SK Abang Ali Dan SMK Rosli Dhoby

Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan 2011 bagi negeri Kelantan. Persekolahan yang sepatutnya bermula semalam ditangguhkan kerana cuti peristiwa yang diberikan atas kejayaan pasukan bola sepak negara memenangi Piala AFF Suzuki 2010. Selamat kembali dari bercuti untuk semua. Pastikan anak-anak ke sekolah, bukan melencong main air banjir. :D

Cuti sekolah lepas keterujaan Mrs. Tehr sampai ke kemuncaknya. Kami sempat singgah di sekolah pertama beliau, Sekolah Kebangsaan Abang Ali yang terletak di Kampung Datuk, Sibu. Kata Mrs. Tehr masih terdapat bangunan lama di sekolah ini di samping bangunan baru yang dibina untuk menampung pertambahan bilangan pelajar.

sekolah kebangsaan abang ali, sibu

Sekolah Kebangsaan Abang Ali ini bagi saya sebuah sekolah rendah yang cantik dan penuh dengan maklumat mengenai pelajar dan sekolah di merata tempat. Tahniah kepada seluruh warga sekolah yang gigih berusaha untuk menghiasi kawasan sekolah. Secara peribadi saya sangat menyukai kawasan perhimpunan dan dewan terbuka sekolah ini. Luas dan selesa.

sk abang ali - sibu sarawak

Mrs. Tehr belajar di sini dari darjah satu hingga darjah enam. Tinggal di kuaters kerajaan di Archer Road yang tak jauh dari sekolah, Mrs. Tehr ke sekolah dengan berjalan kaki sahaja.

smk rosli dhoby

Sebelum bertolak pulang ke Kuching, kami sempat singgah di Sekolah Menengah Rosli Dhoby. Senyum sampai ke telinga nampaknya Mrs. Tehr bila kami singgah di sini. Di sekolah inilah Mrs. Tehr belajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima sebelum mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Perempuan Melayu [MPPM], Melaka.

Anda pernah singgah di sekolah lama? Sekolah tempat mula-mula mengenal angka dan abjad. Mr. Tehr sendiri tak teruja sangat mengunjungi sekolah lama kerana tempat tinggal memang tak jauh dari kampung sendiri. Hanya 10 minit sahaja berkereta untuk ke sekolah tempat Mr. Tehr mula mengenal abjad dan nombor dahulu. :D

TehrDemikian kisah 'SK Abang Ali Dan SMK Rosli Dhoby' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


25 Comments

  1. izanishak says:

    saya pun kalau nak cerita pasal sek rendah ni dekat je ngan umah. tp sekolah menengah tu dlm satu daerah…plus ada lagi satu sekolah masa form 4-5. yg tu jauh sikit tp masih dalam selangor lagilah… rindu ngan cikgu2, serius lama sangat tak jumpa…
    izanishak baru je tulis kisah Happy 9th AnniversaryMy Profile

    1. tehr says:

      dapat hantar anak pula belajar di sekolah kita dahulu
      best kan? :D

  2. Lulu Caldina says:

    selamat tahun baru…
    Lulu Caldina baru je tulis kisah Tangan putus adehngerinyaMy Profile

    1. tehr says:

      selamat tahun baru

  3. Cik Siti says:

    kenangan di arena perilmuan memang sukar dilupakan…
    Cik Siti baru je tulis kisah Hati penuh dengan rasa debaranMy Profile

    1. tehr says:

      macam saya ni, tiap hari ke sekolah :D

  4. Ismail N says:

    Mem org S’wk rupanya. Mr tehr pula mmg asal Kelantan ke? Baguslah ada silaturahim antara org smjg dgn sbh/swk. Saya pun kawin org Sabah.. he he..
    Memang best imbau kenangan silam tgk sekolah lama. Rasanya time di sekolah tu kira antara yang paling best dalam hidup. Tak banyak masaalah kecuali siapkan kerja sekolah dan cuba buat yg terbaik dalam exam. :D

    1. tehr says:

      saya memang asal kelantan
      sekarang tinggal dekat je dengan kampung asal saya

  5. padin says:

    haha sama la aku tehr, sekolah hanya beberapa kilometer je dari rumah, balik kg mesti terjumpa juga cikgu2 di pasar malam atau pasar minggu, hee

    mungkin, mana yang berjauhan, ada rasa excited sikit..
    padin baru je tulis kisah Berubah Untuk Kekal RelevanMy Profile

    1. tehr says:

      tu la, bro
      yg tinggal jauh tu memang akan terkenang

  6. wandisini says:

    sekolah aku tak lah jauh dari rumah dan tak dekat sangat. tapi yang bestnya kalau balik sekolah suka amik jalan jauh sikit, malas nak balik rumah cepat2.

    1. tehr says:

      memang pun
      kadang2 best je balik lambat ke rumah

  7. Affan says:

    hehe. memang rindu sekolah bila dah lama tak gi.
    sekolah rendah dekat juga ngn rumah. tapi bila ikut mak beli buku adik kat kedai buku sekolah, pg juga tgk2 bhgn dalam sekolah, teringat masa zaman sekolah dulu, tempat main lari2. huhu. rindu nye.

    *masa kecik nak besar cepat, nak kerja, blh dapat duit. bila dah besar, rasa nak jadi kecil balik. huhu. manusia2
    Affan baru je tulis kisah Sila pastikan penggunaan katakunci yang betul dalam entry!My Profile

    1. tehr says:

      kenangan tu
      memang rasa nak jadi kecik balik sekali sekala
      nak lari dari fikir hal orang dewasa
      hahaha

      1. gayahspears says:

        same lah Gayah bro tehr.. Gayah nk masuk tadika balik boleh men teng2..hahahahaha

      2. RedBoys says:

        begitulah yang sering terjadi.
        yang kecik nak cepat jadi besar dan sebaliknya.
        RedBoys baru je tulis kisah Ini Jumlah Komen SayaMy Profile

  8. zik says:

    selamat menyambut hari persekolahan …. tahun baru 2011…
    zik baru je tulis kisah Transformasi zikrihusainicom 2011My Profile

    1. tehr says:

      kembali ke sekolah
      pagi tadi memang rasa sangat malas :D

  9. Norgadis says:

    Kalau mengingat sekolah sewaktu sekolah rendah dulu, nampaknya jauh beza dengan sekarang, pembinaan yang begitu pesat menyebabkan perubahan begitu ketara sekali sehingga semua bangunan lama telah dirobohkan dan kesannya langsung tidak kelihatan lagi. Namun bayangan sekolah lama itu masih lagi tersemat dihati.
    Norgadis baru je tulis kisah Jalan-Jalan ke Chimney Di Kg Tanjung Kubong LabuanMy Profile

  10. mie says:

    slalu je lalu depan sekolah ni..
    heheeee
    mie baru je tulis kisah Blog Review- Mappiau Dan Teh RamuanMy Profile

  11. suri says:

    rindu zaman sekolah dulu2…

    a..b..c..z.. cikgu heee

  12. gayahspears says:

    mase Gayah ngajar kat Ipoh dulu, ulang alik nek moto dari kuala kangsar ke Ipoh… sebelum dapat umah sewa.. jauh kot.. kadang sampai sekolah pukul 7.40pagi..huhu.. Naseb bek guru besar faham keadaan Gayah..huhu

  13. zulkbo says:

    salam..
    pahlawan penjajah inggeris
    ismail Dobby tu kan..sama macam
    tok janggut..mati di hujung pistol
    penjajah…
    zulkbo baru je tulis kisah Laman Forum Syoknyer Blogging Buat Para BloggerMy Profile

  14. kakyong says:

    kakyong pun pernah sekolah kat sini dulu… heheh

    lama dah tu.. tahun 1979-1980.. tp seko petang jer (sek agama)..
    pagi sek di sek rendah bandaran sibu no3…
    masa tu dok di kg Hilir… ;)

    nak pinjam gambar ni…
    kakyong baru je tulis kisah SJ as rockstar does he look like oneMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun