Siapa Suruh Bawa Budak Sekolah Masuk Hutan

Datuk Lee Chong Wei layak ke perlawanan akhir Djarum Indonesia Open 2013. Tahniah. Datuk Lee akan menentang Marc Zwiebler dari Jerman [besok, 16.06.13].

***

Jadi cikgu ni sejak kecil sampai ke tua, sampai pencen pergi sekolah. Nak kata jemu tak juga. Nak kata suka sangat-sangat, tak juga. Tapi seronoknya hanya cikgu-cikgu sahaja yang tahu. Kata orang, tak kenal, maka tak cinta.

Kata kita, kalau tak cinta, sampai bila-bila pun tak akan mengenal. Tak gitu ke cikgu-cikgi kita?

Teacher's Day 2013

Cikgu. Cerita dalam kelas, cerita tepi kelas, kisah dalam bilik guru, kejadian di padang malah kes-kes di luar sekolah bermacam ragam. Sudah banyak dan akan banyak lagi yang seronok diceritakan orang. Buruk baiknya cikgu juga yang merasa.

***

Kisah di tapak perkhemahan.

Memang seronok bila ada perkhemahan. Dan semestinya memang penat. Sangat penat sebenarnya.

Makan minum jangan cerita. Santap saja apa yang ada. Pernah sekali kami buat perkhemahan dekat air terjun Jeram Lenang, Pasir Puteh. Kami sampai di tapak perkhemahan yang dipilih ketika hari dah senja.

Belum siap pasang khemah dan sediakan makan malam, hujan pula turun. Apa lagi, masing-masing lari cari tempat berteduh. Murid, cikgu semua sekali lari. Tapi nak lari ke mana dah dalam hutan. Mana ada tempat untuk berteduh!

Bila hujan tak mahu juga berhenti sampai larut malam, terpaksa pula cikgu-cikgu dirikan khemah untuk budak-budak. Sejuk? Tahan je la… Siapa suruh bawa budak sekolah masuk hutan.

hutanPerut pula bukan reti nak diam. Memang berbunyi saja kerjanya. Beberapa buah khemah perlu didirikan kerana kami bawa ramai budak sekolah. Mujur juga ada guru yang bawa roti keping dan biskut. Sambil pasang khemah kami makan roti dan biskut. Huhuhu… Makan roti cicah air hujan sambil mandi hujan!

HA HA HA

Dah siap dirikan satu khemah, guru perempuan gotong-royong masak nasi sementara guru lelaki sambung tugas dirikan khemah yang seterusnya. Lauk? Zat besi sardin cap ayam!

Mujur juga tak ada antara kami yang demam keesokannya. Yang sakit perut, aku kurang periksa la pulak! :D

TehrDemikian kisah 'Siapa Suruh Bawa Budak Sekolah Masuk Hutan' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


32 Comments

  1. fyna says:

    bestnya. teringat juga zaman kat poli dulu. kena gak masuk hutan. kenangan tue yang memori. susah nak dpt pengalaman macam tue.

  2. PerenLee says:

    Pergi sekolah hujung bulan duit masuk takpa..motivasi tinggi sikit..
    PerenLee baru je tulis kisah Maksud Warna Air KencingMy Profile

  3. onlajer says:

    kesian cikgu
    Cap ayam dah mahal o
    onlajer baru je tulis kisah 27 MinitMy Profile

  4. pengalaman berkhemah macam ni la yang kita nak!hehe..
    blackrosehunter baru je tulis kisah Harga Proton Saga SVMy Profile

  5. kakiblog says:

    masa sekolah tak delah pulak masuk hutan..tapi pergi ke pantai yang tak jauh dari hutan..adalah jugak.
    kakiblog baru je tulis kisah Pencarian 10 Mentor Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  6. bila guru perempuan start gotong royong masak nasi tu yg tak sabar menunggu kan.. :D
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Sempena Ulang Tahun Ke Tiga: Full Time Bisnes Online. Saya Nak Bagi Free Pakej Kincin.ComMy Profile

  7. afif says:

    lamanya dah tak pergi perkhemaan ni,..lepas sekolah terus tak join aktiviti macam ni…
    afif baru je tulis kisah Penipuan Cyber:Apa Penyelesaian?My Profile

  8. Nakusan Bali says:

    kasihan mau kemah kehujanan..hehe
    menjadikan cerita yang luar biasa..

  9. Hafizul says:

    Hehe..seronok kan berkhemah dalam hutan..masa saya dulu, berkhemah kat padang sekolah jer..langsung tak ada fell…emmm…
    Hafizul baru je tulis kisah Sekeping Nota Untuk AyahMy Profile

    1. hafizmd says:

      hehe…khemah dlm padang..mmg kureng kaw
      hafizmd baru je tulis kisah Bila 2 Lelaki Kacak Bercendolan!My Profile

      1. Hafizul says:

        Betul tu bro..apa boleh buat..nak boikot pun tak leh..nanti katakan murid derhaka pula..hehe..turutkan saja lah…
        Hafizul baru je tulis kisah Salahkah Aku Jika Tak SempurnaMy Profile

        1. hafizmd says:

          keh3…kena ikut cakap cikgu… :P
          hafizmd baru je tulis kisah Apa Ubat Pencegahan Terbaik?My Profile

  10. Cik Siti says:

    untung lagi le Cik Siti dulu… cecah air sirap dengan roti sebab jadi kumpulan yang last sampai ke khemah… hehehe…
    Cik Siti baru je tulis kisah Kerja: Gaji atau berkat (ii)My Profile

  11. azura says:

    ok ler tu cikgu dapat merasa masuk hutan

  12. Padin says:

    hehee dah banyak juga perkhemahan yang aku sertai dan kebanyakkan memang hujan..

  13. Wan Fauzi™ says:

    lee chong we buat yang terbaik difinal nanti.. :)
    Wan Fauzi™ baru je tulis kisah Resolusi Muktamar Ulamak UmmahMy Profile

  14. Mohd Shubhi says:

    Saya cukup hormat pada cikgu, mereka terdidik sebagai insan luar biasa!
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Paling banyak dibaca minggu ini #2My Profile

  15. kakyon says:

    bolehke tidor dlm khemah tengah hujan? tak boleh bayangkan segala mahluk dlm hutan pun nk berlindung juga..huhuh
    kakyon baru je tulis kisah paypall n credit cardMy Profile

  16. Dja@SisHaza says:

    heheh itu ler dunia kita kan… sampai pencen ajar abc,pasang khemah. Nasib baik umur 60, murid panggil tok aki…. hahaha
    Dja@SisHaza baru je tulis kisah CERITA BALIK KAMPUNG CUTI PENGGAL PERTAMA PERSEKOLAHANMy Profile

  17. Ismail N says:

    Bagus lagi bawak budak pegi tengok bola kan bro? :wink:
    Ismail N baru je tulis kisah New Man Utd Jersey: Manchester United Unveiled The Home Kit For Season 2013-14My Profile

    1. hafizmd says:

      hehe…pengsan cikgu nak kawal budak2 dlm stadium =)
      hafizmd baru je tulis kisah Bila 2 Lelaki Kacak Bercendolan!My Profile

  18. Sop says:

    berkhemah, treking..
    mmg aktiviti kegemaran Sop :)
    Sop baru je tulis kisah TTS Pertama kelab EduRiders@KLMy Profile

    1. suri says:

      masa zaman sekolah dan zaman beljar koleh dulu mmg best,tpi bila dewasa susah nak rasa pengalaman macam tu heeee,sb jarang sesebuah organisasi buat,klu ada buat mmg bertuah badan
      suri baru je tulis kisah Hanya 9 Hari Sahaja !My Profile

  19. hafizmd says:

    1. Dato LCW dah menang. Hrap dia sorang jerlah sekarang ni.
    2. masuk hutan…hehe..mmg pengalaman berharga utk budak2 sekolah…mesti ingat sampai bila2
    hafizmd baru je tulis kisah Bila 2 Lelaki Kacak Bercendolan!My Profile

  20. auc says:

    teringat zaman pengakap dulu2 :)
    auc baru je tulis kisah Tahiti vs Nigeria Confederations Cup 2013 | Live StreamingMy Profile

    1. suri says:

      jika blogger berkemah best juga
      suri baru je tulis kisah Hanya 9 Hari Sahaja !My Profile

  21. nazray says:

    dah lama tak berkhemah.
    nazray baru je tulis kisah iOS 7 beta tanpa pendaftaran UDID?My Profile

  22. Mus says:

    saya tak sabar nak ajak anak-anak berkhemah.. tunggulah dorang besar sikit..
    Mus baru je tulis kisah Pelancaran Rainforest World Music Festival 2013 Di Plaza Merdeka, KuchingMy Profile

  23. Faizul says:

    Ini semua pengalaman yang sangat berharga buat bebudak tu. Susah sekejap je, tapi kenangan manis itu lebih berharga.

    Cikgu jugalah yang paling diorang ingat nanti.

  24. suri says:

    cikgu saya demam ler
    suri baru je tulis kisah Semarak Api Yang Membawa PadahMy Profile

  25. suri says:

    macam biasa perkemaha mmg menyeronokkan.perut lapar mmg akan meminta disuakan mkn tapi apa ada main santap jer tak kira sedap atau tak, tawar apa ada depan mata mmg tak berani nak tolak sb tahu2 ada kt tgh2 hutan bukan kt umh sendiri
    suri baru je tulis kisah Potong Pola Baju Kurung TradisionalMy Profile

  26. titan says:

    biasalah tu. biasalah tu. haha..
    titan baru je tulis kisah Selangor menang lawan ATM (2-1) – 21 Jun 2013My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun