Tak Boleh Berenggang

Suasana awal tahun di sekolah memang sentiasa meriah dengan murid-murid yang menangis. Suasana begini biasanya berlaku di sekitar kelas prasekolah dan tahun satu. Murid atau pelajar baru. Maka terpaksalah ibu, bapa atau menjaga menunggu anak masing-masing di tepi kelas atau di bawah pokok. :D

kembali ke sekolahDalam minggu kedua biasanya keadaan ini reda dan hampir selesai. Cuma kadang-kadang ada juga murid yang tak boleh berenggang dengan emak ayah yang masih menangis dan sukar berada di dalam kelas. Memang memberikan masalah kepada cikgu yang mengajar. Walau pun tak ramai tetapi memang sentiasa ada. Hinggakan ada yang mengambil masa beberapa minggu atau beberapa bulan.

Rimba raya hendak diredah,
Mengapa manggis pula ditebas?
Segak bergaya langkah ke sekolah,
Mengapa menangis di dalam kelas?

Itu cerita tahun satu. Bagaimana pula murid yang tak boleh berenggang di tahun dua? Masih juga sama cuma bilangannya agak kurang. Emak atau ayah juga tidak lagi perlu berada di tepi kelas tetapi menunggu di kantin atau di tempat-tempat rehat yang disediakan oleh pihak sekolah.

Anak singa berlari megah,
Ibu singa belajar berenang;
Anak manja pergi ke sekolah,
Si ibu pula duduk tak senang.

Tahun tiga? Masih juga ada mak ayah menunggu anak yang sedang belajar di tahun tiga. Bilangannya tak ramai, mungkin hanya seorang dua sahaja. Sampai di sini aku mula tertanya. Adakah benar si anak yang tak boleh berenggang dengan emak ayah ATAU pun emak ayah yang tak boleh berenggang dengan anak kesayangan. Anak manja atau emak manja? :D

TehrDemikian kisah 'Tak Boleh Berenggang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


30 Comments

  1. Cik Siti says:

    di sekolah anak Cik Siti guru besar memang tak galakkan ibu bapa tunggu. kita kena yakin dengan kewibawaan guru untuk menjaga anak kita dan juga kepercayaan.
    Cik Siti baru je tulis kisah Fenomena SimsimiMy Profile

  2. Bro Zulkbo says:

    salam..
    mesti anak kecil dan bongsu dalam family tu
    sebab nak manja je dengan mak ayah..payah
    kalau bersekolah gitu..he he
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Siapa Sangka Nak Jadi Popular Di Google Trends?My Profile

    1. suri says:

      yes setuju sb mak bapa majakan sgt tu pasal anak tak le berenggang hee…

  3. zool says:

    Bila agaknya nak merasai pengalaman ni.. lama lagi ni :(
    zool baru je tulis kisah Pemain dari Liga Super China sertai latihan dengan pasukan Harimau Muda AMy Profile

  4. de engineur says:

    klu tahun 1 tu ada ibubapa yg kadang2 duduk situ sampai 2 minggu.

    Tapi klu yg dah tahun 3 tu, bukan anak yg tak boleh berenggang, yg tu kes ibubapa lah kot
    de engineur baru je tulis kisah "Moby Dick" lizard found in MadagascarMy Profile

    1. suri says:

      adui…
      kes berat ni hee… kena pujuk dn ckp baik2 dg anak..sambil tu pas solat doa byk2 utk anak supaya mjdi anak berani.bukan ke doa ibu antara doa2 yg mudah mustajab

  5. suri says:

    salam pagi jumaat…
    sukar nak kata klu tak biasakan anak pd kdaan skliling bgni le jadinya huaaa….

  6. suri says:

    atas pokok ada sarang
    jangan duduknya kaki bersilang
    jika tidak boleh berenggang
    latihlah anak mulai sekarang

  7. suri says:

    mendidik anak harus bersabar
    supaya dia bijak berdikari
    usah di pukul atau di tampar
    nanti satu hasil pun tidak menjadi

  8. UmmiKami says:

    Salam senyum.. :)

    Tersenyum Cik Nah jalan berlenggang,
    Nampak betis berbaju putih;
    Belum pernah bercenggang-cenggang,
    Anak tak menangis ibu yang lebih. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Ku Jual Silalah Membeli..My Profile

  9. sharafie says:

    kalau dah samapi darjah tiga tu aku rasa maknya yang manja..hahaha..kalau budak biasanya dia dah ramai kawan dah tak ingat rumah dah..tapi tak tau la budak zaman sekarang ni..hehe
    sharafie baru je tulis kisah MimpiMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Memang mak yang terlebih manja.. :D
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Ku Jual Silalah Membeli..My Profile

  10. nazray says:

    ni mesti kes parent yang terlalu manjakan anak, kalau tahun 2 atau tahun-tahun akan datang, masih lagi parent tunggu kat bawah pokok, baik baik buat sekolah kat rumah je… ada 2 permasalahan kat sini, parent selalu sayang anak, anak terlalu mengada-ngada manja :P
    nazray baru je tulis kisah Senarai telefon pintar terbaru dari Digi untuk pakej komunikasi belia.My Profile

  11. hairulafiz says:

    tahun depan dapatlah merasa pengalaman ini
    hairulafiz baru je tulis kisah Keputusan penuh Johor Darul Takzim vs ATMMy Profile

  12. hahahaha.

    untunglah. aku tahun satu dulu. semuanya buat sendiri. tapi takde kalut sangat,

    kakak aku sekolah situ, kalau ada apa-apa boleh cari kakak kan?
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah dugaan dah bermulaMy Profile

    1. hafizmd says:

      kalau ade abang lagi best…lagi best bila abg kita tu pengawas sekolah…hehehe
      hafizmd baru je tulis kisah 10 Responsive Themes Percuma!My Profile

  13. UmmiKami says:

    Teringat time anak perempuan saya dulu, anak bongsu pulak tu, mujur ada abanglong dan abangah boleh tolong bawakan beg gilir-gilir, sekarang diorang dah besar, bila diceritakan ketawa ja, dulu diorang kecik-kecik bukan main manja lagi, bila dah besar maknya pulak yang terlebih manja.. nak buat lagu mana, itulah permata hati ulam jantung pisang.. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Ku Jual Silalah Membeli..My Profile

  14. papa mifz says:

    apa yang boleh dipelajari dari kes macam nih…kita tak boleh terlalu manjakan anak kan cikgu..??
    papa mifz baru je tulis kisah Kedai Lampu Murah dan Sememangnya MurahMy Profile

  15. UmmiKami says:

    Tumpang lalu..

    Sulam kemboja di baldu putih,
    Kebaya pesak bertekad seni;
    Dalam bermanja perlu dilatih,
    Supaya si anak bersemangat berani. :D
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Dalam Seminggu…My Profile

  16. effort lab says:

    Dimanjakan, tak jugak. mungkin ibubapa terlalu sayang dan risau anak diorang kot. tu yg tak berenggang.
    effort lab baru je tulis kisah Rumah Untuk Dijual 247 000 [7 gambar]My Profile

  17. titan says:

    biasalah tu. budak-budak sekolah..
    titan baru je tulis kisah Gua tak boleh kahwin lima..My Profile

  18. Kalau anak-anak sudah biasa di tadika atau taska,mereka akan lebih berani pada tahun satu.
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Talian Internet Terlalu PerlahanMy Profile

    1. hafizmd says:

      ada benarnya…sebab dah biasa berkawan pergi taska
      hafizmd baru je tulis kisah 10 Responsive Themes Percuma!My Profile

  19. hafizmd says:

    Anak2…biasalah..dah jumpe geng nnti..okla tuh…

    p.s.teringat mase sekolah rendah, ade kawan yg maknye tunggu sampai dia darjah enam….sungguh sayang maknya kat dia…subhanallah
    hafizmd baru je tulis kisah 10 Responsive Themes Percuma!My Profile

  20. kalau tak boleh berengang sampai tahun tiga.. emak kena sama2 sekolah ngan anak la.. hu.hu.hu
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Cara Mengatasi Stress Kemurungan Dgn Makanan. Dimana RasionalnyaMy Profile

  21. padin says:

    hehee masa aku darjah satu ada abang dan kakak sekolah sama,
    jadi mak ayah mmg tak pernah tunggu..

    boring2 aku gi kelas abang aku keh3
    padin baru je tulis kisah Belum Jatuh CintaMy Profile

  22. akubiomed says:

    Sudah lalui situasi tersebut. Anak-anak menangis didalam kelas selepas dtinggalkan.
    akubiomed baru je tulis kisah Aktiviti hujung minggu dengan blog walkingMy Profile

  23. aimannajmy says:

    selalu budak2 yang dah biasa ngan taska sebelum sekolah still agak boleh rilek la huhu..
    aimannajmy baru je tulis kisah Lepak memancing di jambatan Pulau Bunting YanMy Profile

  24. cikgu naman says:

    harap² anak saya bila masuk sekolah nanti pandai berdikari
    cikgu naman baru je tulis kisah Jangan Tinggalkan Menulis Dalam Jangkamasa LamaMy Profile

  25. fiezaradzi says:

    kalau sampai tahun 3 tu, mmg nampaknya mak tak boleh berenggang dgn anak tu.. hehe.. xberani cakap, takut perkara jadi balik kat kita.. hihi

    kdg2 kena biar anak berdikari sendiri, tapi masih perlu ada panduan di sisi
    fiezaradzi baru je tulis kisah Layak ke Blog Ini Tercalon??My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun