Sungguh Cantik Bunga Keladi

Bermacam-macam bentuk dan cara manusia memilih hadiah dalam dunia ni. Berbagai ketika pula orang memberi dan menerima hadiah. Ada yang menerimanya ketika ulang tahun kelahiran, perkahwinan, ketika lulus ujian, menang peraduan dan tak kurang juga yang menerima hadiah ketika musim pilihan raya.

Tun Abdul Razak Bin Hussien

Kontest ringkas teka mata semalam sudah pun ada pemenangnya. Saya memilih 3 pemenang walau pun hanya 2 banner percuma yang ditawarkan. Tak kisah la kan, lagi pun bukan perlu keluar duit. :D Saudara Mie yang pertama menjawab dengan betul pada jam 9:10 am diikuti oleh sahabat kita Padin dan Ismail N pada 10:28 am. Jawapannya memang gambar mata Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

´╗┐bunga keladi di dalam bekasgelas
daun keladi jatuh ke tanah
tamat sudah kontest ringkas
pemenang pula diketahui sudah

sungguh cantik daun dan bunga
tumbuh subur di dalam taman
biar pun hanya sekejap sahaja
terima kasih hamba ucapkan

ramai orang menanam keladi
sunggh cantik beraneka warna
hidup di dunia untuk memberi
bukan hanya sekadar menerima

Walau pun dah lama tak terima Buffered Earnings dari Nuffnang, Khamis lepas saya terima hadiah sekali lagi. Sebiji gelas yang cantik daripada sahabat kita pelaut terlampau ni. Terima kasih Mie. Anak gadis saya sungguh seronok membuka kotak dan melihat hadiah berkenaan. Nampak macam dah berpindah milik pulak gelas yang cantik tu. :D

TehrDemikian kisah 'Sungguh Cantik Bunga Keladi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


28 Comments

  1. mappiau says:

    hehehe chomelll hadiah tuh, tu nanti musti tiap mase nak minum air dalam tuh nanti hikhikhik.
    mappiau baru je tulis kisah Hamboiiii Hamboiii Hamboiiii Hahahaha -PMy Profile

    1. tehr says:

      dah di kawal sepenuhnya oleh anak dara sorang kat rumah
      hehe

      1. akubiomed says:

        Tentulah cawan gelas gambar Minnie Mouse memang menarik anak perempaun. Kalau anak saya sorang pun tak mau sebab anak-anak saya semuanya lelaki.

        Kalau cawan Ben 10 diorang mahu lah :-)

        1. tehr says:

          kebetulan anak perempuan aku sorang je
          tak perlu berebut dengan sapa2 :D

  2. mie says:

    nasib baik selamat sampai..
    lagipun terbiar je dalam kotak..
    lebih baik dihadiahkan saja..
    mie baru je tulis kisah Kecantikkan Dan Keunikkan GibraltarMy Profile

    1. tehr says:

      terima kasih bunga keladi :D

  3. zik says:

    meberi dan menerima… kedua2 belah pihak… dapat sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit…
    zik baru je tulis kisah Korea selatan tempat ketiga piala asia 2011!!My Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      memberi dan menerima saling berkaitan

  4. bisk says:

    owh nampaknya aku dah ketinggalan tentang contest tuh ek…tahniah lar untuk para pemenang..
    bisk baru je tulis kisah hujan keresahanMy Profile

    1. tehr says:

      letak banner kawan sebagai hiasan blog
      janji hanya 2 minggu sahaja
      nanti akan ditukar [kita buat teka lain pulak] :D

    2. akubiomed says:

      Lambat jawab jawapan kalau tidak ada peluang menang :-)

  5. etomyam says:

    hehe memang comel gelas tu..tahniah :D
    etomyam baru je tulis kisah Tarikh Mencerap Anak Bulan 2011My Profile

    1. tehr says:

      memang comel sangat tu, bro
      alhamdulillah, rezeki hujung minggu

  6. padin says:

    hehee hadiah yang sangat bermakna,
    murah rezeki bro nih,
    padin baru je tulis kisah Aku Marah 3My Profile

    1. tehr says:

      alhamdulillah
      bro mie buat review beserta dengan hadiah sekali
      hehe

  7. MDHAFiZ.NET says:

    wow.. bertuahnya dpt iklan percuma di blog tehramuan yg ternyata punya byk trafiknya.. tahniah buat yg berjaya.. yg x coba lg ya lain kalinya…
    ps : x sabar nak sertai kontest mcm ni mr teh… sbb kontest ni lh yg paling senang utk di join…x perlu byk songeh..

    1. tehr says:

      tunggu lepas 2 minggu nanti
      insya allah kita akan tukar
      tapi kena jawab teka teki juga la :D

      1. padin says:

        hehe main teka teki ni yg seronok nih,
        tapi mesti bukan senang yang di jangka kan,
        padin baru je tulis kisah Aku Marah 3My Profile

        1. tehr says:

          mungkin yang kedua nanti akan lebih sukar
          hehe

  8. toyol says:

    tahniah pd pmenang kontes..
    wah..
    mmg teruja la tngok gelas comel tu..
    pe lg anak en. teh tu pompuan..
    xsaited la..
    klau TK yg dpt lbh lg kot keterujaan tu..
    syabas..
    toyol baru je tulis kisah CEREWET DI MEJA MAKANMy Profile

    1. tehr says:

      rezeki yang tak disangka
      alhamdulillah
      saudara mie tu memang pemurah

  9. Norgadis says:

    Tahniah kepada pemenang dan tahniah kerana dapat hadiah…
    Norgadis baru je tulis kisah Tujuh kalimatMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      tahniah untuk semua

  10. Cik Siti says:

    comel gelas tu…memang anak gadis suka dengan warna pink
    Cik Siti baru je tulis kisah Kenangan Bersama dengan TersayangMy Profile

    1. tehr says:

      memang suka sangat2 tu, cik siti
      siap bagi warning jangan sapa2 pecahkan :D

  11. RedBoys says:

    tahniah pada yang berjaya meneka dengan betul. hehe.
    cantik gelas tu.
    RedBoys baru je tulis kisah Tips Berhenti MerokokMy Profile

  12. zaida says:

    tahniah hadiah tu sungguh cantik….

  13. Kak Yah says:

    Celoteh celoteh juga, minum teh jangan lupa.hehehe…
    Kak Yah baru je tulis kisah Harumnya Bunga Kesidang!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun