Syair Nur Kasih

syair nur kasihTahniah kepada Tengkorak Emas dan Sud@is yang berjaya meneka dengan tepat gambar mata yang diberikan. Mungkin sekali mereka berdua merupakan peminat setia siri drama Nur Kasih yang disiarkan di televisyen suatu ketika dahulu. :D Tahniah sekali lagi.

Jawapannya memang Remy Ishak, salah seorang pelakon utama siri drama Nur Kasih. Hero Malaya ini juga turut berlakon dalam filem Nur Kasih The Movie bersama Fizz Fairuz dan Tiz Zaqyah.

Secara peribadi saya memang suka dengan tema dan jalan cerita  drama Nur Kasih. Ia terkeluar dari kongkongan kisah biasa yang terdapat dalam kebanyakan drama yang sering ditayangkan di televisyen negara kita.

dengarlah tuan hamba berperi
kisah dugaan jambangan hati
rela berkorban cinta nan suci
demi kebahagiaan teman sejati

sanggup ditempuh dugaan hebat
terpisah jauh terkadang dekat
sekali ke baruh sekali ke darat
kembali teguh membilang rahmat

hati sendiri memendam rindu
cinta diberi dalam belenggu
orang dinanti senyum berlagu
kasihnya sejati dia yang satu

beginilah hidup dalam dunia
mestilah sanggup tempuh segala
basah nan kuyup kering nantinya
seringlah sujud pada yang esa

Ada sesiapa yang pandai dan biasa bersyair? Kalau mahu menguji suara, boleh cuba dengan Syair Nur Kasih yang telah saya tuliskan di atas. Kalau dapat sediakan iringan bunyi piano pun bagus juga. :)

TehrDemikian kisah 'Syair Nur Kasih' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


47 Comments

  1. Cik Siti says:

    ha..ha…ha.. Cik Siti salah… tepuk tangan untuk diri sendiri…

    1. tehr says:

      tepuk3x
      tak apa la, cik siti
      nanti cuba lagi :D

      1. suri says:

        alah cik ct cam ar kuiz ni tuan rumah buat setahun skli heee…

        1. mie says:

          betul tu…
          sama2 kita salah..
          bleh cuba lagi..
          ehehheee
          mie baru je tulis kisah Gambar Tragedi Tanah Runtuh Di Rumah Anak Yatim Al-TaqwaMy Profile

  2. Khidhir says:

    laa.. tehr peminat nur kasih rupanya.. Rasanya aritu tak sempat nak teka pun..
    Khidhir baru je tulis kisah Membuka Dan Convert PostScript File Menggunakan GhostScriptMy Profile

    1. tehr says:

      ala… minat cara orang tua je, khidhir
      bukan dapat melekat kat tv pun
      hehe

      1. suri says:

        saya suka tgok cter dia atara drama yg saya dan suami minat sgt2.. :)

        katanya akan d tayagkan pwgam ek hu….

        1. akubiomed says:

          Mana taknya Suri orang kampung. Siapa lagi kalau tidak support orang kampung berlakon. Ha..haa…

          1. bEe says:

            owh…. org kg suri ke. Ekekekeke, mmg patut sokong org kg neh :-P
            bEe baru je tulis kisah Ilustri &amp Gambar Bak Irama &amp LaguMy Profile

  3. mie says:

    tahniah!!
    tersalah teka pula tu…
    eheheheee
    mie baru je tulis kisah Gambar Tragedi Tanah Runtuh Di Rumah Anak Yatim Al-TaqwaMy Profile

    1. tehr says:

      cuba lagi nanti :D

      1. mie says:

        insyallah!!
        akan dicuba kemudian…
        mie baru je tulis kisah Gambar Tragedi Tanah Runtuh Di Rumah Anak Yatim Al-TaqwaMy Profile

  4. zulkbo says:

    salam..
    tahniah kepada pemenang..
    sibuk urusan tak sempat meneka
    semasa entri tersebut…ermmm drama
    melayu saya memang kurang menonton..
    bukan tak sokong cuma minat..
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Hukuman Sebat Menanti Pesalah Judi Di AcehMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      saya juga bukan selalu dapat melekat depan tv
      banyak hal yang nak diselesaikan :D

  5. sud@is says:

    makasih teh tunggu teka 10
    sud@is baru je tulis kisah Gempaq kejadian di HSBASPengamal Ilmu HitamkahMy Profile

    1. tehr says:

      tunggu… jangan tak tungu
      2 minggu lagi tau
      hehe

      tahniah

  6. Cha'on says:

    mesti peminat setia orang yang berjaya teka tue kan.. tahniah!
    Cha’on baru je tulis kisah Hujan Dan Tragedi Tanah Runtuh Di Hulu Langat- SelangorMy Profile

    1. tehr says:

      peminat yang punyai daya pengecaman yang kuat tu, bro

  7. Errr x folow sgt drama2 melayu ni… layan CSI je selalu :)
    aktechpage.com baru je tulis kisah DocStoccom- Sumber Rujukan Profesional AndaMy Profile

    1. tehr says:

      aku pun bukan setiap malam dapat nengok tv, AP
      selalu terlepas waktu je

  8. tak reti bersyair…huhu

    1. tehr says:

      jangan sekali-kali bersyair dalam dewan bedah, doc :D

  9. Ismail N says:

    isk isk confirm bukan Tom Cruise ehhh…
    Ismail N baru je tulis kisah Aktiviti Hujung Minggu Lepak Di LagoonMy Profile

    1. tehr says:

      … dan bukan juga tom n jerry :D

  10. LiFe KaMi says:

    tahniah pada pemenang..
    mmg da plan balik out station nanti nak pergi tgk nur kasih.. minta2 le sempat wayang tak tutup lg..huhu

    1. tehr says:

      minta balik awal tak boleh ke, bro?
      haha

      1. suri says:

        mintak cuti sakit ar bro LK :)
        p/s:thkns bro sb sudi masuk blogspot suri :) ada gak yg sudi heee…

  11. Chybee says:

    chybee nak juga tgk movie nur kasih ni tp bila la agaknya dpt tgk
    Chybee baru je tulis kisah Amsterdam- Where All The Excitement BeginsMy Profile

    1. tehr says:

      tengok online :D

      kalau nak pulang semata2 nak tengok filem ni, macam tak logik la pula, kan chybee
      hehe

  12. hehe terkantoi minat nur kasih dulu..yg filem ni belum sempat tengok lagi, tunggu dvd kot..hehe
    tengkorak emas baru je tulis kisah Inspirasi untuk sabar dalam bersabar 2My Profile

    1. suri says:

      yah tu mmg pilihan yg tepat bgi org mcm suri nie ekekee…

      TE dasar pengecawan aura yg kuat nih …

      1. bEe says:

        Kwn bEe dah tgk movie ni. Mereka rate 4stars… Musti besh ni ;)
        bEe baru je tulis kisah Ilustri &amp Gambar Bak Irama &amp LaguMy Profile

  13. Emak suka tengok cerita ni. Saya tak dpat nak tengok sebab waktu tayangan dia time saya buat kerja.
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Adsniaga internet advertising communityMy Profile

    1. tehr says:

      saya juga tak dapat tengok sepenuhnya
      masa tayangan memang masa kita sibuk

  14. My mother in law suka sangat tengok cerita ni, sambil buat kuih, sambil tengok tv..hehe
    Malaysia Travel Blog baru je tulis kisah Tuaran crocodiles farmMy Profile

    1. tehr says:

      mesti sedap kuih tu
      diadun dengan penuh rasa kasih sayang
      orang kata kalau hati happy masa buat sesuatu kerja
      hasilnya memang memuaskan

  15. akubiomed says:

    Yang pasti untuk menonton filem Nur Kasih perlu pergi ke panggung wayang kerana tidak akan dimainkan di Astro First :-)

    1. tehr says:

      kenapa pulak astro tak mahu filem ini ya?

  16. yas says:

    Aiseh bro…camne aku ketinggalan bas nihh….
    tp ko bagi klu pelakon, mmg aku fail punya…kalau yg betul2 top tu okeh laa…hehehe
    yas baru je tulis kisah Meta tag YastroOnLine dah ok PehhlegaaaMy Profile

    1. tehr says:

      sebenarnya, yas
      aku pun tak tahu siapa pelakon yang top sekarang ni
      huhu

  17. hafizmd says:

    mmg kalau ada yg pandai bersyair…fuuuuuh!

    mesti mendayu2 alunan syair saudara tehr ni…dibaca sebegitupun dah rasa terbuai2 :p

    pssst…ada sape2 nak sambut cabaran saudara tehr?
    hafizmd baru je tulis kisah Kaedah ramal tanah runtuhMy Profile

    1. tehr says:

      aku sendiri tak boleh bersyair kat rumah
      anak bungsu kata ‘takut hari akan hujan’ :(

  18. titan says:

    waa, tak tengok lagi..
    titan baru je tulis kisah Komisen kedua dari BidtrafficMy Profile

  19. zik says:

    erm.. tak sangka rupanya remi… tak sempat nak turut serta lagi….
    zik baru je tulis kisah Boleh buat apa dengan pokok kelapa nieMy Profile

    1. bEe says:

      kita sama2 kos melepas zik. hehehe

  20. bEe says:

    Menunggu teka teki lagi sekali dari tehr

    Nak menang~ huhuhu

    p/s : bEe termissed dah… :-(

  21. ghost writer says:

    nampaknya aku tertinggal akan siri teka siapa nih…tahniah untuk sudais dan tengkorak emas…filem nur kasih cuma memadatkan keseluruhan kisah drama bersiri yang mendapat rating tertinggi.kemungkinan juga cuma kesinambungan..
    ghost writer baru je tulis kisah jiwa milik tuhanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun