Siapa Sebenarnya Yang Buat

Orang lain yang ‘buat taik’ orang lain pula yang jadi tukang bersih. Geram. Nak tak nak, mahu tak mahu mesti juga dibersihkan. Mana boleh nak duduk senang selagi ada ‘taik’ dalam kawasan tempat bermain dan menyanyi berdondang sayang.

busuk hati punya orang
berak tengah permatang
dalam gelap ketika terang
semua dah pecah lubang

tak guna punya makhluk
bikin panas kuali periuk
dia buat perangai buruk
orang baik pula ditunjuk

nak duduk pun tak senang
payah juga nak lalu-lalang
alim kucing punya orang
molek saja bagi penendang

malaysiaMemang tak seronok bila ada orang ‘buat taik’ dan tinggalkan. Dia dah cuci tangan tanpa cuci punggung. Berlenggang pergi dengan senang hati sambil bernyanyi-nyanyi. Huh.

TehrDemikian kisah 'Siapa Sebenarnya Yang Buat' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


38 Comments

  1. akubiomed says:

    Menjadi pak sanggup yang paling ke sian.

    1. suri says:

      selalu buat hak tu kerbau jer kt kg saya haaaaa
      suri baru je tulis kisah Nuffnang Yang SuperbMy Profile

  2. dja@sishaza says:

    Hai mendalam sungguh guratan ati kali ni..bukan nyanyi sbrg nyanyi,nyanyi bersorak tersirat misi :D apa la nak jd

    1. suri says:

      kesan pencerobohan itu buat org tak senang hati …

      1. UmmiKami says:

        Sampai hati sampai kemari,
        Berbuat onar berperi-peri….maksud mendalam niii.. ;D
        UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Terlebih…My Profile

  3. nazray says:

    Kesana kemari berdendang riang,
    menyanyi menari telihat si dia,
    jangan marah wahai abang,
    perkara lepas biarkan saja.

    salam, datang singgah. maaf lama tak kemari.
    harap sihat.
    Alhamdulillah :D
    nazray baru je tulis kisah Hampir 2 minggu.My Profile

    1. UmmiKami says:

      As salam.. :)

      Tarah tombak di tepi jeram,
      Tangan tersagat di batu karang;
      Marah tidak tapi geram,
      Dengan gelagat orang sekarang.

      * Ke mana menghilang kelibat jarang-jarang… :)
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Untuk Mia Liana…My Profile

  4. Erkkk, siapa yg buat taik tu? Dan siapa yg kena bersihkan tu? cer citer sikit?.. Kawe sukar menangkap pantun bro yg mendalam pagi ni… or is it ada sesuatu yg berlaku kawe tak miss ehhh???
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Photography Tips: Fix Leaning BuildingsMy Profile

    1. hafizmd says:

      tgk pada gambar, ambe rasa isu “itu”
      hafizmd baru je tulis kisah Oh! PersepsiMy Profile

      1. suri says:

        hantu jin toncit ikat rambut tocang dua ;)
        suri baru je tulis kisah Kisah Main Dengan KekasihMy Profile

  5. UmmiKami says:

    Salam masam-masam manis :D

    Garam di tangan terlekat arang,
    Nangka sekerat durian sedulang;
    Geram dengan tabi’at orang,
    Suka buat kemudian hilang.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Untuk Mia Liana…My Profile

  6. Muktasim says:

    siapa yang buat? susah nak tahu sebab sekarang ni fitnah berleluasa..
    Muktasim baru je tulis kisah Gambar pertandingan memasak peringkat daerah barat daya 2013My Profile

  7. Bro Zulkbo says:

    salam..
    mencari-cari juga isu apa
    yang cuba di persembahkan
    Mr Tehr dengan foto peta
    tu..ermm…
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Hiasan Mural Dinding Menceriakan Suasana Hadapan Rumah ApartmentMy Profile

  8. suri says:

    hurm..saya da pergi pam minyak sb tak tahan buang air kecil heee last ada najis kt situ seketol haaaa mmg geram!….
    suri baru je tulis kisah Original Refeleksologi KakiMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Geram…geram..jangan Suri geram…
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Terlebih…My Profile

  9. teh 1..
    Suhairi Alias baru je tulis kisah Random 6My Profile

  10. suri says:

    adakah ia kucing rasa tak sb dia pun pandai timbus balik heee
    suri baru je tulis kisah Nuffnang Yang SuperbMy Profile

  11. fiezaradzi says:

    saper lah punya kerja ni? dah de tempat sendiri, lagi nak ‘buat tahi’ kat tempat orang.. hihi.. mudah2an takde lagi kes macam ni..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Tips Sihatkan Badan, Makan OatMy Profile

  12. ghost writer says:

    mahu tak mahu kena bersihkan. nak tunggu orang yang buat ngaku, sampai taik jadi tanah pun takde. kecuali lah betul2 kita tau sape makhluk yang bertuah tu buat.

    kekotoran harus dinyahkan.
    ghost writer baru je tulis kisah linguaeMy Profile

  13. hafizmd says:

    Ramai yg suka buat tahi
    Ibarat baling batu sembunyi tangan
    Sudah melepas hajat di hati
    Orang ramai menahan dugaan
    hafizmd baru je tulis kisah Oh! PersepsiMy Profile

  14. hatiputera says:

    Dalam maksudnya tu. saya macam tahu a.a yang dimaksudkan
    hatiputera baru je tulis kisah Wira Mitsubishi Libero GT turbo 215 psMy Profile

  15. papa mifz says:

    hmmm…adakah berkenaan isu itu…
    papa mifz baru je tulis kisah Berhenti MerokokMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Salam papa…simbolik tuu….
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Terlebih…My Profile

  16. hafiz says:

    tak pe kat dunia dia lepas, nanti tunggu kat alam barzakh…
    hafiz baru je tulis kisah Panduan menjahit baju kurungMy Profile

  17. ohcikgu says:

    apalah salah kucing tu ye..
    ohcikgu baru je tulis kisah Tugas guru tak berat sebenarnya..My Profile

  18. semoga hari mendatang malaysia akan jadi lebih baik…

    1. UmmiKami says:

      Amin…insyaAllah… :D
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Terlebih…My Profile

  19. Petua Puteri says:

    baru beberapa minggu lepas ada taik kat luar pagar rumah saya…
    terpaksalah saya buang guna kertas….

    kalau kucing berak dalam rumah mmg geram giler….
    kalau dua tiga kali buat yg sama, mmg kena buang jauh dari rumah emak saya..
    Petua Puteri baru je tulis kisah Cara Menghilangkan Perut Buncit Paling Mudah Setakat IniMy Profile

  20. Teringat pula petua makcik saya masa kecil dulu… kalau kucing berak kat dalam rumah, cucuk lidi pada taiknya dan letak lidi tu kat tandas.. sebab kucing kenal taik dia. heee entah berkesan atau tak… mak saudara saya yg cerita…
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Cara Menghilangkan Perut Buncit Paling Mudah Setakat IniMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Salam Hairul… :)

      Boleh jadi sebab kucing kalau once dia dah tinggalkan benda tu ibarat penanda territory dia…tak gitu.. :D
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Terlebih…My Profile

  21. de engineur says:

    Ada sekumpulan tikus buang taik di negeri ku. Wira2 negara terpaksa menyabung nyawa membersihkannya.

    I’m sorry that another one of our heros fell today depending the sovereignty of this country. He was our fellow countryman from Kelantan.
    de engineur baru je tulis kisah Pakatan offers to top civil service pay and perks announced by PMMy Profile

  22. Kulanzsalleh says:

    Ada orang yang bukan saja tanpa segan silu buang taik di tempat permainan.. malah dia lepak ke muka orang lain pula taik nya tu..

    Bakar saja taik tu.. biar tuan empunya panas punggung..
    Kulanzsalleh baru je tulis kisah Surat Daripada GoogleMy Profile

  23. Datin Tyka says:

    dah buat isu hangat, lepas tu diam
    yang jadi mangsa, perwira kita.
    bertahanlah perwira kita
    Datin Tyka baru je tulis kisah Trademark Datin TykaMy Profile

  24. Cikgu Hairul says:

    kadang-kadang tak tercapai akalku nak meneka isu apa yg sedang dibicara. Fuuhhh… tinggi sungguh ilmu tuan..
    Cikgu Hairul baru je tulis kisah Apa Guna Menulis?My Profile

  25. azura says:

    orang macam tu jom kita sekolahkan dia cikgu
    azura baru je tulis kisah Ikhlas buat Tabung Wira Lahad DatuMy Profile

  26. suri says:

    lari mana orang akan ketahui juga cewah!
    suri baru je tulis kisah Kisah Main Dengan KekasihMy Profile

  27. effort lab says:

    tak faham la pulak baca entri ni. adoi! tak dapat tangkap.
    effort lab baru je tulis kisah Butang Like Facebook Di Seluruh DuniaMy Profile

  28. Hafizul says:

    Pandai berak pandai basuh kan bro..ni pandai buat taik ajer..lepas tu tinggal bau..aik?terlebih komen nih…hahaha..
    Hafizul baru je tulis kisah Spam Is Now Registration On Your SiteMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun