Suami Isteri Zaman Moden

Sangat tak patut kalau suami hanya terbongkang kat depan tv sedangkan si isteri pula sibuk dengan anak-anak, kain baju serta memasak untuk sediakan makan malam. Sedangkan suami isteri waktu siangnya sama-sama bekerja. Tak bagus tu. Kan?

kehidupan kita sibuk memanjangsuami isteri zaman moden
ada yang kerja malam dan siang
masa yang ada jangan dibuang
sebarang belanja perlu dirancang

suami dan isteri sama bekerja
pagi-pagi keluar pulangnya senja
makan kedai bungkus pun biasa
maklum sahaja tak cukup masa

suami memandu isteri tertunggu
jalan sesak memang mengganggu
sampai di rumah letih dah tentu
lenanya tak sempat bersalin baju

kalau wanita memasak di dapur
janganlah lelaki melayan tidur
ringankan tangan cubalah hulur
begitukan juga boleh berhibur

andai sesekali hatimu sakit
usah kecewa diungkit-ungkit
kelak melarat bertambah perit
sedangkan lidah lagi tergigit

Tak tau la kalau ada sapa-sapa yang tak ada lidah, kalau yang tak ada gigi memang ramai sangat. Dan mungkin juga ada sahabat yang pernah tergigit lidah sendiri, paling tidak pun sekali. Cerita yang tergigit lidah orang lain tu, Mr Tehr tak nak ambil tahu. Tu memang dah kes mahkamah syariah tu!

Pernah tergigit lidah sendiri?

TehrDemikian kisah 'Suami Isteri Zaman Moden' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


40 Comments

  1. dnoBiz says:

    Yang tergigit tu tak kisah lagi sebab Terrr..
    Yang masalahnya bila sengaja Gigit…. memang cari pasal la tu..
    Ps : tergigit dan menggigit adalah dua perkara berbeza :D
    dnoBiz baru je tulis kisah Kek Termahal Di dunia – Kek coklat termahal pernah aku LihatMy Profile

    1. tehr says:

      dno,
      kalau yang sengaja suruh orang gigit, ada juga ke?

      1. suri says:

        ha..sapa plk mitk d ggt tuh adeh…

        setuju dg kata2 bro atas tu klu llki dok bt dek je rasanya mau gak terbang kuali piuk kt depan ruang tamu..

        tahu hidang jer.nolog tak moh huhu..lalalaaaa..
        suri baru je tulis kisah Sendawa Berlebihan Membawa PetandaMy Profile

        1. tehr says:

          garang sungguh2 atau olok2 je ni, suri :D

          1. surihatiku says:

            garang haa.tak ar..lebih kurang rasa cam masak asam pedas melaka jer…

            orite apa? huhu
            surihatiku baru je tulis kisah Tiada Gambar GavatarMy Profile

          2. dnoBiz says:

            Garang bermusim tu Tehr..
            biasa la dh dekat musim tenkujuh ni hehhehe
            dnoBiz baru je tulis kisah Cukai Perkhidmatan Prepaid – TELCO setuju tangguh kutipan cukai Perhikmatan PrabayarMy Profile

      2. dnoBiz says:

        hahah eh … ada… Tehr..
        Tapi tu gigit manja :D

        1. suri says:

          bro dnoBiz
          Pkir lain ek..ger…ada nmpk utk kt blog sy tak..nti dia kejeakan bro smpi lebam tau heee…
          suri baru je tulis kisah Tiada Gambar GavatarMy Profile

    2. bEe says:

      Ehem bro dnoBiz : yg tergigit tu mcm mana ek :-P

  2. suri says:

    mlm tadi dah kena ggit tapi buakn dgn abg tapi dg anak adeh…..skit2
    suri baru je tulis kisah Anak Pertama, Bersediakah Anda ?My Profile

    1. tehr says:

      pasti ke tu?

      1. surihatiku says:

        pasti?? sb layan blog sampi lebaM … WEWEWE..
        surihatiku baru je tulis kisah Ibarat Mati Hidup SemulaMy Profile

      2. hafizmd says:

        ehehe… :D

        1. dnoBiz says:

          Hafiz malu nak komen hahahaah
          dnoBiz baru je tulis kisah Hot Mama – Bila Isteri Terabai cari hiburan LuarMy Profile

        2. suri says:

          hafizmd
          dema mmg jahatkan.. ker nak kena tumbuk smpi lebam? haa..

          malu kat org tua ………? klo senyum plk…tanda suka haaaa

          sabau jelah aku ni heeee
          suri baru je tulis kisah Tiada Gambar GavatarMy Profile

          1. suri says:

            bro dnoBiz
            berani komen dia cuma gelak2 gituw heee
            suri baru je tulis kisah Pengganti Serbuk PencuciMy Profile

  3. ohcikgu says:

    hemm…lom kahwin lagi. tak tahulah camana nak cakap nanti. hehe..
    ohcikgu baru je tulis kisah Pelita Jaya beri lampu hijau kepada Safee SaliMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 aman bahagia, cikgu

      1. surihatiku says:

        cikgu ni yg memilih..
        surihatiku baru je tulis kisah Tips Mengambil Hati Kawan Tikam BelakangMy Profile

  4. Juan says:

    suami dan isteri kena saling memahami walaupon saya x kawin lagi, hehe

    1. tehr says:

      jangan tunggu lama2, juan
      nanti dikebas orang

      1. suri says:

        dah jumpa ikt terus heee,,klu tak ggit besi ar jwbnya heee
        suri baru je tulis kisah Sendawa Berlebihan Membawa PetandaMy Profile

  5. adele says:

    kenapa harus begitu. rumahtangga kan utk dikongsi bersama..jgn biarkan isteri saja yg lebih letihnya..huhu

    1. tehr says:

      tu la pasal, adele
      ada yang kata macam tu
      kerja kat rumah, semua tanggung jawab isteri

      1. hafizmd says:

        ini yg payah ni..hehe

        tp, rasanya sekarang dah ramai suami yg sama2 bantu isteri kat dapur…betul tak en tehr?

  6. Nuar Haruha says:

    Adat hidup bersama tetangga,
    Beri memberi mana yang dapat,
    Adat hidup berumah tangga,
    Suami isteri ingat mengingat.

    Bila cukup bilangan hari,
    Tunaikan niat lunaskan hutang,
    Bila hidup bersuami isteri;
    Pakailah sifat berkasih sayang.

    1. tehr says:

      gelas cawan belum bercuci
      kain dan baju tidak berbasuh
      hidup aman bersuami isteri
      sama membantu usah mengeluh

  7. cikguden says:

    gigit lidah, gigit bibir biasa tue
    cikguden baru je tulis kisah Caj 60 senMy Profile

    1. tehr says:

      jangan ganas2 hah… :D

  8. Cik Siti says:

    sakit… bila tergigit lidah ni… tapi sekejap je….
    Cik Siti baru je tulis kisah Projek Tahunan Hj Hamzah Bin AwitMy Profile

    1. tehr says:

      kadang2 rasa geram gak tu
      apasal la boleh gigit lidah sendiri :D

  9. zulkbo says:

    salam..
    bila dah hidup bersama
    kenalah sama susah dan senang kan?
    saya suka tolong isteri kemas rumah,
    cuci pinggan dan makan masakannya
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Hari Ini Sepatutnya Ulangtahun Hari LahirnyaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      itu la yang sebenarnya
      hidup bersama ni
      sama susah, sama senang, sama penat
      baru la sehati sejiwa :D

  10. zik says:

    kesian si isteri yang kena buat semua kerja rumah… kena toleransi… huhu
    zik baru je tulis kisah DKNY WatchesMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      jangan bersikap zalim
      kalau tolong pun bukan orang lain, isteri kita juga

      dan tak payah nak minta upah… mesti dapat punya :D

  11. Alahai bro… dulu lain sekarang lain.. :wink:
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Koleksi Kereta Mainan Roq | Dodge Viper GT2My Profile

  12. akubiomed says:

    Kehidupan suami isteri perlu ada tolak ansur. Zaman sekarang suami isteri bekerja tentu kedua-duanyya penat seharian di tempat kerja. Si isteri perlu menguruskan rumah tangga sejurus pulang dari tempat kerja
    akubiomed baru je tulis kisah Rémi Gaillard memalukan RonaldoMy Profile

  13. yas says:

    Hehehe…kalu tak pernah tergigit, bukannya nikmat hidup bersuami isteri bro…tanya le sesapa pun..pasti ader gak kes2 terpencil tu…

    #tp bab2 suami duk depan tv, org umah buat keje tu selalu gak yas buat…maklumla org umah mmg dok kt umah jerr..paling koman pn tolong jaga yg kecik tu jerr…hehehe
    yas baru je tulis kisah Solar Ranger 2 dari UnitenMy Profile

    1. tehr says:

      kalau macam orang rumah bro tu, ok la
      yang peliknya, sama2 pulang kerja
      isteri ke dapur, ke sana ke sini
      suami terkangkang je depan tv

  14. bEe says:

    Alahai cikgu…
    Setakat lidah tergigit antara suami isteri perkara biasa :-P
    :lol:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun