Siapa Menang

Piala FA Malaysia, Terengganu yang menang. Piala Liga Super masih lagi menjadi rebutan antara pasukan Kelantan, Selangor dan Terengganu. Malam tadi ada perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia dan Myanmar yang berlangsung di Stadium Sultan Muhamad ke-IV di Kota Bharu, Kelantan. Kesudahannya Harimau Malaya menang 2-0. Sekalung tahniah buat mereka.

Dunia kita memang penuh dengan pertandingan dan pertembungan. Selalunya yang kuat akan mengalahkan yang lemah. Yang kuat akan untung manakala yang lemah pula kerugian. Mr Tehr suka melihat suatu pertandingan yang sihat tanpa ada siapa-siapa yang mengambil kesempatan untuk cuba menipu dalam pertandingan.

pergi sekolah bawalah buku10j
bawa handphone itu dilarang
kumpulan kalah menjadi abu
yang menang menjadi arang

ibu marah ayah menjeling
anak muda buat tak tahu
bukan salah kalau bertanding
asal sahaja bukan menipu

anak lembu mahu dijerat
di tengah sawah di tepi kali
bertanding itu aktiviti sihat
sama ukhwah mendidik hati

Dunia blog juga meriah dengan pertandingan. Macam yang Mr Tehr buat di blog tehramuan ini. Teka Mata dan Pantun Pilihan Dari Sahabat juga satu pertandingan, kan? Pertandingan kecil-kecilan dengan hadiah yang tidak seberapa. :)

Tahniah kepada akubiomed dan cik siti yang berjaya meneka dengan pantas dan tepat. Memang benarlah itu mata Saleem. Sebenarnya ramai yang boleh meneka dengan tepat, tetapi hanya 2 pemenang sahaja yang terpilih. Tahniah dan terima kasih kepada semua.

TehrDemikian kisah 'Siapa Menang' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


42 Comments

  1. Hadi Rofiee says:

    Oohh.. mata Saleem ka.. Tahniah kepada yang berjaya. :-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Hidup iniMy Profile

    1. tehr says:

      yups,
      mata saleem tu, bro

      1. Mus says:

        dah agak dah.. sayangnya terlambat meneka..
        Mus baru je tulis kisah Gelagat Pengunjung Di Pekan TuaranMy Profile

        1. tehr says:

          boleh cula lain kali nanti, mus :D

  2. akubiomed says:

    Kain batik dibeli dari seberang
    Pilih kain bersama Melah
    Yang kuat belum tentu menang
    Yang lemah tidak semesti menyerah

    Syukur menang untuk kali ke-2 selepas menang kali pertama ketika penganjuran teka mata dianjurkan
    akubiomed baru je tulis kisah CONTEST Gempak DLSL 2011My Profile

    1. tehr says:

      pilih kain bersama melah
      pilih baju bersama ayu
      yang lemah tidak menyerah
      yang kecil tidak merayu

      tahniah, bro :D

      1. Mus says:

        tahniah bro akubiomed
        Mus baru je tulis kisah Tugu Peringatan Pahlawan Murut AntanomMy Profile

    2. Cik Siti says:

      tahniah!!!!
      Cik Siti baru je tulis kisah Cakap Tak Serupa BikinMy Profile

  3. MDHAFiZ.NET says:

    adah…ketinggalan lagi saya :)
    MDHAFiZ.NET baru je tulis kisah Jame’ Asr The Largest Mosque In Brunei DarussalamMy Profile

    1. tehr says:

      tak apa, hafiz
      tapi kena tunggu 2 minggu lagi la :)

      1. Mus says:

        ya.. akan meneka 2 minggu lagi ni..
        Mus baru je tulis kisah Perkongsian Resipi Untuk SemuaMy Profile

  4. Cik Siti says:

    akhirnya…. usaha tangga kejayaan… dapat juga Cik Siti meneka… huhuhu terharu jap… :)
    Cik Siti baru je tulis kisah Cakap Tak Serupa BikinMy Profile

    1. tehr says:

      tahniah, cik siti
      memang boleh ganti nujum pak belalang ni
      hehe

      1. Mus says:

        tahniah cik siti

        1. Cik Siti says:

          terima kasih….
          Cik Siti baru je tulis kisah Cakap Tak Serupa BikinMy Profile

  5. yas says:

    Tahniah pd yg berjaya….
    yas baru je tulis kisah Panji Ar-Royah- Panji Pahlawan IslamMy Profile

    1. tehr says:

      ramai yang pandai meneka tu, yas

  6. adah says:

    memang xleh agak mata saleem…pent duk cari smalam sape la empunya mata tue…
    adah baru je tulis kisah Cast away on the moonMy Profile

    1. tehr says:

      memang bukan rezeki adah kali ni
      cuba lagi nanti lain kali

  7. Salam bro tehr,

    Tahniah kepada bro yang berjaya menganjurkan pertandingan sihat demi untuk memeanjangkan lagi tali silaturrahim khususnya antar blogger tanahair.

    Yang telah berjaya juga diucapkan tahniah kepada mereka.
    InfoBuahPinggang baru je tulis kisah No Posts Were Found!My Profile

    1. tehr says:

      yups
      tujuan sebenarnya mahu meletakkan banner rakan2 secara bergilir2
      harap2 rakan2 blogger tak jemu :D

  8. zool says:

    Kita semua adalah pemenang bila sampai ke muka bumi ni…
    hehe..
    wah peminat Saleem la ek.. ganu kite.

    1. tehr says:

      insya allah
      amin

  9. zulkbo says:

    salam..
    Saleem Iklim..
    suaranya ibarat emas
    moga beliau berubah..
    zulkbo baru je tulis kisah Senarai Blog Yang Bakal Di Godam Haked – Langkah AndaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      itu kelebihan yang beliau ada
      moga2 beliau berjaya dunia akhirat

  10. zulkbo says:

    tahniah
    buat peneka yang cepat
    alahai..saya no-3 je..
    sipi…
    :D
    zulkbo baru je tulis kisah Senarai Blog Yang Bakal Di Godam Haked – Langkah AndaMy Profile

    1. tehr says:

      kalau masa sekolah dulu
      no 3 juga dapat hadiah, bro :D

  11. X sempat nak join mana2 kontest blogging sejak keje gomen ni… kena bg komitment yg lebih utk keje2 di ofis… huhuhhu….

    Apapun, bola sepak Malaysia skrg semakin meriah dan berterusan cemerlang, gemilang & terbilang ..
    aktechpage.com baru je tulis kisah Evolusi Diri &amp TeknologiMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      kerja memang lebih utama
      blog ni hanya buat lepas tekanan je
      bukan tambah tekanan

  12. shameel says:

    Tahniah kpd yg menang.

    tak lama lagi akan berlaku pertandingan besar dlm negara. Pertandingan utk memerintah negara dlm PRU nnt.
    shameel baru je tulis kisah Hari Derma Darah SeduniaMy Profile

    1. tehr says:

      ada yang sedang buat persiapan bertanding kat jalan raya juga nanti
      moga2 tak ada yang jadi abu

  13. ghost writer says:

    tahniah untuk pemenang…

    aku macam biasa selalu tertinggal dan gagal meneka bila seharian tanpa online.
    ghost writer baru je tulis kisah perantara yang hilang misinyaMy Profile

    1. tehr says:

      untuk suka2 je, gost
      sekadar melepaskan tekanan

  14. padin says:

    atas kertas memang kelantan berpeluang besar menang dengan sabah
    tapi apa pun boleh jadi.. hehee harap selangor dapat pintas saat akhir

    1. Uik… kecil hati org Sabah mendengarnya ehh… Bola tu bulat.. apa2 boleh terjadi.. we’ll see :D
      Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Gempak DLSL 2011 Update 2My Profile

      1. padin says:

        eh kan aku bagi harapan sabah menang tu hehe,
        dan selangor berpeluang pintas kelantan kalau menang dengan perak, hee

  15. Salim rupanya…. :)
    pernah jumpa dia ni kat ADDK penang. bercakap memang pandai orang tua ni. Kalau pompuan mesti cair ler…. :D
    Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Google pagerank prediction toolMy Profile

  16. kecil atau besar, yg penting puas bila dapat menyertainya,

    kalah menang perkara biasa, tapi cubaan yang dilakukan mesti di tahap terbaik :)

  17. Hisyam says:

    Abg saleem kacak. hahaha
    Hisyam baru je tulis kisah 5 Tanda Blog Anda Memberikan TekananMy Profile

  18. Alahai seribu kali sayang…. Kawe offline lak beberapa hari nie.. timbul sekejap2 jer.. Kalu tak sure dapat teka itu rokok saleem ehhh… :D
    Btw, tahniah buat rimau melaya… makin menjadi-jadi nih..
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Gempak DLSL 2011 Update 2My Profile

  19. titan says:

    yehh..selangor tengah leading nih..
    titan baru je tulis kisah Edisi Siasat – Buat duit dengan ClicksorMy Profile

  20. bEe says:

    Kelantan nak balas dendam tu di atas kekalahan dgn Terengganu. Hehehehe

    Anyway, tahniah Kelantan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun