Tahniah

Malam ini Mr Teh ada dua keseronokan yang mahu dikongsi bersama sahabat. Keseronokan pertama mengenai pasukan Kelantan Red Warriors yang berjaya ke persada liga dan keseronokan kedua pula ialah mengenai kejayaan Datuk Lee Chong Wei yang berjaya ke perlawanan akhir Yonex 2011 – Sunrise India Open Superseries.

kelantankelantan fa telah berjaya
ke persada liga kali kedua
kuala lumpur jadi mangsa
jaringan bolos adalah dua

selangor pula kurang menjadi
tidak bermain di tempat sendiri
terlepas pegangan sekali lagi
dengan terengganu mereka seri

badmintonnampak seperti tiada cabaran
tanpa peserta bernama lin dan
yun hu memang tidak tertahan
apatah lagi Park Sung Hwan

datuk lee berjaya ke akhir
peter hoeg gade pasti hadir
berharap nanti tuah dan takdir
genggaman juara akan terukir

Tahniah juga kepada sahabat kita yang telah menyertakan pantun dengan kata kunci kerja dan rezeki pada entri semalam. Semakin sukar pula Mr Tehr mahu membuat pilihan kali ini. :D Walau pun begitu dua rangkap pantun telah Mr Tehr pilih daripada sud@is dan tengkorak emas untuk mengisi ruangan Pantun Pilihan Dari Sahabat kali ini. Sekali lagi tahniah dan terima kasih kepada semua.

TehrDemikian kisah 'Tahniah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


37 Comments

  1. zik says:

    boleh makan nieh..lawan dengan peter hoeg gate..
    zik baru je tulis kisah Lee Chong wei mara ke final terbuka india 2011My Profile

    1. benjy says:

      Bagi Chong Wei “.. kacang je Peter G. H. tu ..” harap2 itulah yang berlaku.
      benjy baru je tulis kisah 5 BLOG PALING KERAP DILAWATIMy Profile

      1. Mus says:

        nasib baik datuk LCW masuk final.. kalau tak.. tak de wakil kita..
        Mus baru je tulis kisah Gambar Kegemaran Aku – Kau Memberi Aku MenerimaMy Profile

        1. tehr says:

          tak tahu la berapa lama lagi kita nak harap datuk lee sorang je ni
          habis datuk lee, habis la kita

          1. Mus says:

            tunggu datuk lcw ni bersara kot..
            harap pengganti tu hadir pada masa yang sepatutnya..
            Mus baru je tulis kisah Pengalaman Sebenar Pendapatan RM5-000 – RM8-000 Melalui BlogMy Profile

          2. suri says:

            kami dok tunggu tapi cam tak der jer apa2 perubahan huuu..still msh harap yg lama juga huuu

  2. benjy says:

    Perlawanan liga masih jauh dan apa2 pun boleh berlaku … mana tahu diakhirnya Harimau Muda yang menang (mentah lagi diaorang ni b3njy mana boleh menang) … Namun yang pastinya Dato’ L.C.Wei akan bergelar juara SS India tu …

    p/s: Alamak b3njy tertinggal lagi contest pantun tu….
    benjy baru je tulis kisah 5 BLOG PALING KERAP DILAWATIMy Profile

    1. tehr says:

      hehe, memang masih jauh lagi tu, benjy
      aku seronok bila kelantan dapat naik atas lagi :D

  3. mie says:

    tahniah!!!
    xsempat nak join..
    eheheheee
    mie baru je tulis kisah Gambar Perkahwinan Diraja Prince William &amp Kate MiddletonMy Profile

    1. tehr says:

      tunggu lain kali, mie
      ada masa tu nanti :D

      1. mie says:

        itu la..
        lain kali kena try…
        hehehheee
        mie baru je tulis kisah Gambar Perkahwinan Diraja Prince William &amp Kate MiddletonMy Profile

  4. akubiomed says:

    Tidak apa kalah ibarat hero Hindustan kalah dahulu kemudian menang balik diakhr babak. :-)

    1. Mus says:

      wow.. itulah hero berjiwa kental.
      Mus baru je tulis kisah Yuran Renew Domain Dan WebhostingMy Profile

      1. tehr says:

        itulah juga yang sepatutnya hero kita
        tak mudah patah semangat

    2. suri says:

      alah sajer jer tu buat gimik tak heee

  5. MDHAFiZ.NET says:

    kalau lin dan xde mesti LCW lwn Gade. Haiz…memang kebetulan..

    1. tehr says:

      macam dah berjanji pulak mereka ni
      hehe

  6. nelly says:

    tahniah2 !!
    nelly baru je tulis kisah Semua ciptaan Allah itu CANTIK !My Profile

    1. tehr says:

      tahniah untuk semua
      dan untuk nelly juga :D

  7. haha akhirnya TE terpilih jua :D
    thanks bro :)

    Liga Super bersaing hebat
    antara Terengganu Selangor dan Kelantan
    walau siapa pun juara dinobat
    biar tinggi semangat kesukanan

    Penting untuk bersemangat waja
    isyarat teguh dalam persaingan
    Liga Perdana jangan dilupa
    Sarawak tetap jadi harapan
    tengkorak emas baru je tulis kisah Meluangkan masa ke Pesta Buku Kuala LumpurMy Profile

    1. tehr says:

      tahun ini mrs tehr senyap
      sarawak kurang buka sayap

      tahniah dan tq, TE

  8. zulkbo says:

    salam..
    tahniah buat pemantun terbaik
    tempohari..memang ramai dah pandai
    berpantun sejak kewujudan blog ini
    tahniah bro..
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah 1 Mei – Selamat Menyambut Hari Pekerja 2011My Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      sebenarnya memang ramai yang pandai berpatun, bro

  9. Cik Siti says:

    tahniah… tahniah….
    Cik Siti baru je tulis kisah Selamat Hari PekerjaMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah untuk cik siti juga ;)

  10. republikn9 says:

    tahniah, team gua je yg asik seri (n9) ;)
    republikn9 baru je tulis kisah BERHENTI MEROKOK- MIGRAIN- EKZOS MOTOMy Profile

    1. tehr says:

      sekarang nampak makin maju tu

  11. sud@is says:

    tq mr tehr terpilih lagi

    taniah2 Dato Lee Choong Wei
    tahniah juga Kelantan hebat
    sud@is baru je tulis kisah Pekerja BercutiMy Profile

    1. tehr says:

      sama2
      tahniah untuk semua

  12. abu luqman says:

    lama tak tegngok LCW lawan ngan p.gade
    abu luqman baru je tulis kisah Kami bersyukur dilahirkan sebegini semuanya anugerah AllahMy Profile

    1. tehr says:

      datuk lee dah menang :D

  13. ghost writer says:

    tahniah untuk kelantan meskipun harus berkongsi mata.selangor sudah dijangka terlalu sukar menang dengan kelantan.

    lee chong wei lagi mudah diramal muncul juara india open.
    ghost writer baru je tulis kisah sekeping kad-1000 kebencian dan joshuaMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah untuk datuk lee
      nampak sengit juga tu, ghost

  14. padin says:

    aku pun risau kenapa prestasi Selangor
    terumbang ambing,

    1. tehr says:

      bagi aku selangor ni macam MU, bro
      mereka bukan gelabah apa pun
      dari dulu sampai sekarang

      aku memang tabik

  15. sayacomel says:

    bergu kalah, mix double pun kalah. Chong Wei ajela harapan..
    sayacomel baru je tulis kisah Comel Serius – Bila bayi mula mengganasMy Profile

  16. zik says:

    LCW juara…tahniah ler …
    zik baru je tulis kisah Mereka yang sempoi April 2011!!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun