Siapa Kecil Dan Siapa Besar

Apa khabar semua. Moga-moga semua dalam keadaan sihat sejahtera. Di musim hujan ini, perhatian kepada anak-anak kecil perlu pula diutamakan, mana tahu terlepas pandang nanti, seronok pula mereka bermain air. Jangan ada yang lemas nanti. Anak-anak kecil memang belum mengenal bahaya yang ada di sekitar mereka.

biar hujan mari mengundi
biar uzur kami mengusung
kecil-kecil si lada api
besar-besar limau abung
kecil jangan disangka anak
hajat besar bina menara
bukan rendah tetapi tinggi
besar-besar istana raja
kecil-kecil pondok sendiri

musim hujan di tengah hutan
sesat jalan payah dipanggil
Kecil umpan di mata joran
sebesar ikan dapat dikail

pokok berangan tepi semak
buah berangan di dalam raga
kecil jangan disangka anak
besar jangan disangka bapa

anak kancil masuk kampung
letih tertidur di tepi pagar
Kecil-kecil kapak beliung
tumbang juga kempas terbesar

Masa sekolah dahulu, selalu cikgu bercerita bagaimana sang kancil yang berbadan kecil selalu sahaja dapat menipu sang buaya, sang harimau atau sang ular yang berbadan lebih besar. Memang seronok kami mendengar cerita dengan mulut terlopong. Kata cikgu, besar atau kecil bukan hanya dapat diukur dengan pandangan mata kasar. Masa tu tak faham apa maksud cikgu, hanya seronok mendengar cerita sahaja. Hehehe.

TehrDemikian kisah 'Siapa Kecil Dan Siapa Besar' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


51 Comments

  1. sangilapi says:

    dulu kancil bebas di hutan,sekarang banyak berkeliaran di jalan raya :)

    dan kancil di jalan raya memang ikut resmi kancil di hutan sebab boleh menewaskan lawan yang besar dari mereka[sebab pasang turbo] :)
    sangilapi baru je tulis kisah tragedi oktoberMy Profile

    1. dnoBiz says:

      dan selalu jadi mangsa yang lebih besar seperti lori dan bas :D
      dnoBiz baru je tulis kisah PilihanRaya dun Galas dan Batu Sapi – Siapa Pilihan Rakyat My Profile

      1. tehr says:

        benar juga ni
        tapi bas pun banyak gak kemalangan

    2. tehr says:

      kancil aku berpanas berhujan je
      dah bertahun juga
      masih kurang modal nak buat kandang [garaj] :)

      1. sangilapi says:

        bina dalam minda dulu…..insyaallah akan jadi terbinalah nanti :)
        sangilapi baru je tulis kisah tragedi oktoberMy Profile

        1. tehr says:

          insyaallah

    3. akubiomed says:

      Ada-ada saja. Kancil kalau dah pakai turbo tak ingat
      akubiomed baru je tulis kisah Rasa simpati mangsa Tsunami dan letusan gunung MerapiMy Profile

      1. tehr says:

        aku memang geram
        langsung tak dapat kejar
        hahaha

  2. zik says:

    kecil2 cili padi… ..kecik pun tetap berbisa…tersirat nih…. hurm..
    zik baru je tulis kisah Ikan keliMy Profile

    1. zulkbo says:

      cili padi memang
      pedas..alahai..
      saya tak tahan pedas..
      zulkbo baru je tulis kisah Telur Dadar Paling Besar Di Dunia World Egg DayMy Profile

    2. tehr says:

      aku sendiri tak tahan pedas, zik
      menggeletar je bibir

  3. kami says:

    di musim banjir ini ibu bapa memainkan peranan mengawasi anak2 supaya tidak leka bermain air, dpt mengelakan kemalangan yg tak diduga..:)
    kami baru je tulis kisah ASB Untung Loan Atau Simpan SendiriMy Profile

    1. tehr says:

      ya. sama2 ambil perhatian

  4. zulkbo says:

    salam..
    ermmm..bab besar kecil ni
    ada banyak juga..ada setengah
    orang sanggup berhabis kerana
    nak “besar” kan..huhu..
    zulkbo baru je tulis kisah Telur Dadar Paling Besar Di Dunia World Egg DayMy Profile

    1. tehr says:

      salam kembali
      besarkan apa tu, bro?

  5. puteri says:

    siapa menang siapa kalah
    siapa benar siapa salah

    Teh O galas besar satu!
    eh.. g-e-l-a-s
    :)
    puteri baru je tulis kisah sekolah mengandung- apabila nasihat ditolakMy Profile

    1. dnoBiz says:

      yang penting jadi lah mereka yang untung dari yang kalah dan yang menang, yang salah dan yang menang
      dnoBiz baru je tulis kisah PilihanRaya dun Galas dan Batu Sapi – Siapa Pilihan Rakyat My Profile

      1. padin says:

        tersirat nih, he he he…

        1. tehr says:

          …dan telah tersurat :)

    2. tehr says:

      ada orang yang dah dapat galas bergelas-gelas :)

  6. padin says:

    yang kecil jangan di sangka anak, yang besar jangan di sangka bapak,

    kehebatan sesuatu perkara bukan terletak pada saiz, tapi kemampuan melaksana.. renung2kan..
    padin baru je tulis kisah Undangan PerkahwinanMy Profile

    1. tehr says:

      ya2.
      kemampuan tu yang penting
      sangat penting!

  7. etomyam says:

    bila dah agak dewasa ni baru tahu yg saiz does not matter…kekadang org yg saiz kecil lagi power dari org saiz besau hehe :D
    etomyam baru je tulis kisah Terima Kasih Pak Zainal Buang HusseinMy Profile

    1. tehr says:

      jangan pandang orang tak ada mata…
      hehehe

  8. dnoBiz says:

    Tapi untuk First Impressions, saiz juga memainkan peranan

    PS: apa kata kalau amalkan sikap tamak untuk seketika dan ambil semuanya :D saiz dan kualiti,
    dnoBiz baru je tulis kisah PilihanRaya dun Galas dan Batu Sapi – Siapa Pilihan Rakyat My Profile

    1. tehr says:

      ambil semua selagi termampu
      asal jangan ambil hak orang

  9. mijie says:

    kecil-kecil cili api, panas menyengat kalau kena
    mijie baru je tulis kisah Cara nak buat cloaking link affiliateMy Profile

    1. tehr says:

      keluarga aku memang kalah dengan pedas

  10. Hadi Rofiee says:

    Manfaat kuasa minda kita sepenuhnya. Itu yang akan membezakan kita. :D

    1. tehr says:

      zaman sekarang memang perlu kuasa minda
      kalau zaman dahulu, tak apa, kuasa silat je dah cukup

  11. Syafrizal says:

    masa kecik2 dulu main hujan dengan lumpur selalu kena marah..
    tapi masa besar dah tak kena marah hehe
    main la puas2 hehe
    Syafrizal baru je tulis kisah Program MIBF di HPA International CenterMy Profile

    1. tehr says:

      mak bapak seronok main air
      jangan lupa perhatikan anak2 tu

  12. Cik Siti says:

    yang kecil jangan disangka lemah, yang besar jangan disangka kuat… dan ada masanya yang kecil lebih terserlah….
    Cik Siti baru je tulis kisah Kenangan dulu-duluMy Profile

    1. tehr says:

      yups
      jangan sombong dengan kelebihan diri

  13. Affan says:

    hehe. konsep ni blh digunakan juga dalam sesetengah sukan macam hoki padang. kalau hoki ais, kena tgk badan juga lah ye. hehe
    Affan baru je tulis kisah Akibat putus cinta- facebook kena hackMy Profile

    1. tehr says:

      hoki ais memang nak badan kuat
      mereka ni main langgar bodoh je

  14. Amir Izzat says:

    hurm..nak cakap apa ek? masih tidak faham..haha..mendalam betul ayat di atas.

    jangan diukur seseorang melalui saiznya kalau tidak… susah.. jangan disangka yang kecil itu berjiwa kecil..kan?

    yang besar tidak semestinya besar..erk? haha

    setiap org ada kelebihan…
    Amir Izzat baru je tulis kisah Mencari Identiti Blogger Yang HilangMy Profile

    1. tehr says:

      entri ni dapat idea dari blog amir :)

  15. Cha'on says:

    kecil2 cili api. nampak je kecik tapi berapi. hahha…
    Cha’on baru je tulis kisah Banjir Di Kedah Berada Pada Tahap BahayaMy Profile

    1. tehr says:

      aku tak suka pedas :)

  16. kulanz says:

    akupun teringat kata-kata,
    “kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa”..

    1. tehr says:

      pesan orang tua2 memang ada kebenarannya

  17. sud@is says:

    Musim banjir, yang sedih bila ibu bapa x sedar anak2 bermain longkang atau ketempat arus deras
    sud@is baru je tulis kisah Kenapa Restoren MamakMy Profile

    1. tehr says:

      ibu bapa banyak kerja sekarang
      sibuk memanjang

  18. wadud says:

    betol bro..
    skang musim hujan..
    hehehe..
    aku nak cat moto pon terbantut.. :D
    wadud baru je tulis kisah Abah bagilah balik tangan Ita ish ishMy Profile

    1. tehr says:

      hehehe
      bawa naik ke rumah je bro

  19. ann says:

    yang sedang sedang ajaaaa. kekekeke.

    besar kecik tak pentingpun… apa yang penting??……….. kerjasama! haha
    ann baru je tulis kisah SighMy Profile

    1. tehr says:

      ya. jom kita bekerjasama

  20. suri says:

    terus ingat lagu aku org kecil kau org besar hee,,harap jgn salah di tafsirkan ya heee

  21. [...] mengunakan periuk berasingan dan dari bahan-bahan yang halal. Bayangkan selama 5 minggu, sos cili kesemuanya manis-manis belaka mana ler boleh [...]

  22. Darul says:

    Mampir nich…
    menarik sekali blog anda, dan saya sangat suka..
    Salam….
    oh ya ada sedikit info nich tentang bibit jabon dan kayu jabon semoga bermanfaat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun