Soalan-Soalan Kacak

Hari ni aku nak main tag-tag yang aku dapat dari blog titan si blogger kacak. Amaran dan peringatan dari aku kepada semua pembaca, soalan yang ada bukannya soalan bocor atau soalan ramalan. Jawapan yang aku berikan juga hanya sesuai dengan soalan-soalan yang ada di sini sahaja. Harap maklum.

1. Antara ko dengan titan, siapa lagi kacak? Terangkan.
aku dan titan sama-sama kacak
titan dan aku sama-sama segak
siapa terpandang dan ternampak
dah pasti akan berdiri terpacak

2. Apakah perbezaan kacak, handsome dan macho? Terangkan.
jawapan yang ni aku tak nak bagi
korang cuba-cubalah tanya isteri
boleh juga bertanya kepada hati
atau carikan sendiri di laman dbp

3. Antara orang-orang disekeliling ko, siapa yang paling kacak? Mengapa?
tak ada sesiapa di sekeliling aku
aku sorang-sorang di ruang tamu
hanya berteman lappy dan buku
beberapa ekor nyamuk dan kelkatu

4. Duit dan Kesihatan. Mana paling kacak? Bagi 2 sebab.
soalan ni memang sangat bahaya
silap pilih memang akan terkena
telan mati emak luah mati bapa
aku biarkan ia kepada pembaca

5. Blog aku dengan blog ko, siapa lagi kacak? Kenapa?
ini juga satu soalan yang bahaya
aku sendiri tak tahu jawapannya
blog aku sudah pastilah aku suka
blog ko pula banyak juga ilmunya

6. Mahathir dengan Najib. Siapa lagi kacak? Bagi 3 sebab kenapa dia kacak.
siapa lagi kacak aku tak tahu
jawapan pasti, bukan diri aku
cuba tanya rakyat kalau mahu
atau tanya undi di setiap pru

7. Pemain bola sepak yang paling kacak di Malaysia. Sebut 3 nama sahaja.
pemain kacak ada buat hantaran
mereka juga boleh buat jaringan
kawal benteng kawal pertahanan
boleh menang dalam perlawanan

8. Ko pernah jatuh cinta kan? Mengapa cinta ko ditolak? Bagi 3 sebab.
cinta aku berputik dalam taman
kembang pula dalam jambangan
mekarnya sentiasa harum bauan
tak ada ditolak ke simpang jalan

9. Nuffnang dan Innity. Mana lagi kacak? Mengapa?
tak boleh banding nuffnang innity
satu dah daftar satunya belum lagi
kalau bayaran sama-sama diberi
makna kedua-duanya sama disukai

10. Jenama handset mana yang paling kacak ko rasa?
yang paling kacak diberi percuma
mahal atau murah bukan soalnya
lagi sangat bagus kalau diberi dua
satu aku jual boleh dibuat belanja

Peringatan tambahan. Jangan gunakan jawapan yang aku sediakan ini untuk menjawab soalan SPM. Aku tahu Selasa 29.11.2011 nanti ada soalan Kimia Kertas 1, 2 dan 3. Dah sah tak kena dengan skima jawapan yang disediakan. Kalau korang gagal nanti, jangan marahkan aku pula. Aku dah beri ingat ni.

TehrDemikian kisah 'Soalan-Soalan Kacak' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


24 Comments

  1. zulkbo says:

    salam..
    memang kacak sekali
    soalan dan jawapannya
    tu..he he
    zulkbo baru je tulis kisah Comment Moderation : Saya Suka Kalau Komen Saya Terus Saya Boleh Baca BalikMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      seadanya je, bro
      hiburan sementara tunggu game malaysia vs bahrain

  2. Cik Siti says:

    kacak je ke… jelita tak ade????

    he…he…. he… lama bebeno tak singgah sini…
    Cik Siti baru je tulis kisah Harapan yang menggunungMy Profile

    1. tehr says:

      jelita?
      hehe lupa laa…

  3. nurmisnan says:

    Kalau innity senang daftar mcm nuffnang mesti kayo pakcik.. Hik3
    Aku tak layak lg nak dpt signal innity… Poor me.. Sob sob
    nurmisnan baru je tulis kisah Doa Pendekat JodohMy Profile

    1. tehr says:

      blog ni pun belum lepas innity, nur
      payah tu

  4. iwan delaroc says:

    kacak tul entry..huhu
    iwan delaroc baru je tulis kisah pengumuman tahap tinggiMy Profile

    1. tehr says:

      hahaha
      sekadar hiburan je, iwan

  5. b3njy says:

    Kacak yer ? emmm … rasanya ramai yang kacak ni susah nak sebut… tak kurang perasan kacak hehehe
    b3njy baru je tulis kisah KELAYAKAN OLYMPIC 2012 : MALAYSIA VS BAHRAINMy Profile

    1. tehr says:

      payah nak sembuh tu, bro
      kalau terperasan :D

  6. eiela says:

    haha terbaiklah.
    eiela baru je tulis kisah Selamat Tahun Baru – 1433HMy Profile

    1. tehr says:

      hiburan selingan je, eiela

  7. kakyong says:

    ada2 ajer tehr ni.. kacak lah pulak… berpantun, bersyair..
    kakyong baru je tulis kisah Segmen rerama berterbangan – Dec 2011My Profile

    1. tehr says:

      ramai yang kacak dalam dunia kita ni :D

  8. Masak lauk si ikan tamban
    Untuk hidangan si orang kaya
    Macho kacak lagilah Tampan
    Biar seiring budi pekertinya

    Anak burung memakan padi
    Anak Monyet memakan rambutan
    Kacak dimata Tampan dihati
    Macho juga jadi rebutan

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami…
    baka anjing terlarang masuk malaysia
    baka anjing terhad masuk malaysia
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

  9. titan says:

    haha..aku suka. aku suka pantun-pantun kacak nih. haha..
    titan baru je tulis kisah Malam ini, Bahrain lagi kacak.My Profile

    1. tehr says:

      pantun sekacak tuan blog
      hahaha

  10. yas says:

    Hahaha…mancho tehr…lain dr yg lain nih…:)
    yas baru je tulis kisah Aku Kepenatan…My Profile

    1. tehr says:

      ramuan khas :D

  11. akubiomed says:

    Memang kacak jawapan pantun bro TehR. Kalau tanya pada isteri siapa paling kacak tentu jawapannya berat sebelah. Ha..ha…
    akubiomed baru je tulis kisah Bila hero-hero kacak melangkah ke alam dewasa.My Profile

    1. tehr says:

      betul3x
      isteri aku dah pasti kata aku yang lebih kacak :D

  12. chii says:

    wahh..siap berpantun tuh..chii suka gak ngan jawapan cikgu..ehehe..
    chii gak yg belum settlekan utang blogger kacak ni :p
    chii baru je tulis kisah Orang KetigaMy Profile

  13. Juan says:

    korang berdua belum cukup kacak kalau belum komen diblog aku
    Juan baru je tulis kisah Projek Hari JumaatMy Profile

  14. beckhr00y says:

    kacak betul soalan nih hehe
    beckhr00y baru je tulis kisah Permohonan Innity DiterimaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun