Siapa Paling Bijak

Nampaknya perlumbaan siapa paling bijak untuk naik lebih tinggi makin rancak. Dalam perlumbaan sudah tentu tidak ada siapa yang mahu ketinggalan. Kalah. Tak ada siapa mahu dikatakan paling lembik dan bodoh.

Semua dah faham, tarif elektrik naik pada 1 Januari 2014 nanti. Bayaran kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Diperbaharu juga pastinya akan naik [ikut %]. Aku juga faham.

Tapi ia tak berhenti di situ dalam perlumbaan siapa paling bijak.

Peratus bayaran RE FUND juga ikut naik [1% kepada 1.6%].

Naik sampai ke bulan!

Dongak langit nampak bulan,
Puncak rabung Gunung daik,
Nasi hangit tak boleh makan,
Perut kembung kepala sakit.

Siapa Paling BijakSurcharge on Electricity Bills for Renewable Energy Fund Revised from 1.0% to 1.6%

Siapa paling bijak akan paling seronok.

Nampaknya kita perlu bekerja lebih kuat dari sekarang. Mencari duit dengan lebih banyak lagi. Dengan penuh semangat dan dedikasi untuk negara. Penuh ikhlas untuk keluarga. Jangan biarkan mereka lapar dalam negara yang kaya raya ini.

Kita perlu berlumba untuk menjadi siapa paling bijak.

Bila kita bijak, duit kita banyak, kita mampu bayar apa sahaja. Kita tak kisah dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Bayar saja dengan jujur. Jangan main tipu-tipu.

Lagi pun kita yang guna. Bukan orang lain. Hahaha…

TehrDemikian kisah 'Siapa Paling Bijak' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


21 Comments

  1. cikgu naman says:

    Tahun depan pasti mencabar kan cikgu?
    cikgu naman baru je tulis kisah Kembara Palestine Menjejak Makam Nabi Syu’aib a.s.My Profile

    1. hafizmd says:

      chekgu naman…ambe setuju benar…tahun depan yakni pagi ni akan lebih mencabar..

      moga2 cabaran ni akan buatkan kita lebih sabar…ameen
      hafizmd baru je tulis kisah Kembara Palestine Jejak Khalifah Umar al-Khattab r.aMy Profile

  2. zik says:

    Kerja keras nampaknya kita semua.. Apepun semua memainkan peranan yang penting untuk kita semua terus survive..
    zik baru je tulis kisah Keputusan terkini liga epl/bpl 30 disember 2013My Profile

  3. hafiz says:

    Tahun depan memang tahun berjimat cermat saya
    hafiz baru je tulis kisah Renew insurans dan cukai jalan kereta onlineMy Profile

    1. hafizmd says:

      hehe…memang nak kena bijak berbelanja…sederhana pasti terbaik
      hafizmd baru je tulis kisah Kembara Palestine Jejak Khalifah Umar al-Khattab r.aMy Profile

  4. Work hard gain more and more and more – never stop :)
    Khairul Zamri baru je tulis kisah 2013 – Misi TercapaiMy Profile

  5. Hafizul says:

    Tahun 2014 nanti saya nak jadi insan yang bijak lah..hehe..
    Hafizul baru je tulis kisah Sayonara 2013My Profile

  6. Pakai lilin dan lampu minyak tanah je lah tahun depan cam ni :D
    Brader Sports baru je tulis kisah Bowling Is A Mental GameMy Profile

    1. hafizmd says:

      hoho…silakanlah bro =)
      hafizmd baru je tulis kisah Kembara Palestine Jejak Khalifah Umar al-Khattab r.aMy Profile

  7. ohcikgu says:

    nak tak nak, kita kena jadi lebih bijak. hehe..
    ohcikgu baru je tulis kisah Kita yang kawal kehidupan kita. Bukan “HARGA”.My Profile

  8. mijie says:

    kita kena jimatkan perbelanjaan nampaknya dengan situasi semua naik tapi gaji tak naik..maka ada kos2 yang kita kena kurangkan

    nasib badan
    mijie baru je tulis kisah Salam Media suka-suka sahut cabaranMy Profile

    1. hafizmd says:

      hohoho…gaji tak naik2 hampir 5 thun…alhamdulillah..Allah ttp cukupkan rezeki utk satu famili…

      mmg mencabar…fuh..alhamdulillah
      hafizmd baru je tulis kisah Kembara Palestine Jejak Khalifah Umar al-Khattab r.aMy Profile

  9. hafizmd says:

    Nampaknya, kita kena mulai sedar yg kita kena lebih bijak berbelanja dan bijak kira2…

    harapnya, yg di atas yg buat keputusan serba-serbi naik ni pun turut jimatkan perbelanjaan harta negara…baru betul…

    apapun, kita mmg mesti lebih bijak =)
    hafizmd baru je tulis kisah Kembara Palestine Jejak Khalifah Umar al-Khattab r.aMy Profile

  10. Mohd Shubhi says:

    Betul! suka atau tidak, paksa diri untuk jadi lebih bijak!
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Panduan buat azam tahun baru 2014My Profile

  11. kakiblog says:

    saya pun nak jadi sangat bijak…
    kakiblog baru je tulis kisah Bermulanya Azam Blogger Tahun 2014My Profile

    1. UmmiKami says:

      Bijak mengurus masa untuk menunaikan azam… :)
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Kembar Dua Enam Kerat Hari Jumaat….My Profile

  12. UmmiKami says:

    As salam.. :)

    Jeriji cangkat tangga terapung,
    Daik berkayak selepas ribut;
    Gaji meningkat harga melambung,
    Naik minyak nafas pun semput.
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Kembar Dua Enam Kerat Hari Jumaat….My Profile

    1. UmmiKami says:

      Jeriji cangkat tangga terapung,
      Baik berkayak selepas ribut;
      Gaji meningkat harga melambung,
      Naik minyak nafas pun semput..
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Kembar Dua Enam Kerat Hari Jumaat….My Profile

  13. Semua naik apa yang turun?
    Khairul Zamri baru je tulis kisah 2014 – You Must Increase Your LifeMy Profile

  14. de engineur says:

    Khabarnya pihak berkenaan minta kenaikan 2% utk RE Fund, tapi kabinet luluskan 1.6% saja.
    de engineur baru je tulis kisah Cultivate crops and build solar PV on the same farmlandMy Profile

  15. Rina says:

    Lebih baik kelaparan dari pada kenyang tapi dari duit yang tak halal …
    Mari semangat, Insya Allah rejeki akan selalu dekat dengan kita
    Rina baru je tulis kisah How To Create Live Ajax & PHP Search Engine For XML Sitemap FileMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun