Sumbangsih

Apa agaknya maksud sumbangsih ni ya? Cuba kita sama-sama curi dengar apa kata Kamus Dewan Edisi Keempat yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

sumbangsih sesuatu (tenaga, wang, dll) yg diberikan sbg bantuan, sokongan, sumbangan.

Kata dasar sumbang pula mempunyai arah maksud yang positif dan negatif. Contoh: Sumbang saran maksudnya ke arah positif manakala sumbang mahram pula maksudnya ke arah negatif. Maksud perkataan sumbang ini memang banyak, ada enam [6] helaian ditunjukkan pada laman prpm.dbp. Cubalah jenguk-jenguk ke sana.

belajar perkataan sumbangsihpiala sumbangsih
bukan berbuat sumbang dengan kekasih
kerana ibu ayah akan sedih
melihat langkah anak yang tersalah pilih

belajar perkataan sumbangsih
bukan berbuat onar tanpa perlu menoleh
tetapi sedia berkongsi sedih
serta berbuat bakti seberapa yang boleh

belajar perkataan sumbangsih
dua pasukan perlu bermain secara bersih
matlamat janganlah berselisih
penyokong juga usah pula berlebih-lebih

Malam ini (Sabtu 29.01.11) Kelantan akan menentang Selangor bagi menentukan Juara Piala Sumbangsih 2011 (Piala Sultan Ahmad Shah). Perlawanan pembukaan Liga Super 2011 ini akan berlangsung di Stadium Shah Alam. Mungkinkah Kelantan berjaya mengalahkan Selangor atau pun The Red Warriors yang akan ditewaskan.

Kelantan (Juara Piala Malaysia 2010) kini dipimpin oleh M. Karathu sebagai ketua jurulatih menggantikan B. Sathianathan yang digantung selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkuat kuasa 24 Januari sehingga 23 Julai.

UPDATE:
Kelantan menewaskan Selangor dengan 2 gol tanpa balas hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha [penalti] dan Mohd Badhri Mohd Radzi.

TehrDemikian kisah 'Sumbangsih' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


47 Comments

  1. bisk says:

    mesti tehr sokong kelantan..ye lah duduknya di kelantan.
    bisk baru je tulis kisah hujan keresahanMy Profile

    1. tehr says:

      dah mesti tu, bisk
      seronok keran kelantan menang

  2. toyol says:

    kenapa piala ia nama camtu ye..
    cam x best je..
    hehe..
    mcm sumbangan derma je..
    toyol baru je tulis kisah CEREWET DI MEJA MAKANMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      sumbangan derma dari penonton kepada stadium [bayar tiket] :D

  3. Cik Siti says:

    kelantan menang 1-0…. tahniah
    Cik Siti baru je tulis kisah Kenangan Bersama dengan TersayangMy Profile

    1. tehr says:

      akhirnya dapat 2-0
      tahniah2

  4. suri says:

    kalah atau menag adat pertandingan..yg penting asing2 enjoy dlm kumpulam masing2 heeee

    1. tehr says:

      enjoy2 je
      tak payah la nak gaduh2 segala, kan?

      1. suri says:

        sampi nk membeci takan kemana jua ya tak?

        p/s:ct tu jadi duta der atra malaysia dn indonisia..

  5. Mus says:

    aku jarang sangat sebut perkataan sumbangsih..
    kalau tak pasal bola.. memang susah nak kaitkan perkataan sumbangsih tu..
    Mus baru je tulis kisah Dalam Mode Tahun Baru Cina- Blog Aku Tak KetinggalanMy Profile

    1. tehr says:

      sama la kita, mus
      memang jarang2 sekali menggunakan perkataan ini

  6. padin says:

    tahniah buat pasukan kelantan,
    padin baru je tulis kisah Aku Marah 3My Profile

    1. tehr says:

      thanks, bro
      nanti sama2 bertarung untuk piala liga pula :)

  7. zulkbo says:

    salam..
    sumbangan kasih Sultan
    Haji Ahmad Shah pada
    pasukan bola agaknya..?
    saya pun kurang arif begaimana
    piala ini mendapat nama..
    zulkbo baru je tulis kisah Aku Buntu Bukan Melulu Tapi Aku PerluMy Profile

    1. tehr says:

      salam
      nampak macam betul juga tu, zul
      sumbangan dari presiden

  8. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    guanerrrrr johor dok menang ni wehhhhh….

    harap klate lebh powerrrrrr lgi ni abe taun depan tauuu
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Pemandu Lelaki VS Pemandu WanitaMy Profile

    1. tehr says:

      seluruh negeri kelantan dan jajahan takluknya bergembira bersama rakyat jelata :D

  9. Cha'on says:

    TAhniah kepada pasukan kelantan.. rugi je tak dapat tengok..
    Cha’on baru je tulis kisah Aktiviti Jelajah Belog Bermula! Terima Kasih SemuaMy Profile

    1. tehr says:

      ya ke tak dapat tengok?
      memang rugi tu, mrchaon
      memang best la dapat menang :D

  10. etomyam says:

    tahniah untuk pasukan the red ‘happy’ warrior…memang kena sentiasa happy pasal ditaja oleh happy prepaid hehe :D
    etomyam baru je tulis kisah Panduan Blogger- Kalau Nak Tag PunMy Profile

    1. tehr says:

      ada tambah ‘happy’ untuk tahun ni, bro
      game pertama dah menang
      kalu menang sokmo, lagi la happy :D

  11. megat says:

    bagus juga info pasal sumbangsih ni. kalau tak tahu sebut je, tak tahu apa maknanya.

    patutlah tadi kecoh je kat kedai makan tomyam {haha}. maklumlah meniaga, tak ikuti perkembangan langsung {huhu}.
    megat baru je tulis kisah Ingatkan DIA- seluruh hati dan roh bergetar!My Profile

    1. tehr says:

      jadi, bro megat tak tengok la ya?
      hehe tak apa la bro, pelanggan kena jaga
      rezeki tu

  12. mie says:

    tahniah kelantan…
    next time, negeri lain plak…
    ehheee
    mie baru je tulis kisah Senaman Menbina Perut Six Pack DirumahMy Profile

    1. tehr says:

      next time kelantan lagi sekali
      hehe
      tamak nak menang tak apa kan, mie?

    2. akubiomed says:

      Tanniah kepada pasukan Red Warriors kerana bermain sebagai satu pasukan memang mantap.

      Selangor nampak gayanya perlu usaha lebih lagi kerana pasukan Kelantan kehilangan beberapa bintang dan jurulatih yang digantung masih boleh menang walaupun M.Karathu sempat latih mereka 3 hari sahaja

  13. MDHAFiZ.NET says:

    kelantan juara….itu rupanya maksud sumbangsih..
    sumbang+kasih=sumbangsih
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah FrenbookNetAnother Facebook From INDONESIAMy Profile

    1. tehr says:

      nampak gaya macam tu la, bro

  14. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    tahniahhhhh pada klantan walau pun aku jelous tau dia menang…. bila lahhh piala tu johor yang pegang
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Pemandu Lelaki VS Pemandu WanitaMy Profile

    1. tehr says:

      best2
      johor tak menng piala sumbangsih lagi ke, bro
      awal tahun depan, johor lawan kelantan :D

  15. kakyong says:

    tahniah kelantan.. menyumbangkasih…

    1. tehr says:

      sumbang trafik blog
      boleh kira sumbangsih juga ke?
      boleh kot :D

  16. sumbangsih…

    kalau buat ayat mcm nie jadi makna lain dah kan

    saya seorang SUMBANG sehhhh…

    hahahah
    secantikmanis baru je tulis kisah FASHA SANDHA SIMILIAR DENGAN BUKTIMy Profile

    1. tehr says:

      aik?
      takat sumbang nyanyi dalam bilik air tak apa la, kan? :D

  17. pak long says:

    salam…
    fuhh memang seni baca bab perkataan sumbangsih…
    lagi best klate meney…yahoooooooooo pasukey ambo meney lagi..
    sumbangggggggggg sih…hehehe
    pak long baru je tulis kisah Contest Jom Blogshop SiniMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      sumbang ke, pak long? :D

  18. yas says:

    Tahniah…Kelantan menang…
    Nak tergelak pun ada…sumbangsih dekat2 dah ngan sumbangkasih…..hehehe
    yas baru je tulis kisah Kisah dan TauladanMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 terselisih, yas :D

  19. chi3nming says:

    Malaysia boleh! but sadly I still don’t think our local football is good enough yet. Lets hope after the Suzuki cup triump they will b better and we can start to watch local football
    chi3nming baru je tulis kisah CLHS Gerko DayMy Profile

    1. tehr says:

      yups,
      dah lama malaysia tak dapat ke piala asia
      selalu kalah peringkat awal je

  20. hafizmd says:

    kelantan selangor siapa juara
    kelantan hebat telan sang juara
    liga super milik siapa
    sudah pasti terengganu pula

    hehehehe :D
    hafizmd baru je tulis kisah Selamat Melihat Dunia Anakku…My Profile

    1. tehr says:

      kelantan hebat menjadi juara
      tetapi perlu juga berwaspada
      pasukan lain menunggu masa
      terengganu juga usah dilupa

  21. dnoBiz says:

    permulaan yang baik untuk 2011.. :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Liga Super 2011 – Amaran Awal Red WarriorMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 akan berterusan hingga ke hujung saingan :D

  22. akubiomed says:

    Ini baru permulaan liga dan semua pasukan mempunyai peluang untuk menjuarai liga 2011

  23. RedBoys says:

    yes. kelantan menang 2-0. huhu. tahniah2.
    RedBoys baru je tulis kisah Tips Berhenti MerokokMy Profile

  24. deCrewz says:

    Kalah menang adat permainan, janji jangan ada gaduh2, burk nama nanti kan..

    p/s : 1st time dengar sumbangsih.. Ingat macam nama makanan yang org panggil selasih tu.. Adik beradik kot..hu3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun