Sukan Asia – Kita Tunggu Emas Kesembilan

Sehingga malam ini Malaysia telah berjaya memungut 8 pingat emas di Sukan Asia ke-16, yang berlangsung di Guangzhou, China. Pungutan ini adalah menyamai pencapaian emas di temasya Doha 2006 walau pun masih belum berjaya mencapai sasaran 9 pingat emas yang ditetapkan. Kekecewaan kerana kegagalan badminton nampaknya semakin terubat.

Bil Acara Atlet
1 Wushu Chai Fong Ying
2 Berbasikal Mohd Azizulhasni Awang
3 Bowling Adrian Ang dan Alex Liew
4 Skuasy Nicol Ann David
5 Skuasy Mohd Azlan Iskandar
6 Bowling Alex Liew
7 Karate Ku Jin Keat
8 Karate R Puvaneswaran
9

Sekalung tahniah kepada sukan berbasikal melalui Mohd Azizulhasni Awang serta Karate melalui Ku Jin Keat dan R Puvaneswaran yang berjaya menghasilkan emas walau pun sebelum ini gagal berbuat demikian di Doha.

kayu banyak jenis kayuhoki sukan asia 2010
kayu hoki diberi nama
tunggu emas lagi satu
sasaran 9 semuanya

emas sudah dapat lapan
satu lagi cukup sembilan
nanti hoki lawan pakistan
moga dapat kalahkan lawan

Hanya satu emas sahaja lagi untuk atlet kita mencapai sasaran yang ditetapkan. Mungkinkah emas kesembilan akan terhasil dari pasukan hoki? Harus juga diingat, Pakistan merupakan kuasa hoki dunia dan sudah pasti mereka tidak akan menyerahkan pingat emas kepada kita dengan mudah.

TehrDemikian kisah 'Sukan Asia – Kita Tunggu Emas Kesembilan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


45 Comments

  1. akubiomed says:

    Ikut banyak acara pasukan Malaysia boleh terbitkan emas. Harapan pasukan emas membawa pulang kilauan emas
    akubiomed baru je tulis kisah Entri kali ini hanya 5 patah perkataanMy Profile

    1. tehr says:

      suka sangat aka kalau hoki berjaya dapat emas :)

  2. padin says:

    harap2 hoki menang, skuasy berpasukan lelaki dan wanita menang, boleh 11 emas tu ekekee
    padin baru je tulis kisah Aroma Secawan KopiMy Profile

    1. dnoBiz says:

      datuk Nicol jarang mengahampakan Malaysia
      dnoBiz baru je tulis kisah Harta- Wang- Kaya- Mewah dan MatiMy Profile

      1. tehr says:

        ya, ranking pertama tu :)

        1. suri says:

          dia harus di jadikana idola.. sukan yang sering membanggakan malaysia d mata dunia

    2. Affan says:

      tu skuasy dah ada dalam senarai tu. hehe. mungkin ada sukan lain lagi
      Affan baru je tulis kisah Cabaran SEO Berita Sukan TerkiniMy Profile

    3. tehr says:

      hoki tak ada rezeki
      skuasy je dapat emas

  3. dnoBiz says:

    yang lain aku tak kisah tapi kalau hoki dapat emas memang aku gembira macam kelantan dapat piala Malaysia
    dnoBiz baru je tulis kisah Harta- Wang- Kaya- Mewah dan MatiMy Profile

    1. tehr says:

      ya la bro
      ramai peminat hoki dok tunggu ni

  4. zulkbo says:

    salam…
    harapan menggunung ni..
    tidak tahun depan kita tumpu
    acara KABADDI pulak…
    zulkbo baru je tulis kisah Kabaddi Sukan Menarik Guangzhou 2010My Profile

    1. Affan says:

      kabbadi? tu permainan india kan. macam pernah tgk, tapi tak faham macam mana sistem die
      Affan baru je tulis kisah Akismet tak berfungsi dengan baik- apa alternatifnya…My Profile

    2. tehr says:

      salam kembali
      banyak acara boleh dicuba, bro zul
      tapi kalau bola sepak dan hoki ni, peminat ramai

  5. berdegup2 jantung sebenarnya nie…tak sabar nak nanges tengok team hoki negara kita menang…
    secantikmanis baru je tulis kisah SHAWL BATIKMy Profile

    1. tehr says:

      harapan menang dah berkecai :(

  6. Ladfe Amir says:

    memang hoki sangat dinanti-nanti untuk cipta sejarah.

    1. tehr says:

      tak tahu bila sejarah akan tercipta

  7. gayahspears says:

    sekalung doa dan kata semangat yg gayah berikan utk skuad malaysia!!! malaysia boleh… gayah pon boleh..hahah.. xde kena mgena lgsg…
    gayahspears baru je tulis kisah Kembali…My Profile

    1. tehr says:

      gayah boleh!! :D

  8. Affan says:

    dah lama tak main sukan hoki. malaysia lawan pakistan, bukan calang2 hehe
    Affan baru je tulis kisah Cabaran SEO Berita Sukan TerkiniMy Profile

    1. tehr says:

      pakistan memang kuat

  9. puteri says:

    alaaaaa
    badminton kalah,,, :(
    eden xtgk+trlps bg skongn kot,,..
    :(
    puteri baru je tulis kisah mood- examMy Profile

    1. tehr says:

      tunggu d lain masa nak balas dendam

  10. bisk says:

    andai masih ada semangat
    Malaysia akan dapat pingat

    malaysia tak perlu cemas
    kita pasti dapat emas
    bisk baru je tulis kisah usai sudah dunia nyataMy Profile

    1. tehr says:

      perlu juga kemahiran
      bukan hanya semangat
      nanti kalahkan lawan
      boleh dapat pingat

  11. serol says:

    tapi still kecewa dgn badminton yg tak dpt emas
    serol baru je tulis kisah SPM-aku dulu pun pernah lalui jugaMy Profile

    1. tehr says:

      hoki juga… :(

  12. eiela says:

    harap-harap berjaya mencapai sasaran 9 emas, dan suka sgt zulhasni dapat emas setelah berpuluh tahun tak dpt emas.
    eiela baru je tulis kisah Perjalanan Hidup Sebuah BlogMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 begitu…
      team basikal memang hebat

  13. mijie says:

    malaysia kalah 0-2 dengan pakistan, huhu
    mijie baru je tulis kisah Proton inspira idaman kalbuMy Profile

    1. tehr says:

      terpaksa terima dengan hati tenang
      lain masa cuba lagi

  14. Mohd Hafiz says:

    bersababar ….. harap2 genaplah emas ke-10 msia dpt nanti…
    Mohd Hafiz baru je tulis kisah Make Money Online – Advertlets Give Me RM 20 for FreeMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 laa

  15. Cik Siti says:

    jika kau fikirkan boleh… kau boleh melakukan…. malaysia boleh!!!

  16. hamzah says:

    harap2 dpt la lebih dari 9 eh..
    hamzah baru je tulis kisah Perempuan Ni Bukan Boleh Percaya SangatMy Profile

    1. tehr says:

      rasanya pasti dapat lebih

  17. suzierahman says:

    wah thks paparkn..adeh xsmpt menonton
    suzierahman baru je tulis kisah Special 4 Nuffnang &amp NuffnanggersMy Profile

    1. tehr says:

      kalau nak menonton semuanya memang tak sempat :)

  18. mie says:

    kalau dapat emas lebih kan bagus..
    heheee
    mie baru je tulis kisah - megamind 3D vs harry potter -My Profile

    1. tehr says:

      lebih seronok kalau bola sepak juga turut serta
      harap2 suatu masa nanti…

  19. kulanz says:

    pasukan hoki dah kalah.. terpaksa tunggu emas dari atlet lain.. ada lagi peluang ke bro?
    kulanz baru je tulis kisah Selamat Jalan AkismetMy Profile

    1. tehr says:

      dah samar2 untuk dapat 10 emas

  20. sangilapi says:

    jadi jumlah emas yang dikumpul berapa?…..aku memang tak amek tau pasal sukan ni :)
    sangilapi baru je tulis kisah perkembangan semasaMy Profile

    1. tehr says:

      dapat 9 je bro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun