Surat

Di langit biru terbang helang,
Turun makan di pohon cempedak;
Letih menunggu surat datang,
Bayang posman pun tak nampak.

Tidak ramai orang yang tulis surat dalam zaman yang serba canggih ini untuk dikirim kepada keluarga, kepada kenalan atau kepada si dia. Biasanya panggilan telefon atau hantar SMS yang menjadi pilihan. Lagi ringkas update status di facebook atau tulis sesuatu di laman twitter. Tapi aku percaya masih ada yang suka tulis surat dan surat pula dengan berbagai ragam. :D

surat biru
bila hati sedang rindu
hendak makan pun tak lalu

surat kuning
bila hati sedang runsing
orang ditegur tak berpaling

surat hijau
bila hati sedang kacau
hingga termimpi dan mengigau

surat merah
bila hati sedang marah
tak sangka dia dah berubah

surat putih
bila hati sedang sedih
sepi ditinggal sang kekasih

Tulis surat dan pantun untuk kekasih buah hati pengarang jantung yang jauh di mata tetapi dekat di hati. Dengan sampul berbunga-bunga dan haruman bedak di dalamnya. Ada sesiapa yang pernah buat macam ni? :D

TehrDemikian kisah 'Surat' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


34 Comments

  1. dulu zaman sekolah ada buat-buat sekali sekala.Masa itu memang menjadi trend semasa..
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Panduan Mengoptimum TweeterMy Profile

    1. TehR says:

      mesti lekatkan gam elok2 pulak tu
      kalau tidak, berterabur je bedak kat dalam beg sekolah
      hehe

      1. itu mesti..kalau berterabur buku dan beg akan menjadi harum semerbak. he..he..

        1. ummikami says:

          Kalau surat tu pakai bedak mestilah surat cinta..masa sekolah dulu :D
          ummikami baru je tulis kisah Pantun Terakhir..My Profile

    2. suri says:

      hanafi
      ada gak merasa tpi cinta tak berbalas cian kt kwn kita heee
      suri baru je tulis kisah Rahsia Rumahtangga Yang AmpuhMy Profile

  2. pipoq says:

    aku masa zaman awal bercinta dulu memang rajin mengarang surat..sebab bila mengarang ni rasa lebih banyak untuk diperkatakan dari bercakap di telefon..

    memang runsing kalau surat yang ditunggu2 tak kunjung tiba..lebih kuciwa kalau posmen hanya lalu je depan rumah tanpa singgah..hehehe
    pipoq baru je tulis kisah Sehari di kampungMy Profile

    1. TehR says:

      memang kecewa sangat, bro
      rasa nak tanya je abang posmen tu
      mana la tahu kalau2 dia terlupa :D

  3. zik says:

    surat warna purple xda ek bro..hehe
    zik baru je tulis kisah Kos melepas yang perlu kita tahuMy Profile

    1. TehR says:

      ada tu, bro
      tapi aku tak la biasa guna
      hehe

  4. akubiomed says:

    Mengarang surat adalah satu seni. Ia membawa pembaca menyelami suasana dan rasa si pengirim.
    akubiomed baru je tulis kisah Pameran Raja Kita di Istana Negara bahagaian 1My Profile

    1. TehR says:

      betul tu, bro
      sebab itu la juga surat selalunya jadi panjang berjela
      hehe

  5. nazray says:

    bila teringat fikiran melayang,
    zaman berubah banyak kenangan,
    jarang sekali surat dilayang,
    seperti sudah tidak digunakan.
    nazray baru je tulis kisah Bekerja sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan | Pendaftaran dibuka sekarang.My Profile

    1. TehR says:

      Zaman berubah banyak kenangan,
      Dahulu lain sekarang dah lain;
      Seperti sudah tidak digunakan,
      Telefon canggih pun dibuat main.

  6. Hmmm.. bukan setakat surat jer bro. Kad raya yg sudah ready ayat-ayat di dalam nya pun makin hilang ditelan zaman. Tapi nak kata salah pun tidak juga. Kita cuma mahu something yg agak praktikal. Sesuatu yg hendak disampaikan jika ada cara yg lebih mudah dan pantas, maka lebih baik gunakan cara yg mudah dan pantas itu kan?
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah SBB 2013: SEO And Etiquette In BloggingMy Profile

    1. TehR says:

      bila zaman berubah
      cara perhubungan juga berubah

      bagaimana la agaknya di masa hadapan nanti

      1. de engineur says:

        masa hadapan, cakap saja…surat tu terus disampaikan kpd penerima. Tangan tak perlu gerak pun.

        Mungkinlah.

        atau kedip mata saja dah hantar mesej
        de engineur baru je tulis kisah LED lighting for SK Randagong, RanauMy Profile

  7. Petua Puteri says:

    kalau dulu tunggu bayang posmen..
    tapi skrg tunggu bunyi handphone..
    mmg berbeza dulu dan skrg….
    wanita/lelaki dulu dan skrg pun berbeza….
    Petua Puteri baru je tulis kisah Malu Itu Sifat Yang Mulia Dan Digalakkan IslamMy Profile

    1. TehR says:

      yang berumah tangga juga berbeza sekarang ni
      makin ramai yang kahwin sejenis
      huhu

  8. ummikami says:

    Salam permulaan :)

    Berkepul mendung sarat berair,
    Masih menanti curahan hujan;
    Sampul terkandung surat terakhir,
    Kasih terhenti tengahan jalan.
    ummikami baru je tulis kisah Pantun Terakhir..My Profile

    1. TehR says:

      Masih menanti curahan hujan,
      Air bertakung dalam baldi;
      Kasih terhenti tengahan jalan,
      Hancur remuk harapan hati.

      huhu

  9. UmmiKami says:

    Ya Salam.. :D

    Sayur busuk di dalam peti;
    Serap ulat selayang berbau;
    Hancur remuk di dalam hati,
    Harap dapat cari yang baru.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Terakhir..My Profile

    1. suri says:

      tu surat putus kasih hee…kena rajuk cari yg bharu pula tak gtu?
      suri baru je tulis kisah Janganlah Berkecil Hati..My Profile

  10. Sharafie says:

    aku ingat lagi surat cinta pertama aku tulis..hahahaha…”kehadapan saudari semoga sihat sentiasa. Di harap warkah yang tidak seberapa ini tidak mengganggu saudari di sana”..bila ingat balik memang nak tergelak je..adoi..
    Sharafie baru je tulis kisah Kisah Seram Misteri Puaka Rumah Sewa Seremban 2My Profile

  11. azura says:

    surat untuk cikgu
    bila hati sedang rindu
    engkau lambang gedung ilmu
    semoga hendaknya sihat-sihat selalu
    azura baru je tulis kisah Penat Tapi Tak PayahMy Profile

  12. titan says:

    streamyx, umobile..dan nuffnang..suka bagi aku surat tiap2 bulan..
    titan baru je tulis kisah KLserver.net – Hosting Super Macho untuk andaMy Profile

  13. effort lab says:

    Memang org dah tak pakai surat dah. Teknologi dah kuasai cara ni. Yang paling berubah, time raya org dah tak kirim kad raya. Kalau dulu boleh jugak di gantung2.
    effort lab baru je tulis kisah Kajian Harian Edisi 56My Profile

  14. suri says:

    surat ungu tka der ke cikgu?
    suri baru je tulis kisah Rahsia Rumahtangga Yang AmpuhMy Profile

  15. suri says:

    degar2 ada gak org dpt surat saman hee.. yg pasal kamera tepi jalan tu heee
    suri baru je tulis kisah Kaku.. MembisuMy Profile

  16. surat berhenti keje kaler ape??

    huhuhu

  17. Bro Zulkbo says:

    salam..
    semua sayang nak beli
    stem dah kini Bro..satu
    surat je dah RM0.60
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Terkini Buat Pelajar Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M)My Profile

  18. padin says:

    aku pasti surat saman bukanlah surat yang ditunggu2… ekekee
    padin baru je tulis kisah Dalam KenanganMy Profile

  19. suri says:

    semenajk jadi bloger jarg dpt surat tpi sllu terima bungkusan poslju heee
    suri baru je tulis kisah Trick Melawan Pelbagai Rasa Di HatiMy Profile

  20. de engineur says:

    zaman skrg main pakai e-mail saja kan
    de engineur baru je tulis kisah LED lighting for SK Randagong, RanauMy Profile

  21. fiezaradzi says:

    kdg2 tertengok2 juga dlm peti surat kot2 de surat, wpun tak tahu sape yg nak hantar.. haha..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Dunia Tanpa SempadanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun