Siapa Kita Pada Pandangan Kita

Dua puluh tahun belajar hanya untuk menjadi seorang suri rumah tangga? Entah sudah berapa puluh ribu ringgit wang yang telah digunakan untuk belajar. Telah berapa banyak lelah dan pedih ditempuhi dalam mengejar segulung ijazah, yang akhirnya hanya di tempatkan di dinding rumah. Tak rasa rugi?

kerana santan pulut binasa
minum kopi tiada berteman
kalau segan untuk bertanya
sesat nanti di hujung jalan

waktu petang di laman rumah
di atas tanah terbentang tikar
mencari senang bukan mudah
mencari susah bukanlah sukar

mengaji Quran pulang belajar
anak remaja menuntut ilmu
tetapkan haluan usah tersasar
arahkan kepada niat yang satu

malam sunyi pungguk bersuara
sambil mengeram telur sendiri
apalah dicari di luarnya desa
mungkinkah diam di dalam diri

terang bulan dilindungi kabus
renyai hujan membasahi batu
carilah jalan terus dan lurus
bukannya jalan penuh berliku

“Tak apalah. Aku belajar bukan nak lulus ujian. Aku belajar bukan nak dapat kerja atau gaji besar. Aku belajar hanya nak cari ilmu untuk diri sendiri saja. Ada anak nanti, senang!”

Masyarakat yang kehilangan arah. Gejala masyarakat yang nampak seperti sukar dibendung dengan isu rempit, bohsia, bohjan, dadah, ragut, curi, rompak, buang bayi malah membunuh. Siapa yang salah mendidik apabila kelakuan remaja sekarang amat menjolok mata? Ibu? bapa? Cikgu? Masyarakat? Kerajaan? Atau sememangnya remaja itu sendiri yang bersalah. Saya percaya kita masing-masing mempunyai jawapan dalam diri sendiri. Boleh berkongsi?

TehrDemikian kisah 'Siapa Kita Pada Pandangan Kita' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


64 Comments

  1. mijie says:

    selalunya bila seorang perempuan belajar tinggi2 dan bila sampai satu masa dia menjadi isteri orang dan tak bekerja untuk mendidik anak2 nanti orang sekeliling aku bercakap ” eh aku tengok dia tu belajar sampai PhD tapi jadi suri rumah je, buat penat je belajar”

    itulah mentaliti masyarakat kita, sedangkan kepentingan belajar ada untuk mendapat ilmu….

    niat lah yang menentukan arah tuju tersebut
    mijie baru je tulis kisah Cara nak import blog wordpress percuma ke blog wordpress berbayarMy Profile

    1. tehr says:

      begitulah dunia sekarang, bro
      ilmu dinilai dengan wang dan pangkat

      1. noorafzan says:

        kalau boleh mmg bila dah ada anak sendri nak benti kerja n jaga dia betul2.
        kalau bolehlah.
        sebenarnya itu yang terbaik.
        ilmu kita raih boleh digunapakai tuk didik anak sendiri =)
        noorafzan baru je tulis kisah Besday Mak Tarikh Kahwin – Semuanya puluh-puluh belaka!My Profile

        1. tehr says:

          boleh mula kerja di rumah pula
          macam2 boleh buat dan ada ramai yg dah berjaya

    2. dnoBiz says:

      kalau nak tutup mulut semua orang memang kita tak mampu, apa yang penting buat yang terbaik untuk kita
      dnoBiz baru je tulis kisah Tok BoMoh Power – Otak Ku Mula BerFikirMy Profile

      1. tehr says:

        yups, buat habis baik
        hehhe – macam budak2 pengakap pulak

  2. sangilapi says:

    “apalah dicari di luarnya desa
    mungkinkah diam di dalam diri “…..aku suka rangkap ini :)

    jauh sudah merantau baru aku sedar yang dicari ada dalam diri :)
    sangilapi baru je tulis kisah cabaran disahutMy Profile

    1. tehr says:

      teringat pula lagu ‘suratan atau kebetulan’ nyanyian kenny remy dan martin

  3. kami says:

    kalau dulu kurang ilmu mgkin takpe, tapi zaman sekarang dgn adanya ilmu barulah kita menjadi insan, prmpn perlu ilmu yg tinggi walaupn tidak dipratikkn diluar tapi dpt dipratikkan didalam lebih bermakna..

    1. tehr says:

      yups
      ilmu boleh digunakan di mana2 sahaja
      ‘tangan yang menghayun buaian boleh menggoncangkan dunia’

  4. sarahnajwan says:

    salam..

    bagi saya..ilmu yg dituntut mmg utk kegunaan diri dan keluarga. time management yg penting..jangan nanti dianggap katak di bawah tempurung ..dunia sekarang tanpa sempadan..maklumat hanya di hujung jari…yang pasti ilmu wajib dituntut..supaya kita tidak akan mudah ditindas..
    sarahnajwan baru je tulis kisah BERANGAN ITU FREEMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      ilmu akan membantu menyelesaikan urusan kita

  5. akubiomed says:

    Apa salah seorang ibu ada Phd mana tahu boleh mendidik anak dengan kelebihan yang ada. Ramai ibu-ibu muda sekarang buat SOHO iaitu business dari rumah.
    akubiomed baru je tulis kisah Comment on Plugin untuk WordPress by suffer8zineMy Profile

    1. tehr says:

      ramai yang dah berjaya dg hanya di rumah sahaja
      teringat cerita ‘anak bapak’, pejabatnya di tingkat bawah

  6. zulkbo says:

    salam..
    memang risau bila memikirkan
    perkembangan belia sekarang..
    ramai yang baik,tapi yang jadi
    tak baik pun ramai…
    zulkbo baru je tulis kisah Palestine Will Be FreeMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali, zul
      gejala masayarakat kita memang memeningkan

  7. padin says:

    Salam tehr
    tak kisahla apa pun kesudahannya (kerjaya),
    yang penting biarlah berilmu..

    Nak jadi suri rumah pun kena ada pengetahuan
    supaya pengurusan lancar, dan mungkin anak2 juga mendapat kesan yang baik..

    1. tehr says:

      anak2 adalah harta yg sangat bernilai

  8. sud@is says:

    sapa pun kita sayangilah diri kita sebelum menyayangi orang lain…..
    sud@is baru je tulis kisah Remaja Mogok Kerana Usia Persaraan Di lanjutkan dpd 60 – 62 tahunMy Profile

    1. tehr says:

      hehe
      dari yg dekat kepada yg jauh

  9. Shaffik says:

    Masalah-masalah yang berlaku kerana mereka tidak kenak diri mereka sendiri. Bila tak kenal, maka mereka tiada arah tuju. Sebab itu buat perkara-perkara yang merepek. Biasanya mereka akan mengenal diri mereka pada usia 18 tahun keatas apabila menyesal kerana tak belajar bersungguh0-sungguh..itu yang bisanay berlaku.
    Shaffik baru je tulis kisah Usah Gentar Dengan Persaingan KeywordMy Profile

    1. tehr says:

      menyesal kemudian tidak berguna

  10. wadud@duad says:

    aku blajar hanya kerana ingin tahu dan disebabkn ole allah..
    thanks buat aku terpikir..:p
    wadud@duad baru je tulis kisah Perjalanan Ke Medan- Kristien Protestan- STTHKBPMy Profile

    1. tehr says:

      aku juga, bro
      sentiasa mengharapkan keredaanNYA

  11. sabri says:

    mnuntut ilmu untuk dunia dan akhirat:)
    sabri baru je tulis kisah Lawak – Hitler Benci Proton InspiraMy Profile

    1. tehr says:

      akhira tu, matlamat kita tu

  12. moon says:

    slh dri sndri… kte yg perlu mmilih jln yg btol…
    trase kot..kdg2 blja ni utk lulus ujian jer..
    lpas 2 ilmu hlg tah kmane…skdr utk ats paper exam jer…
    Ilmu 2 pntg..tmbh2 lg ilmu akhirat….=)
    moon baru je tulis kisah Final Exam juz around d corner!!!My Profile

    1. tehr says:

      yups,
      kita bertanggung jawab ke atas diri kita sendiri

  13. kue says:

    ilmu lebih penting dari duet..
    tanpa ilmu tiada la duet..
    p0men kije bengkel p0wn ade ilmu,kalu xcmne die nk baiki motor n kete tuh..xkn tngk jek da b0leh baiki..Mesti die belajar dgn tauke ke kawan2 ke..Sume tu la name nye ilmu huhu

    new entry kue Balasan Allah COD (Cash on Delivery)
    kue baru je tulis kisah Balasan Allah COD Cash on DeliveryMy Profile

    1. tehr says:

      benar, kue
      ilmu ada di mana2
      sama macam duit gak

  14. aren says:

    ilmu sebenarnya lebih tinggi nilanya berbanding wang ringgit dan pangkat..manusia sekarang lebih pentingkan harta dan mengejar kemewahan semata2. tu sebab sekarang bnyk gejala sosial..
    aren baru je tulis kisah Sunway Lagoon dan Flaming SteamboatMy Profile

    1. tehr says:

      setuju
      mengejar kemewahan hingga sanggup buat apa saja

  15. Cik Siti says:

    tepuk dada tanya selera…. selagi ada jiwa ilmu tidak salah untuk memenuhi walau pun kita tidak seperti orang lain.. sesungguhnya ilmu itu suluh hidup dan pasak dalam hidup kita…
    Cik Siti baru je tulis kisah Cik Anita Songeh GiveawayMy Profile

    1. tehr says:

      ilmu penyuluh hidup
      dah lama tak jumpa kata2 ni

  16. afiqbukhari says:

    ilmu yang berguna sepatutnye digunakan untuk mengembangkan masyarakat.. bukan untuk kepentingan diri seorang je. bila ilmu yang elok x digunakan dengan sebaiknya, macam2la perkara buruk yang akan berlaku..

    banyak sangat kawan2 yang kedekut ilmu.. mintak ajar sikit, suruh kita cari sndiri. bukannya nak suruh ajar ilmu yang x baik.. bangsa perosak bangsa.. tulah dia, orang kedekut.

    psst~! Nabi Muhammad sendiri x lokek ilmu agama yang penuh di dada, ni kan kita, umatnya yang lemah di sisi Allah..
    afiqbukhari baru je tulis kisah Lawak Jenaka Dalam AirMy Profile

    1. tehr says:

      eh, ada juga yg kedekut ilmu ya?
      mereka salah faham tu
      ilmu tak akan habis bila diberi kepada orang lain, malah akan bertambah lagi

  17. kulanz says:

    aku belajar memang bukan sebab nak dapat pangkat atau gaji besar…
    ni pun nak pahat dalam hati juga ni.. :)

    kadang mungkin kita boleh salahkan guru, ibu bapa, masyarakat.. tapi kalau kita jadi sebagai seorang guru, ibu bapa, masyarakat.. agak sukar untuk menyalahkan diri sendiri kalau kita dah buat apa yg sepatutnya.. salah individu yang terlibatlah agaknya tu..
    kulanz baru je tulis kisah 20102010 – Google Sitelinks Sebagai KenanganMy Profile

    1. tehr says:

      ya la, bro
      apa2 hal berlaku, elok difikirkan adakah kita juga bersalah

  18. Orang yang merasakan dirinya “sempurna” tanpa sedar punya banyak “cacat dan cela” Jgn menilai peribadi dengan hanya melihat refleksi diri dlm cermin sendiri (sbb cermin ada mcm2 jenis…ada imej yg akan buat diri kita jadi lonjong, kembang, katik dll…itu belum lagi dilihat pada cermin yg retak menanti belah!).

    Berbicara “Siapa kita pada pandangan kita” adalah persoalan yang akan membawa kita berfikir tentang sifat “baik dan buruk” yang ada dalam diri. Sifat ibarat acuan yang akan membentuk sikap (perilaku dan tuturkata). Andai baik sifat seseorang itu, maka akan baiklah perilakunya manakala jika buruk sifat seseorang itu, maka akan buruklah peribadinya…

    ~ Allah mengetahui yang lebih baik ~
    Harleny Abd Arif baru je tulis kisah Pembuka Kata Sebagai Pembuka Tirai Sanggar http-jejakmihrabmimbarcomMy Profile

    1. tehr says:

      terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat
      saya sendiri masih mencari siapa diri sendiri

  19. etomyam says:

    aku pun tengah belajar sekarang ni, aku belajar sebab aku rasa nak belajar je :D
    bagi aku pulak punca dan sumber pemakanan yg menjadi penyebab utama masalah sosial ni..
    etomyam baru je tulis kisah Malaysia Punyai Hutang Isi Rumah Tertinggi Di AsiaMy Profile

    1. tehr says:

      thanks, bro
      punca haram menyebabkan hati menjadi gelap

  20. rashid says:

    Bagusla…kira ni pantun kesedaran…memang dunia sekarang, ilmu terletak pada pangkal nama, seperti Dr, Prof, Ir dan lain2..pape pun, kita yang tahu apa makna ilmu tu sendiri…
    rashid baru je tulis kisah Saya nak DETOX FOOT PAD dari HAZMANFADZILCOMMy Profile

    1. tehr says:

      orang yg tidak berpangkat juga mesti dimuliakan ilmunya
      mereka ini hanya tidak menduduki ujian je

  21. Chybee says:

    mmg bagus if kita belajar sbb nk dptkan ilmu. tp now mmg penting jugak ade sijil. belajar je xde sijil ssh jugak nk hidup unless betul2 usaha kn. if dah ditakdirkan end up jadi suri rumah, takkan rugi pon ilmu tu sume sbb boleh la guna utk didik anak jd lebih berjaya :) dgn harapan diorg lebih matang dan dpt lihat situasi sebenar dunia ni. doa2 la kurg gejala sosial

    1. tehr says:

      elak gejala sosial tu matlamat utama, chybee
      terima kasih sudi kongsi pendapat

  22. kakyong says:

    kakyong mula dok rumah selepas anak masuk 3.. payah dah nak antor @ cari pengasuh.. segan pulak nak mengharap mak ayah jaga anak sampai 3 org..
    kakyong baru je tulis kisah Jom main badminton cara Anis &amp FikriMy Profile

    1. tehr says:

      ya la kakyong
      kesian juga kat orang tua
      bagi mereka rehat je

  23. puteri says:

    belajar tingi.. pastu kerja..
    hal didik anak2 boleh dibuat bersama.

    kerja: ekonomi.
    pelajaran: ble ajo anak2, dan fhm mcm mn ank nk blajar

    1. tehr says:

      saya bukan anti isteri bekerja
      cuma saya lebih suka kalau masa kerja isteri lebih pendek
      lebihkan masa untuk anak2 di rumah
      anak2 lebih perlukan ibu berbanding bapa

  24. dnoBiz says:

    antara sebab mengapa garduan sekarang ramai yang tak berkualiti (tapi bukan semua)
    mereka belajar bukan nya sebab nak “menuntut ilmu” tetapi sebab nak kan sekeping sijil untuk mendapatkan kerja, untuk ditunjukan kepada masyarakat dan untuk memenuhi kehendak semasa ( semua orang masuk U)
    tapi bila habis belajar jarang yang betul betul menguasai apa yang mereka pelajari

    Ps : Maaf jika apa yang aku tulis ni menyiggong sesiapa sebab itu bukan maksud ku
    dnoBiz baru je tulis kisah Tok BoMoh Power – Otak Ku Mula BerFikirMy Profile

    1. tehr says:

      memang dah begini keadaan negara kita, lebih mengutamakan sijil dan peperiksaan terutama jawatan kerjaan
      hinggakan sudah lama bekerja juga masih perlu duduki exam
      swasta mungkin tidak, mereka lebih mementingkan kemahiran dan kebolehan

      1. suri says:

        dulu bljar smpi siji..pastu sambung diploma..ada diploma pun cam tak ada jer bro huhu..sebab kerja skrg pandang pada pengalaman..

        tak kira kerja kerjaan, kilang atau swasta apa2 hal mesti ada exam baru naik pangkat..walhal byk pkra lain yg blh dibuatkan lagi huu..

        1. tehr says:

          pegawai atasan malas nak menilai
          jalan mudah bagi kertas exam je

  25. zik says:

    hurm betul juga cakap bro dnobiz tuh.. huh… nampaknya memang sedang berusaha untuk kerja sendiri …apakan daya.. sumber kewangan masih tidak mencukupi….
    zik baru je tulis kisah Peperangan hari khamisMy Profile

    1. tehr says:

      harap bro zik akan berjaya nanti

    2. suri says:

      aik zik blog dah cntik takan tak der income lagi hee,,,

  26. suri says:

    suka belajar sambil berkerja tapi kata orag rezeki itu ada shja dimana-mana klu kena pada caranya..

    kena kerja bro klu tidak mmg sush huhu..dok pikir nak buat busines apa palk nih..mana tahu tahun depan blh jaga anak kt umah plk hee..

    gejala sosial kia merundum..takutnya hati kala anak mmbsar inilah sajian yang di hadapkan pada kita kala dunia menjelang arus kemodenan..

    1. tehr says:

      memang seronok kalau dapat berja di rumah je

  27. ann says:

    Life is all about learning kan :) soo true!
    ann baru je tulis kisah Twinkle twinkle Little StarMy Profile

    1. tehr says:

      tu la pasal, ann
      perlu belajar sampai bila2 pun

  28. Syafrizal says:

    Memang bukan senang nak jadi senang
    tapi sangat mudah nak jadi susah
    Syafrizal baru je tulis kisah Darah tinggi dan perawatan alternatif HPAMy Profile

    1. tehr says:

      jangan suka cari susah sendiri

  29. [...] tertarik dengan posting Teh Ramuan yang bertajuk Siapa Kita Pada Pandangan Kita mengenai seorang gadis menghabiskan selama 20 tahun belajar akhirnya menjadi seorang isteri. Maaf, [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun