam hari ni..dah pukul 3 tak bolah nak kemana pun..hujan jek…asik bermalas malasan je…
cikmin recently posted..Janganlah Sampai Terkena Sumpahan
bermalas2an sambil ngadap blog
sempat la balas jejak kawan2
takde jugak dapat bersenang senang depan lappy..banyak jugak gangguan..maklum lah sejuk2 kan..

cikmin recently posted..CM Macaron Sticker
yelah tehr…mmg kacau kalau parents cuti, anak2 plak kena sekolah kan. jadilah jiwa kacau kejap…
* saya pun cam cikmin..hari ni dok umah je. hujan memanjang…hubby plak pegi opis…huhu~
tu la pasal, izan
memang kacau
tak pe… tunggu bulan 3 boleh ambil cuti seminggu dan boleh le cuti-cuti malaysia
harap nanti tak ada kelas tambahan
cuti sekolah pergi bercham
memang potong ooo cuti ini macam
(eceh tetiber jer buat pantun 2 kerat akekeke)
hihihihi

mappiau recently posted..The Best Header For Apezs
pergi bercham bila bercuti
memang tak best macam ni
kalau sudah dirancang dari awal,last minit kena batal rancangan memang haru !
sangilapi recently posted..hujan dan mee siput
ya la, bro
terpaksa tangguh la plan aku tu
co-ba-aann…

MDHAFiZ.NET recently posted..FrenbookNetAnother Facebook From INDONESIA
“ini bukan cobaan. ini betul2 kejadian”
hehe
anak cuti mak pak x cuti
duk rumah ambil anak
apa pun memang banyak cuti
sian kami keja banyak
x tumpang raya pun x sempat
sud@is recently posted..Bolehkah Kita Memaafkan
jalan jalan ke kota raya
tersepak batu jatuh ke tanah
bila cuti tahun baru cina
anak pula pergi ke sekolah
pergi sekolah kayuh basikal pinjam..
bila sampai mengah dan lelah..
jadi susah bila cuti tak seragam..
agenda balik kampung tergendala sudah..
emm..
boleh ke pantun camtu cikgu?
hehe…
ye la, kenapa ye cuti sekolah ni tak serentak?
kan senang nak plan apa2..
toyol recently posted..UNIKNYA WANITA TAJIKISTAN
kayuh basikal pergi sekolah
loceng berbunyi sudah lewat
agenda dibuat tergendala sudah
nak jalan2 pun tak sempat
Hmm..nak buat macamana yer bor Tehr, anak perlu ke sekolah. Saya pun tidak pelan kemana-mana Tahun Baru Cina kerana pelan nak buat tak kasut.
Semalam pergi cari kayu terpakai binaan rumah yang dibuang di kawasan rumah orang tua saya. Kayu-kayunya walaupun terpakai memang cantik dan masih elok. Cuti Tahun Baru Cina projek bertukang pun jalan
projek bagus tu, bro
daripada terbuang je, bagus juga kalau dapat buat apa2 perabot
haha projek baik nih, sekurang2nya terisi masa lapang,
dulu aku.rajin kacau…dodol ..sekarang ni beli je…
abu luqman recently posted..Blogger perlu Kreatif dalam Berblog
nampak gaya memang lebih senang kalau beli je
tambah lagi kalau dah musim banyak kerja
lebih kurang macam,
cuti macam tak cuti..
bisk recently posted..sahabat
hehe
macam tu la, bisk
aiseh kacau kalau macam tu hehee
aku pun cuti hari khamis jumaat je,
tapi xpe, ada 2 cuti free yg belum di guna,
memang kacau, bro
jawabnya ngadap blog je la
memang susah bila cuti tidak diselaraskan. hurm.
RedBoys recently posted..Tips Berhenti Merokok
dah bukan kita yang menguruskannya
nak buat macam mana lagi, RB
salam..
mrs saya guru..hari Ahad
cuti ganti lagi..isnin bercuti
sampai Ahad depan..saya pula
masih bekerja cuti bermula
Khamis depan hingga Isnin
memang layan la cuti..pulang
Pahang tahun nih..
zulkbo recently posted..Keputusan Pilihanraya Kecil DUN Tenang BN Menang
wah, best la dapat balik kampung
saya dan isteri memang cuti
hanya anak je yang bersekolah
Ho3.. Pening tengok tajuk… Ermm.. Kira ok la tu ada jugak cuti dari xde langsung..hu3. Jai langsung xde cuti.. Nasib baik bujang, kalo dah kawin ada anak, x ke kesian anak bini tercuti tanpa ayah…ahaks..
deCrewz recently posted..7 Perkara Jangan Diamalkan Selepas Makan
kalau macam tu, terpaksa la bercuti kat rumah je
memang xbest jalan2 kalau tak semua ahli dapat ikut
datang sini mahu angpau bro tehr..hehe
zik recently posted..Lindan Juara terbuka korea 2011!!
ada… ada…
kejap nak ambik
pelik juga ye..
xde keseragaman cuti..
hehhee
mie recently posted..Senaman Membina Perut Six Pack Dirumah
tu la pasal, mie
sekolah anak saya bersebelahan je
tapi mereka tak cuti
semua ikut Cikgu Besar ke bro? kalau PPD boleh buat penyelarasan ok jugak tu kot…err pandangan aku yg bukan skim DG ni hehe

etomyam recently posted..SEO Tips- Submit URL ke All Can Seek
mereka serahkan kepada sekolah sama ada nak cuti atau tidak
aku pun memang berharap sangat kalau ada penyelarasan
Hahaha… seronok pula baca komen2 kat sini
Tapi memang pelik jugalahkan, tadika, sekolah agama, sekolah rendah, sekolah menengah… sekolah ganti tak dibuat seragam, kita sebagai ibubapa pun susah dibuatnya, Sabar je lah….
Norgadis recently posted..Selamat Menyambut Hari Wilayah
Kesiannya bercuti tapi tak dapat bercuti.
Susah juga jadi cikgu ni kan?
Sabahan Bloggers Club recently posted..BRT3-Sumandak Kinabalu Little Corner