Suis Automatik Pam Air Rosak

Bila suis automatik pam air rosak, sedikit kesukaran timbul bila nak guna air. Terpaksa kita guna cara manual pula untuk hidup dan matikan pam air. Buka suis bila nak guna air dan tutup kembali suis selepas diguna.

Jangan lupa tutup suis.

Terbakar motor pam air korang!

Sebenarnya senang sahaja untuk kita nak buat kerja tukar suis automatik pam air rosak. Orang perempuan juga boleh buat. Macam kupas bawang je… Dalam sepuluh minit pun boleh siap.

Kalau tak buat, sepuluh hari pun belum tentu nak siap.

Aku lelaki dia perempuan,
Buat kerja bersama-sama;
Suis rosak motor tak jalan,
Paip dah kering air tak ada.

Alat-alat yang kita perlukan dalam kerja menukar suis tekanan pam air ialah:

  1. Sepanar
  2. Pemutar skru
  3. Pita putih [plumbing white tape]
  4. Pembalut dawai
  5. Pemotong kabel

Suis Automatik Pam Air Rosak

Suis Automatik Pam Air Rosak

Nak beli suis tekanan pam air ini, nak kena perhati juga. Silap-silap dua kali kena ulang-alik pergi kedai.

Orang kampung aku kata, ada yang jantan dan ada yang betina. Ada bebenang di bahagian luar skru [jantan] dan ada bebenang di bahagian dalam nat [betina].

Jangan korang salah beli pula.

Lagi senang korang bawa je suis automatik pam air rosak tu ke kedai. Pasti tak akan tersilap beli. :D

TehrDemikian kisah 'Suis Automatik Pam Air Rosak' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


37 Comments

  1. hu3..kalau tak tahu lebih baik serahkan kepada yang pakar yer bro
    blogger lelaki baru je tulis kisah Malaysia Best Blog 2015My Profile

    1. TehR says:

      ya patutnya macam tu la
      ada bahayanya kerja dengan elektrik ni

  2. Lynn™ says:

    Sejuk dingin air di kali
    Buat bersiram pagi dan petang
    Dolu-dolu pun pernah guna pam camni
    …………………………………….

    Err…, rangkap ke 4 tak boleh buatlah cikgu.
    Harap maaf.
    Lynn™ baru je tulis kisah Merrepak 2My Profile

    1. TehR says:

      Sejuk dingin air di kali
      Buat bersiram pagi dan petang
      Dolu-dolu pernah guna pam camni
      Tapi tak guna lagi sekarang
      :D

  3. Hero Borneo says:

    beli baru yang berkualiti ..tahan lama bro!
    Hero Borneo baru je tulis kisah 4 Bidang Yang Menjana KekayaanMy Profile

    1. TehR says:

      sebenarnya aku dah cuba ejas skru dan spring dekat suis auto ni
      tapi tak mahu juga jalan
      terpaksa beli baru
      terpaksa terbang juga rm35

      1. Hero Borneo says:

        tak pe..perkara biasa kalau tak dapat repair terpaksa juga terbang RM
        Hero Borneo baru je tulis kisah Program Singgah Blog Edisi 2015My Profile

  4. Cik Siti says:

    siap ada jantan dan betina… Tak pernah dengar pulak

    Teringat pulak dialog pendar bujang lapok….

    “Kalau mak dengan bapak sama yang mana jantan dan yang mana betina”
    Cik Siti baru je tulis kisah Kelayakan VS PengalamanMy Profile

    1. TehR says:

      ya
      orang putih kata male dan female
      istilah dia memang macam tu

  5. AkuBiomed says:

    Kalau tak dapat bawa yang rosak. Boleh ambil gambar dengan smartphone. Senang nak buat rujukan.
    AkuBiomed baru je tulis kisah Resepi biskut Cheese melelehMy Profile

    1. TehR says:

      betul tu
      senang dan menyenangkan :D

  6. Aretikz says:

    Bab2 ni memang tak reti.. tapi insyaAllah boleh belajar punya.. asal ada panduan.. dengan…… xcomplicated.. hehe

    1. TehR says:

      tak payah mana juga ni
      satu kena berani
      dua kena hati2

      elektrik ni bahaya

  7. Pasal pam air ni, saya baru je ganti water pump untuk mesin basuh automatik kat rumah saya. Spare part saya cari kat area Pudu, dapat murah sikit dalam RM28 sebijik ori, sebab sana memang gudang komponen elektrik dan elektronik.
    Sylarius Yusof baru je tulis kisah Kenangan Belajar English dengan PokemonMy Profile

    1. TehR says:

      seronok bila dapat cari kedai komponen yg tepat
      lebih murah dan lebih senang nak dapat

  8. anuar says:

    Bila baca entri ni rasa terhibur… nampak senang je nak tukar pam air yang rosak..
    anuar baru je tulis kisah Tarikh-tarikh Ujian MUET 2015My Profile

    1. TehR says:

      memang senang
      asal saja kita faham cara kerjanya
      jimat dan seronok

  9. Wow. Power pak teh…
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah scene komuter (5) : perbualan dengan foriengner (1)My Profile

    1. TehR says:

      power?

      ya. jangan lupa TUTUP belakan kuasanya
      bahaya!
      :D

      1. Power ler…

        Pandai baiki sendiri…
        Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah Scene komuter (6) : perbualan dengan foreigner (2)My Profile

  10. dja says:

    Masa duduk di kuarters guru kerap berdepan masalah ni…letih naik turun tangga tutup suisnya
    dja baru je tulis kisah Panduan Bisnes DropshipMy Profile

  11. mohdhiruan says:

    kadang2 tu dengar org ajar, nampak macam susah je sebab kita tak boleh imagine lagi mcm mana…bila dah buat, laaaaaa senang je :-)
    mohdhiruan baru je tulis kisah caltex dan mazdaMy Profile

  12. Kebetulan pula, pam air rumah bawa saya juga rosak. Air dalam tangki simpanan makin kurang. Apapun air telaga alternatif penting bagi pengguna di kawasan tekanan air yang rendah.
    Inspirasi Huda baru je tulis kisah Aku Tanya Apa Khabar Promosi Shaklee Februari 2015My Profile

  13. onlajer says:

    hahaha kena tengok betul – betul sebelum beli, lagi baik bawa contoh baru tak silap
    onlajer baru je tulis kisah Buku Kuasai Kontrak Kerajaan.My Profile

  14. Dr Fattah says:

    tak ada pam nanti air pula tak naik.
    Dr Fattah baru je tulis kisah Tajuk Yang Berkaitan Dengan Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

  15. ikhwan says:

    kena keluarkan peluh sekali sekala.
    ikhwan baru je tulis kisah Strategi Bisnes Yahudi Yang Boleh Kita KajiMy Profile

  16. Sani Yunus says:

    Kalau tahu buat sendiri lebih menjimatkan..Bab letrik tu kena hati-hati pastikan soket/switch nya dimatikan dahulu..:-)
    Sani Yunus baru je tulis kisah Makan Percuma di Tudia Char Kuey TeowMy Profile

  17. Hafizul says:

    Huhu..nampak macam senang aje..terbaiklah bro..hebat gak baiki sendiri yer..
    Hafizul baru je tulis kisah Perginya Tak Kembali Lagi…My Profile

  18. titan says:

    okeh.

    macam gitu rupanya permainannya.
    titan baru je tulis kisah Pernah tak buat bisnes Tender Kerajaan?My Profile

  19. suri says:

    pam ini untuk apa ya naikkan air ke apa heeee
    suri baru je tulis kisah Biar Mereka Cemburu?My Profile

  20. suri says:

    ..dekat rumah risau bila suiz utama tendang kerana dentuman petir uh…
    suri baru je tulis kisah 5 Panduan Elak Letih Ketika HamilMy Profile

  21. suri says:

    kalau rosak saat ia perlukan memang susahlah kerjanya nanti
    suri baru je tulis kisah “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un’My Profile

  22. emalinmohd says:

    Serius tak tau benda ni. Memang kena serah pada en suami le bab bab macam ni..
    emalinmohd baru je tulis kisah Kenapa Makan Vitamin dan Supplement Tidak Berkesan?My Profile

  23. hannan rifqi says:

    tak biasa main pam air nih.

    tengok pun tak pernah. hhihi
    hannan rifqi baru je tulis kisah Jadual dan Tarikh Penting Exam MUET 2015My Profile

  24. Dipah75 says:

    Sy dh 4x pump rosak…adooiiii

  25. Mie says:

    Sy guna boring jenis hitachi, sbb apa motor x hidup, api ada. Biasa pasang pump air akan bunyi… Ni bunyi pon x de,

  26. ramizu says:

    air selalu kering dalam buyung enjin pam…setiap kali nak pam kena bubuh air dalam buyung,,mohon penjelasan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun