Dongeng dan metos Sejarah Melayu menceritakan mengenai pertumpahan darah dua sahabat karib. Hang Tuah dan Hang Jebat bukan sahaja bertikam lidah malah bertikam keris kerana mahu menegakkan pendapat dan pendirian masing-masing. Hang Jebat akhirnya mati dibunuh oleh Hang Tuah.
Darah tumpah di Lahat Datu,
Burung Nuri membawa cerita;
Hati gelisah siapa yang tahu,
Hanya diri memendam rasa.
Felda Sahabat alamnya indah,
Di Tawi-Tawi nyiur melambai;
Siapa benar siapa yang salah,
Kemudian nanti disoal ramai.
Bunga dedap merah terang,
Tiadanya berbau sama sekali;
Hilang gelap timbullah terang,
Kabus berlalu nampaklah diri.
Tepi bendang nyiur melambai,
Tumbuh dedalu di pohon nangka;
Berkata orang si bijak pandai,
Yang benar itu terlambat tiba.
Kesudahannya Hang Tuah yang berjaya membunuh Hang Jebat bertanya kepada dirinya sendiri, “Siapakah yang benar. Jebatkah benar atau akukah benar.”
Pilihan Kisah Berkaitan
Demikian kisah 'Siapakah Yang Benar' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.
…apa2 sekalipun, kebenaran akan tersingkap juga. cuma lambat atau cepat
Dja@SisHaza baru je tulis kisah KEJOHANAN BOLA TAMPAR PKP PAYA 2013
kita memerhati dari jauh sahaja
sometimes the truth should be remain unspoken
the malay male baru je tulis kisah fernando torres, he scores when he wants
sometimes, truth hurts…
de engineur baru je tulis kisah All new Samsung Galaxy S4 – specifications & price.
biasanya setiap org merasakan fikirannya yg benar….

dan kena banyak berdoa agar ditunjukkan yg benar..
Petua Puteri baru je tulis kisah Cara Mengatasi Ketagihan Internet Di Kalangan Pelajar
Tak kiralah siapa yang benar atau siapa yang salah…tapi bab kedaulatan tanah air ‘ kita semua’ benar.
Perwira rebah di Lahat Datu
Tanah subur bersimbah darah
Negara ini masih berdaulat wahai tuan ku
Anasir asing yang tiba wajib disanggah.
Lynn baru je tulis kisah TERAPI ION RENDAM KAKI AL-BAROKAH
Cemara kelat dikota duyung,

Batang renek buah berceragah;
Negara berdaulat mahkota berpayung,
Pantang tok nenek maruah disanggah.
UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Terlebih…
Orang bersalah pasti akan menerima padahnya. Kalaulah rakyat Malaysia sendiri juga terbabit dalam isu pencerobohan ini, maka celakalah seluruh kehidupannya.
Joe baru je tulis kisah PROMOSI DOMAIN: Dapatkan Domain Murah Dari Namecheap Dengan Hanya $1
sukar nak kaji makin selidik blh buat pening heee
Tuah pun satu, dah bunuh bru nk bertanya diri sendiri….dah lambattt dahhhh
yas baru je tulis kisah Rumah Kiram di Kawal Polis Selepas Terima Syiling 50 Sen
Apa pun kisahnya..kalau dah orang bertandang ke rumah kita dengan bawak senapang bagai..takkan berniat baik kot..terang2 dah nampak siapa benar siapa salah..
Hairul Azni baru je tulis kisah Pahala Wakaf Dengan RM 5.00
Salam manis
Pecah tingkap retak berkecai,
Terbalik sungkup pecahlah kaca;
Benarlah ungkap si bijak pandai,
Yang baik ditutup yang salah dibaca.
UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Terlebih…
Pening.. banyak sangat ‘permainan’
Faris Al-Muhandisu baru je tulis kisah Google Reader Bakal Ditamatkan Operasi
Mengapa siakap berdarah kelam ,

Setimba sepat dikendi suasa;
Mengapa diungkap sejarah silam,
Hamba rakyat juga yang jadi mangsa.
UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Terlebih…
biasanya kalau menipu tak selamat dan senang hidupnya
hafiz baru je tulis kisah Review produk Huggies Dry Pants : Tukarlah untuk lebih senang dipakai
kalau betul ada dalang di sebalik kejadian lahad datu, si pendalang yang patut dimusnahkan…
papa mifz baru je tulis kisah Bawa Mandi Boboiboy
kena tanya hang kasturi dulu..
titan baru je tulis kisah Bukan gua tak nak main Adsense..
dah tu, hang lekiu macam mana pulak?
fiezaradzi baru je tulis kisah Apa Itu Mycoplasma Infection
tumbuh nyiur indah lambaian
di sapa ombak sahut sahutan
biarlah Lahut Datu menjadi sebutan
zaman berzaman
azura baru je tulis kisah Ikhlas buat Tabung Wira Lahad Datu
perkara yang tidak di jangka rupanya menjadi lelah
siapakah yang berhak tahu kita cuma anak cucu shja
saya pun confius tengok nih, kat berita lain, fb lain.
eiela baru je tulis kisah Resepi Pizza Homemade Mudah dan Sedap
salam..
zaman Tuah dulu dialah hero
kalau kini tidak dah cara pembawaan
si Tuah yang setia sebegitu..
zaman dah ada undang-undang
raja pun boleh di dakwa kini
Bro Zulkbo baru je tulis kisah Syiling 600 Tahun Maharaja Yongle Ditemui Di Kenya (Gambar)
Sejarah utk renungan dan panduan. Soalan tersirat tu untuk setiap generasi singkapkan dan fikirkan bersama. Semalam, kawe tengok citer Lincoln, bekas Presiden AS tu. Soalan yg sama rasanya dipikirkan oleh org AS sampai skrg – i.e berbaloikah apa yg dibuat oleh Lincoln itu dan adakah tindakannya wajar?
Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Minimum Wage – 100 Nepali Workers Stopped From Holding Protest
sejarah ketamadunan menunjukan segala rahsia atau peristiwa akan terbongkar apabila sampai masanya.
onlajer baru je tulis kisah Jom Ke Zoo Johor
soal kebenaran ni takkan dapat dilihat pada pihak yang menang, dan takkan dapat disangkal oleh pihak yang kalah.
ghost writer baru je tulis kisah #runutkata II
kita tgok sapa juara..hee kmi diam jer seribu bahasa
suri baru je tulis kisah Nuffnang Yang Superb
Yg benar bakal ditunjukkan jalannya. Sama-samalh berdoa moga kita mampu melihat kebenaran yg sebenar-benarnya
hafizmd baru je tulis kisah 5 Petua Asah Minda Aktif & Cerdas!
susah nak cakap. sejarah ditulis oleh orang yang menang.
ohcikgu baru je tulis kisah Tertinggal seluar dalam..
apa yg ada tersirat tu cuma Dia yang tahu. Kalau Dia nak tunjukkan, maka terbukalah semua yg tertutup. Selagi tak de, bersangka baiklah dan jgn lah kita tuduh menuduh..
apa pun, harap keamanan negara akan kembali sebaiknya..
fiezaradzi baru je tulis kisah Apa Itu Mycoplasma Infection
Pungutan suara rakyat Sabah didalam Suruhujaya Cobbolt mahu Sabah berada didalam penubuhan Malaysia 1964.