Siapa tu? Comelnya Pakai Tudung!

Wanita bertudung selamanya kelihatan manis dan comel. Nampak sopan dan ayu. Hari ini aku ada hadiah tudung pantun untuk sekalian wanita bertudung di luar sana. Anak siapa tu?

Bukan mendung sebarang mendung,
Mendung datang dari utara;
Bukan tudung sebarang tudung,
Bertudung kerana tuntutan agama.

Awan mendung hujan tak jadi,
Langit gelap sampai ke petang;
Memakai tudung menghias diri,
Bukan mengharap pujian orang.

Bagaimana cara untuk memakai tudung? Banyak klip video cara-cara untuk memakai tudung yang terdapat di YouTube. Jadi tak perlu untuk mengikuti apa-apa kursus. Lagi pun sekarang ini ada banyak jenis tudung dan ada antaranya yang sangat senang untuk dipakai. Bahkan anak-anak kecil juga tahu memakainya.

Anak kecil bermain api,
Tudung bonda terbakar punah;
Jikalau tampil tiada pekerti,
Di mana sahaja berhati gundah.

Pergi ke pekan naik kereta,
Mahu membeli tudung bawal;
Usah biarkan anak remaja,
Ke sana ke sini tidak terkawal.

Tahun ini anak gadis aku pakai tudung labuh ke sekolah. Katanya semua pelajar perempuan mesti pakai tudung labuh. Aku pula memang setuju walau pun terpaksa membeli tudung lagi.

Bertudung labuh pergi sekolah,
Mengelek buku beg disandang;
Andai terjatuh usah mengalah,
Memang begitu adat berjuang.

Pelajar sekolah dilarang memakai tudung saji, tudung botol atau tudung tin untuk ke sekolah! :D

TehrDemikian kisah 'Siapa tu? Comelnya Pakai Tudung!' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


31 Comments

  1. fiezaradzi says:

    tak terbayang kalau anak-anak pergi sekolah pakai tudung saji, tudung botol dan tudung tin.. eh, yg 2 tu buat ke kepala? ehheee
    fiezaradzi baru je tulis kisah Lavabo SifonuMy Profile

  2. maza says:

    aduhaiii cikguuuu..

    pantun ini:
    Bertudung labuh pergi sekolah,
    Mengelek buku beg disandang;
    Andai terjatuh usah mengalah,
    Memang begitu adat berjuang.

    best sesangat.. huhuhu.. terharu…
    maza baru je tulis kisah Pulau Setindan MersingMy Profile

    1. suri says:

      sy dh berapa kli org tegur depa kt sy pelajar hurm..

      pelajar dok le sy tgu si dia kt bangunan swasta huhu…
      suri baru je tulis kisah Pom PomMy Profile

  3. DOLBYVIT says:

    keren banget artikelnya apa lagi pantunnya heheheh

  4. hafizmd says:

    Alangkah indahnya jika diwajibkan pemakaian tudung labuh ke sekolah…

    Ni tak, tgk budak2 pakai tdungpun macam pakai tudung saji jer…wanau’zubillah

    Terima kasih cikgu utk pantun tudung ni..best!
    hafizmd baru je tulis kisah Jadual Kelayakan Piala Asia 2015:Harimau Malaya Tempang?My Profile

  5. papa mifz says:

    memang cari nahas lah kalau bertudung saji ke sekolah…haha
    papa mifz baru je tulis kisah Tahi Lalat Di Pipi, Semakin Kacak Ke..??My Profile

  6. ummikami says:

    Assalam..

    Mendung Subuh menyimbah pagar,
    Basah hujan mari ditadah;
    Bertudung labuh berjubah longgar,
    Itulah pakaian paling terindah.
    ummikami baru je tulis kisah Pantun Malas Ke Segan..My Profile

  7. Nakusan Bali says:

    bagus sekali pantunya kawan.
    terima kasih sudah berbagi pantun.
    Nakusan Bali baru je tulis kisah Bakso Matador Dari SpanyolMy Profile

  8. hairulafiz says:

    sejuk hati ibu yang mengandungkannya
    hairulafiz baru je tulis kisah Baju M7 dah sampaiMy Profile

  9. suri says:

    ha…tudung tin mmg kecil sgt nak pakai…betul2 letak atas , tgah kepala :P
    suri baru je tulis kisah Janganlah Berkecil Hati..My Profile

  10. suri says:

    sy ada jual tudung labuh hee ada siapa2 nak pakai ker? tempah sahaja kt saya hee..kerongsang lady bird pun ader heeee :)

    erk..promote jap heee
    suri baru je tulis kisah Banyak Makan SabarMy Profile

  11. suri says:

    anak suri pakai tudng dia kata comel..semua kwn2 ayong pakai tudung. bila degar anak2 kecil ckp bgtu rasa bahagianya dunia
    suri baru je tulis kisah Kaki Ulat Buku Bukan Kisah LipaslahMy Profile

  12. suri says:

    kalau budak2 dilatih pkai tidung insyallah akan besar dia mengekalkannya tabiat itu.tpi ada gak pas hbis sekolh pas bljar dah tak pakai tpi pas kwin pakai hee bagus juga tu hee..

    btw sy sllu berdoa seseorang tu akan berubah utk kebaikan suatu hrni nni walaupun mkn masa yg agak lama tpi kita sb kwn2 patut bagi sokongan dan doa sllu ;)
    suri baru je tulis kisah Pertama KaliMy Profile

  13. Amirez says:

    yang perempuan pakai tudung labuh, yang lelaki pakai tudung saji ke sekolah. nampak macam petani jepun pulak hehe
    Amirez baru je tulis kisah 10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

    1. suri says:

      haa..bercucuk tanam utk mcri rzki tka mgapa mash d bolehkan lgi
      suri baru je tulis kisah Janganlah Berkecil Hati..My Profile

  14. titan says:

    ada juga yang pakai tudung saji ye. hehe…
    titan baru je tulis kisah Gua kena tangkap lagi..My Profile

    1. suri says:

      adalah lauk pauk kan pakai tudung salji heee
      suri baru je tulis kisah Janganlah Berkecil Hati..My Profile

  15. Dja@SisHaza says:

    …akhir zaman, ramai juga btudung krn aliran fesyen. Mudah2an tudung bkn sekadar menutup aurat tp dpt juga menutup ” kejahatan”
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah ” ALAHAI BAKAL MENANTU…. “My Profile

    1. suri says:

      sukar nak di kata tapi hrp doakan utk mrka shja
      suri baru je tulis kisah Janganlah Berkecil Hati..My Profile

  16. macam mana la bentuk tudung tin tu bro. heee :D
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Ada yg Dengki kat Hairul ke? Testimonial Pembeli yg Jana RM6K Sebulan bagitawMy Profile

  17. Bro Zulkbo says:

    salam..
    molek sangat bila anak dah ada
    keinginan nak bertudung..moga
    menjadi anak yang solehah :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Bilik Hotel Termahal Di Dunia (Gambar)My Profile

  18. donnyien says:

    sebaiknya kena asuh anak kita mulai dari kecil supaya bila sudah besar tidak menyusahkan orang lain.
    donnyien baru je tulis kisah Kegembiraan berganda seorang penulis blogMy Profile

  19. Hati hati ular tedung,
    Bisa ketemu dalam huma;
    Banyak tudung antara tudung,
    Tudung labuh tuntutan agama.
    hanafi abdullah baru je tulis kisah Akibat Ketagihan blogwalkingMy Profile

  20. yas says:

    Hehehe….ayat terakhir memang buat aku rasa terhibur bro….tudung botol bdk2 laki je yg pakai…:)
    yas baru je tulis kisah Tahniah, Azza Elite Kini BertudungMy Profile

    1. suri says:

      tudung botal gak yg kekal melekap kukuh dok tanggal2
      suri baru je tulis kisah Aku Yang Tiada PilihanMy Profile

  21. bertudung itu cute ehhh :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Gaji Minimum Dan Pekerja AsingMy Profile

  22. padin says:

    wakakaka apehal nak pakai tudung saji ke sekolah…

    emm tudung pon dah macam2 ade yg macam berbelit pon ada kui3

  23. akubiomed says:

    Zaman saya sekolah dahulu pelajar perempuan kebanyakkan memaki kain tudun yang labuh.
    akubiomed baru je tulis kisah Sudah cukup sudah dengan spammerMy Profile

  24. suri says:

    tudung periuk blh jeuga ker cikgu?
    suri baru je tulis kisah Peluk Kuat-KuatMy Profile

  25. Dja@SisHaza says:

    salam.
    baru2 ni ada kalau tak silap saya, ada dgr berita tentang keluarnya surat siaran yg menegah ustaz/ustazah drpd memaksa murid perempuan islam memakai tudung … hmmm
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah KITA YANG BERI PELUANGMy Profile

  26. dunia remaja says:

    cantik kali itu pantun
    dunia remaja baru je tulis kisah Model Baju Dress Pesta Muslim Yang CantikMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun