Tajikistan Vs Malaysia | Siapa Menang

dollah sallehYa. Korang rasa siapa menang nanti perlawanan persahabatan Tajikistan lawan Malaysia? Ini adalah perlawanan pertama Harimau Malaya [08.08.14 - Jumaat 9.00 malam waktu Malaysia] di bawah bimbingan jurulatih baru, Dollah Salleh.

Sebanyak 65.8% pembaca Goal.Com memilih Malaysia sebagai pemenang. Hanya 27.1% memilih Tajikistan.

Laman fft.tj pula memaparkan 57.4% pengunjung memilih Tajikistan sebagai pemenang. Hanya 14.2% memilih Malaysia.

Malaysia vs Tajikistan

tajikistan vs malaysia

Harimau Malaya telah pun berlepas ke Tajikistan untuk perlawanan persahabatan ini. Mereka akan bermain di atas padang rumput tiruan di Respublikanskiy Stadion im. M.V. Frunze, Dushanbe.

Masalah ni…

Seingat aku, pemain-pemain Malaysia sangat kurang pengalaman bermain di padang rumput tiruan. Contoh paling dekat bila pemain kita ke Stadium Jalan Besar, Singapura. Jarang sekali pasukan negeri atau kelab Liga Malaysia dapat menang di sana.

Pasukan Tajikistan, kedudukan ke-124 [17 di Asia] ranking FIFA, dibimbing oleh Mukhsin Mukhamadiev. Jurulatih tempatan sama seperti Harimau Malaya, kedudukan ke-151 [26 di Asia], yang dibimbing oleh Dollah Salleh.

Dah molek sangat, sama-sama tak guna jurulatih luar. :D

Piala AFF Suzuki 2014

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama Singapura, Thailand dan pasukan tempat pertama pusingan kelayakan yang melibatkan Brunei, Cambodia, Laos, Myanmar dan Timor Leste.

Pasukan dalam Kumpulan A ialah Filipina, Indonesia, Vietnam dan pasukan tempat kedua pusingan kelayakan.

TehrDemikian kisah 'Tajikistan Vs Malaysia | Siapa Menang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


12 Comments

  1. akubiomed says:

    Mengharapkan yang terbaik dari Harimau Malaya.
    akubiomed baru je tulis kisah Home made fish ball untuk supMy Profile

  2. Cik Siti says:

    Yang penting Cik Siti sokong negara sendiri walau mereka bermain dengan mana-mana team… Malaysia Boleh!
    Cik Siti baru je tulis kisah Kad Raya Bayu KenanganMy Profile

  3. Mazni Azmi says:

    Masuk padang mesti positif.

    Contohi semangat gaza.

    Lelaki menjadi pejuang.. walaupun kelengkapan kurang

    Wanita pula mahu mati dalam keadaan memakai tudung dan telekung supaya mati dalam keadaan menutup aurat.

    Duit bukan segalanya.

    Nilai yang kita bawa lebih penting
    Mazni Azmi baru je tulis kisah Tudung Telekung Online Lycra InspirasihanaMy Profile

  4. good luck team Malaysia!
    Raihanah Ahmad baru je tulis kisah Cepat Hamil Dengan GLAMy Profile

  5. MK Kimi says:

    nak tgk taktik dollah salleh ni menjadi tak… apapun, good luck malaysia!
    MK Kimi baru je tulis kisah Hala Tuju Selepas Tamat PhDMy Profile

  6. dja@sishaza says:

    Semestinya harap Malaysia yg menang … tapi dalam permainan,adat bertanding ada kalah ada menang. Tak kira rumput tiruan atau asli, tetap kena berjuang sebelum menyerah
    dja@sishaza baru je tulis kisah NOSTALGIA RAYA ZAMAN KANAK-KANAKMy Profile

  7. mai has says:

    haruslah mengharapkan malaysia menang kan.oh malaysiaku!dollah salleh juga seorang jurulatih yang berwibawa…
    mai has baru je tulis kisah 11 Tips kekal sihat untuk anda menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri yang berlambak-lambak!My Profile

  8. onlajer says:

    lain tak mau, mau Malaysia menang sahaja hahaha
    onlajer baru je tulis kisah Batang Buruk Special PontianMy Profile

  9. Anuar says:

    Good Luck kepada pasukan Malaysia… Saya tahu Malaysia boleh menang di bawah bimbingan Dollah Salleh…
    Anuar baru je tulis kisah Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2014My Profile

  10. Ismail N says:

    Kawe kalau tak mahu ambik peduli sbb team kita ni bila diberi perhatian merundum prestasi.
    Kalau kita buat tak tahu, tetiba menang lak..
    So buat tak tahu je lah :D
    Ismail N baru je tulis kisah Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)My Profile

  11. Hafizul says:

    Apa-apa pun, buat yang terbaiklah yer..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Aku Nak Beli Sebuah Kapal PeranginanMy Profile

  12. Kamil Salleh says:

    Hooho…. Malaysia kalah1-4 dgn Tajikistan. Malaysia kena taji lagi….
    Kamil Salleh baru je tulis kisah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Dipecat Daripada PKRMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun