Sumpah-sumpah

Pernah nampak sumpah-sumpah tak? Pernah tangkap? Binatang sumpah-sumpah ini terdapat di mana-mana di negara kita malah di seluruh dunia. Ada yang berani menangkap sumpah-sumpah ini dan ada juga antara kita yang takut malah geli melihatnya.

sesumpah

sumpah-sumpah sj binatang kecil yg seakan-akan cicak, kulitnya berwarna hijau dan boleh bertukar warna mengikut keadaan sekeliling, Calotes crista­tellus. Kamus Dewan Edisi Empat
chameleon n 1. kameleon, sumpah-sumpah; 2. (fig.) orang yg berubah-ubah (mengikut keadaan). Kamus Inggeris-Melayu Dewan

sumpah-sumpah itu mengkarung
bertukar warna seluruh badan
peribadi rendah bercakap bohong
di mana ketika di mana keadaan

mata melilau lidah bertindak
tangkap mangsa buat santapan
cakap meracau sumpah tidak
berani juga menyoal kebenaran

di dalam semak adalah ia
di pokok tinggi atau rendah
hidup tidak kerana doa
mati tidak kerana sumpah

Kata peribahasa, ‘hidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah’ bermaksud berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain. Hidup dan mati telah ditentukan oleh Allah swt manakala kita dituntut untuk sentiasa berdoa dan meminta pertolongan daripadaNya.

TehrDemikian kisah 'Sumpah-sumpah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


49 Comments

  1. adele says:

    kali terkahir jumpa mengkarung tak ingat dah..
    msa kecik2 dulu sy takut mengkarung sbb org kata dia melekat kt leher nnt..ok,tak logik kan? haha

    “man jadda wa jada”

    siapa yg berusaha maka akn dpt hasilnya..
    tak ada kalau kita berusaha, org lain yg dpt hasilnya..

    1. bEe says:

      Sampai skang ni adele terasa lagi ker SUMPAHAN tersebut???? hihihihii ~ confirm bergetar jer badan bila nmpk mengkarung skang ;)

    2. tehr says:

      begitu le sebenarnya, adele
      ringan tulang berat perut :D

  2. padin says:

    hehee kagum pasal dia boleh tukar warna
    kalau subjek sains, ia sebagai penyamaran dari mangsa dan pemangsa

    masa kecik2 dulu selalu main – main sumpah
    sekarang baru tahu sumpah ni tak boleh buat main – main

    1. Mus says:

      itulah kebesaran setiap kejadian yang Allah ciptakan..
      pasti ada hikmahnya…
      Mus baru je tulis kisah Yuran Renew Domain Dan WebhostingMy Profile

    2. tehr says:

      yups
      boleh main sumpah2
      tapi jangan main2 sumpah
      hehe

    3. Ismail N says:

      Kalau dilatih, boleh jadi spy yg hebat.. He he :D
      Ismail N baru je tulis kisah Demam iPad 2 Di MalaysiaMy Profile

  3. ghost writer says:

    masa kecik tangkap mengkarung dan lakukan pembedahan.konon nak belajar sains kononnya..

    sesumpah lebih bijak dengan persekitaran daripada mengkarung.sesumpah tahu macam mana mau memanipulasi keadaan melalui perubahan yang dia lakukan.begitu juga manusia,harus bijak mengikut tempat dan keadaan.itu juga salah satu usaha.
    ghost writer baru je tulis kisah laparMy Profile

    1. tehr says:

      asal saja caranya ikut peraturan
      gitu kan, ghost?

  4. Mus says:

    aku cukup geli dengan binatang ni..
    Mus baru je tulis kisah 26 Finalist Unduk Ngadau Tuaran 2011My Profile

    1. suri says:

      ia dah bgtu maka dia selesa kdaan cam tu hee..

      suri suka cat sama arnab jer heeee

    2. tehr says:

      aku tak geli, mus
      tapi takut kena gigit

      1. Ismail N says:

        Dia gigit ke? Mcm baik2 je rupanya.. :D
        Ismail N baru je tulis kisah Demam iPad 2 Di MalaysiaMy Profile

  5. Mus says:

    teringat kisah lucu yang rakan cerita pasal orang yang nak jual tokek harga berjuta tu…
    yang di jual rupanya mengkarung..
    dia tak kenal mcm mana rupa tokek..
    percuma sahaja kena ketawa..
    Mus baru je tulis kisah Gambar ‘Bandar Telur Goreng’ Yang Pelik Di NetherlandsMy Profile

    1. tehr says:

      alahai
      mengkarung 10 sen pun belum tentu ada yang mahu :D

  6. zik says:

    sumpah2 tak sama dengan pepatung…sumpah2 nie bileh tukar warna…??
    zik baru je tulis kisah Kejohanan Badminton terbuka India superseries 2011My Profile

    1. tehr says:

      pepatung pulak boleh terbang :D

  7. serol says:

    baca berita tentang akngkat2 sumpah ni. macam2 mainan politik. eh2..terpusing pulak komen.haha
    serol baru je tulis kisah Bila bloggers UTM ber’gatheringMy Profile

    1. tehr says:

      tak pusing mana2 pun, bro
      dah kena tu :D

  8. sumpah-sumpah bertukar warna untuk melindungi diri dan juga sebagai pemangsa..

    manusia ‘bertukar-tukar warna’ bila wujud kepentingan terhadap diri..

    1. tehr says:

      tak tahu la siapa belajar daripada siapa
      hehe

  9. mancai says:

    best layan memberi info sambil berpantun… rasa tak reti pulak nak membalas pantun2 tu….

    1. tehr says:

      bedal je, bro
      aku pun sama
      selalu je ikut rasa hati

  10. mie says:

    gue rasa ada lagu kanak2 tentang sesumpah ni..
    eheheeee
    mie baru je tulis kisah Perang Promosi Dan KFC Voucher OnlineMy Profile

    1. suri says:

      ada ker mana ada..lagu can malican ada le hee…

    2. tehr says:

      ya la
      rasanya memang ada untuk pelajar rendah

      1. mie says:

        gue xingat, tapi memang macam ada..
        ehheeeee
        mie baru je tulis kisah Gambar Perkahwinan Diraja Prince William &amp Kate MiddletonMy Profile

  11. MDHAFiZ.NET says:

    geli aku tengok apa lg nak pergi tangkap.. :)
    masak lemak cili api tu sedap OoOooo..hahaha :)

    1. tehr says:

      hahaha
      ada orang makan ke benda ni, bro?

  12. akubiomed says:

    Tempoh hari ada sumpah-sumpah tersesat ingatkan hendak bela tapi apabila melihat anak-anak asyik ketuk cermin akuarium untuk mendapatkan perhatian, tidak jadi bela lepaskan
    akubiomed baru je tulis kisah Hanya dua entri sahajaMy Profile

    1. tehr says:

      kalau terlepas kat rumah
      boleh kacau juga tu, bro
      benda ni katanya bahaya juga ni

  13. bEe says:

    Kalau dulu2 selalu berangan2 kalau dpt jadi sesumpah. Sbb tak suka bila pi mana2 org ckp “eeee….. budak kecik mana ni????” HAMPEH!!!! Padahal umo dah layak nak kawin tau!!!

    1. tehr says:

      tak nak la jadi sumpah2
      langsung tak hensem :D

  14. cik tom says:

    sebelum cik tom bela kura2…cik tom memang teringin sgt nak bela sumpah2…siap pi survey lagi..tapi sayang mahal+kos nak jaaga pun mahal..so terpaksa cancel niat…
    cik tom baru je tulis kisah Pengalaman Temuduga Jawatan Kerani AdminMy Profile

    1. tehr says:

      tak pernah pulak bela sesumpah ni
      nak bagi makan apa sebenarnya, cik tom?

  15. Lepas baca betul2.. mendalam sungguh post kali ini.
    Sumpah2, Sesumpah, Mengkarung, Chameleon… semua ni berlainan ke sama???
    aktechpage.com baru je tulis kisah Fungsi BercakapMy Profile

    1. tehr says:

      hanya mengkarung je lain, AP
      kulit dia ni licin

  16. sud@is says:

    kecik2 suka main sumpah nak tunjuk benar
    tapi rupanya jgn bermain dengan sumpah

    sumpah-sumpah binatang yg unik
    sud@is baru je tulis kisah PrasangkaMy Profile

    1. tehr says:

      memang pun, sud@ia
      tak elok main2 dengan sumpah
      main dengan sumpah2 juga tak bagus
      kesian dia :D

  17. nasslimdiet2 says:

    masa kecik-kecik dulu aku suka mandi paya, so slalu la nampak sesumpah ni. tapi tak berani la aku nak tangkap
    nasslimdiet2 baru je tulis kisah TGV Birthday Suprise dari NuffnangMy Profile

    1. tehr says:

      kalau digigitnya, putus jari, nass
      hehe

  18. Cik Siti says:

    teringat pulak cerita lagi-lagi senario… sup sesumpah….

    biasanya sesumpah ni banyak kat kampung… tapi idakle berani nak dekat…
    Cik Siti baru je tulis kisah Bijaknya anak-anak sekarangMy Profile

    1. tehr says:

      memang banyak, cik siti
      selalu je nampak kat tepi pagar

  19. Norgadis says:

    Akulah yg takut dan geli nak sentuh sumpah-sumpah tu…
    Dekat pun tak berani…
    Norgadis baru je tulis kisah Santai Puisi Perwila Sabtu IniMy Profile

    1. tehr says:

      gigi dia ni memang tajam, nor
      hehe

  20. dnoBiz says:

    Rami gak orang yang tiru perangai suumpah supah ni :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Sumpah laknat – Apa- Bila- dimana dan bagaimanaMy Profile

    1. tehr says:

      semuanya ada sebab sendiri, dno

  21. maza says:

    Ohh!…

    maza satu kelas pernah kena sumpah dgn cikgu bahasa inggeris.. aderkk..
    maza baru je tulis kisah Garden of Eden- Kontes sudah tutup daaaMy Profile

  22. Norasikin says:

    Depan rumah saya ada 2 ekor. 1 besar 1 kecik. Tiap hari lepas balik sekolah anak saya akan cari kat pokok. Cabaran jugak nak mencari sesumpah yg pandai menyamar ni.
    Norasikin baru je tulis kisah Resepi Ikan Pari Asam PedasMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun