Siapa Layak Ke Perlawanan Akhir Piala FA

Perlawanan separuh akhir pertama Piala FA Malaysia akan diadakan pada 13 Mei 2011 nanti. Kelantan akan menentang Selangor sementara Terengganu pula akan bertemu Pahang. Kedudukan dalam Liga Super sekarang menunjukkan Selangor berada di atas sekali diikuti oleh Kelantan dan Terengganu di tempat ketiga. Pahang pula menghuni tangga ke-11.

piala fa 2011

Perlawanan terakhir keempat-empat pasukan menunjukkan hanya Selangor yang berjaya menundukkan lawannya Kedah 2-0, Terengganu tewas kepada Johor FC 2-1 sementara Pahang tewas kepada Sabah 2-0. Kelantan pula hanya mampu seri 0-0 dengan Negeri Sembilan malam tadi. Adakah Selangor mempunyai kelebihan?

separuh akhir piala famusim bola penghujungnya tiba
berebut piala fa di liga malaysia
separuh akhir pusingan pertama
selangor-kelantan beradu tenaga

pahang-terengganu turut serta
makin panas semakin membara
menjaga disiplin tugas bersama
pemain penonton pengurus juga

Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA akan berlangsung pada 16 Mei 2011 nanti. Agaknya siapa yang akan layak ke perlawanan akhir Piala FA tahun ini?

TehrDemikian kisah 'Siapa Layak Ke Perlawanan Akhir Piala FA' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


88 Comments

  1. nak sokong kelantan la kali ni..
    hehe
    naimulfirdaus baru je tulis kisah ustazah yang cantikMy Profile

    1. tehr says:

      boleh2
      jangan lupa pakai baju merah nanti :D

      1. Gayahspears says:

        tak yah beli baju.. rugi duet je.. hahaha
        Gayahspears baru je tulis kisah Windows Live Writer 2011My Profile

        1. dnoBiz says:

          pinjam pon boleh… Mintak dengan Tehr..
          dnoBiz baru je tulis kisah Tanggungjawab Anak – Nafkah Hidup Untuk Ibu BapaMy Profile

          1. Ismail N says:

            Berbelah bagi kawe.. Lahir di Johor tapi tinggal dah lama di Sabah… Oklah untuk berlaku adil, kawe sokong Kelantan atau Selangor, tertakluk pada sapa yg jadi juara.. :lol:
            Ismail N baru je tulis kisah Save As DraftMy Profile

          2. dnoBiz says:

            sokong dalam was was tu Bro M…
            Ps: Orang kelantan kat P.mas comel comel tau hahahahh
            dnoBiz baru je tulis kisah Dugaan – Dia Buat lagi…………My Profile

    2. akubiomed says:

      Mencelah, penyokong Selangor in the house :-)
      akubiomed baru je tulis kisah Ke Pulau Langkawi mencari DaimMy Profile

      1. dnoBiz says:

        hahaah kita tengok siapa yang kena…

        Ps : jangan ada yang ulang kes bakar bendera sudah (peringatan pada semua)
        dnoBiz baru je tulis kisah Salih YaaCob – Comelnya Bakal Isteri keempat Salih GambarMy Profile

  2. Ali ridha says:

    masa aku pun tak sempat nak
    pergi stadium.layan highlight la.
    Ali ridha baru je tulis kisah Urusan dipermudah kerana rajin solatMy Profile

    1. tehr says:

      sama la, bro
      tak daya lagi nak gi stadium
      layan kat tv je

      1. Gayahspears says:

        same le kita bro.. tgk kat tb jelah :( huhu
        Gayahspears baru je tulis kisah Windows Live Writer 2011My Profile

      2. dnoBiz says:

        dah kira bagus tu…
        aku terpasa tunggu info dari kawan je heheheh
        dnoBiz baru je tulis kisah Isteri Curang – Koperal Tembak Pasangan CurangMy Profile

  3. maza says:

    Ribut Piala FA terus subur
    Kelantan Selangor siapa julang
    Sejarah malang 13 Mei di Kuala Lumpur
    Peristiwa rusuh itu jangan diulang…

    lawan baik2, pakat elok2 naaa.. hehehhee
    maza baru je tulis kisah Ummu Fatt- Hari IbuMy Profile

    1. tehr says:

      lupakan kisah malang
      hadapi kisah mendatang
      selangor kelantan bertentang
      belum tahu siapa yang menang

      lawan baik2, pakat elok2 :)

      1. Ismail N says:

        gaduh2 tak main ler
        main bola sama suka
        bila rusuh tambah baler
        muka lebam sakit kepala
        Ismail N baru je tulis kisah Save As DraftMy Profile

    2. dnoBiz says:

      Tapi nampaknya Ns dah Mula menyalakan kemarahan penyokong kelantan, harap tidak berterusan…
      dnoBiz baru je tulis kisah Penyeludupan minyak – 20 samseng angkat kereta penguat kuasaMy Profile

  4. toyol says:

    wah cikgu..
    main bola hr ni ye..

    emm..
    kelantan ngn pahang kot msuk final..
    toyol baru je tulis kisah HANTUMy Profile

    1. tehr says:

      kelantan terima je sapa2 pun masuk final, tk
      asal jangan selangor je
      hehe

      kalau selangor ke final, kelantan melepas :D

  5. Ladfe Amir says:

    perlawanan FA berbeza dengan perlawanan di liga. nampaknya keempat2 pasukan berpeluang ke akhir jika bersungguh2 pada separuh akhir.
    tap aku akan sokong kelantan.
    Ladfe Amir baru je tulis kisah Live Blogging Makhluk HitamMy Profile

    1. tehr says:

      sokong2
      jangan lupa pakai baju merah
      [walau pun hanya menonton kat rumah] :D

      1. suri says:

        saya hanya akan pakai bju belang2 jer heeee

        1. akubiomed says:

          Suri hendak jadi kuda belang ker? :-)

          1. Ismail N says:

            belang2? newcastle united? Inter Milan? Ac Milan? Ac Mizal?
            mana satu suri?
            Ismail N baru je tulis kisah Save As DraftMy Profile

        2. padin says:

          team mana belang2? Felda United ke keh3

  6. yusri says:

    sebuah kereta dengan dua buah motor berlanggar di kampung Parit Mahang,
    gara gara tuan punya kereta lambat bagi signal,
    Bagi aku dua pasukan yang tak dapat Piala FA ialah Kelantn dan Pahang,
    walaupun Selangor tak kisah jumpa pasukan mana di Final.
    yusri baru je tulis kisah Aku dah buat benda salahMy Profile

    1. tehr says:

      sebenarnya aku lebih suka kelantan jumpa selangor di akhir
      tapi terpaksa pula jumpa di separuh akhir
      apa pun lawan juga

      1. hafizmd says:

        oooo…saye tak suke…biar mereka jumpa kat semi final…hehehe :D

        1. dnoBiz says:

          Aku nak tengok Kelantan Jumpa Terengganu di Fainal je :D
          dnoBiz baru je tulis kisah DnoBiz Diserang – 1227 Spam dalam masa 6 jamMy Profile

          1. hafizmd says:

            hehehe…yeahhhh! aku sama juga…musuh tradisi ni…
            hafizmd baru je tulis kisah Perlawanan akhir Piala FA – 5 sebab kenapa aku nak Terengganu lawan Kelantan…My Profile

  7. Gayahspears says:

    hahah.. best main bola ni… kejo yop kejo slogan kami.. ale2 perak suda mari, langkah kami langkah seladang, sape yg dtg akan kami tendang… ni lagu utk skuad perak je ye..hahaha

    perak sudo tumpo :( huhu
    Gayahspears baru je tulis kisah Windows Live Writer 2011My Profile

    1. tehr says:

      tahun ni bukan untuk perak nampaknya
      tak apa la, gayah
      boleh cuba lagi tahun depan

      1. Gayahspears says:

        yelah :( bukan utk perak thn ni… huhu
        Gayahspears baru je tulis kisah Windows Live Writer 2011My Profile

  8. padin says:

    hmm, aku harap Selangor akan ubah cara main kalau nak menang dengan Kelantan. beberapa siri perlawanan terakhir, aku tengok selangor tak bole nak score

    1. tehr says:

      kelantan juga nampak macam tumpul je masa lawan n9
      risau je aku, bro
      hehe

      1. tentu ada perubahan bila dua pasukan ini bertemu :)
        masing2 kena semangat,

        ibarat MU bertemu Chelsea :D
        tengkorak emas baru je tulis kisah Nak lawan arahan big bossMy Profile

        1. Ismail N says:

          mana sama ehhh…
          MU v LFC ler bro.. merah lwn merah nie
          Ismail N baru je tulis kisah Save As DraftMy Profile

          1. ha’a betul tu, silap2..

            apa pun MU juara :D

            tapi selangor kena belasah pula
            tengkorak emas baru je tulis kisah Inspirasi untuk sabar dalam bersabarMy Profile

    2. akubiomed says:

      Go Selangor go. Huii semangat menyokong Padin untuk bersama Selangor

      1. padin says:

        haha bro biomed,
        memang selamanya bersama Selangor, :D

        1. yusri says:

          aku pun …..
          yusri baru je tulis kisah Jangan Gelak ini amatur punya laguMy Profile

  9. zulkbo says:

    salam..
    ermmm..saya menaruh harapan
    pada team Pahang..harap ada peluang kali ini
    :)
    zulkbo baru je tulis kisah Anjing Ini Di Katakan Membantu Pembunuhan Osama Bin LadenMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      apa kata kita pakat, bro
      kelantan jumpa pahang :D

      1. suri says:

        ker pakat jumpa kat kedai kopi ?

  10. nurida ardy says:

    team memana pun boleh saja…asal saja punya strategi dan teknik yang cerdik, team tu la yg akan layak ke final seterusnya menjadi Juara…:)
    nurida ardy baru je tulis kisah Kekuatan Yang MendalamMy Profile

    1. tehr says:

      team kelantan la tu
      hehe

      bangga kejap
      walau pun belum tahu apa akan terjadi :D

  11. dnoBiz says:

    Yang terbaik akan layak….
    tapi aku tetap sokong RW…. :D

    Ps: Harap adala siaran kat RTM
    dnoBiz baru je tulis kisah Tanggungjawab Anak – Nafkah Hidup Untuk Ibu BapaMy Profile

    1. tehr says:

      betul tu, dno
      yang terbaik akan layak
      dan aku memang harap kelantan akan menunjukkan aksi terbaik nanti

      1. dnoBiz says:

        jangan Penyokong yang terlebih aksi dah la Tehr…
        dnoBiz baru je tulis kisah Dugaan – Dia Buat lagi…………My Profile

  12. ghost writer says:

    terengganu dan selangor.

    jangkaan awal walaupun tak ikut perkembangan FA cup.
    ghost writer baru je tulis kisah keringMy Profile

    1. tehr says:

      selamanya aku memang gerun je kalau kelantan lawan selangor
      hehe
      terengganu juga bagus musim ni

      1. ghost writer says:

        kalau secara matematikanya…selangor terlalu sukar untuk menang ke atas kelantan.dan ini diakui sendiri oleh safee sali yang dinafikan namanya dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan..
        ghost writer baru je tulis kisah buta hurufMy Profile

  13. yas says:

    Kesian kat Pahang…tahun ni asik dok kalah jeerrr…huhuhu
    yas baru je tulis kisah Mee Maggi Cepat dimasak sedap dimakanMy Profile

    1. tehr says:

      kempen piala fa ni nampak boleh tahan pulak, yas
      dah separuh akhir ni

  14. bagus bila kita masih menaruh harapan dan menyokong bola sepak negara, bagus untuk riadah dan juga meluangkan masa bersama keluarga

    jadi walau siapa yg menang, ukhuwah itu lebih penting
    tengkorak emas baru je tulis kisah Nak lawan arahan big bossMy Profile

    1. hafizmd says:

      bersukan cara yg sihat…pasti byk faedahnya… :D

  15. Affan says:

    kira pasukan top2 lah ye masuk semi ni.
    cuma pahang je.
    tapi dalam epl pun byk kali terjadi, team bawah2 yang selalu masuk final, team top2 pakai pasukan kedua je
    Affan baru je tulis kisah Koleksi Karakter Meme yang menarikMy Profile

    1. hafizmd says:

      mmg ada camtuh..tp dulu2lah…mmg utk piala FA…pakai 2nd team jer…tp lening…semua pakat guna 1st team…hehe

  16. esempoi says:

    aku cam biasa la.. sokong kelantan.. hehe
    esempoi baru je tulis kisah Ayam- Kambing dan BagMy Profile

    1. tehr says:

      yeah!
      red budu warrior

  17. decrewz says:

    Walaupun pahang tu x berapa nak top, Jai tetap sokong pahang kerana disitulah lahirnya insan bernama Jai…hu3
    decrewz baru je tulis kisah Hinakah Kerja Tepi Jalan Kerja Pertama Dalam HidupMy Profile

    1. tehr says:

      masa kalah, masa menang
      sokong tetap sokong

  18. Princess says:

    kecewa..penang xde dlm senarai….huhu
    Princess baru je tulis kisah Apa itu istimewaMy Profile

    1. tehr says:

      tahun ni bukan untuk penang tu, princess
      mungkin tahun depan

  19. hafizmd says:

    nasi dagang nasi minyak
    telur masin nasi kerabu
    ganu bangkit sedia melanyak
    final mesti kelate ganu

    sekian…harap maklum…hehehe :D

    1. tehr says:

      telur masin nasi kerabu
      makan dengan penuh selera
      final mesti kelate ganu
      akhirnya kelate jadi juara

      harap maklum juga :D

      1. hafizmd says:

        nasi dagang ikan tongkol
        penyu menangis ada sebabnya
        jangan harap kelate nok gomol
        ganu sedia macam biasa
        hafizmd baru je tulis kisah Perlawanan akhir Piala FA – 5 sebab kenapa aku nak Terengganu lawan Kelantan…My Profile

  20. MDHAFiZ.NET says:

    go red warriors!!

    1. tehr says:

      juara!
      hehe

  21. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_—\_l__l—[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)–o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ” Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Maaf lama tak ziarah kamu semua….
    Jom Terjah entry terbaru ??
    diy bumbung kereta karat

    Kain bantal ukur bersegi,
    Ukuran anggaran tepi bulatan;
    Pemain handal atur strategi,
    Kelemahan lawan jadi sasaran.

    Biji muda biji tanaman,
    Di batas padang biji semaian;
    Sebiji bola jadi taruhan,
    Di atas padang jadi rebutan.

    Gigi muda, kain reput,
    Sabun, nila, plastik koyak;
    Sebiji bola pemain berebut,
    Penonton pula pekik sorak.

    Biji muda dicampak-campak,
    Pohon peria mencelah-celah;
    Sebiji bola disepak-sepak,
    Penonton pula resah gelisah

    Membela ikan, sepat dikurung,
    Belida berenang, ada di sawah;
    Dua pasukan hebat bertarung,
    Ada yang menang, ada yang kalah.
    azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauhMy Profile

    1. tehr says:

      yang menang tentu seronok
      yang kalah pula muka monyok

      hehe

  22. sayacomel says:

    kalau tak selangor lawan pahang, mesti terengganu lawan kelantan. hehhe
    sayacomel baru je tulis kisah Comel Sangat – Cikgu yang sangat comelMy Profile

    1. tehr says:

      nampak macam dah jadi gitu nanti
      haha

  23. mie says:

    tetap sokong kedah walaupun xmasuk final..
    eheheheee
    mie baru je tulis kisah Mini Cooper Gold Special EditionMy Profile

    1. tehr says:

      yeah
      memang penyokong setia
      mesti sentiasa bersama

      1. mie says:

        ia la,
        bahaya juga menjadi lalang…
        ikut je yg mana menang..
        ehehee
        mie baru je tulis kisah Mengidam Kuih Tradisional SabahMy Profile

  24. titan says:

    sebab emak aku lahir kat selangor, jadi aku sokong selangor. Sebab abah aku orang pahang, aku sokong pahang. Jadi..aku nak selangor lawan pahang masa final..
    titan baru je tulis kisah Komisen ke 74 dari TNXMy Profile

    1. tehr says:

      haha
      akhirnya nanti, kamu mahu siapa jadi juara, bro?

  25. Aku harap Kelate dapat menang..
    walaupun aku x minat sgt tgk bola, tetapi hati ku tetap utk Kelate..

    Gomo Kelate Gomo !!!!

    1. tehr says:

      sokong2
      gomo klate gomo :D

  26. Cik Siti says:

    tak dapat nak ramalkan… perlawanan ke2-2 memang hebat… 50-50
    Cik Siti baru je tulis kisah Jangan Jual Mahal DikMy Profile

    1. tehr says:

      tak payah ramal, cik siti
      sokong kelantan je :)

  27. bluedianthus says:

    Tak arif sangat pasal bola ni tehr..Tapi rasanya Kelantan tak ada masalah ke final sekali lagi. :)

    1. tehr says:

      harap2nya begitulah, blue
      jangan lupa sokong kelantan nanti
      pakai baju merah, boleh?
      hehe

  28. Hadi Rofiee says:

    Aku memilih Terengganu & Kelantan di final. :-)
    Hadi Rofiee baru je tulis kisah Ilmu dan amalMy Profile

    1. tehr says:

      …dan akhirnya kelantan juara
      hehe

  29. strasth says:

    sape kt sini dah beli tiket mlm ni…apesal aku beli nmpak mcm lain jer..tak tulis full pn fa cup slangor vs klntan…

  30. zik says:

    sokong kelantan… hehe
    zik baru je tulis kisah Selamat hari guru 2011- paradigma yang baru!!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun