Sunyi

Kampung dah sunyi sepi kembali. Saudara mara yang pulang beraya dah pun habis bercuti. Kembali ke tempat bekerja masing-masing untuk meneruskan kehidupan dan mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga. Anak-anak juga dah mula kembali ke sekolah, untuk menghadapi pelajaran dan peperiksaan yang bakal menjelma.

halaman dah sunyisunyi
sahabat dah pergi
hanya tinggal kami
bersama kerbau besi

selamat jalan wahai perantau
kami di kampung usah dirisau
akan dijaga sawah dan dangau
tiada siapa dibenar mengacau

andainya masa mengizinkan kita
andainya panjang umur dan usia
andainya diizin yang maha kuasa
kita akan pasti berjumpa semula

Selamat kembali bertugas kepada semua. Insya-Allah ada ketika dan rezeki kita akan berjumpa lagi. Hati-hati memandu juga berpada-pada dalam meneruskan kehidupan. Selalu ingat akan orang tersayang dan elakkan diri dari berhutang kerana “hutang wajib dibayar walau pun tidak dituntut.”

TehrDemikian kisah 'Sunyi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


24 Comments

  1. Cik Siti says:

    tempat kerja Cik Siti pun ramai yang dah naik kerja. namun ada beberapa orang lagi yang masih bercuti. tak puas lak rasanya cuti kali ni bila raya ke3 dah balik KL
    Cik Siti baru je tulis kisah Senyum meleret hari ni….My Profile

    1. tehr says:

      ya la, cik siti
      kami pun dapat cuti seminggu je
      memang rasa tak puas sangat

  2. adele says:

    sy tak sunyi..tp gelisah sbb dah nak kembali ke sekolah smula..huhu

    1. tehr says:

      cikgu2 juga tumpang gelisah ni, adele
      anak2 murid nk ambil ujian 13hb nanti

      1. adele says:

        cikgu gemilang, anak murid cemerlang..its ok..everything gonna be okay :D
        adele baru je tulis kisah Wordless Day #3 – What Some Guys Really ThinkMy Profile

  3. surihatiku says:

    nampaknya itulah yg dikata ibu..

    tgglkah ayah dan mak d kg halam …berdua katanya mmg sunyi bila ank2 dah besar..dan kwin smunya
    surihatiku baru je tulis kisah To DoMy Profile

    1. tehr says:

      agaknya kita semua ni akan macam tu juga la nanti ya, suri
      sunyi bila anak2 dah kerja n merantau

      1. Cik Siti says:

        kita pun akan merasa di suatu hari nanti…
        Cik Siti baru je tulis kisah #4 wordless wenesday: Alangkah seronok menjadi mereka…My Profile

  4. surihatiku says:

    hutang mesti byr klu tak nak mati tak mana nnti huhu sb memikirkan hutag2 tiada kesudahnnya..
    surihatiku baru je tulis kisah Yang Sedang-Sedang Sahaja – IwanMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      jangan plak bat2 lupa time bayar hutang :D

    2. dnoBiz says:

      jangan berhutang untuk bayar hutang dah la hehehe
      dnoBiz baru je tulis kisah Artis Dadah – Pelakon Pembantu Positif DadahMy Profile

  5. al-lavendari says:

    saya tak sunyi tapi tenang selepas bersara.

    selamat hari raya maaf zahir dan batin.

    1. tehr says:

      selamat bersara, bro
      nampaknya ada banyak masa nak urs blog sekarang ni

  6. padin says:

    hehe betul, tu lah yang mak aku cakap..
    “seminggu ni penuhla orang, nanti semua pi kerja
    sunyi lah rumah ni” hehee..
    padin baru je tulis kisah Sweet SeptemberMy Profile

    1. tehr says:

      esok2 giliran kita plak tu, bro
      memang susah kalau semua anak cucu nak kerja kat kampung sendiri je :D

  7. Norgadis says:

    Ahad ni anak saya dah balik kolej, belum sampai masanya tapi dah rasa sedihnya…. Begitulah hakikat sebagai orang tua…
    Norgadis baru je tulis kisah Jalan-Jalan Berhari RayaMy Profile

    1. tehr says:

      memang macam tu la jadinya kita orang tua ni, nor

  8. dnoBiz says:

    Betul tu Tehr..
    Jalan pundah kembali lengan seperti biasa..
    Ps: sebenarnya aku rindu dengan suasan diwaktu beberapa hari sebelum raya.. :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Misi Bantuan Kemanusiaan ke Somalia – Presiden Kelab Putera 1Malaysia jawab tuduhanMy Profile

  9. zulkbo says:

    salam..s
    setuju sangat..kalau berhutang
    pandai lah membayarnya..

    2-3 kali saya cuba masuk
    blog saudara pagi tadi
    error..tak tahu kenapa..
    sakarang dah okey nampaknya
    zulkbo baru je tulis kisah Siapa Kata Wanita Tiada Pilihan | Wordless WednesdayMy Profile

  10. LadyBird says:

    selamat menyambung kerja kepada semua.. :)..
    malas je rs nak mulakan tugas setelah bercuti lama~
    huhuhu

  11. maza says:

    bercakap ttg hutang ni… aderkkk..

    bikin hati maza dup dap dup dap lah. uhuk!
    maza baru je tulis kisah Indahnya Hari RayaMy Profile

  12. Norasikin says:

    Panasnya cuaca hendak membaja
    Rasa berkurang segala kuasa
    Malasnya rasa nak kembali bekerja
    Paling kurang sebulan baru biasa
    Norasikin baru je tulis kisah Permohonan Online Sekolah Teknik dan Vokasional Kemasukkan 2012My Profile

  13. nurmisnan says:

    Bila dah balik rumah masing2
    tak seronok plak nak beraya..

    Di kampung juga paling seronok beraya… Yezaaaaaaaa

  14. akubiomed says:

    Saya beraya di kampung pun tidak lama kerana adik-adik ipar di kampung ikut naik KL berkumpul dan bermalam dirumah. Kami ramai-ramai bakar satay :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun