Susu Untuk Anak Kucing

Kali ini aku nak sambung kisah anak kucing yang aku tuliskan dalam tulisan lepas.

Kerana kasihan melihat anak kucing yang nampak lapar dan dahaga, aku mengajak anak gadis aku ke Kota Bharu. Tujuan utama kami berdua ialah mahu membeli susu untuk anak kucing sesat yang dah tak tahu nak menyusu dengan siapa.

Sebenarnya di rumah aku sekarang ni ada dua ekor ibu kucing yang sedang menyusu. Tapi malangnya kedua-dua ibu kucing ni tak boleh nak diharap. Tak mahu ia jadikan anak kucing sesat itu sebagai anak angkat. :D

Kami singgah di sebuah klinik haiwan di Jalan Dusun Muda. Aku dan anak gadis aku selamba masuk klinik. Seumur hidup aku, inilah kali pertama aku singgah di klinik haiwan. Mahu beli susu untuk anak kucing.

susu segarSaya nak tanya ni…

Ya.

Ada jual susu?

Susu apa, encik?

Untuk anak kucing?

Maaf, encik. Stok kami habis.

Alamak! Kucing saya kecil lagi… Belum pandai makan…

Mmm… Encik boleh cuba bagi susu segar. Dutch Lady pun boleh. Tapi encik jangan bagi banyak. Cirit pula anak kucing tu nanti.

Sudahnya kami singgah di kedai 7 Eleven. Beli susu segar Dutch Lady untuk anak kucing sesat yang kelaparan di rumah. Walau pun tak ada botol dan puting susu, kami dah minta satu picagari dari klinik haiwan tadi sebagai alat untuk susukan anak kucing.

Ingin Bela Kucing? Klik Sini!

Jalan keliling di Kota Bharu,
Jambatan baru sangat tinggi;
Anak kucing tak dapat menyusu,
Susu lembu sebagai pengganti.

Harap-harap anak kucing tu mahu minum susu lembu.

TehrDemikian kisah 'Susu Untuk Anak Kucing' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


18 Comments

  1. maza says:

    Perkhhh….tiada tempat yang lain selayaknya bagi merela yang penyayang sesama makhluk melainkan memperoleh ehsan Allah dan ke jannah.

    Terima kasih kerana menyayangi kucing. (wakil suara anak kucing gelandangan).
    maza baru je tulis kisah BCG Bukit Rakyat MalaysiaMy Profile

  2. haa ? kucing minum ke ? huhu.saya selalunya bagi kucing minum susu cap teko je pada kucing
    syaifuddin alias baru je tulis kisah Semak Keputusan Rayuan ke IPTAMy Profile

    1. Ismail N says:

      Anak kucing kalau dah besar sikit ok bagi susu lembu. Tapi kalau masih baby kena bagi susu kucing ehhh.. Kalau tidak….
      Ismail N baru je tulis kisah FIFA World Cup 2014 Winner To Be Presented With The Trophy By Supermodel Gisele Bundchen?My Profile

  3. Mau je kot kucing tu minum susu. Dulu saya pernah bagi anak kucing minum susu sejat jer. Alhamdulillah, mujur boleh survive.
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Kuasa Internet Mengatasi BihunMy Profile

  4. Anuar says:

    Tak sabar nak tahu sambungan cerita selanjutnya… Adakah anak kucing minum susu lembu yang dibelikan..
    Anuar baru je tulis kisah Senarai Finalist Top 10 DiGi WWWOW Awards 2014My Profile

  5. dja@sishaza says:

    Jangan nanti bunyi mioww bertukar jadi bunyi mooo pula hihi… memang tak boleh lebih nanti tercirit. Saya dah lalui pengalaman tu cikgu, bukan saja anak kucing tapi juga dengan anak tupai yang jatuh dari sarangnya ..
    dja@sishaza baru je tulis kisah PETUA TRADISI MENGATASI BAU BADANMy Profile

  6. akubiomed says:

    Wah istimewa susu yang diberikan kepada anak kucing tersebut.

  7. Nia Mk says:

    Alhamdulillah, bertuah anak kucing tu, walaupun takde ibu, ada insan baik hati menjaga.
    Nia Mk baru je tulis kisah Bersalin Di Dalam Air – Adakah ia selamat?My Profile

  8. Cik Siti says:

    Dutch lady…. Yum YUm… cuba En Tehr letakkan dalam piring kecil ajar di minum sendiri. tengok macam mana
    Cik Siti baru je tulis kisah 11 Tahun…..My Profile

  9. Bobie says:

    Semoga si miau minum & sihat
    Bobie baru je tulis kisah SOLID FOODMy Profile

  10. titan says:

    leh la bagi kat maikel susu ni. mesti dia suka.
    titan baru je tulis kisah Ya. Aku masih dapat komisen Jobdirumah.My Profile

  11. Hafizul says:

    terbaik..susah nak jumpa hati baik macam ni..hehe
    Hafizul baru je tulis kisah Tip Murah Rezeki – Belanja IsteriMy Profile

  12. Hero Borneo says:

    harap lepas ini anak kucing sesat dapat survive dan memberi manfaat pula kepada tuannya!
    Hero Borneo baru je tulis kisah Ranking Alexa Hero Borneo MerudumMy Profile

  13. NutriBullet says:

    Baru beli sekotak semalam susu nie..
    NutriBullet baru je tulis kisah Excellent Nutribullet Review for Weight LossMy Profile

  14. hafidzramli says:

    Untung nya kucing itu :)
    hafidzramli baru je tulis kisah Album Review: Fynn Jamal & Tri HadzirMy Profile

  15. mafiawar says:

    anak kucing tak kisah bagi susu apa pun asalkan susu sebab dia lapar dia akan bedal punya.
    Tak caya cuba bagi tengok takkan komen punya, mesti menjilat atau nyusu sampai habis.
    Bagi susu kambing pun tak apa, sebab lebih baik dari susu lembu.

  16. titan says:

    aishh..semua nak membela sekarang nih..

    haha
    titan baru je tulis kisah JDT menang. Bini gua pun menang.My Profile

  17. hanari says:

    Nanti kucing nya bunyinya seperti lembu
    hanari baru je tulis kisah Manfaat Puasa Untuk Pasien DiabetesMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun