Sultan Kelantan Tuanku Muhammad Faris Petra

Daulat tuanku payung mahkota
Baru dimasyhurkan menjadi raja
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Tengku Muhammad Faris Petra

Di Balai Rong Seri hadir pembesar
Sembah taat di Istana Balai Besar
Datuk Tuan Guru Menteri Besar
Dengan Bismillah memberi khabar

Tuanku raja yang berjiwa rakyat
Selalu berjubah berkain pelikat
Melawat kampung jauh dan dekat
Pernah mengimamkan solat hajat

Baginda sultan gemar membaca
Sukan lasak pacuan empat roda
Sayangkan kucing, ayam dan kuda
Gemarkan bowling, memanah juga

Tuanku Muhammad Faris Petra
Dekatnya di hati rakyat jelata
Negeri makmur aman sejahtera
Di bawah naungan duli baginda

Pada hari ini 13 September [4 Syawal 1431H] tepat jam 12.30 tengah hari telah berlangsung Pemasyhuran Perlantikan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan.
Tuanku Muhammad Faris Petra mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Bendahara Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A’Ishah Putri.┬áBaginda diputerakan pada 6 Okt 1969 dan dianugerahkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Baginda dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei tahun 2009.

TehrDemikian kisah 'Sultan Kelantan Tuanku Muhammad Faris Petra' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun