Syair Memujuk Isteri

Bagaimana memujuk isteri merajuk. Pernah alami keadaan bila mana isteri korang merajuk kerana sesuatu sebab atau perangai yang korang buat? Kaki bola umpamanya, memang tak ingat bini bila cerita hal bola. :D

anak haruan si anak gelama
berenang mudik di tepi kuala
wahai dinda khabarkan segera
keputusan terkini piala dunia

anak rusa si anak bebiri
minum bersama di dalam baldi
kanda berjaga malamlah nanti
sudilah kiranya sediakan kopi

anak beruang si anak buaya
bermain-main sambil berlaga
keropok sedulang kalaulah ada
sangatlah senang di hati kanda

anak sepat si anak puyu
di bawah jeti tempat beradu
piala dunia bukannya selalu
empat tahun sekali bertemu

anak merak si anak angsa
mati ditimpa pokok kelapa
emas perak dan juga suasa
hadiah kanda untuk adinda

Jawapan dari isteri :
siakap senohong gelama ikan duri
bercakap bohong dah banyak kali

emas perak gelang suasa
takkan dapat dinda merasa

sedulang keropok seteko kopi
bolehlah kanda buat sendiri

Kejohanan bolasepak Piala Dunia FIFA 2010 telah memasuki pusingan suku akhir. Pasukan-pasukan yang berjaya ke suku akhir ialah Argentina, Belanda, Brazil, Ghana, Jerman, Paraguay, Sepanyol dan Uruguay. Ada yang telah kecewa [seperti Jepun yang kalah dengan sepakan penalti] dan ada yang semakin bergembira.

Semua ini hanyalah satu hiburan sahaja. Jangan biarkan keharmonian rumah tangga bergolak kerananya. Kita hanya penonton di luar gelanggang.

TehrDemikian kisah 'Syair Memujuk Isteri' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun