Tabur Duri Atas Jalan

janji pilihan rayatabur janji dalam perjuangan
seperti tabur duri atas jalan
kalau gagal untuk tunaikan
susah hidup merana badan

Terima kasih kepada sahabat blogger yang sudi menulis pantun dalam posting Berbalas Pantun Dengan YB dua hari lepas. Malam ini saya membacanya sekali lagi dan memilih dua rangkap pantun untuk diletakkan pada sidebar tehramuan ini. Tahniah kepada Sabahan Bloggers Club [SBC] dan saudara Zulkbo. Kepada yang tidak terpilih, jangan pula serik untuk berpantun lagi nanti. :D

hari yang sibuk menjelma lagi
rasa tak cukup tangan dan kaki
ke hulu ke hilir ke sana ke mari
sedikit duduk banyak berdiri

Sebelah petang tadi mengambil kesempatan membeli barang-barang bekalan untuk kedai runcit ibu saya. Walau pun banyak yang hendak dilakukan bersama komputer, terpaksalah meninggalkannya di atas meja tanpa pengguna. Dah berjanji terpaksalah ditunaikan. Hehehe.

kalau lidah senang berjanji
mestilah ikhlas seluruh hati
perlu diturut tangan dan kaki
jangan dituntut selepas mati

TehrDemikian kisah 'Tabur Duri Atas Jalan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


57 Comments

  1. satu ketika tu, lagu ni memang meletup. Apa tidaknya, setiap pagi Mutiara.FM akan memainkan lagu tersebut. Tak silap aku, rancangan “Bersama YB”. So, ramailah YB² yang ditemuramah.
    Teringat plak, skang ni memang tengah panas. Sebagai Iktibar.. aku tujukan khas buat semua YB² yang disegani.

    Bangun pagi-pagi
    Tamu dah menanti
    Bukan nak cari kopi
    Nak tanya pasal subsidi

    Hai belum sempat sarapan
    Dah ada pulak panggilan
    Kaum kerabat orang kanan
    Nak mintak surat sokongan

    Jam baru pukul 8
    YB kena lawat kawasan
    Tapi di tengah jalan
    Pemudi tahan mintak bantuan
    Disambut dengan kompang
    Ayam itik pun banyaklah tumbang
    Kemudian ditunjuk jalan berlubang
    Suruh YB segera timbang

    Pada waktu tengah hari
    Ada pulak jemputan kenduri
    Kalau YB tak pergi
    Silap-silap nanti kurang undi

    Hai dalam sibuk-sibuk
    Orang sakit YB jenguk
    Hai teruk ke tak teruk
    Poket tetap YB kena seluk

    Ketika awal petang
    Ada satu sidang
    YB tak boleh tak datang
    Takut nanti kerusi terbang

    Sebelum senja ke padang bola
    YB dijemput sampaikan piala
    Sambil tu mereka bertanya
    “Jersi baru kami hai macam mana”

    Bila malam tiba
    Ceramah jadi agenda
    Kalau YB tak bersedia
    Kena tanya mungkin ternganga

    Bila habis berceramah
    Kampung lain YB singgah
    Bukan sekadar menjengah
    Tapi nak tinjau masalah

    Walau dah lenguh badan
    YB balik ke cawangan
    Di tanya orang harapan
    Apakah strategi lawan

    Lewat malam di gerai tepi jalan
    YB berembun melayan kawan-kawan
    Dengar pendapat dengar pandangan
    Sambil tu kena lah belanja makan

    Sewaktu YB balik
    Burung hantu pun rasa pelik
    Isteri sendiri pun dah tak larat celik
    Anak-anak pulak dah lama tergolek

    Selepas YB mandi
    YB belek itu dan ini
    Kemudian picit-picit dahi sendiri
    Cari jalan nak tolong Pemudi

    Hingga dinihari YB tak tido lagi
    Esoknya pagi-pagi
    Dah ada tamu menanti
    “Assalamualaikum YB..”

    ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ” Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      aku memang suka dengan lagu nd lala ni
      masih tersimpan kemas dalam album muzik aku

      1. hafizmd says:

        Memang sedap dan menarik lirik lagu ni…YB2 nak kena faham betul2 lirik… :D
        hafizmd baru je tulis kisah Kesudahan Pok De dan cicak tokeknya…My Profile

    2. dnoBiz says:

      hahah lagu ni memang sesuai utk Yb kawasan aku yang macam hampeh… :D

      Dulupun ada drama pasal YB yang guna laguni sebagai tema :D
      dnoBiz baru je tulis kisah Ilmuan Islam – Ilmu dalam Tamadun IslamMy Profile

  2. Terima kasih kerana pilih pantun kami.
    Hahahahaha…, dah lama tak berpantun, rasanya kalau ikut pertandingan confirm gagal tu…. ;)
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah 12 new file formats in the Google Docs ViewerMy Profile

    1. tehr says:

      terima kasih juga kerana sudi memeriahkannya :D

      1. suri says:

        lain kli dok rempit pulak heeee..

    2. Mus says:

      tahniah SBC!! jeles oo..
      Mus baru je tulis kisah Sajak Jatuh Cinta Dengan Keindahan Gunung KinabaluMy Profile

  3. ghost writer says:

    tahniah untuk pemenang pantun tehr….

    lain kali baru join…hihi
    ghost writer baru je tulis kisah maharaja yang laparMy Profile

    1. tehr says:

      ok. lain kali jangan lupa
      insya allah 2 minggu dari sekarang

  4. apa ada pada padi
    entahkan masak entahkan tidak
    apa ada pada janji
    kalau dah menang, bayang pun tak nampak…
    insan marhaen baru je tulis kisah Adinda SayangMy Profile

    1. tehr says:

      sibuk agaknya tu
      maklumlah kan, banyak meeting nak hadir :D

    2. Mus says:

      kesian pada orang yang mengharapkan janji tu..
      Mus baru je tulis kisah Sejuknya Di Walai Tokou Homestay- Kundasang- SabahMy Profile

  5. mie says:

    fuh!!
    gue kena mengasah bakat lagi ni..
    eheheee
    mie baru je tulis kisah Contest KPTP Sudah 10 Hari!!My Profile

    1. tehr says:

      asah je, mie
      hehe

      1. Mus says:

        kena berguru dengan tehr ni..
        Mus baru je tulis kisah Seronok Buat Vandalisme Tepi Pantai Korang Pernah Buat TakMy Profile

        1. mie says:

          betul tu!!!
          tok guru dh ada…
          hihi
          mie baru je tulis kisah Contest – Kisah Pelaut Terlampau PilihanMy Profile

  6. tips-kurus says:

    ‘buah cempedak di luar pagar’
    hehehe…!

    *eloklah kurang duduk. asyik duduk je kan?! :-)
    tips-kurus baru je tulis kisah Tips berhentikan darahMy Profile

    1. tehr says:

      ambik buah yang dalam pagar je
      tak payah nak susah2 :D

  7. Cik Siti says:

    debaran kian terasa
    bahang kian membara
    hanya masa menentukan
    bijaklah membuat pilihan
    Cik Siti baru je tulis kisah Taare Zameen ParMy Profile

    1. tehr says:

      mesti bijak buat pilihan
      senang nak minum makan
      atau pun nak jalan-jalan
      hati pun sentiasa aman

  8. puteri says:

    esok undi di kampus..
    tapi di luar kawasan (praktikal) sekarang..
    jadi dikecualikan dari mengundi.

    sedih jugak ni…
    org len hepi xyah undi

    1. tehr says:

      rugi la kalau macam tu
      tak ada undi pos ke, puteri?

  9. belalang says:

    menambah bahang cerita sejak kebelakangan nih…

    hee…
    belalang baru je tulis kisah Video Apabila Minyak Naik HargaMy Profile

    1. tehr says:

      yups,
      macam2 hal ada
      memang tak habis nak baca

  10. SuManje says:

    Salam..
    ziarah di pagi ahad yang damai..
    su singgah sambil promosikan blog baru su manje..

    Maaf jika menganggu….jemput singgah kalau ada kelapangan..

    Su Ucapkan jutaan terima kasih jika sudi singgah
    Poem ~~SuManje~~

    harap tuan umah tak marah su singgah tanpa di undang….maaf dari su sekali lagi……

    ~~SuManje~~~…..

    1. tehr says:

      salam kembali
      dak aih, tak marah pun
      suka lagi :D
      terima kasih kerana su sudi singgah

      1. Mus says:

        tehr ni mana tahu marah.. hihihi..
        Mus baru je tulis kisah Komisen Affiliates di FabulousPeoplenet Meningkat Kepada RM20000My Profile

  11. suri says:

    alah mmg tak tahu sgt..skit blh le hiii..

    1. tehr says:

      eh, suri tak balik ngundi ke?

      1. suri says:

        den org kuala sungai baru.. en rustam tu haa stu kg dgn dia heee..

        p/s:bro jawap soalan saya kt blog tu ya?
        p/s:Gembirakah kamu pada minggu ini? hiii

  12. suri says:

    adat bertanding..klu dh menag kena lah igt pada janji2 tu..klu tak rakyat akan mrah katan cam2 pd YB plk..

    akhirat pula akan d soal kemudian hari…

    p/s:watermark tu ok tak bro hii.. dok try jerlah haritu huuu..

    1. tehr says:

      asal saja jangan buat2 lupa
      kawan2 kat kampung memang berpeluh masa kempen

      1. suri says:

        dulu ada tolong bab2 asingkan kertas – kertas undi.. bla dema kata menag dema kata nk bgi duit kat kami.masa tu kmi baru masuk bljr kolej..last2 apa yg d janjikan tak dapt..peh mmg tension gila wktu tuh huu

  13. MDHAFiZ.NET says:

    ingat namaku daku dalam doamu…
    kenang namaku daku dalam sholatmu…

    cewaah…inngat lg words ni masa ceramah dulu.. :)

    1. tehr says:

      memang kena selalu ingat tu, hafiz
      pesan penuh hikmat tu

  14. sud@is says:

    kalau x mampu jadi
    tabur janji dalam perjuangan

    cukup sekadar
    buang duri diatas jalan
    sud@is baru je tulis kisah Hantu DurianMy Profile

    1. tehr says:

      ya, bagus juga tu
      senang hamba rakyat nak tumpang lalu

  15. toyol says:

    kdang2 hairan jg ye..
    time berkempen bnyk je masa nk layan penduduk setempat.. nk minta apa, semua boleh..
    bila dh menang pyh la pula nk jumpe, bnyk syarat pulak tu..
    agaknya mcm ni la jd orang politik ye..
    toyol baru je tulis kisah CONTEST BESDAY KAD UNTUK SAFIYYAMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      masa kempen jumpa orang kampung tanpa temu janji
      bila dah menang, orang kampung nak jumpa kena pulak buat temu janji :D

      1. Hadi Rofiee says:

        Aku suka dengan komentar ini. Menarik & sinis. :mrgreen:
        Hadi Rofiee baru je tulis kisah Revolusi atau EvolusiMy Profile

        1. tehr says:

          dah memang macam tu keadannya, hadi
          nak kata apa lagi, kan?

          1. Hadi Rofiee says:

            Ya, setuju. :-)
            Hadi Rofiee baru je tulis kisah Revolusi atau EvolusiMy Profile

    2. Hadi Rofiee says:

      Aku pun hairan. Tidak kira parti mana, kebiasaannya memang begitu.
      Hadi Rofiee baru je tulis kisah Revolusi atau EvolusiMy Profile

  16. Hadi Rofiee says:

    Musim mengundi,
    musim menabur janji,
    semoga semuanya dipatuhi,
    agar tidak digelar pemungkir janji.

    p.s: UM juga tidak terkecuali, sedang di dalam musim pilihanraya. :-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Revolusi atau EvolusiMy Profile

    1. tehr says:

      berjanji pun perlu ada caranya, bro

  17. zulkbo says:

    salam..
    adehhh..pantun ku
    ke tu.?.ha ha..idea karat
    masa tengah blur je saudara..
    apapun terima kasih link anda
    zulkbo baru je tulis kisah Dividen Menanti Buat Pencarum KWSP 58 PeratusMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      pantun yang bersahaja tu, zul
      saya suka :D

  18. dnoBiz says:

    aku terlepas acara tu…
    ni la jadinya kalau dah terkena penyakit kekangan masa…

    Ps : nak g jengok situ kejap :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Pelakon Gangster – Dua lagi lelaki serah diriMy Profile

    1. tehr says:

      tak apa la, dB
      masa memang selalu cemburukan kita
      tapi perlu percaya juga, masa lapang akan tiba juga nanti

  19. mappiau says:

    tak boleh jadi nih saye kene terjah kedai buku cari buku mari belajar berpantun nih hahaha (giler hoverrr nak pandai berpantun akekeke :P)
    mappiau baru je tulis kisah Iklan jap uniknya 2011My Profile

  20. Zik says:

    semua tengah musim nih… musim pilihanraya di kampus.. aku pulak mengundi cari kerja..hehe.
    Zik baru je tulis kisah Contest Tiket Wayang dari Blogger ShakiddoMy Profile

  21. Ismail N says:

    Tahniah kepada para pemenang. Kena asah lagi skill pantun kawe ni kalau cam tu. :D

  22. Luthfi says:

    pergh, berpantuuunn…
    nice nice.. nak join tapi tak pandai :D
    Luthfi baru je tulis kisah Pekena Mee Hokkien di How Pern You Cafe!My Profile

  23. kakyong says:

    bukannya mudah memikul tgjwb..
    ramai YB yg kurang ilmu kepimpinan & follow up, tu pasal janji jrg ditepati, sbb tak buat checklist may be & tdk follow up…
    kakyong baru je tulis kisah UjiMinda hari Ahad – Keputusan yang dinantiMy Profile

  24. Norgadis says:

    Bukan senang nak cari YB yang telus sekarang ni.
    Norgadis baru je tulis kisah Kumpulan Nasyid Dari SMK Mutiara Labuan Membuat Persembahan Sempena MaulidurrasulMy Profile

  25. ishak says:

    kalau hati sudah bertaut
    manakan hati tidak terpikat
    kalau sudah blogger tersangkut
    esok mungkin datang lagi
    baca apa yang patut…

    pantun limo korat dari eden huhu
    ishak baru je tulis kisah Berminat nak buat skyscraper untuk profile facebook My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun