Siapa Layak Ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011

Jom kita pakat-pakat teka pasukan mana yang akan berjaya layak ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 nanti. Peminat bola sepak memang sudah sedia maklum bahawa malam ini akan berlangsung dua lagi perlawanan separuh akhir kedua yang melibatkan pasukan Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan T-Team.

kalaulah bertanya kepada akupiala malaysia
akan kupilih skuad terengganu
berjiwa kental semangat penyu
berjersi putih pahlawan bersatu

pasukan kedua sebagai pilihan
nampak seperti negeri sembilan
pemain tegap penuh pengalaman
bersiap sedia menyahut cabaran

SEPARUH AKHIR 18/10 22/10 AKHIR 29/10
SELANGOR 0
TERENGGANU 2
N. SEMBILAN 4
T-TEAM 2

Dalam perlawanan separuh akhir pertama, Terengganu berjaya mengalahkan Selangor dengan jaringan 2-0 sementara Negeri Sembilan berjaya menundukkan T-Team dengan jaringan 4-2. Korang pilih yang mana sebagai pasukan pilihan untuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 di Stadium Bukit Jalil nanti?

TehrDemikian kisah 'Siapa Layak Ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


17 Comments

  1. zulkbo says:

    salam..
    aikk..hilang pulak komen tadi..?

    ermm..siapa sangka mana tahu
    T-Team bergelar juara tahun nih..
    he he..
    zulkbo baru je tulis kisah Selangor vs Terengganu 22 Oktober 2011 | LIVE Piala Malaysia Separuh Akhir KeduaMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali

      siapa sangka siapa menduga
      t-team mungkin bergelar juara
      bolanya bulat padangnya rata
      siapa pun boleh menjadi raja

  2. kakyong says:

    saya tak kesah mana2 pun.. hahahha… sbb tak amik tahu sgt team mana yg bagus… hehhe.. tp sbb saya pernah dok Ganu, jd saya sokong Ganu lah… ekekkek..
    kakyong baru je tulis kisah Filem Hidden lakonan Erra Fazira dan Christopher AtkinsMy Profile

  3. shaharil says:

    Mungkin ganu kite lawan nogori sembilan di final nanti.
    shaharil baru je tulis kisah Kelantan Kecewa, Terengganu LayakMy Profile

    1. na na na na na… trenganu kitaaaa…. :D
      Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Pengenalan Kepada Undang-Undang Tort KecuaianMy Profile

  4. bagi ganu jupe negori la..

    papepon malam ni barca ngan sevilla..hihi
    alexa yussida baru je tulis kisah don’t judge too quicklyMy Profile

  5. ganu boh!

    idea pantun tak dak hari ni he..
    rainbowcloudy baru je tulis kisah fantasi rain | gen binatangMy Profile

  6. Susah nak cakap ehhh… sbb tak ada team yg benar2 konsistent. Tapi kawe rasa Terengganu is the best side yg tinggal. Rasanya akan ke final dan jadi juara.
    N9 tak boleh di pandang rendah kerana Azrai Khor ada reputasi yg baik sbg jurulatih….
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Cerita Dalam FotografiMy Profile

  7. titan says:

    kemungkinan besar, terengganu vs negeri sembilan..

    tapi aku harap selangor boleh buat kejutan malam nih..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 10 dari InnityMy Profile

  8. yas says:

    Aku pun rasa Ganu ngan N9 yg akan mara ke final nanti….dh tentu team yg ada kelebihan akan bermati2an pertahankan kelebihan mereka…
    yas baru je tulis kisah Pertandingan Carrom Anjuran PJS Kg MedanMy Profile

  9. MR.Z says:

    nampak n.9 ada potensi besar ke final..
    MR.Z baru je tulis kisah Keluarga Terbesar di Dunia dengan 39 Isteri 94 Anak!My Profile

  10. zik says:

    terengganu mungkin juara piala malaysia 2011… sengit!!!! sabtu minggu depan kita tunggu untuk final pulak.. tahniah terengganu dan negeri 9 mara ke final…. :-)
    zik baru je tulis kisah Pasukan yang mara ke final piala malaysia 2011, Tahniah!My Profile

  11. akubiomed says:

    Adus misi 33 Selangor telah disekat oelh Sang Penyu. Tanniah kepada pasukan Terengganu.
    akubiomed baru je tulis kisah Pelumba MotoGP Marco Simoncelli meninggal duniaMy Profile

    1. tehr says:

      nampaknya kena mulai semula tahun depan
      huhu

  12. Pacifista says:

    yeah…terengganu vs negeri sembilan :D
    Pacifista baru je tulis kisah Cara Undi Peserta Maharaja Lawak MegaMy Profile

  13. Kain bantal ukur bersegi,
    Ukuran anggaran tepi bulatan;
    Pemain handal atur strategi,
    Kelemahan lawan jadi sasaran.

    Biji muda dicampak-campak,
    Pohon peria mencelah-celah;
    Sebiji bola disepak-sepak,
    Penonton pula resah gelisah.

    saya tak kesah mana2 pun..

    Maaf lama tak ziarah kamu semua.. Minggu lepas out station lerr…
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip cari kereta terpakai proton perodua
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tip periksa kerosakan dan Servis RadiatorMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun