Suku Akhir Piala Asia 2011

Piala Asia 2011Bola sepak Piala Asia 2011 yang sedang berlangsung di Qatar memasuki peringkat separuh akhir dengan lapan pasukan telah berjaya melayakkan diri.

Perlawanan peringkat kumpulan malam tadi di antara United Arab Emirates menentang Iran dan Iraq menentang DPR Korea melengkapkan bilangan lapan pasukan yang layak ke separuh akhir.

JAPAN
QATAR
UZBEKISTAN
JORDAN
AUSTRALIA
IRAQ
IRAN
KOREA REPUBLIC

sebiji bola di dalam padangbola
dikejar direbut juga ditendang
sentiasa sedia penjaga gawang
pengadil pula tak lepas pandang

semua pemain berebut bola
saling berbuat apa sahaja
nasib tak baik dapat cedera
diterjah lawan dengan sengaja

penjaring gol jadi tumpuan
kalau berjaya buat jaringan
penjaga gol pula dapat kejian
bola terlepas dari dakapan

Anda menyokong pasukan mana? Adakah pasukan Harimau Malaya yang muncul Juara Piala AFF Suzuki 2010 atau pasukan Kelantan Red Warriors, Juara Piala Malaysia 2010? :D

Mungkinkah pasukan Uzbekistan dapat meloloskan diri ke peringkat separuh akhir atau Jepun dan Korea Selatan yang akan berjaya? Tapi awas, Australia yang merupakan ahli baru Asian Football Confederation (AFC) juga tidaklah boleh dipandang sebelah mata untuk muncul sebagai Juara Piala Asia 2011 nanti.

TehrDemikian kisah 'Suku Akhir Piala Asia 2011' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


35 Comments

  1. padin says:

    hehee entahla napa tapi piala asia ni aku tak layan plak,
    taktahu perkembangan langsung, ekekee

    emm.. nasib baik safee sali masih di Selangor,
    padin baru je tulis kisah Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan PelajarMy Profile

    1. tehr says:

      sama la, bro
      aku pun tak layan sangat
      hanya beberapa perlawanan je yang aku tengok
      ~promosi sangat kurang mengenai piala ni

    2. akubiomed says:

      Berita sedih Safee Ali ada pasang niat hendak menyarung jersi Perak

  2. sokong pasukan kampung permai..
    eh kan dapat masuk

    apasal xde dalam jadual???
    secantikmanis baru je tulis kisah SINETRON BUKAN DIRIKU – EPISODE 15 – 17My Profile

    1. tehr says:

      eh, ya ke?
      nanti saya masukkan dalam jadual tu :D

  3. gayahspears says:

    kejo yop kejo slogan kami,
    ale2 perak sudah mari,
    langkah kami, langkah seladang,
    sape yang datanng,
    akan kami tentang…

    hahah.. tu lagu semangat bola perak..
    utk lagu team asia, gayah tak tahu..keh3

    1. tehr says:

      stedy gayah!
      saya biasa dengan lagu negaraku je :D

  4. gayahspears says:

    PANTUN BOLA SEPAK

    Membela ikan, sepat dikurung,
    Belida berenang, ada di sawah;
    Dua pasukan hebat bertarung,
    Ada yang menang, ada yang kalah.

    Bunga hutan wangi di sanggul,
    Air gula campuran jeli;
    Dua pasukan mencari gol,
    Berakhir pula dengan seri.

    Dicantas ranting lain dahan,
    Karat gilap sanggul dihiasi;
    Di atas padang pemain tertekan,
    Membuat silap gol ditembusi.

    Kain bantal ukur bersegi,
    Ukuran anggaran tepi bulatan;
    Pemain handal atur strategi,
    Kelemahan lawan jadi sasaran.

    Biji muda biji tanaman,
    Di batas padang biji semaian;
    Sebiji bola jadi taruhan,
    Di atas padang jadi rebutan.

    Gigi muda, kain reput,
    Sabun, nila, plastik koyak;
    Sebiji bola pemain berebut,
    Penonton pula pekik sorak.

    Biji muda dicampak-campak,
    Pohon peria mencelah-celah;
    Sebiji bola disepak-sepak,
    Penonton pula resah gelisah.

    Biji mata dicolek-colek,
    Rabun mata buang selaput;
    Sebiji bola bergolek-golek,
    Penonton pula bahang kalut.

    AzmiRahman <— tu pencipta asal.. gayah copy paste je.. saje nk meriahkan pantun kat cni.. hahaha.

    1. akubiomed says:

      La ingat pantun dari Gayah. :-)

      1. RedBoys says:

        betul tu. ingatkan gayah buat tadi. haha.
        RedBoys baru je tulis kisah Ibu Adalah SegalanyaMy Profile

  5. mie says:

    uihh!!
    korea selatan xde ke..
    huh
    mie baru je tulis kisah Kek Pilihan Untuk Ulangtahun KelahiranMy Profile

    1. tehr says:

      korea republic tu adalah korea selatan, mie
      kalau korea utara, mereka tulis DPR Korea

    2. mie says:

      patut la..
      confuse disitu…
      nape la xdigabungkan je korea ni
      mie baru je tulis kisah Pekerjaan Extreme Semakin Menjadi PilihanMy Profile

  6. Ismail N says:

    Atas kertas memang lah Korea Selatan atau Australia… tapi atas padang lain lagi citenya. Terlampau banyak sangat LIVE sukan di TV skrg, tak terdaya nak ikuti semua. Lagipun bila bab sukan ni, akhirnya Malaysia tetap di hati.. Jadi skrg tumpuan adalah pada badminton Malaysia Open 2011. :D

    1. tehr says:

      tapi kan, bro
      piala asia ni, promosi macam kurang je
      dah jadi tak meriah

      1. akubiomed says:

        Mungkin Malaysia tak join sama kut kalau tak ramai yang mengikuti game ini :-)

  7. zulkbo says:

    salam
    tak tahu nape macam tak
    de seri je piala asia ni kan?
    munkin sebab tiada siaran
    percuma di tv kut?

    1. tehr says:

      salam
      betul tu, kat kntin pun tak ada sapa cerita hal bola asia ni
      memang kurang promosi

  8. aku lak malas nak ambik tahu pasal bola ni… kuikuikui…
    cik puan mazlan baru je tulis kisah I love My FamilyMy Profile

  9. Cik Siti says:

    semangat matahari timur jepun mungkin boleh pergi jauh…
    Cik Siti baru je tulis kisah Segmen- Bermadah Pujangga oleh Ben AshaariMy Profile

    1. tehr says:

      saya pun harap macam tu juga, cik siti
      walau pun dulu jepun serang malaya :D

  10. Hadi Rofiee says:

    Menjadi impian saya untuk melihat pasukan Malaysia juga turut serta. Semoga suatu hari nanti…
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Sarapan pagiMy Profile

    1. tehr says:

      bila la agaknya ketika tu akan hadir
      harap2 mereka tak ambil masa yang lama

  11. RedBoys says:

    alahai. tak sempat nak layan. dengan blog lagi. hehe.
    RedBoys baru je tulis kisah Ibu Adalah SegalanyaMy Profile

    1. tehr says:

      layan sikit2 je, bro
      memang tak sempat

  12. huhu.. harap2 lain kali malaysia plak yg layak. :)

    time bola la sebenarnya baru kita nampak rakyat malaysia ni bersatu.. :)
    Johari Hamzah baru je tulis kisah Webcam With Google TalkMy Profile

    1. tehr says:

      tapi kalau liga dalam negeri mereka boleh pula berperang
      memang macam hal dengan bola ni

  13. Affan says:

    ahaha. asal tetiba masuk kelantan ni.

    haah, dulu australia bukan dalam asia. skg dah masuk, macam boleh menggugat jekk
    Affan baru je tulis kisah Jalan-jalan di Niagara FallsMy Profile

    1. tehr says:

      semangat tu, bro :D
      australia memang boleh menggugat ahli sedia ada
      mereka pun pernah ke piala dunia

  14. deCrewz says:

    Kelantan bukan, Harimau Malaya pun bukan, sokong Pahang…wahaha.. Kesian x tersenarai.. Jai x ikut pulak perkembangan Piala Asia 2011 ni, xtau pulak tetiba dah masuk akhir…hu3
    deCrewz baru je tulis kisah Buffered Earning Yang ke-3My Profile

    1. tehr says:

      pahang ke, bro
      nanti pahang jumpa kelantan di akhir piala malaysia :D

      1. suri says:

        saya tak ambil port huuu.. masuk sini baru tahu..

        melaka hurm.. cam padam jer permainan bola sepak dia :(

  15. MDHAFiZ.NET says:

    x minat aku kalau malaysia x masuk main.. :)
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah FrenbookNetAnother Facebook From INDONESIAMy Profile

  16. zik says:

    jepun diliaht meyerlah… iran pun ada potensi…
    zik baru je tulis kisah Beregu kecundang- Lee Cong Wei mara separuh akhirMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun