Tak Best Dating Naik Motor

Perempuan berlagak tak mahu keluar dating dengan Mat Motor. Bukan takut mak marah, bukan takut ayah sebat. Bukan juga kerana dah sedar dan insaf keluar dating berdua dengan boyfriend tu lebih banyak menjurus kepada yang tidak baik. Tapi kerana yang ajak keluar tu hanya ada motosikal je bukannya kereta. – Begitulah duduk perkara yang diceritakan orang.

tak standard dating naik motor
rambut makeup payah nak atur
kawan tengok pun tak tersohor
debu dan pasir banyak bertabur

lebih seronok dating naik kereta
teduh, nyaman dan cukup selesa
orang tengok pun tak malu muka
makeup rambut senang nak jaga

naik motor kena duduk rapat-rapat
malam siang dah tentu makan asap
motor pecut mesti pegang erat-erat
dengan kereta boleh juga untuk lelap

air brush

alahai… budak-budak baik la diam
bahaya pergi dating buat tak faham
apa lagi untuk dating tempat kelam
payah nak halal banyak yang haram

dating naik motor atau naik kereta
ada masalah juga ada mala petaka
kedua-duanya adalah sama sahaja
ada kes nanti nyesal pun tak guna

cuba la dating lepas kahwin nanti
atau dating bawa mak ayah sekali
ada banyak untung dibanding rugi
nikmat dan rahmat ada mengekori

Salahkah keluar dating? Haram ke? Bagi aku tak ada apa salahnya dan tak juga haram. Sebab? Sebabnya aku dating dengan isteri aku. Ada masa free kami dating kat luar rumah atau kat hotel bila berjalan jauh. Tapi biasanya kat rumah je la… :D

TehrDemikian kisah 'Tak Best Dating Naik Motor' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


70 Comments

  1. Faizul says:

    Dating dengan bini pun salah juga la, pastikan bini sendiri bukan bini orang lain. Hihihi.
    Faizul baru je tulis kisah Jangan ‘Pilih Bulu’ untuk letak komenMy Profile

    1. tehramuan says:

      hahaha
      memang tak boleh buat2 tersilap

      1. hafizmd says:

        buat2 tersilap? ni mmg carik nahas ni…hahahaha
        hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #22 Bagaimana kita?My Profile

  2. zool says:

    wah.. cool motosikal tu..
    memang rider ek bro?
    zool baru je tulis kisah Wordless Wednesday #CendoldanPisangGorengMy Profile

    1. tehramuan says:

      tak ada la, bro
      motor kawan ni, bukan aku punya

      1. suri says:

        sedara or kwn punya asal bri tehr tak pose je kt stuh sambil minum teh
        suri baru je tulis kisah Aku Inginkan PerhatianMy Profile

      2. padin says:

        huhuh tu la pasal klu bro punya memang dah lama aku rembat aritu bawak balik jb ekekee
        padin baru je tulis kisah Sudah SelamatMy Profile

        1. tehramuan says:

          bagus ni, bro
          bawa makan angin petang dekat pantai

  3. cikgu naman says:

    HAHA..sekali sekala candle light dinner sendiri kat rumahlah cikgu tehr
    cikgu naman baru je tulis kisah WW-P.U.P.U.SMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups
      anak2 hantar gi tido rumah mertua :D

      1. hafizmd says:

        hooooo…idea bernas ni…=)
        hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #22 Bagaimana kita?My Profile

  4. mak lagenda says:

    Best apa klu datim naik motor?? Mak suka jep…
    mak lagenda baru je tulis kisah SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKANMy Profile

    1. suri says:

      blh rempit ya mak heee
      suri baru je tulis kisah Terima Kasih Cikgu..My Profile

    2. tehramuan says:

      aku sokong, mak
      anak2 memang tak boleh ikut la
      tak muat tempat duduk
      hehe

  5. adele says:

    elok eksiden je kalo yg dating atas motor ni :D
    adele baru je tulis kisah Resipi Kek Batik Biskut MarieMy Profile

      1. tehramuan says:

        Adele geram je tu, bro
        Dah bagi nasihat tak nak dengar

  6. daddydee says:

    dating halal…hehehe

    dating ngan bini tak salah langsung…
    daddydee baru je tulis kisah Eyriqazz vs Denaihati : Sambar T-Shirt FreeMy Profile

    1. tehramuan says:

      dating siang malam, bro
      haah

  7. maza says:

    huhuhu..

    maza nak berdating pun payah.. sbb asyik kena kerumun aje ibunya dgn askar bertiga itew.. huhuhu
    maza baru je tulis kisah Kitab-kitab yang pernah maza pelajariMy Profile

    1. tehramuan says:

      laa…
      bala tentera tu kena hantar gi operasi rumah mertua, bro :D

  8. Blog Asyraf says:

    Dating dengan isteri sendiri halal la bro kehkeh.
    Blog Asyraf baru je tulis kisah Apa Yang Saya Dapat Dalam Aktiviti Senamrobik 1 MalaysiaMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups
      semua selamat dan berkat tu

  9. suri says:

    rasa ni best dating berdua last masa tgok wayang tanpa ank
    suri baru je tulis kisah Sedum Part IIIMy Profile

    1. tehramuan says:

      boleh2
      molek benar tu, suri
      hehe

  10. ghost writer says:

    pergi merantau membawa bekal
    bekal diisi dengan ubi mayam
    perempuan sekarang panjang akal
    tak ada kereta disuruhnya pinjam

    bangun pagi kelam kabut
    pergi sekolah bersama mehmet
    apa guna berdandan rambut
    kalau terpaksa memakai helmet
    ghost writer baru je tulis kisah days without writingMy Profile

    1. tehramuan says:

      naik motor berbaju kurung
      pakai helmet senget sebelah
      hati tak suka hidup terkurung
      terbayang dunia serba indah

      1. ghost writer says:

        pakai helmet senget sebelah
        talinya pulak tidak berikat
        terbayang dunia serba indah
        bila kemalangan terbayang malaikat
        ghost writer baru je tulis kisah jariku menujah dahikuMy Profile

        1. tehramuan says:

          talinya pulak tidak berikat
          ke mana haluan undang bahaya
          bila kemalangan terbayang malaikat
          sesal kemudian tiada gunanya

  11. dinar says:

    tehr saya rasa perempuan sekarang ni yang suka bermotor besar….jadi tak main lah dating naik motor ni
    dinar baru je tulis kisah Jongkong emas MENUNGGU juara badminton OlimpikMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha motor awek lebih power dari moto pakwe dia

  12. amirulfaiz says:

    Hehe, dating lepas kahwin lebih seronok, tak kesahla atas motor ke, dalam kereta ke, atas unta ke. :D
    amirulfaiz baru je tulis kisah Hujan batu, fenomena jarang berlakuMy Profile

    1. tehramuan says:

      atas unta?
      belum pernah aku dating kat atas unta

      1. suri says:

        haaa…. tak eprnh di buat blh gak klu mau hee…tpi kena pi padang pasir ar
        suri baru je tulis kisah Sempat Meraba IniMy Profile

  13. yas says:

    Dedulu biasa juga aku layan dating nek moto…dh tu je yg ada…hehhe
    yas baru je tulis kisah CONTEST EYRIQAZZ VS DENAIHATIMy Profile

    1. tehramuan says:

      jadi terpaksa la kena terima juga apa yang ada
      tak boleh nak ikut orang…

  14. romantis tehr ni.

    hihi
    rainbowcloudy baru je tulis kisah pinta perhatianMy Profile

    1. tehramuan says:

      romantis?
      hahaha kat dalam blog je
      kat luar garang!

      1. hafizmd says:

        hehehe….cikgu mesti garang2 sikit…romantis tu kena simpan…hehehhe
        hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #22 Bagaimana kita?My Profile

  15. Nazri says:

    mesti ada sebab lelaki suka bw aweks naik motor..
    Nazri baru je tulis kisah Claim Kena Gigit Semut RM700My Profile

    1. tehramuan says:

      aku tau apa sebabnya tu
      huhu

  16. kakyon says:

    best apa naik motor..nak nak naik motor elegen..romantik gitu..hehe
    kakyon baru je tulis kisah sedekah..My Profile

    1. tehramuan says:

      yups
      budak2 tak boleh ikut :D

  17. padin says:

    hehehh naik moto pon besh hapa???

    1. tehramuan says:

      tu la pasal, bro
      kalau hujan basah pun berdua
      hehe

  18. Juan says:

    pompuan skrg dah x mau naik motor dah, hehehe
    Juan baru je tulis kisah Beli Samsung Galaxy S AdvanceMy Profile

    1. tehramuan says:

      ada la sebahagian jenis yang memilih tu

  19. Bro Zulkbo says:

    salam..
    alahai..
    tak merasa dating naik motor nih..
    sebelum bercouple dah pakai kereta
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah PRU 13 : Demo Pemakaian Dakwat Kekal (Gambar)My Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      rugi la, bro
      nampak gaya kena beli motor la
      budak2 hantar balik kampung :D

  20. Kulanzsalleh says:

    Kalau yang ajak tu guna motor macam di atas.. mesti ramai yang nak..

    akupun nak dating dengan isteri aku jugalah lepas ni.. naik motor karisma, hahaha
    Kulanzsalleh baru je tulis kisah Main Dengan UlarMy Profile

    1. tehramuan says:

      motor kecik ke, besar ke tak kisah, bro
      hehe

  21. eiela says:

    dating dengan adik je atas motor, pusing kampung berjalan.
    eiela baru je tulis kisah Cerita Eyriqazz Vs DenaihatiMy Profile

    1. tehramuan says:

      molek2
      sambil jalan2 cuci mata tengok keindahan alam
      hehe

  22. hafidz says:

    memang tak salah bila berdating dengan ISTERI :D
    hafidz baru je tulis kisah Wordless Wednesday – AyahMy Profile

    1. tehramuan says:

      betul3X

  23. ProfHariz says:

    Dating naik motor lagi best dari kereta.

    p/s: untuk suami isteri je erk ;p
    ProfHariz baru je tulis kisah Nuffnang Blogpolis 2012 bersama DenaihatiMy Profile

    1. tehramuan says:

      sesekali jalan2 makan angin petang
      kan?

  24. sensasi2020 says:

    Naik motor dengan awek,
    Peluk dibelakang sampai penyek,
    Duduk tak betul nampak sengek,
    Terpejak katak terus lenyek.

    Naik kereta pergi dating,
    Jumpa tempat tak ada orang,
    Rambut tak payah sikat kerana kerinting,
    Makeup tebal muka celoreng.

    Duduk rapat takut jatuh,
    Orang depan rasa berpeluh,
    Nampak orang mula mengeluh,
    Undang2 jalanraya tidak patuh.

    Dalam diam mulalah gian,
    Pegang tangan peluk pinggang,
    Di bawah pohon durian,
    Kena tangkap barulah mengeluh panjang.

    Kereta dan motor sama saja,
    Kalau nak dating tidak apa,
    Sama-sama ada kelebihannya,
    Tepuk dada tanya selera.

    Bila kahwin mulalah alpa,
    Ajak ke pasar katanya banyak kerja,
    Tika berdating semuanya tak apa,
    Lepas kahwin banyak pula alasannya
    sensasi2020 baru je tulis kisah Terbongkarnya Rahsia Secret RecipeMy Profile

    1. tehramuan says:

      belum kawin banyak masa
      selepas kawin banyak kerja
      duduk rumah panas sahaja
      di kedai kopi sangat selesa

      huhu

  25. nurmisnan says:

    har3… teringat masa muda dulu2.. dating naik motor rxz..
    masa tuh jujur ini bukan partner life ok, tapi teman lelaki
    biasa jer. Terpaksa naik motor kerana teksi rosak.. tebal
    muka.. hik3..
    nurmisnan baru je tulis kisah Wordless Wednesday #53My Profile

    1. tehramuan says:

      apa pulak tebal muka
      biasa la tu :D
      tak kisah pun

      1. nurmisnan says:

        Opppsss… bukan malu naik motor tuh
        tapi malu naik dgn lelaki.. 1st time.. memori..
        nurmisnan baru je tulis kisah Atasi perasaan cemburu iri hati hasad dengki dengan doaMy Profile

  26. suri says:

    duduk kene rapat klu tka tercicir =(
    suri baru je tulis kisah Perjalanan Mencari Terhenti JuaMy Profile

  27. manis mulut sukar diduga
    Lautan api badai samudera
    Berdating berdua ada ketiga
    Syaitan menghasut nafsu bergelora

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    diy repair bumper kemek kedalam
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Diy Repair Bumper Kemek Ke DalamMy Profile

  28. suri says:

    suku klu balik umh mk mertua abg bwk moto anak duudk depan bakul heeee
    suri baru je tulis kisah Perjalanan Mencari Terhenti JuaMy Profile

  29. suri says:

    nak test power kena ada motor bru blh rempit heeee
    suri baru je tulis kisah Perjalanan Mencari Terhenti JuaMy Profile

  30. dating nek motor la best..lebih mesra rasanya..hehe
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah CPU Overload : Keburukkan Tag BerlebihanMy Profile

  31. titan says:

    ntahlah..aku tak penah bawa ain maisarah naik motor besar..
    titan baru je tulis kisah Kejahatan Dunia BacklinkMy Profile

  32. akubiomed says:

    Dating naik motor lagi best sebab boleh kepit. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati bukan level AkuBiomedMy Profile

  33. Yg mampu beli motor, terpaksa ler dating pakai motor jer…. :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Handphone Di Sekolah?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun