Sunyi Malam

Hidup ini memang ajaib dan luar biasa. Siapa yang kita nampak zahirnya derita, batinnya mungkin jauh lebih bahagia. Siapa yang kita lihat sedang bahagia pula sebenarnya sedang mengalami derita jiwa. Resah yang tidak mungkin dapat diadukan kepada sesiapa selain kepada Dia Yang Maha Esa.

di sunyi malam aku berdiri
rela ku terima keperitan ini
aku memohon tenangkan hati
tetapkan iman ku teguh di sini

di sunyi malam aku berserah
dengan menyebut nama Mu Allah
mohonkan ampun silap dan salah
terima dugaan biar pun payah

di sunyi malam aku befikir
bukanlah salah suratan takdir
membilang dosa batin dan zahir
menghitung amal yang amat fakir

di sunyi malam aku mengharap
mengirim suara serak dan gagap
basah mata ku tak mahu lelap
semoga esok dosa ku lesap

di sunyi malam sujud pada Mu
mohon ketenangan tidak ku jemu
dengan menyebut nama kekasih Mu
harap keredhaan pada diri ku

Moga-moga hati kita sentiasa tenang, redha dan penuh syukur. Menyejukkan hati orang-orang di sekeliling kita. Semoga kita dijauhi perasaan resah gelisah seperti mana mereka yang menghina Ramadhan kita. Menghina nikmat dan hikmat kita berbuka.

TehrDemikian kisah 'Sunyi Malam' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


25 Comments

  1. Terbelog says:

    amin..
    Terbelog baru je tulis kisah Kisah Nabi Musa dan PenzinaMy Profile

  2. titan says:

    mudah-mudahan begitulah hendaknya..
    titan baru je tulis kisah Sebenarnya, anda semua sangat beruntung!My Profile

  3. Cik Siti says:

    semoga kita dirahmati olehNYA….amin….
    Cik Siti baru je tulis kisah Kalau Tiada Rezeki…My Profile

  4. Ismail N says:

    Kat masjid tak sunyi malam sekarang ni. Masuk hari ke-6 nampaknya masih panjang lagi saf solat terawih takat ni :D

  5. sud@is says:

    amimm yarabbal’alaminn
    sud@is baru je tulis kisah Sejahteralah Ramadhan UntukkuMy Profile

    1. suri says:

      selalu pas sahur dah nak tdo huhu…pagi itu akan rasa sunyi sangat-sangat

  6. suri says:

    sunyi malam sering menunggu kita..cuma kita tak perasan..

  7. eiela says:

    sunyi malam waktu terbaik mengadu pada Tuhan
    eiela baru je tulis kisah Sambal Sardin Menu Mudah Ketika BersahurMy Profile

  8. hafizmd says:

    Allahurabbi.

    Indah bait2 ni. Terima kasih cikgu.

    Moga kita menggunakan kesunyian itu untuk mengadu padaNYA
    hafizmd baru je tulis kisah Jom Sertai Projek Iqra’ Dengan Menaja Anak Yatim!My Profile

  9. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan Ramadhan. :)

  10. BUNDA says:

    assalam, mudah2an…amiin

    salam ramadhan dari bunda…
    BUNDA baru je tulis kisah Sembang Ramadhan…My Profile

  11. Mohd Shubhi says:

    Terasa syahdu membacanya. TK atas peringatan
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Usahawan dan mentorMy Profile

  12. papa mifz says:

    amin…begitulah harapannya…
    papa mifz baru je tulis kisah Berpatah Balik Demi Super HeroMy Profile

  13. kembaraSenja says:

    amin…. mudah mudahan begitu hendaknya..
    kembaraSenja baru je tulis kisah Urus MasaMy Profile

  14. mcm seiring pula entri kita yea huhu
    Khairul Zamri baru je tulis kisah Intern BermulaMy Profile

  15. Ya.. mudah-mudahan hati kita sentiasa tenang menhadapi dugaan dan cabaran dari pelbagai ragam
    Kulanz Salleh baru je tulis kisah 5 Fakta Ringkas Berkaitan TidurMy Profile

  16. Dja@SisHaza says:

    moga sunyi malam membantu kita melihat dan menilai diri . segala salah silap…yg harus dipastikan tidak terulang
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah TIPS BUAT BISKUT RAYA YANG SEDAP DAN GEBUMy Profile

  17. Dja@SisHaza says:

    ….apabila hilang akal yg cerdik, menghina sesama manusia boleh bertukar menjadi satu kebanggaan
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah TIPS BUAT BISKUT RAYA YANG SEDAP DAN GEBUMy Profile

  18. zool says:

    menariknya nukilan cikgu ni.. guru bahasa ke?
    zool baru je tulis kisah Kerajaan belum bincang isu pemberian bonus AidilfitriMy Profile

  19. kakiblog says:

    waktu malamlah saat paling syahdu untuk beribadah..
    kakiblog baru je tulis kisah Tempias Blogger Kontes Tanah ArabMy Profile

    1. hafizmd says:

      betul tu…sama2 kuatkan diri merebutnya…ameen

      teringat pada satu lagu Hijjaz…

  20. Wan Fauzi™ says:

    hanya kepadaMu Ya Allah tempat ku memohon keredhaanMu..
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Tuntutan Himpunan Jutaan Rakyat MesirMy Profile

  21. spt kata bro.. jika kita amalkan redha dan bersyukur.. insyaAllah hati kita akan lebih tentang.. dan perlu juga mendidik diri utk berfikiran positif…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Nak Hadiah & Duit Raya Tak? Jom Sertai Kuiz ‘Saya suka baca blog hairul.com kerana…….’My Profile

  22. Hafizul says:

    InsyaAllah semoga diperkenankan..aminnn
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #61 – Rezeki Beli Broadband BaruMy Profile

  23. akubiomed says:

    Waktu malam yang sunyi ditemani cengkerik. Harapan mendapatkan kekusyukan melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan.
    akubiomed baru je tulis kisah Juadah berbuka pilihan bulan RamadhanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun