Sukan Asia – Datuk Lee Gagal Dapat Emas

Nampaknya Datuk Lee Chong Wei sekali lagi gagal menundukkan Lin Dan dalam acara badminton. Kali ini di Sukan Asia Ke-16 yang sedang berlangsung di Guangzhou, China. Kempunan mahu melihat pingat emas acara badminton perseorangan Sukan Asia yang pernah dimenangi 40 tahun dahulu.

bulu bukan sebarang buludatuk lee chong wei
bulu tangkis gelaran nama
dahulu doha kini guangzhou
datuk lee memendam rasa

sering kali mereka berjumpa
banyak kali mereka berdepan
datuk lee selalunya kecewa
bila bertarung dengan lin dan

dahulu ketika piala thomas
di kuala lumpur di kota raya
hatiku geram selepas cemas
lin dan berlagak dengan ria

sekian lama menantikan masa
bila kucing nak tumbuh tanduk
teringin sekali menatap muka
lin dan kalah di tangan datuk

aku masih menaruh harapan
datuk lee nanti akan berjaya
straight sets kalahkan lin dan
barulah padan dengan muka

Temasya kali ini juga nampaknya Malaysia kurang menyerlah berbanding dengan temasya lalu yang telah berlangsung di Doha, Qatar di mana sebanyak 8 pingat emas telah berjaya dimenangi. Badminton turut menyumbang 1 pingat emas [Koo Kien Keat / Tan Boon Heong] melalui acara bergu.

Walau pun masih ada beberapa hari lagi sukan ini akan berlangsung, sehingga hari ini Malaysia hanya mampu mengutip 5 pingat emas sedangkan target pencapaian yang diberi adalah 9 pingat emas. Bolehkah dicapai agaknya nanti?

TehrDemikian kisah 'Sukan Asia – Datuk Lee Gagal Dapat Emas' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


47 Comments

  1. padin says:

    Emm, ingatkan bole melawan kat set ketiga tu,
    tapi selalunya aku tengok, Datuk ni senang sangat le kalahnye
    dengan lin dan ni, jauh betul beza.. pelik..
    padin baru je tulis kisah Blogku- RumahkuMy Profile

    1. dnoBiz says:

      memek muka dan body language lindan memang melemahkan semangat lawan,
      dnoBiz baru je tulis kisah Peluang Perniagaan – Berani Untuk Gagal- Tapi Beranikah Untuk Hilang My Profile

      1. tehr says:

        buat aku geram je

    2. tehr says:

      aura lin dan tu yang tak terlawan
      tengok muka dia aku dah geram :(

  2. NEON says:

    CISS BUKAN ORG FIRST ! HAHAHA

    ALAAHAI LINDAN SELALU GELAKKAN CHONG WEI..CIAN BELIAU..HAR HAR HAR LAWAK LA GAME SEMALAM, ADE YANG NANGIS KE?
    NEON baru je tulis kisah SNG Gathering For Blogger- Twitter &amp Facebook Users On 22 January 2011 !My Profile

    1. padin says:

      hehe nak yang 1st ke?
      kenapa ye aku tengok
      ramai yang berlumba nak jadi pengomen first hehee

      1. tehr says:

        yang first ni dapat gol medal, bro :)

    2. tehr says:

      aku tak nangis :(
      kamu nangis ke, neon? :D

      1. suri says:

        kata suri pula
        1 harus di dahulukan bloger harus di utamakan heee..

  3. Anwar Osman says:

    Datuk selalu muka cuak ja bila jumpa Lin Dan. X tahan pressure kut. Rentak pun hilang asyik duk follow rentak lawan ja. Lagi satu, Datuk selalu main cara defensive, agaknya sebab tula kut xleh nak buat lawan follow rentak permainan dia.
    Anwar Osman baru je tulis kisah Kaspersky Antivirus 2010 License Update using 2011 License CodeMy Profile

    1. tehr says:

      macam tak ada semangat je bila jumpa lin dan

  4. susd@is says:

    Tak suka tengok game Chong Wei ngan Lin Dan asyik kena buli ja datuk tu…Lin Dan memang hebat tapi belagak sikit…
    susd@is baru je tulis kisah Sewaktu Kecil diTimang IbuMy Profile

    1. tehr says:

      aku geram dengan lagak dia tu

      1. suri says:

        kita yang menengok ni asyik frust jer…huhu..

  5. gayahspears says:

    bukan senang nk tewaskan LinDan tu…
    ape2 pon kita patot bangga dgn atlit kita..
    bukan semua org ley pergi ke peringkat antarabangsa.. so jgn pelekehkan datuk lee chong wei!!! hak3 teremo lak…
    gayahspears baru je tulis kisah Kembali…My Profile

    1. tehr says:

      aku geram dengan lin dan tu
      berlagak sangat

  6. Cha'on says:

    banyak yang target emas tapi tak dapat.. ishk2.. macam mana nak dapat 9 emas plak..
    Cha’on baru je tulis kisah Keputusan Shout! Award 2010 Mengikut KategoriMy Profile

    1. tehr says:

      kalau dapat 8 pun dah kira selamat
      sama dengan temasya lepas

      1. Cha'on says:

        tak nampak la peningkatan kalau maintain je. beberapa hari je lagi. boleh ke tak capai target tue..
        Cha’on baru je tulis kisah Keputusan Shout! Award 2010 Mengikut KategoriMy Profile

  7. zulkbo says:

    salam..
    apakan daya..
    bukan rezeki..
    cuba lain tahun pula
    zulkbo baru je tulis kisah Hari Tandas SeduniaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      harap ada pemain malaysia yang berjaya nanti

  8. Seri Bahasa says:

    belum rezeki malaysia nak dapat emas dari badminton. tapi semangat juang atlet kita harus dibanggakan.

    1. tehr says:

      ya. tahniah untuk mereka

  9. belalang says:

    hairan yea…
    dengan lin dan jer datuk x leh nak jinakkan lagi…
    belalang baru je tulis kisah First Contest Dari SBTMy Profile

    1. tehr says:

      ilmu apa la si lin dan pakai agaknya :(

  10. tiefazatie says:

    pandainye berpantun..best2…erm..ntah…mg lin dan hebat..tp bongkak..xsuke2..datuk teu lak..cm xthn pressure je nie..but mana tau die sakit kan..tahan2 ja tue..huhu
    tiefazatie baru je tulis kisah 2nd hari raya aidiladha part 1My Profile

    1. tehr says:

      lindan memang buat aku panas hati je :D

  11. emma watson says:

    den mmg sokong lin dan:P
    emma watson baru je tulis kisah lucah – gambar bf DIRABA gfMy Profile

    1. tehr says:

      hah? :D
      tahniah

  12. bisk says:

    tak kena pada angin Chong Wei..Nak wat camana setakat tuh jer dia leh bawa pulang..Tekanan utk dptkan emas tuh yg jadi lain skit.

    1. tehr says:

      ya. dapat perak pun dah bagus juga tu
      tahniah untuk datuk lee

  13. akubiomed says:

    Memang tak seronok menjadi 2nd man. Sampai bila nak jadi 2nd man?
    akubiomed baru je tulis kisah Amoi sorak jejaskan fokus pasukan bola tampar YamanMy Profile

  14. lazaac says:

    lazaac tgk perlawanan tersebut… mmg sengit sampai la ke pusingan ke-2… cuma pada pusingan ke-3 nampak Datuk Lee seakan hilang corak permainannya… mungkinkah disebabkan kecederaan yg dialaminya… hanya dia yg tahu dan rasa.. :)

    p/s : tmpt ke-2 pun ok, itu rezeki dia.. :)
    lazaac baru je tulis kisah Fast Update 2My Profile

    1. tehr says:

      hanya dia yang tahu
      aku masih nak tunggu datuk lee kalahkan lin dan nanti
      tak kira la bila2 pun

  15. Mohd Hafiz says:

    sebelum mereka main aku dh agak dh.. chong wei akan menang-gung kekalahan…. :(
    Mohd Hafiz baru je tulis kisah Make Money Online – Advertlets Give Me RM 20 for FreeMy Profile

    1. tehr says:

      benar pulak agakan tu :D

  16. dnoBiz says:

    Lindan punya saiko memang cukup Power hinggakan Datuk Lee nampak begitu tak bermaya
    dnoBiz baru je tulis kisah Peluang Perniagaan – Berani Untuk Gagal- Tapi Beranikah Untuk Hilang My Profile

    1. tehr says:

      ya. dia pandai guna psikologi
      buat aku geram je

  17. tak ada rezeki.. lain kali cuba lagi

    1. suri says:

      kata orang kita tak akan sllu berada di atas selalu..kelak kita akan ke bawah juga..

      ada usaha yang jtu pasti kita akan berjaya.

  18. sangilapi says:

    cuba lagi dan lagi dan lagi dan lagi…. :)
    sangilapi baru je tulis kisah rezeki satu perkenalanMy Profile

  19. suri says:

    hati selalu je menjeruk entah mena ke tidak kali ini..huhu..

  20. ape kurg LWC dgn lin dan tu ekk?
    uruchimaru@kf baru je tulis kisah KwajaleinMy Profile

  21. Ismail N says:

    Sayang kita kalah di kedua-dua perlawanan akhir. Rasa terkilan pun ada terutama bagi cara bergu yg mana kita sudah di gold medal point. 2x lak tu.. :D

    Datuk Lee dan Lin Dan sama handal. Cuma ketinggian Lin Dan menyebabkan dia pantas sedikit dari Datuk Lee. Perlawanan datuk Lee dan Lin Dan biasanya ditentukan oleh siapa yg kuasai jaring kerana bila bola naik.. siap le smash masing2 memang hebat! Sayangnya nasib Lin Dan lebih baik sebab byk bolanya mengulung jaring menyebabkan Datuk lee tension hinggakan unforced error (terutama di set 3) menjadi banyak. Namun, kita patut berbangga dengan pencapaian beliau.
    Ismail N baru je tulis kisah Hoki Sukan Asia 2010 – Malaysia Tewaskan India 4 – 3My Profile

  22. [...] Sukan Asia – Datuk Lee Gagal Dapat Emas [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun