Sudah Terhantuk Baru Tengadah

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. Begitu maksud yang diberikan kepada peribahasa ini. Bila kepala dah terhantuk, dan benjol seketul dua, baru la nak mendongak pandang ke atas. “Laaa… kayu. Apasal la kayu ni ada kat sini?” :D

sudah telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,
terhantuk menghantuk sesuatu dengan tidak sengaja
tengadah memandang ke atas

Peribahasa lain yang sama bermaksud ‘Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat’ ialah; Sudah kalah baru berkubu dan Sudah kecurian baru mengunci pintu.

mati dibunuhBanyak kejadian boleh kita lihat di sekeliling kita. Kisah dalam negara, dalam negeri, dalam kampung malah dalam keluarga dan pada diri kita sendiri. Begitu pun masih ada faedahnya buat kita kerana kita akan lebih beringat dan berhati-hati untuk masa depan.

Sudah terhantuk baru tengadah,
Sudah kalah baru berkubu;
Biar pun tunduk bukan mengalah,
Biar menyerah bukan bersetuju.

Jangan pula setelah berkali-kali terhantuk masih juga tidak mahu menengadah. Rosak binasa nanti jadinya.

TehrDemikian kisah 'Sudah Terhantuk Baru Tengadah' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


41 Comments

  1. sud@is says:

    gambar kat atas nmpak terhantuk berdarah
    adakah sudah innalillah
    sud@is baru je tulis kisah Mengapa Doktor Bedah Memakai Baju Hijau?My Profile

    1. TehR says:

      anak kucing ni dah mati
      tak tahu siapa punya kerja

      1. suri says:

        haa..tpi pelik mana dtg stokin tu? lama saya fikirkan puncanya heeee
        suri baru je tulis kisah Green Rose FlowerMy Profile

        1. UmmiKami says:

          Mungkin sengaja di letakkan di situ…jangan-jangan… ;)
          UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Apalah Guna…My Profile

    2. UmmiKami says:

      Takkanlah terantuk sampai berdarah,
      Ni yang buat Ummi marah… BD
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Apalah Guna…My Profile

  2. Hairul Azni says:

    Kalau terhantuk terus pengsan tak sempat nak pandang atas.. :-)
    Hairul Azni baru je tulis kisah Pokok Buah AjaibMy Profile

    1. suri says:

      haa cuma kira2 bintang2 yg berposing le jwbnya

  3. iOS Gear says:

    Ingat dulu2 masa duduk kampung kalau lalu kat bawah rumah kena hati2 takut terhantuk..

    1. suri says:

      umh dulu umh papan..cma umh sy kt kg msh papan lagi..
      suri baru je tulis kisah Kau Jangan Kacau Dia Lagi !My Profile

  4. ghost writer says:

    tetapi lebih malang kalau sudah hilang nyawa apapun tiada apa yang mampu untuk dikesali.
    ghost writer baru je tulis kisah orders is ordersMy Profile

  5. Hairul Azni says:

    Apa motif stokin dalam gambar tu ye?.. :-)
    Hairul Azni baru je tulis kisah Pokok Buah AjaibMy Profile

    1. suri says:

      itu barg utama menjadi bukti
      suri baru je tulis kisah Tidak Perlu Pergi Kelas !My Profile

  6. Perghh.. kucing tu mati terhantuk ker? :D
    Btw, mmg nature manusia selalu ambil resiko yg besar tanpa pikirkan kesannya di lain hari. Renungan yg baik utk pagi ni…
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Yet Another Defeat For Harimau MalayaMy Profile

  7. chii says:

    lumrah manusia..selagi tidak terkena..mmg tidak akan beringat….

    errr..kesiannya anak kucing tu..mungkinkah anak kucing tu dok leka bermain dgn stokin..tnpa menyedari ada bahaya di depan nya..
    chii baru je tulis kisah Masalah PembelajaranMy Profile

  8. iOS Gear says:

    Kena bawak geng CSI siasat ni..
    iOS Gear baru je tulis kisah Muat Turun iOS 6.1.3My Profile

  9. suri says:

    masa sihat tak ambil kisah dh skit bru ambil peduli..
    suri baru je tulis kisah Char Kuey Teow MelakaMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Dalam maknanya tu Suri.. :D
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Apalah Guna…My Profile

  10. mancai says:

    beringat sebelum kena…. ciannya kucing tu…
    mancai baru je tulis kisah Ingin tahu mengenai USB 3.0My Profile

  11. hafiz says:

    selalunya ni pasti angkara kucing jantan…
    hafiz baru je tulis kisah Komisyen Panduan Baju KurungMy Profile

  12. akubiomed says:

    Kenapa dengan anak kucing? Apa yang berlaku sebenarnya?
    akubiomed baru je tulis kisah Ais krim Magnum membangkitkan kasih sayangMy Profile

  13. Bean Moreno says:

    sedih bila tengok binatang comel ni mati…
    Bean Moreno baru je tulis kisah Siapa Layak Ganti Dato’ K. Rajagopal?My Profile

  14. donnyien says:

    Satu peringatan yang bagus bro, terima kasih. Moga kita lebih berhati2 selalu.
    donnyien baru je tulis kisah Buat duit dari rumah – Jobdirumah.comMy Profile

  15. titan says:

    siapa punya kerja tuuu..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 24 dari JobdirumahMy Profile

    1. suri says:

      pencuri hantu..kwn kucing punya angkara dia bls dendam sb kucing tu tak byr duit ..dia pinjam along cat heee
      suri baru je tulis kisah Aku Yang Tiada PilihanMy Profile

  16. Dja@SisHaza says:

    huuu kesiannye…. tak sampai ati tengok. Kat rumah saya pun, asal ada anak kucing kecik, cenggini laa jugak selalu jadinye…
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah AKAUN BLOG KENA SUSPENDMy Profile

    1. suri says:

      apa sebab salah mkn ke sesak nafas? ker skit mati mengejut?
      suri baru je tulis kisah Aku Yang Tiada PilihanMy Profile

  17. Wan Fauzi™ says:

    sama2 kita pesan memesan antara satu sama lain…
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Orbit Menurut Al-QuranMy Profile

    1. Wan Fauzi™ says:

      ambil pengajaran dari setiap apa yg telah berlaku…
      Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Orbit Menurut Al-QuranMy Profile

  18. azura says:

    apa yang terhantuk lalu tengadah cikgu
    azura baru je tulis kisah Tidur Awal Bangun AwalMy Profile

  19. papa mifz says:

    erk…apa sudah jadi?? apa punca kematian kucing tuh..???
    papa mifz baru je tulis kisah Sedang Lena Tidur Tapi Dikejutkan PulaMy Profile

  20. kesian tengok anak kucing tu. itu kucing yang tempoh hari mati tu kan?
    khairul asrol baru je tulis kisah Jobdirumah Satu Bidang Pekerjaan Dari RumahMy Profile

  21. Petua Puteri says:

    mcm kes kat lahad datu jugalah..

    psst: macam mana boleh mati kucing tu bro… anjing punya kerja ke…

  22. Hairul Azni says:

    Kucing ni berlakon ke betul2 ni?
    Hairul Azni baru je tulis kisah Asas Fotografi – ApertureMy Profile

  23. Mus says:

    Begitulah manusia.. masih senang kesusahan dilupakan..
    Mus baru je tulis kisah Fatt Choi Coffee Corner, ‘Syurga’ Penggemar Kopi TenomMy Profile

  24. HafizAmri says:

    macam kucing tu je yang terantuk, huhuhu
    HafizAmri baru je tulis kisah Apa Yang Menarik Tentang Samsung Galaxy S4My Profile

  25. eiela says:

    kena hati2 selalu. kesiannya kucing tu, kecik lg.

  26. Ei… kesianya….
    Oneblogsocial.com baru je tulis kisah Malware AttackMy Profile

  27. UmmiKami says:

    Salam di angin lalu.. :D

    Tangan mengangkut buah ke pancur,
    Rendah melentuk seribu tumbuh;
    Jangan diikut pepatah termasyhur,
    Sudah terantuk baru beraduh.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Apalah Guna…My Profile

  28. Hairul Azni says:

    Ke..tuan dia marah sebab curi ikan?
    Hairul Azni baru je tulis kisah Asas Fotografi – ApertureMy Profile

  29. hafizmd says:

    Bila dah terhantuk, biasanya kita cepat2 cari punca…

    Jadi, kenalah sangat dgn peribahasa “sediakan payung sebelum hujan”
    hafizmd baru je tulis kisah Dilema Menantu Belum Mengandung…My Profile

  30. Hafizul says:

    Alamak..kenapa kucing tuh..kesian la pulak..
    Hafizul baru je tulis kisah Gadis Diatas ApiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun