Siapa 10 Blogger Terbaik Malaysia

Aku percaya ramai yang sudah dapat memilih 10 orang blogger terbaik di Malaysia. Aku juga percaya masih ramai yang tidak tahu siapa mahu dipilih. Dan aku lagi percaya masing-masing punya pilihan sendiri siapa 10 blogger terbaik ini. Terbaik pada pandangan aku tidak semestinya sama dengan orang lain. Setuju?

Puan Suri berasal dari Melaka
Negeri Perak tempat bekerja
Sudah juga berumah tangga
Punya seorang cahaya mata

Hafizmd seorang blogger lelaki
Sudah berteman sudah dipunyai
Pasangan blogger suami isteri
Semakin berjaya serta dikenali

Akubiomed juga rakan tumpuan
Pernah bekerja di negeri Kelantan
Keluarga Koning empunya gelaran
Aktif pula khidmat kemasyarakatan

Chii Arisa berasal dari Kelang
Lemah lembut juga penyayang
Sukakan budak bukan kepalang
Masih belum kepunyaan orang 

Encik Titan pula orang Banting
Mencari duit semacam gasing
Sukakan cendol sudu berpusing
Blognya banyak idea tak kering

Dalam entri ini aku senaraikan 10 Blogger Terbaik Malaysia yang paling banyak meninggalkan komen di blog Tehramuan ini sepanjang tahun 2012 lalu. Mereka antara 10 yang terbaik untuk blog ini kerana sentiasa memberikan semangat untuk aku terus menulis. Mereka juga antara 10 blogger terbaik di Malaysia yang sentiasa mengerti dan melayan luahan perasaan dan pantun mengarut aku di sini. :D

Saudara Yas Johor asalnya
Negeri Pahang dia berkelana
Bekerja di syarikat buat kereta
Tiga anaknya hero-hero belaka

Jebeng Otai empunya cerita
Mempunyai blog sudah lama
Berniaga baju semakin ketara
Butik M7, begitu diberi nama

Papan Kekunci milik Azura
Katanya beliau anak ketiga
Ada menulis berbagai cerita
Sudi-sudilah terjah ke sana

Sahabatku Padin orang Perak
Sudah bekerja dah tentu segak
Belum beristeri tak punya anak
Semestinya sukakan bola sepak

Dulu Lain Sekarang Lain nama
Di bawah bayu di Sabah sana
Blog beliau dengan dua bahasa
Satu Inggeris, satu Melayu kita

Begitulah senarai 10 Blogger terbaik di Malaysia yang paling banyak meninggalkan komen di blog ini sepanjang tahun 2012. Terima kasih banyak-banyak dari aku untuk mereka dan kepada semua rakan lain yang tidak tersenarai. Maklum saja, penganjur contest hanya mahukan senarai 10 blogger terbaik sahaja. :D


Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia dianjurkan oleh Ohcikgu.com. Penaja bersama adalah Fivio.comNadot.myEffortlab Cik LailiHalim RDFLadfeAmirAmiRini,MyadynaMy AdamRanggi LifestyleMinda Emas NetworkMiecyber’s BlogHamdan’s BlogKain Cotton MurahCheese MazKakimedia.MYContengConteng.com dan Blog Hati Putera


TehrDemikian kisah 'Siapa 10 Blogger Terbaik Malaysia' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


92 Comments

  1. Cik Siti says:

    tahniah kepada yang menjadi yang terbaik.
    Cik Siti baru je tulis kisah Permainan yang selalu Cik Siti kalahMy Profile

    1. tehramuan says:

      tahniah
      mereka memang terbaik sepanjang tahun lepas

      1. Suri says:

        alhamdulilah terima ksih ats link ke cahayacinta.com penghargaan amat d hargai sgt2.terima ksh sekli lagi admin.

    2. suri says:

      yg byk bri sokogan adalah rakan2, dr mood slow terus lju update blog heee

  2. Hairul Azni says:

    Semoga berjaya Mr. TehR.. :-)
    Hairul Azni baru je tulis kisah Apa Niche Blog Yang Sesuai?My Profile

    1. tehramuan says:

      payah nak harap menang dalam pertandingan seo ni
      aku bukannya tahu sangat :D

      1. Suri says:

        tapi ada menang gak kan heee

  3. nurmisnan says:

    tahun ni nak jadi pengomen tegar cikgu.. hik3
    dapat jadi 10 blogger terbaik nanti.. WINK
    nurmisnan baru je tulis kisah Wordless Wednesday #67My Profile

    1. tehramuan says:

      boleh2 :D

  4. onlajer says:

    sangat setuju bro hehe
    onlajer baru je tulis kisah 10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

    1. tehramuan says:

      terima kasih banyak

  5. huhuhu. memang terbaik sebab komited kan?
    Rapunzeel Cikilolo baru je tulis kisah bekalan Datin RubyMy Profile

    1. fiezaradzi says:

      yg tak konsisten tu yg kurang jadi terbaik kan? macam saya.. hehee
      fiezaradzi baru je tulis kisah Giveaway Pertama dari Haniz.comMy Profile

      1. tehramuan says:

        sebenarnya masih ramai yang rajin tinggalkan komen
        cuma mereka yang tersenarai tu adalah top 10

  6. nazra says:

    ekceli sebelum ni pun tak tau pasal pemenang 10 blogger terbaik. hehe. ni siap2 dalam pantun. terbaik! ;)

    *tq sbb kasitau psl ruangan komen yg tak keluar tu ;)
    nazra baru je tulis kisah Sakit lutut; kesan pembedahan menggantikan sendi.My Profile

    1. tehramuan says:

      entri ni untuk khabarkan rakan blogger top 10 di sini dalam bab komen :D

  7. Bro Zulkbo says:

    Salam..
    wahh..hebat belaka semua blogger tu
    semoga berjaya dalam Contest Cikgu :)
    Bro Zulkbo baru je tulis kisah Skim Rumah Pertamaku (SRP) : Had Pendapatan Kini RM10 RibuMy Profile

    1. tehramuan says:

      salam kembali
      terima kasih banyak
      bro zul juga selalu singgah kat sini

      hal pertandingan seo ni, payah nak menang, bro

  8. UmmiKami says:

    Hendak kelapa dibagi petai,
    Kelat timun bertukar harga;
    Tidak apa kalau tak disenarai,
    Semangat pantun berkobar juga. :D :D

    Tahniah dan selamat maju jaya buat rakan-rakan semua. :)
    UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Mengapa…My Profile

    1. tehramuan says:

      Kelat timun bertukar harga,
      Dibeli juga kerana mengidam;
      Semangat berpantun masih ada,
      Moga-moga tidak tenggelam.

      1. UmmiKami says:

        Cantik pantun cikgu..terimakasih :)
        UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Mengapa…My Profile

  9. hafizmd says:

    Terima kasih daun keladi
    Ubi direbus makan sepetang
    Ukhwah dihulur setiap hari
    Moga kekal sepanjang ‘zamang’

    Terima kasih cikgu atas backlink ini
    Moga terus komited berkongsi pantun sensasi
    Menjamu minda moga sentiasa berisi
    Tajamkan minda inshaaAllah mudalah hati =)
    hafizmd baru je tulis kisah Wordless Wednesday #28 Asal Ada Kecil Pun PadaMy Profile

    1. tehramuan says:

      Ubi rebus makan sepetang,
      Ubi bakar makan sepagi;
      Moga kekal sepanjang ‘zamang’
      Moga gembira di dalam hati.

      apasal ada dialek ‘gganu tu :D

  10. azwan says:

    ada juga pantun untuk 10 blogger terbaik eh..
    meman pantun tu dah jadi tredmark blog ni.
    terus maju di tahun 2013
    azwan baru je tulis kisah Liga Malaysia 2013 Sudah Bermula : JDT KalahMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      aku ni selalu rasa lebih mudah tulis macam ni

  11. cikgu naman says:

    Makan mangga cicah cuka
    Ditemani api dari pelita
    semuanya blogger hebat belaka
    Menulis di blog pelbagai cerita

    Moga berjaya cikgu!

    Tengah kumpul idea ;)
    cikgu naman baru je tulis kisah Internet On The Go Bersama P1 Mifi MX230My Profile

    1. tehramuan says:

      Ditemani api dari pelita,
      Sayang pula pendek sumbu;
      Menulis di blog pelbagai cerita,
      Sekadar menghibur hati rindu.

  12. fiezaradzi says:

    tahniah.. moga bulan ni saya berjaya tempatkan diri.. yeah, usaha.. usaha..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Giveaway Pertama dari Haniz.comMy Profile

    1. tehramuan says:

      tahniah dan terima kasih juga
      usaha tanda jaya tu

  13. fiezaradzi says:

    rajin cikgu ni buat pantun utk yg terbaik 10 ni.. saya, satu pantun pun susah nak fikir. dulu suruh belajar pantun, main-main.. hehee
    fiezaradzi baru je tulis kisah Giveaway Pertama dari Haniz.comMy Profile

    1. tehramuan says:

      tips menulis pantun yang baik ialah
      ‘hentam dan bedal sahaja’ terlebih dahulu :D

  14. belalang says:

    salam tehr…

    rasanya blog ini juga patut ada dalam senarai blogger terbaik :)
    belalang baru je tulis kisah Bloglist BlogSBT 2013My Profile

    1. tehramuan says:

      salam
      blog ni terbaik dalam kampung sendiri je, bro
      haha

  15. Nazri says:

    blogger rajin di sayangi ramai
    buat berteman di alam maya
    tahniah buat yang tersenarai
    moga bertambah ceria bersama
    Nazri baru je tulis kisah Medical Card TerbaikMy Profile

    1. tehramuan says:

      Buat berteman di alam maya,
      Mencari ilmu menghibur hati;
      Moga bertambah ceria bersama,
      Susah senang sama hadapi.

  16. titan says:

    gua minum kopi dan juga tehh..
    apapun, terima kasih tehhhh..

    1. tehramuan says:

      haha

      kekadang aku minum kopi
      terima kasih komen la lagi

  17. papa mifz says:

    semuanya hebat-hebat belaka tuh…
    papa mifz baru je tulis kisah Pulau Menarik di TerengganuMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups, semuanya memang terbaik

  18. Amirez says:

    terbaiklah. 10 senarai blogger terbaik malaysia disusun dalam bentuk pantun. mungkin ini satu-satunya entri penyertaan unik dalam bentuk pantun macam ni ;)

    good luck cikgu.
    Amirez baru je tulis kisah Majlis Tahlil Arwah – Pro dan KontraMy Profile

    1. tehramuan says:

      aku memang selesa tulis macam ni
      rasa lebih mudah

  19. hairulafiz says:

    siap berpantun lagi, memang terbaiklah tehr
    hairulafiz baru je tulis kisah Wordless Wednesday # 11 : Besarnya buah nangka tu!My Profile

    1. tehramuan says:

      sebenarnya rangkap2 ini bukan pantun
      ia lebih kepada puisi atau syair sahaja

  20. donnyien says:

    hai cikgu tehr,
    tahniah kepada semua 10 blogger terbaik malaysia, semuanya hebat-hebat dan rajin-rajin belaka. Harap tahun ini lebih kerap singgah di blog tehramuan.com =D
    donnyien baru je tulis kisah Impian baru seorang bloggerMy Profile

    1. tehramuan says:

      terima kasih untuk bro donnyien juga kerana sentiasa singgah

  21. Juan says:

    tahniah pada para komen yang juara
    Juan baru je tulis kisah Buka Akaun dan Beli Saham Bank RakyatMy Profile

    1. tehramuan says:

      yups, tahniah
      dan terima kasih

  22. Hafizul says:

    Hehe..seronok ler baca pantun 10 blogger ni..tersenyum sendiri dah ni..haha..tahniah buat 10 blogger terbaik malaysia tu..huhu..selamat maju jaya bro..
    Hafizul baru je tulis kisah Wordless Wednesday #40 – Meja Study Untuk IsteriMy Profile

    1. tehramuan says:

      10 blogger terbaik yang sentiasa buat admin ceria dan bersemangat

  23. sensasi2020 says:

    Pergi ke Langkawi naik feri,
    Muatannya penuh dengan orang,
    Bloger terbaik pilihan hati,
    Sentiasa bersama susah dan senang.

    Hidup bersama mesra selalu,
    Berkongsi suka serta duka,
    Ramainya blogger lawati blog mu,
    Semoga terus dikunjungi sesiapa saja.

    Air dicincang takkan putus,
    Bagaikan isi dengan kuku,
    Semoga mereka terus-menerus,

    Menerjah tehramuan setiap waktu.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Contest SEO 10 Blogger Terbaik Malaysia.My Profile

    1. tehramuan says:

      Bagaikan isi dengan kuku,
      Bagaikan lagu dengan irama;
      Menerjah ke sini tiap waktu,
      Aku senyum sampai ke telinga. :D

      1. sensasi2020 says:

        Datang ke mari membawa hajat,
        Hajat di hati ingin berkunjung,
        Semoga dipilih blogger terhebat,
        Siapa menang dia beruntung.
        sensasi2020 baru je tulis kisah Senarai Yang Menyertai 10 blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  24. muktasim says:

    di terjemah dalam pantun.. memang hebat la cikgu.. :)
    muktasim baru je tulis kisah WTS : Sigma 20mm F1.8My Profile

    1. tehramuan says:

      lebih tepatnya bukan pantun kerana pantun mempunyai rima akhir yang berselalng

  25. Mus says:

    memang bukan sebarangan blogger semuanya
    Mus baru je tulis kisah Aktiviti Nikon Club Malaysia Sepanjang Januari 2013My Profile

    1. tehramuan says:

      betul tu, mus
      mereka blogger dan rakan maya yang hebat

  26. mie says:

    fuh!!
    siapkan dijadikan pantun lagi,…
    memang trademark blog ni..
    mie baru je tulis kisah Ronda-ronda Di Ayer Keroh MelakaMy Profile

    1. tehramuan says:

      itu je apa yang aku mampu buat
      tak boleh nak berangan untuk menang pun
      huhu

  27. tahiah buat blogger terbaik… takde hadiah ke bro… :D
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Azam tahun lepas 2012 pun tak tercapai, Ada hati bercakap azam tahun baru 2013. Lemah aku dengar.My Profile

    1. tehramuan says:

      hadiah?
      rasanya kali ni tak ada apa2 hadiah :D

  28. Dulu Lain Sekarang Lain nama
    Di bawah bayu di Sabah sana
    Terharu rasa sebak pun ada
    Tersenarai dalam blogger terbaik di Malaysia :D
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Anugerah Juara Lagu 2012My Profile

    1. tehramuan says:

      Di bawah bayu di Sabah sana,
      Gunung Kinabalu menyapu awan;
      Terima kasih kepada semua,
      Tidak terbalas segala sokongan.

  29. kimmie says:

    terbaik la senarai blogger di atas. Pertandingan SEO tak sempat nak masuk dah, busy dgn kerja sekolah.
    kimmie baru je tulis kisah Semester 4: Hampir ke penghujungnyaMy Profile

    1. tehramuan says:

      aku ni pun masuk macam tu je
      tak tahu nak buat apa dah untuk dapat kedudukan terbaik

  30. yas says:

    Kalau la ada hadiah entri terbaik dan menarik aku rasa memang blog ko layak seamat2nya bro….apapun semoga berjaya….
    yas baru je tulis kisah Isu Guna Nama AllahMy Profile

    1. tehramuan says:

      haha
      harap2 orang lain tak tulis dengan baik
      jadi boleh la aku menang :D

      1. yas says:

        Aduhhh…panjangnya komen kt sini…..jenuh mencari komen…hahaha
        yas baru je tulis kisah 10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  31. akubiomed says:

    Secara jujur saya tidak pernah bekerja di Kelantan tetapi pernah buat tugasan luar di daerah negeri Kelantan. Selamat berjaya kepada bro TehR. :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Wordless Wednesday – Cek NuffnangMy Profile

    1. tehramuan says:

      ooo macam tu rupanya
      sori, nampaknya aku dah silap faham tu

  32. suri says:

    mundik ke hulu berjumpa abang
    rasa rindu sering bertandang
    membalas kunjugan jika berlapang
    harap kehadiran itu akan berpanjangan
    suri baru je tulis kisah Rose Moss & Sedum Taman Mini KecilkuMy Profile

    1. tehramuan says:

      Rindu rasa sering bertandang,
      Abang hilang entah di mana;
      Harap kehadiran itu berpanjangan,
      Hatiku riang berbunga-bunga.

  33. padin says:

    heheee.. moga maju jaya bro TehR dgn blog ni,
    kekal berpantun dan ada nasihat di dalamnya.. :D
    padin baru je tulis kisah Jatuh Bangun SemulaMy Profile

    1. tehramuan says:

      harap aku dapat menulis lagi
      sebagai hiburan diri sendiri :D

      1. Suri says:

        maju terus maju agar pantu berseri sepanjang zaman

  34. de engineur says:

    Saya antara bloggers yg kerdil di Malaysia. Tapi teruja tengok kehebatan org lain. Sdg bersemangat ni!
    de engineur baru je tulis kisah Malaysia Monument @ Tugu Peringatan MalaysiaMy Profile

  35. Sememangnya semua di atas ni blogger terbaik Malaysia. ;)
    masing-masing ada kelebihan mereka.
    Malaysia coin baru je tulis kisah Duit RM100 tunai percumaMy Profile

  36. Nadot says:

    Waahh… ramai yang hebat.. tapi ada juga a few yang saya tak pernah singgah.. Boleh la singgah lepas ni :)

    Good luck ye :)
    Nadot baru je tulis kisah Restoran Rocky’s di Seksyen 7 Shah AlamMy Profile

  37. Mereka memang blogger terbaik.
    Kak Long Mawar Merah baru je tulis kisah Keputusan dan Rayuan Permohonan Kolej VokasionalMy Profile

  38. kakyon says:

    tahniah buat 10 blogger terbaik. dilain tahun mungkin rezeki tehr pulak..
    kakyon baru je tulis kisah duniaku kiniMy Profile

  39. semuanya handal2 blake…
    syaifuddin alias baru je tulis kisah Darul Takzim Dilanda “SUNOMU”My Profile

  40. AkmaOmar says:

    Menarik sekali entri ni..
    siap berpantun..

    Apa2pun, Good luck yer…
    AkmaOmar baru je tulis kisah Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013My Profile

  41. daddydee says:

    Kreatif dan amat menarik. Tahniah tuan
    daddydee baru je tulis kisah Apakah Unit Trust?My Profile

  42. cik tom says:

    entry penyertaan versi pantun yg menarik..
    good luck tehr :)
    cik tom baru je tulis kisah Bayaran Keenam dari SaysMy Profile

  43. Danial says:

    Pantunnya amat tertarik sekali.

    Mudah difamai, terukir dihati ;)
    Danial baru je tulis kisah Segmen Bloglist Syaifuddin AliasMy Profile

  44. azura says:

    rasa nak loncat satu Malaysia
    gembira papan kekunci tertera
    terima kasih cikgu dari saya
    moga blog kita sama-sama berjaya
    azura baru je tulis kisah Perempuan ada satu akalMy Profile

  45. maza says:

    wah! hebat mika-mika semua.. tahniah lah.. hehehe

    maza tahun lepas agak kurang bermaya.. ;)
    maza baru je tulis kisah Sagon Makanan WarisanMy Profile

  46. auc says:

    moga berjaya bro…
    auc baru je tulis kisah 10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  47. Cik Lisa says:

    amboi siap berpantu lagi ni, hehe semoga berjaya bro ;)
    Cik Lisa baru je tulis kisah Terima kasih Kak MiaMy Profile

  48. sensasi2020 says:

    Tersesat jalan di hujung rimba,
    Menyusuri sungai sampai muara,
    Semoga tehr boleh berjaya,
    Jika rezeki tidak ke mana.
    sensasi2020 baru je tulis kisah Bagaimana Menjana Pendapatan Dari RumahMy Profile

  49. wazy says:

    Selamat berjaya dan tahniah diucapkan kepada yang tersenarai sebagai 10 blogger terbaik
    wazy baru je tulis kisah 10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  50. Muslim says:

    semoga berjaya jadi ingin ikut
    Muslim baru je tulis kisah Jual Jubah Muslim Online [Ikhwan]My Profile

  51. Abu Kholid says:

    untaian kata yang bagus semoga berjaya
    Abu Kholid baru je tulis kisah Jual Jubah Muslim Online [Ikhwan]My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun