Tahniah Kepada Semua

Tahniah buat Terengganu, tahniah untuk Kelantan dan tahniah juga kepada sahabat kita Putera Duyong dan Sud@is kerana dua rangkap Pantun Zaman Sekolah daripada mereka terpilih untuk menghiasi ruangan Pantun Pilihan Dari Sahabat kali ini. Pantun mereka akan kekal di sidebar blog ini untuk sekurang-kurangnya dua minggu. Sekali lagi ucapan tahniah daripada tehramuan kepada semua.

Satu, dua, tiga, empat
Lompat lompat tepi perigi
Seronok cuti dunia tak ingat
Kerja sekolah tak siap lagi

Seronok bertandang ke Kampung Raga
Suasana indah penduduknya ramah
Kenangan datang mengusik jiwa
Zaman sekolah semuanya indah

Tahniah juga kepada sebahagian besar peminat bola sepak yang masih bersabar, bersopan dan berjaya menunjukkan budi pekerti terpuji dengan tidak membaling sebarang objek sewaktu perlawanan akhir Piala FA 2011 di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Tahniah!

TehrDemikian kisah 'Tahniah Kepada Semua' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


43 Comments

  1. ghost writer says:

    satu perkara yang menarik..tidak ada kekecohan dari mana-mana pihak.nampaknya tehr kena terima hakikat bahwa permainan yang tenang mampu membuatkan pasukan lain semakin tertekan..
    ghost writer baru je tulis kisah karakter murahanMy Profile

    1. tehr says:

      setuju, ghost
      ketenangan di saat genting boleh menjadi kunci sesebuah kejayaan

  2. Cik Siti says:

    tahniah buat skuad Terengganu dan Kelantan yang bermain dengan penuh semangat kesukanan…

    1. tehr says:

      yups
      tahniah juga kepada penyokong yang tak buat kacau :D

      1. suri says:

        ada skli jer terganggu kan..kan..

        1. Mus says:

          terganggu momentum pemain
          Mus baru je tulis kisah Pusat Tanah Lembab Di Tengah Bandar Raya Kota KinabaluMy Profile

  3. Tahniah kepada Terengganu kerana menang piala FA dan tahniah kepada Kelantan kerana dapat cuti umum. :)
    Sunyi sikit sorakan malam semalam kat rumah. :p
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah No more free download in MalaysiaMy Profile

    1. tehr says:

      kebanyakan peminat kelantan terkedu, sis
      huhu

  4. Hadi Rofiee says:

    Semoga balingan mercun/bunga api yang singgah betul-betul berhampiran gawang gol tidak akan berulang lagi. :neutral:

    Tahniah untuk kedua-dua pasukan. :-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Menara Alor SetarMy Profile

    1. tehr says:

      aku pun hairan
      apa yang seronoknya dapat baling mercun ke arah pintu gol
      seronokkah kalau ramai orang membenci kita?
      memang pelik

  5. kaizen says:

    tak tengok bola~ hahaha

    1. tehr says:

      rugi tu, bro :D
      tapi aku faham
      minat dan kesukaan tak sama

      1. mungkin bro kaizen ni ada minat lain..tenis, atau golf barangkali :)
        tengkorak emas baru je tulis kisah CONTEST Gempak DLSL 2011My Profile

  6. maza says:

    kepada pasukan terengganu tahniah.. siapa sangka kan?

    heehhehe

    Gasing berpusing arah setentang
    Gasing lawan pangkah bertalu
    Adat bertanding kalah dan menang
    rezeki Tuhan siapalah yang tahu

    hehehhee
    maza baru je tulis kisah Terjah sama itu orangMy Profile

    1. tehr says:

      gasing lawan pangkah bertalu
      gasing sendiri terbelah dua
      rezeki Tuhan siapalah yang tahu
      di lain kali tambahkan usaha

  7. wadud says:

    tahniah jugak.. memang penonton asyik baling barang jer.. tak tentu pasal..
    wadud baru je tulis kisah Sharing Button Kat Tepi BlogMy Profile

    1. tehr says:

      memang pelik, bro
      tak tau salah sambungan mana

  8. zulkbo says:

    salam..
    tahniah juga buat saya pada
    yang terpilih..buat rakyat Ganu
    janganlah bersedih..liga Malaysia
    masih jauh di hadapan menanti
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Hoverbike Kenderaan Alaf BaruMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      sekali atau beberapa kali gagal
      masih boleh dicuba lagi :D

  9. Ismail N says:

    tahniah pada pemenang semua.. ramai yg dah khatam pantun nampaknya? :D
    Ismail N baru je tulis kisah Photo Update 6My Profile

    1. maza says:

      meh kasik satu kali pantun ler abg mail… hehehhee
      maza baru je tulis kisah Terjah sama itu orangMy Profile

      1. kita main pantun gambar Maza.. try nanti susun gambo jadi pantun.. amacam? :D
        Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Mengapa Kita Masih Perlukan ISAMy Profile

  10. shameel says:

    Tahniah kpd Terengganu sbb menang dan tahniah kpd kelantan sbb mempamerkan aksi yg baik. Paling ptg penyokong agak profesional sbb xde kes merusuh spt dulu2.
    shameel baru je tulis kisah Hidup Persis Perlawanan Bola SepakMy Profile

    1. tehr says:

      kes merusuh dah selesai
      hanya kes baling objek je yang masih ada ni
      tak tahu bila nak selesai

  11. sud@is says:

    thniah Terengganu juara kali ni
    dan semua pemain juga kerana permainan bersih
    jumlah balingan juga berkurang nmpaknya..

    dan tq Mr Tehr…utk melekat lagi 2 minggu
    sud@is baru je tulis kisah Kejadian Masa Zaman Tiada HandphoneMy Profile

    1. suri says:

      malam buat tersenyum sendri heee

    2. tehr says:

      tahniah untuk sud@is juga :D

  12. semangat juang perlu membara
    hingga terdengar wisel penamat
    tahniah terengganu jadi juara
    buat kelantan perjuangan tidak tamat
    tengkorak emas baru je tulis kisah CONTEST Gempak DLSL 2011My Profile

    1. tehr says:

      hingga terdengar wisel penamat
      barulah boleh berhibur hati
      buat kelantan perjuangan tidak tamat
      di lain ketika berjuang lagi

  13. Tahniah kepada kepada semua. Saya tak tengok bro. Pasukan mana jadi johan?
    PakarBuahPinggang baru je tulis kisah Biopsi Buah PinggangMy Profile

    1. tehr says:

      dapat ko gganu la, bro
      klate putih mata lagi

  14. suri says:

    malam tu bersorak gila suri hee..

    janji dia kena belanja suri ptg ni heee…

    1. tehr says:

      wah
      orang lain yang bertarung
      orang lain pulak yang dapat belanja makan :D

  15. Mus says:

    semoga tahap permainan semakin berkua
    liti dan bebas dari rasuah.
    Mus baru je tulis kisah Pusat Tanah Lembab Di Tengah Bandar Raya Kota KinabaluMy Profile

    1. tehr says:

      begitu la harapan kita, mus

  16. padin says:

    game memang best, dan keputusan malam tu
    memang benar apa yang di kata,
    selagi ayam masih bersabung tidak tahu
    siapa pemenangnya..

    1. tehr says:

      betul tu, bro
      memang tak boleh leka langsung

  17. Khidhir says:

    yup. bagus.. penonton2 semua berjaya mengawal perasaan daripada membaling sgala jenis benda..
    Khidhir baru je tulis kisah Cara Mudah Install Windows Media Player 11 Tanpa Windows Validation CheckMy Profile

  18. akubiomed says:

    Tanniah kepada pemantun tidak berkesempatan untuk sertai. Sempena cuti sekolah terus bercuti dari berpantun :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Kutipan Super 8 mengatasi X-MenMy Profile

  19. dnoBiz says:

    harap kekalahan kali ni menjadi pengajaran kepada Penyokong Kelantan supaya tidak main mercun dalam Stadium….
    dnoBiz baru je tulis kisah DnoLeaks – Asal Usul SEBENAR Kumpulan Metallica Top Secret VideoMy Profile

  20. bEe says:

    TAHNIAH TERENGGANU!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun