Siri Bercakap Dengan Ayah | Semua Hancur

Adik : “Ada yang kena hukum kat sekolah tadi la, Ayah.”

Ayah : “Kenapa?”

Adik : “Kes ponteng sekolah la. Apa lagi.”

Ayah : “Memang dah patut pun. Bagi mereka sedar sikit.”

Adik : “Pelik la mereka tu. Suka nak hancurkan diri sendiri. Ilmu tak nak cari.”

Ayah : “Orang pandai pun sama juga, Adik. Banyak ilmu tapi masih juga nak hancurkan diri sendiri.”

Adik : “Aik? Ada juga ke, Ayah?

Ayah : “Ada.”

Adik : “Macam mana pulak tu?”

Ayah : “Marah! Gagal kawal kemarahan akan menghancurukan diri sendiri.”

Adik : “Betul tu, Ayah. Ustaz kata kita mesti sentiasa sabar. Marah macam mana pun nak kena sabar juga.”

Ayah : “Ada lagi, Adik.”

Adik : “Apa?”

Ayah : “Yang hancurkan diri sendiri.”

Adik : “Apa, Ayah?”

Ayah : “Angkuh. Sikap angkuh sombong juga satu sikap yang buruk.”

Adik : “Lagi?”

Ayah : Dendam. Ni lagi satu perangai buruk. Tak kira la orang tu budak ke, orang dewasa ke, pelajar ke, pemimpin ke… Kalau ada sikap dendam, hidup akan rosak. Semua hancur!

TehrDemikian kisah 'Siri Bercakap Dengan Ayah | Semua Hancur' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


25 Comments

  1. dalam banyak2 dendam memang boleh menghancurkan…
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah bingkisan 2My Profile

  2. Ummi Hanie says:

    Nabi SAW sendiri pun byk kali berpesan.. Jangan marah, jangan marah, jangan marah.

    inikan pula berdendam bagai kan ;)
    Ummi Hanie baru je tulis kisah Agenda Penting Datin RosmahMy Profile

    1. hafizmd says:

      sayangnya, ramai yg simpan dendam..wanau’zubillah
      hafizmd baru je tulis kisah Sakit Perut Cirit Birit? Ketahui 4 Tanda Cirit BiritMy Profile

  3. UmmiKami says:

    Assalam… :)

    Lampam kembong dimasak lemak,
    Basah ketumbar dan serbuk pala,
    Peti sayur disoroklah nyonya;
    Dendam sombong bongkak tamak,
    Usah dibiar bermaharajalela,
    Hati tak luhur buruklah dapatnya.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Tunggu Sekejap…My Profile

  4. Hafizul says:

    Emm betul tu..bila dah besar panjang, baru terkial-kial nak cari ilmu..masa belajar, banyak duk main..senario dari dulu lagi mcm ni lah..emmm
    Hafizul baru je tulis kisah Buat Duit Dengan BlogMy Profile

  5. akubiomed says:

    Dendam bukanlah sifat yang kacak.
    akubiomed baru je tulis kisah Majlis media pelancaran DiGi WWWOW Awards 2013My Profile

  6. Areep says:

    Marah, angkuh dan dendam akan menghancurkan kita. Kena banyak-banyak bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman.
    Areep baru je tulis kisah Factors That Drive The Price Of SilverMy Profile

  7. hafizmd says:

    Marah mmg kadang2 sukar nak dikawal..moga2 kita dapat kawal marah.

    Dendam tu lagilah, buang jauh2
    hafizmd baru je tulis kisah Sakit Perut Cirit Birit? Ketahui 4 Tanda Cirit BiritMy Profile

  8. onlajer says:

    Dendam,marah, Angkuh dan sombong inilah yang menjadikan dirikita hancur
    onlajer baru je tulis kisah Into Darkness – ReviewMy Profile

  9. HafizAmri says:

    bersabar dalam banyak perkara lebih baik..
    kawal emosi negatif tu :)
    HafizAmri baru je tulis kisah Cara Menghilangkan Kesan Hitam Di Bawah MataMy Profile

  10. Blog Bahrain says:

    hidup kena bersabar dan jangan berdendam, buruk padah, kita yang rugiii… dendam tak kemana, penyesalan yang dapat.
    Blog Bahrain baru je tulis kisah Calvin Thoo Pereka Fesyen Terkemuka Malaysia Masuk IslamMy Profile

  11. dja@sishaza says:

    Kata orang, marahkan nyamuk kelabu dibakar… cadangan lain pakai ridsect :P. Dendam kesumat jika dah merasuk,mmg payah…mcm lembu naik minyak,betul tak cikgu?
    dja@sishaza baru je tulis kisah JOM BUAT SENDIRI TAU FU FAHMy Profile

  12. Hairul Azni says:

    Sila jauhi dendam mendendam ni..
    Hairul Azni baru je tulis kisah Aksi Blogger Di Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013My Profile

  13. papa mifz says:

    perbualan menarik antara anak dan ayah…
    papa mifz baru je tulis kisah Apabila Iron Man 3 Diserang Haiwan LiarMy Profile

  14. hatiputera says:

    Kalau dendam membara tu yang teruk.
    hatiputera baru je tulis kisah Keputusan Johor Darul Takzim vs KelantanMy Profile

  15. BUNDA says:

    assalam,

    bila rasa nak marah membuak2, cuba bertenang dan duduk, tarik nafas dalam2 dan beristighfar,tak boleh juga p ambil wuduk, tak pun bawa berbaring…

    InsyaAlallah rede kemarahan tu..
    BUNDA baru je tulis kisah Khasiat Tempe..My Profile

  16. BeritaKaki says:

    marah bukan bermakna kejam tapi marah kerana ingin membetulkan anak2 ..bagus tu
    BeritaKaki baru je tulis kisah Izara Aishah Sombong Dengan Ibu ?My Profile

  17. auc says:

    dendam membuat kita stress sokmo…
    auc baru je tulis kisah Kesan Sampingan Selepas Berhenti MerokokMy Profile

    1. suri says:

      hati tak senang klu kita berdendam..cayalah
      suri baru je tulis kisah 37 CPC Campaigns Nuffnang 2013My Profile

  18. amirulfaiz says:

    Tapi di TV banyak cerita bertemakan dendam. Orang yang membalas dendam nampak seperti hero, rasa puas hati.
    amirulfaiz baru je tulis kisah Seminar Buat Duit dengan Blog. Lihat SemulaMy Profile

  19. bila berdendam, hidup sendiri yg merana…. jalan terbaik ialah bermaafan kerana semua org melakukan kesilapan…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Cara Membawa Motor Clutch Klac. Bertambah Bini Aku.My Profile

  20. Lynn says:

    Dendamlah yang paling sukar dikawal tapi orang yang dapat menghapuskan dendam adalah orang yang berani, sabar dan bijaksana.
    Lynn baru je tulis kisah Cara melembutkan roti canaiMy Profile

  21. suri says:

    bila hancur mmg payah nak ubah cuma hati gerak nak berubah jer akan jdi baik2 semula
    suri baru je tulis kisah Ikan Masak PedasMy Profile

  22. suri says:

    masa kanak2 masih kecil kita kena didik dg baik.tpi bila ibu bapa didik baik2 kena pula dg hasutan kwn2 tu yg jadi bahaya..
    suri baru je tulis kisah Untukmu GuruMy Profile

  23. Mus says:

    hancur secara senyap.. ramai yang tak perasan
    Mus baru je tulis kisah Gambar Ops Daulat Lahad Datu Untuk DiGi WWWOW Awards 2013My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun