gosehat cahayacinta apacerita tak kenal maka tak cinta Cik Siti onlajer coretananuar

SPPBS Tak Siap Lagi

Malam ni aku nak tulis dan kongsikan mengenai Sistem Penilaian Pentaksiran Berasaskan Sekolah [SPPBS]. Cikgu-cikgu memang dah tahu sangat mengenai SPPBS ni. Ada kod band, kod deskriptor, kod evidens.

SPPBS adalah satu sistem kemasukan prestasi pelajar sekolah secara online yang banyak menerima kritikan dari warga pendidik dan masyarakat umum.

masuk kelas sebelah pagi
ikut jadual waktu sendiri
sppbs tak siap lagi
perut belum diisi kopi

ada kerja sedia menanti
sppbs tak siap lagi
hulur tangan nak buka lappy
mulut penuh mengunyah roti

masa makan masa free
sppbs tak siap lagi
habis sejam masa berlari
satu apa pun tak menjadi

sppbs tak siap lagi
server lembab siput babi
masuk kelas lagi sekali
cuba lagi di rumah nanti

siput babi

sppbs tak siap lagi
cuba lagi di petang hari
mujur ada broadband sendiri
tapi nasib tidak menyebelahi

sebelah kanan dengkur suami
si anak kecil di sebelah kiri
malang nasib jadi begini
sppbs tak siap lagi

dingin malam hampiri pagi
bahang panas di dalam hati
sppbs tak siap lagi
nak buat macam mana ni? … … Macam Mana Ni???

Secara dasarnya sistem ini adalah baik, cuma kejadian trafik berat sering menjadi beban kepada cikgu-cikgu di sekolah. Memang sempat untuk masak sebungkus maggi untuk dapat satu page. Kadang-kadang keluar script error. :D

TehrDemikian kisah 'SPPBS Tak Siap Lagi' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Sebarang teguran dan cadangan boleh ditinggalkan pada ruangan komen dibawah.



15 Comments

  1. Irwan Alessa says:

    Terkadang kerja yang sedikit jika ada masalah yang datang pastinya akan melambatkan proses kita nak buat kerja..
    Irwan Alessa baru je tulis kisah Wajah Baru GoogleMy Profile

  2. dah bias sgt dh..setiap kali hujung tahu..pasti akan timbul masalah serve jam
    blogger lelaki baru je tulis kisah 6 Akibat Apabila Makan Terlalu KenyangMy Profile

  3. Sistem online untuk KPM ni memang bermasalah la cikgu. Dulu saya kerja Juruteknik Komputer kat sekolah, memang ada banyak sistem online yang cikgu kena gunakan untuk buat rekod. Kadang-kadang sistem KPM ni macam redundant pun ada. Cikgu-cikgu terpaksa merekodkan data yang hampir sama bagi setiap sistem yang berlainan. Kesian tengok cikgu-cikgu ni terpaksa menurut arahan yang mengarut dari pentadbir.
    Anak Askar Pencen baru je tulis kisah Futsal Sekali SetahunMy Profile

  4. suri says:

    dah cukup kakak saya pening uruskan benda alah ni slow laine kt pjabat guru..kerja makin hari banyak,,kesian saya dengar keluh kesah dia huhu..sabar ya..
    suri baru je tulis kisah Roti Putih Bukan Pitta Bread Ada Faham Adik Manis?My Profile

  5. suri says:

    dalam sibuk sempat juga cikgu layan update blog nghee… cayalah.semoga dapat capai terget untuk menyiapkannya
    suri baru je tulis kisah CPUV Campaigns Nuffnang 10 & 11_ 2013My Profile

  6. akubiomed says:

    Perlu ada sistem bersepadu termasuk sokongan IT. Kalau mengharapkan manual sepenuhnya mungkin akan berlaku terlepas pandai dan error.
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – BulldozerMy Profile

  7. adikensem says:

    Sempat masak maggi okay lah tu, lapar-lapar boleh makan. hehe
    adikensem baru je tulis kisah Ganjaran Lumayan Mencari Homestay Dengan iGotravel Dot My Untuk Blogger PR 1 Ke AtasMy Profile

  8. papa mifz says:

    kalau dah banyak kritikan maka pihak berkenaan perlu lakukan penambahbaikan…
    papa mifz baru je tulis kisah Bawa Bekal Ke Tempat KerjaMy Profile

  9. tak boleh ke buat server sendiri? tak pun buat draf dulu ke bagi cepat sikit siap bila nak key in data nanti. tak berpengalaman pulak key in data ni. tapi kalau bab server down nak apply pape tu selalu lah jugak.
    khairul asrol baru je tulis kisah Belajar Tinggi Mana Pun Gaji Belum Tentu Boleh Kalahkan Cristiano Ronaldo!My Profile

  10. titan says:

    gua cuti. jadi..malas fikir masalah negara lagi. haha..
    titan baru je tulis kisah Jobdirumah Payment – Kali ke 73My Profile

  11. suri says:

    sebab banyak tengak fokus budget ker?
    suri baru je tulis kisah CPUV Campaigns Nuffnang 10 & 11_ 2013My Profile

  12. server lembap memang menjadi kerja byk tak siap

  13. hafizmd says:

    tugas yg ada tak siap lagi
    ditambah lagi khoje ini
    selamat beronline sana sini
    moga siaplah kerje sppbs ni
    hafizmd baru je tulis kisah Siri Kesihatan 2: 5 Cara Tingkatkan Kolesterol ‘Baik’ HDLMy Profile

  14. Hafizul says:

    Hahaha..siapkan cepat bro..
    Hafizul baru je tulis kisah Kelebihan Program Affiliate JobdirumahMy Profile

  15. hindon says:

    tunggu dari 6 petang sampai 4 pagi esoknya……… asyik error,error,error,error…. apa nk buat. semua keje x jadi asyik langut sppbs, last sekali mata naik rabun, kepala berserabut,keputusan nak secepat mungkin, sppbs lembap selembap mungkin……. kereta lembu…..rodanya dua….. jalannya x laju…. satu jam sebatu…… hai nasib badan….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge