Sorry, No Posts Matched Your Criteria

nothingMinta maaf sahabat handai
Bukanlah niat tunjuk pandai
Gatal otak memandai-mandai
Harap tidak hancur berkecai

Dalam sehari dua ni, rajin pula godek-godek theme wordpress. Sangat tidak menarik bila hanya ada “Sorry, no posts matched your criteria” pada search results. Terfikir pula mahu menambah sesuatu dan menukar ayat ini kepada Bahasa Melayu. Lagi pun blog ini menggunakan Bahasa Melayu.

tak jumpa

Saya cuba letakkan script iklan Nuffnang [mungkin caranya salah] dan tajuk-tajuk entri yang terdahulu pada paparan search results ini. Taklah nampak kosong sahaja, kan? Cuba buat carian perkataan yang tiada dalam blog ini.

search result 1

kalau suka menggodek-godek
mesti awas jangan tergolek
harap nak buat cantik molek
jangan pula menjadi robek

kalau belajar jangan berhenti
bila dah mula biarlah menjadi
kalau pun salah cubalah lagi
walau pun gagal beribu kali

search result 2

usahlah malu untuk bertanya
usahlah jemu dalam mencuba
apabila berjaya terasa bahagia
pasti senyum sampai ke telinga

tetapi jangan kedekut ilmu
orang keliling juga nak tahu
makin dikongsi semakin maju
asalnya satu bertambah beribu

Saya rasa terpikat dengan hasilnya. Anda juga boleh mencubanya dengan – Appearance > Editor > Search Results. Jangan lupa untuk simpan kod asal dalam notepad sebagai langkah keselamatan.

TehrDemikian kisah 'Sorry, No Posts Matched Your Criteria' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


42 Comments

  1. mie says:

    bahaya tu…
    nanti merajuk bila digodek…
    hancur berkecai kesemuanya..
    ehehee
    mie baru je tulis kisah Contest – Kisah Pelaut Terlampau PilihanMy Profile

    1. tehr says:

      sedang belajar memujuk jugak ni, mie
      sebagai langkah berjaga-jaga :D

      1. suri says:

        jgan salah godek karang ada yg mgis tak berlagu huu

        1. tehr says:

          hahaha
          aku tak nak tolong :D

    2. Mus says:

      kena buat backup… itu yang penting.
      Mus baru je tulis kisah Komisen Affiliates di FabulousPeoplenet Meningkat Kepada RM20000My Profile

  2. Godek, jangan tak godek. tapi pastikan ada back up sebelum kasi goyang 360 darjah ya…. ;)
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Google Sniper 20 is it real or scamMy Profile

    1. tehr says:

      harap2 la tak hancur berkecai
      haha

  3. zulkbo says:

    salam..
    sesekali kena godek2 juga
    baru bertambah ilmu di dada
    he he..
    zulkbo baru je tulis kisah Google Chrome Users Can Block Unwanted WebsitesMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      memang meralitkan
      tu pun kalau menjadi, kalau tak berjaya, jadi pening
      hehe

  4. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
    Salam Maulidur Rasul..
    ” Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞
    Salam Sebuah persahabatan….
    Terima kasih
    kembara ziarah maya”
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    buah cempedak diluar pagar
    ambil galah tolong jolokkkan
    kami budak baru belajar
    kalau aku tak betol tolong tunjukkan….

    aku kena godek2 sampai boleh ni
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      buah kurma di atas pagar
      isinya manis sedap sekali
      jom kita sama-sama belajar
      kalau gagal kita cuba lagi
      :D

      1. Ismail N says:

        Acara berbalas pantun nih..
        Kalau le kawe expert.. sure mahu test power jugak he he :D

        1. tehr says:

          jom sambung, bro :D

  5. belalang says:

    ilmu klu setakat baca tanpa beramal pun x kemana jugak kan?

    so sekali sekala kena buat praktikal jugak…ngee
    belalang baru je tulis kisah Keputusan Liga Super 15-02-2011My Profile

    1. tehr says:

      betul tu, belalang
      orang kata mesti dipraktikkan dalam tempoh 24 jam
      kalau tidak, akan terlupa begitu saja

  6. Zik says:

    godek2 apa yang patut.. hurm..
    Zik baru je tulis kisah Teknik penyamaran ikan sebelah “the flounder fish”My Profile

    1. tehr says:

      harap2 tak hancur, zik

  7. kaizen says:

    try and error sendiri… baru nice… hehehe aku pun kadang kalau rajin, aku godek blog sendiri… sampai pale pown pening… haha
    kaizen baru je tulis kisah PeRNaH MiNTa SeSuaTu DaRiPaDa ALLAHMy Profile

    1. tehr says:

      masa dengan blogspot dulu, memang aku godek sampai tak boleh nak buka
      haha padan muka

  8. ghost writer says:

    malangnya tak menggunakan theme wordpress kalau tak dah tentu godek jugak..
    ghost writer baru je tulis kisah so keep breathingMy Profile

    1. tehr says:

      blogspot pun boleh
      tapi jangan lupa simpan dulu yang asal tu :D

  9. Ismail N says:

    Penting godek2 ni kan cikgu…
    belajar dari pengalaman. :D

    1. tehr says:

      belajar cara orang tua
      memang kena buat dalam masa itu jugak

  10. hafizmd says:

    godek menggodek amalan mulia
    salah godek tergolek kita
    godek jambatan ilmu juga
    salah godek jangan putus asa

    menarik sekali…terima kasih bro tehr :D
    hafizmd baru je tulis kisah Kalau geli- jom tengok…My Profile

    1. suri says:

      klu yakin bt bro tapi yg pasti kena copy yang original dulu hee.. sbg langkah keselamatan..

      1. tehr says:

        itu semestinya
        jangan buat2 lupa pulak :D

    2. tehr says:

      engkau godek sebelah kiri
      aku godek sebelah kanan
      kalau dua-dua tak menjadi
      kita sama-sama cuci tangan

  11. suri says:

    klu godek hya dlm bab iklan jer lain2 benda alah tu tak berani,, klu slah sapa pllk nk nyusahkan.teman dah dok ceruk huu..

    1. tehr says:

      kalau salah tanggung sendiri la, suri :(

  12. Ali ridha says:

    kalau silap godek habis jahanam tema blog kita.
    kena la padam dan pasang balik.kerja yang amat leceh.
    Ali ridha baru je tulis kisah Maulidur Rasul 1432H 2011 tanpa kek dan lilinMy Profile

    1. tehr says:

      kalau tak kuat semangat, terus berhenti berblog
      harap2 jangan la jadi macam tu

  13. mekar says:

    Ilmu yg membawa manfaat tidak salah dikongsi bersama2. Godek2 dalam dunia blog ni satu cara kita utk memantapkan ilmu di dada :-)
    mekar baru je tulis kisah Cendawan Shiitake kebanggaan Gunung Jerai part 2My Profile

    1. tehr says:

      cara belajar yang bagus juga ni
      terus je dipraktikkan

  14. etomyam says:

    bro tehr semakin mahir dalam ilmu CSS dan PHP ni, steady :D
    etomyam baru je tulis kisah Gatal Tak BertempatMy Profile

    1. tehr says:

      eh, betul ke tidak cara kawe buat tu, bro?
      harap2 tak ganggu keseluruhan blog

  15. kulanz says:

    salam bro,
    wah dah semakin pandai godek css ni..
    memang sesuai juga tu letak skrip nuff dan entri alternatif, boleh optimumkan paparan..
    dan setuju dengan nasihat bro.. apa2 hal, kena buat backup kod asal..
    kulanz baru je tulis kisah Optimumkan Keupayaan Sistem Komputer Anda dengan Perisian WinMate PercumaMy Profile

    1. tehr says:

      kalau menjadi memang rasa sangat seronok, bro
      tapi masih berdebar juga
      kalau2 akan rosak dan tak tahu nak baiki macam mana
      hehe

  16. Cik Siti says:

    try and error adalah cara berkesan untuk kita menimba ilmu… belajar dari kegagalan dan di situ akana da kejayaan
    Cik Siti baru je tulis kisah SELAMAT PENGANTIN BARUMy Profile

  17. akubiomed says:

    Yang penting sebelum hendak ubah apa-apa sudah buat backup terlebih dahulu kalau tak masalah nak restore kalau ada masalah
    akubiomed baru je tulis kisah Angka pertama didalam kehidupan AkuBiomedMy Profile

  18. yas says:

    Yeahhh….godek teh jangan x godek…
    Adat menimba ilmu,bia salah dulu….senang kemudian.
    yas baru je tulis kisah Krisis di Mesir Kenyataan dari petugas kitaMy Profile

  19. Azuan says:

    Wah. agak menarik.. blh try buat kt blog skali ni..
    Azuan baru je tulis kisah Buat Duit Dengan Affiliate – Boleh keMy Profile

  20. toyol says:

    jarang2 godek, sbb slalunya menjadi..
    tp ada jg cuba2 buat2 reti..
    hehe..
    toyol baru je tulis kisah SIAPA FISYA SENDUMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun