Syair Isteri Berleter

Tak tahan dengan isteri suka berleter? Sakit hati? Geram? Siapa yang belum berkahwin memang tidak pernah alami suasana meriah leteran isteri seperti ini. Tetapi bagi lelaki yang sudah berkahwin, mendengar leteran isteri adalah perkara yang hampir biasa. Usah risau, ianya adalah hiasan alam rumah tangga.

Sarapan kita pagi ini bukan menulis pantun tetapi mengarang syair isteri berleter. Sesekali tukar selera. :D

isteri berleter di pagi indah
bukan kerana di hati marah
adanya suami berbuat salah
apa dicakap buat tak endah

masih berleter di tengah hari
juga ditujukan untuk suami
bertabur kata semejak pagi
tidak bergerak sehingga kini

leter si isteri bawa ke petang
bukannya benci tetapi sayang
pohon bantuan suami seorang
moga keluarga bertambah riang

malam menjelma senja berlabuh
leter isteri bersungguh-sungguh
tahannya suami duduk menjauh
si pekak badak berpeluk tubuh

Orang perempuan memang suka berleter. Hampir kesemuanya begitu. Soalnya mengapa isteri berleter? Adakah kaum isteri ini dari keturunan murai tercabut ekor atau isteri berleter hanya kerana mempunyai suami dari keturunan pekak badak?

Kata orang dulu-dulu, ‘Kalau tak ada angin, takkan pokok bergoyang.’ Kata orang sekarang?

TehrDemikian kisah 'Syair Isteri Berleter' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


35 Comments

  1. kakyon says:

    kalau dah marah sangat..memanjanglah leternya..
    kakyon baru je tulis kisah pinggan kesayangan..My Profile

    1. tehramuan says:

      marah2 sayang tu kakyon, kan?

      1. Mus says:

        asam garam rumahtangga
        Mus baru je tulis kisah Sabah Bah: Undian Anda Saya PerlukanMy Profile

  2. padin says:

    hehehh mak aku pon gitulah, tak penat ke berleter? keh3

    1. mu jaga-jaga padin, dok lama doh tuu nak kena laa hehhehe :P
      rainbowcloudy baru je tulis kisah kecewa abe roy #3My Profile

      1. tehramuan says:

        kena la ikuti bengkel mendengar leteran isteri
        hehe

    2. tehramuan says:

      kita anak2 pula tak penat dengar leteran mak :D

  3. janganla. orang meleter nak bagi nasihat la teh r

    1. tehramuan says:

      betul sangat tu
      tapi ada juga suami yang buat daaaak je :D

  4. sebenarnya tu sebahagian sifat perempuan yang suka bercakap. tetapi dikatakan berleter kerana panjangnya bebelan.

    itu sifat yang sihat.

    kalau demam atau sakit, berhentilah bebelan. berhentilah leteran.
    tak sedapkan rasa? rasa bersalah plak tak dengar leteran haha.
    rasa rindu kan kan kan??
    rainbowcloudy baru je tulis kisah kecewa abe roy #3My Profile

    1. tehramuan says:

      setuju
      aku selalu rasa macam ada yg tak kena je bila isteri senyap sepanjang hari
      hahaha… pelik

  5. nazri says:

    Leteran isteri adalah satu hiburan dihati suami
    nazri baru je tulis kisah Claim Kena Gigit Semut RM700My Profile

    1. tehramuan says:

      hiburan yang berfaedah tu

      1. fiezaradzi says:

        betul, banyak benda ada tu.. hehee
        fiezaradzi baru je tulis kisah Berbuka Dengan Blogger TerkenalMy Profile

  6. anjangman says:

    Kalau mereka marah lagi susah benda kecil boleh jadi besar….
    anjangman baru je tulis kisah Jadual Imsak dan Berbuka Puasa Sarawak 2012My Profile

  7. akubiomed says:

    Memang wanita dan berleter tidak boleh dipisahkan. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Sentuhan Kasih Ramadan Kg Orang Asli Bukit KalaMy Profile

  8. Jamal Ali says:

    Saya dah tahu sebabnya sebab di rumah sewa ni yang semuanya lelaki pun membuatkan saya boleh berleter panjang. :P
    Jamal Ali baru je tulis kisah Di Depan MasaMy Profile

  9. iza says:

    Assalam..
    Saya paling tak suka orang berleter. Dulu selalu dengar kakak saya berleter sampai dah tebal cuping telinga ni..Sekarang ni dok berleter kat anak pulak. Bukan apa, cakap sekali tak buat jadi tak kan nak cakap bersama rotan kan?
    iza baru je tulis kisah Crochet : HeadbandMy Profile

  10. mungkin leteran tu tandanya isteri syg..kalo diam jer x best lak kan..hehe
    Jebeng Otai™ baru je tulis kisah Perhimpunan Oren : Relevankah ?My Profile

  11. Mus says:

    pasti meleter kerana bersebab
    Mus baru je tulis kisah Sabah Bah: Undian Anda Saya PerlukanMy Profile

  12. hatiputera says:

    Dah naik tepu telinga bila kena leter. Mesti ada sebabnya. Biasala orang perempuan tapi sekejap jer.
    hatiputera baru je tulis kisah ww eyriqazz vs denaihati vs eyriqazzMy Profile

  13. Faizul says:

    Saya pernah dengar orang kata leteran isteri itu nyanyian indah dalam rumahtangga. Kalau tiada leteran bukanlah lengkap rumahtangga itu, sebabnya isteri adalah pelengkap kekurangan suami. Begitu juga sebaliknya. Cuma suami tak berleter cam isteri. Kami sound terus je. :)
    Faizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #6 – How To Train Your DragonMy Profile

  14. fuad ansari says:

    mungkin ada lelaki yg berfikir, lebik baik aku ada isteri yg bisu.. (“,)
    fuad ansari baru je tulis kisah Di HaRi LaHiRKu…My Profile

  15. Cikgu Hairul says:

    isteri berleter mesti bersebab. biasanya suami pekak badak memang kena leter. bila tak tahan cabut g mancing. balik rumah ingatkan dah reda rupanya tambah ribut taufan.

    Hargailah isteri, fahami isteri. Bukan tanggungjawab dia mengemas rumah, memasak, menjaga anak. Itu semua tugas suami. Ucaplah terima kasih sebab membantu. berleter cuma utk melepaskan rasa hati je tu.
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Demam tapi degil tak nak jumpa doktorMy Profile

    1. suri says:

      mujur si dia ringan tulang he…
      suri baru je tulis kisah Elakkan Tauhu Tidak MasamMy Profile

  16. suri says:

    klu suami pemlas smpi umh tgok tv mmg si dia bebel hee…
    suri baru je tulis kisah Elakkan Tauhu Tidak MasamMy Profile

  17. Bro Zulkbo says:

    salam..
    saya jenis tak suka dengan
    perempuan suka berleter..
    alhamdulillah..isteri kurang
    bercakap..hanya yang perlu
    sahaja :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Lagi Gambar Sekitar Himpunan Oren 14 Julai 2012My Profile

  18. daddydee says:

    tapi pelikkan hidup ini kalau isteri tak membebel…rasa jangal hidup suami isteri kalau isteri diam…hahahha
    daddydee baru je tulis kisah Buku Jutawan – Untuk Jutawan Saja Ke??My Profile

  19. eiela says:

    haha mak saya berleter dengan kerenah anak-anak je dengan arwah abah jarang berleternya.
    eiela baru je tulis kisah Dato’ Fazley Juara Masterchef Selebriti MalaysiaMy Profile

  20. irsah says:

    semestinya kan ku nyanyikan syair ini untuk menenangkan owg rumahku…

  21. hafizmd says:

    Agaknya, ambe ni bernasib baik setakat ni. Belum pernah lagi berjumpa, berkawan dgn mana2 wanita yg suke berleter.

    Setakat byk cakap tu, biasalah. Anggap saje sebagai hiburan utk tenangkan hati =)
    hafizmd baru je tulis kisah Bukan Blogger Tegar!My Profile

  22. ProfHariz says:

    Bila dah ada bini, Pasang saja telinga. <— boleh ke macam ni cikgu
    ProfHariz baru je tulis kisah Wordless Wednesday #11 – Aksi Blogger LelakiMy Profile

  23. shraqs says:

    Kalo isteri berleter maknanya dia madih lagi ambil berat & sayang pd suami. Kalo dia buat bodo macam si suami, tak ke haru biru dibuatnya nanti :-)
    shraqs baru je tulis kisah Galaxy Note Menerima Firmware Update Android 4.0.4 DXLR2My Profile

  24. fiezaradzi says:

    ada yg suka, de yg lebih suka berdiam diri.. entah lah, ikut suka hati lah.. hehee
    fiezaradzi baru je tulis kisah Berbuka Dengan Blogger TerkenalMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun