Suami Merajuk | Apa Isteri Perlu Buat

Entri ini dalam katagori [U] bukan [18SX]. Aku percaya, lelaki atau suami bila merajuk memang buruk. Memang tak nampak sebagai lelaki kacak. Tidak seperti kaum isteri, mereka ini kalau merajuk semakin manis, semakin comel. Sebab itulah kaum wanita suka merajuk! :D

Aku ada tips untuk kaum isteri bagaimana mahu menghadapi suami merajuk. Apa tindakan yang perlu diambil dan apa yang boleh dilakukan oleh isteri untuk menangani suami yang tiba-tiba merajuk.

suami merajuk jangan pujuk
egonya sukar untuk ditunduk
bebaskan saja di mana duduk
biarkan hatinya sendiri sejuk

beri tumpuan seperti biasa
tumpah belaian usah ketara
sediakan ruang berikan masa
buatlah seperti tiada apa-apa

jangan ditanya perasaan lelaki
gelora rasa terpendam di hati
merajuknya tambah menjadi-jadi
itu peluangnya melangkah kaki

Mungkin sekali sekarang ini ada suami-suami di luar sana yang sedang merajuk dengan isteri. Sabar, bang. Tenang. Manusia tak dapat lari dari melakukan kesilapan termasuklah isteri atau isteri-isteri kita. Tak perlu untuk marah-marah dan merajuk. Lagi pun suami juga pernah dan selalu buat silap, kan? Ada, kan?

TehrDemikian kisah 'Suami Merajuk | Apa Isteri Perlu Buat' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


17 Comments

  1. Cik Siti says:

    lelaki susah nak nampak dia merajuk. biasanya isteri je yang senang merajuk… hehehe
    Cik Siti baru je tulis kisah Fenomena SimsimiMy Profile

  2. UmmiKami says:

    Salam Sabtu..

    Suami merajuk senang sahaja,
    Isteri kenalah buat-buat manja. ;)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Peringatan..My Profile

  3. akubiomed says:

    Kalau bab suami merajuk senang sahaja isteri hendak pujuk kejap sahaja. Bergantung kepada umur suami juga. Kalau muda lebih cepat dari yang tua.:-)
    akubiomed baru je tulis kisah Menjelang SBB2013 sebagai peserta.My Profile

  4. eleh….

    lelaki kalau merajuk sebab dah tak reti nak pujuk perempuan.

    padahal die yang buat perempuan merajuk dulu kan…

    emosi tak aku?
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah takde beza bagi aku. same jeMy Profile

  5. khairil says:

    buruk benor nampaknya kalau suami yang kuat merajuk. hehe.
    khairil baru je tulis kisah 25 Beg Membeli-Belah Yang Sangat Kreatif Dan Lawak!My Profile

  6. de engineur says:

    Yg ada isteri-isteri tu, klu dah merajuk dgn yg satu, langkah kaki ke yg ke-2 atau ke-3 lah tu kan. Hehe
    de engineur baru je tulis kisah Payback time for teachers?My Profile

  7. suami ni merajuk bila tak dapat tengok MU main jer. Bab lain, no problemo :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Watch 8 Year Old Scores Ala-Bergkamp StyleMy Profile

  8. padin says:

    hehee taktaule pasal ape nak merajuk…

  9. nazray says:

    aik bro tehR merajuk dengan bini ke? kenape ye, atau pantun ni dutujukan kepada suami2 yang merajuk dengan bini. hehehe. dalam keegoan lelaki pun, ada masanya dia boleh merajuk, jiwa ada bunga sikit2. :D
    nazray baru je tulis kisah Keberkesanan hospital kerajaan.My Profile

  10. Bahrain says:

    ada jugak suami yang merajuk…kui2x…haha
    Bahrain baru je tulis kisah BLOG HAS BEEN REMOVEDMy Profile

  11. pipoq says:

    segan nak merajuk..tambah pulak bila dah ada anak2..hehehe
    pipoq baru je tulis kisah Elakkan KemalanganMy Profile

  12. Travel-Zoom says:

    kena banyak bersabr.. tp suami kenalah pujuk n memahami..
    Travel-Zoom baru je tulis kisah Eight Smart Travel Tips to Save Money and Fly SaferMy Profile

  13. azura says:

    eh wujud juga je golongan lelaki merajuk
    azura baru je tulis kisah Perempuan ada satu akalMy Profile

  14. Bro Zulkbo says:

    salam..
    orang jantan merajuk sekejap je
    bila dia rasa orang rumah tak layan
    dia baik la sendiri..jangan terhegeh-hegeh
    pulak lepas tu dah la..he he
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Petua Dan Cara Pemakaian Jaket LelakiMy Profile

  15. titan says:

    kasi makan cendol aje. sejuklah nanti..
    titan baru je tulis kisah #SBB2013 – Gua kena tangkap.My Profile

  16. hairulafiz says:

    kadang2 saja je suami nak merajuk, nak bermanja katanya…
    hairulafiz baru je tulis kisah Perlawanan Persahabatan Johor Darul Takzim vs Hougang UnitedMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun