Surat Saman Di Mana-mana

jalan-jalan di musim raya
mengguna van atau kereta
semuanya mesti siap sedia
surat saman di mana-mana

lampu besar di depan kereta
lampu belakang brek ketiga
lampu signal begitulah juga
semua sekali mesti menyala

nombor plat mengikut ukuran
cukai jalan mesti dihidupkan
lesen pula usah ketinggalan
tayar botak harap gantikan

cermin gelap kesalahan juga
tali keledar janganlah dilupa
depan belakang sama sahaja
surat saman di mana-mana

Aidilfitri semakin mendekati kita. Dalam menjaga keselamatan dan mengelakkan kemalangan, surat saman juga perlu dielakkan. Walau pun wang yang digunakan untuk membayar saman tu, kerajaan kita juga yang dapat, tapi rasanya lebih seronok kalau wang itu diberikan kepada budak-budak yang datang berhari raya. Tak gitu?

TehrDemikian kisah 'Surat Saman Di Mana-mana' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun