Si Mencit

Kat rumah korang ada mencit tak? Dulu masa aku tinggal dengan mak kat rumah lama, banyak betul si mencit ni. Nak halau memang tak diendahkannya. Pasang perangkap pun bukan mereka suka nak masuk. Kalau pun dapat mungkin hanya seekor atau sekali. Lepas tu haram yang lain nak masuk perangkap. Ada orang kata, perangkap mencit perlu dibasuh selepas berjaya tangkap geng-geng mereka ni.

Akhirnya aku ambil langkah mudah, bela kucing. Sebenarnya Si Hitam tu pun aku tak tahu kucing siapa punya. Tiba-tiba je datang bermanja minta nak duduk kat rumah mak aku. Jenuh juga la aku berdalih nak menolaknya, tapi tak mahu juga dia pergi. Eh, korang tahu ke apa binatang si mencit ni?

sampai heboh seluruh pulau
memang mencit berbuat kacau
terkejut tidur bukan mengigau
hanya kerana mereka merayau

Bagai tikus membaiki labu. Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui.
Marahkan tikus rengkiang dibakar. Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah).
Seperti tikus masuk kapur / tepung. Memakai bedak tidak keruan.
Seperti tikus masuk roman. Kecewa kerana tidak tercapai maksudnya. roman = sekam padi, bekas tangkai-tangkai padi kering.
Seperti tikus jatuh di beras. Suka dan senang sekali.
Awak tikus, hendak menampar kepala kucing. Melakukan sesuatu yang mustahil.
Ditebuk tikus. Sudah hilang gadisnya.
Kucing lalu, tikus tiada berdecit lagi. Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising.
Labu dikerbuk tikus. Gadis yang sudah kehilangan daranya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kelapa ditebuk tupai).
Rumah terbakar tikus habis lari. Apabila terjadi sesuatu kesusahan di dalam negeri, maka isi negeri itu pun mengungsi ke tempat lain. mengungsi = pergi menyelamatkan diri ke tempat yang aman.
Pasang pelita dilanggar tikus. Kegembiraan hilang oleh kerana satu kejadian yang kecil.
Rupa harimau hati tikus. Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut.
Serta lalu kucing, tikus tidak berdecit lagi. Apabila orang yang ditakuti datang, diamlah orang yang membuat bising.
Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi. Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati.
Paksa tekukur padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka. Mendapat keuntungan tanpa bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: Padi rebah, paksa tekukurlah.
Tali di dalam bungkusan, digerek tikus apa gunanya. Gadis dalam pingitan, telah melakukan perbuatan sumbang dengan diam-diam.
Kalau kucing tiada bermisai, takkan ditakuti tikus lagi. Orang besar yang sudah dipecat dari jabatannya tiada disegani orang lagi.
Menjalar melata pohon tembikai, sayang buah dimakan tikus. Indah dan gagah pada lahirnya saja tetapi batinnya tidak baik. tembikai = buah semangka.
Benci akan mencit seekor, rengkiang disunu. Sebab takut akan bahaya yang kecil keuntungan yang besar dibuangkan. mencit = tikus; rengkiang = lumbung; sunu = bakar.

si mencit

katanya banyak tikus negara
payahlah juga nak kenal muka
pagi petang siang malam senja
berpusing keling kumpul harta

Kalau dah namanya tikus, buat satu apa pun payah nak jadi. Makin dibuat semakin punah, makin dibaiki semakin hancur. Hanya tetikus yang kita biasa guna dengan komputer je yang boleh diharap. Eh, korang guna tetikus [mouse] atau guna touchpad?

TehrDemikian kisah 'Si Mencit' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


35 Comments

  1. Susah jugak nak halau si mencit. Kata org kalu dibunuh, makin banyak yg datang. Oleh itu bagus simpan ubat atau mende2 yg dia tak suka di rumah. Jadi dia pon tak lepak di rumah kita gitew. :wink:
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah Koleksi Kereta Mainan Roq | Dodge Viper GT2My Profile

    1. tehr says:

      betul tu
      saya juga pernah guna sejenis buah [ntah apa nama] yang tumbuh tepi pantai
      sekarang bela kucing je
      senang

  2. Cik Siti says:

    kalau ada kat rumah…. binatang ni yang muncul mahu Cik Siti lari speed 140 sejam…
    Cik Siti baru je tulis kisah Projek Tahunan Hj Hamzah Bin AwitMy Profile

    1. surihatiku says:

      dulu kt rumah mlk ada skrg tak der hee..kasi halau de..
      surihatiku baru je tulis kisah Pengganti Serbuk PencuciMy Profile

      1. Cik Siti says:

        apa resepi dia ye? ce cita ce cita… kat kg Cik Siti banyak juga…
        Cik Siti baru je tulis kisah Jom Balas PantunMy Profile

        1. surihatiku says:

          culik cat yang geMOk2 kt pasar dan kat pekan .madi dan wgikan dia pastu campakkan dia kat bawah katil ke…mana2 sure dia dpt tgkap hee…
          surihatiku baru je tulis kisah Muka Ketat Atau Muka JambuMy Profile

    2. tehr says:

      rupanya cik siti ni takut tikus
      jaga tu, ada tikus bawah meja! :D

      1. surihatiku says:

        amik pnyapu kasi lepok sama dia ar
        surihatiku baru je tulis kisah Setiap Entri Perlu Ada Gambar Ke?My Profile

  3. zulkbo says:

    Salam..
    alhamdulillah..di rumah
    saya sekarang langsung
    tiada mende alah ni..nasib baik
    :)

    Kucing kalau di bandar sekarang
    dudah moden..nak makan friskies je
    tak mandang di mende alah tu..
    silap2 dia yang lari bila bertembung
    he he..
    zulkbo baru je tulis kisah Hari Ini Sepatutnya Ulangtahun Hari LahirnyaMy Profile

    1. surihatiku says:

      kucing klu dpt tangkap tkus mmg satu habuan yg membanggakan dari bt mereka..

      dua2 ada bulua deh klu asam jgn dekt sama mrka nnti lgi teruk asama or resdungnya huhu..

    2. tehr says:

      salam kembali
      tikus kat bandar memng besar2
      pernah gak nampak
      dah nak sama besar dengan kucing

  4. akubiomed says:

    Kucing zaman sekarang melihat tikus pun tidak bernafsu :-)
    akubiomed baru je tulis kisah Rémi Gaillard memalukan RonaldoMy Profile

    1. dnoBiz says:

      NI kes Kucing makan makanan import la ni heheh

    2. tehr says:

      kucing kampung masih ok lagi, bro
      kalau kucing bandar tu, memang tak mahu

      1. dnoBiz says:

        mau taknya.. tikus bandat dah lebih gemuk dari kucing dah :D
        dnoBiz baru je tulis kisah Mata Boleh Berbohong – Jangan Mudah Menilai apa yang kita lihat (Video)My Profile

  5. hafizmd says:

    mencit atau cik tik..

    ingat lagi rumah sewa dulu…dah tutup semua lobang2…ade lagi yg lepas masuk…rupanya deme2 ni boleh kecikkan badan dan masuk selagi ada lubang…macam toyol pulak!

    sekrang, alhamdulillah, takde lagi yg masuk rumah, setakat tgk lari2 riang ria depan belakang rumah biasalah…

    p/s-memang kena basuh perangkap tu..kalau tak tak mau nyer deme masuk

    p/s-ade yg guna racun utk bunuh terus,mmg berkesan

    1. tehr says:

      aku pernah gak guna racun
      tapi ngenangkan ada anak2, dah tak guna sekarang

    2. bEe says:

      Cik ti lah bro hehehe

  6. adele says:

    kenapa nama dia si mencit? first time dgr.siyes :D

    1. dnoBiz says:

      kalau ikut orang dudlu dulu mereka takan pangil nama tikus ni dengan panggilan tikus sebab kononya tikus tu akn dengar dan tahu yang kita sedang umpat dia, dia mereka akan makin menganas hehehe
      dnoBiz baru je tulis kisah Akibat Kecuaian – Bapa langgar anak sendiri dengan MPV (Video)My Profile

      1. Cik Siti says:

        kalau nenek panggil Cik CT(sama macam nama Cik Siti) huhuhu
        Cik Siti baru je tulis kisah Jom Balas PantunMy Profile

        1. dnoBiz says:

          Sama la tu cik siti, kalau kat tempay saya pun panggil cT gak hehehe
          dnoBiz baru je tulis kisah Samseng Miang – Samseng tawar Duit Beli isteri OrangMy Profile

      2. tehr says:

        aku pun memang rasa pelik
        macam mana la mereka ni tahu
        huhu

    2. tehr says:

      saya juga, adele
      baru ni je tahu nama dia mencit

  7. padin says:

    kat opis aku dah banyak tertangkap,
    rupanya dia bersarang dalam air-cond.. cett
    padin baru je tulis kisah Bab 2?My Profile

    1. tehr says:

      nasib tak bersarang dalam kabinet, bro
      paling benci aku

  8. Nuar Haruha says:

    mencit, kat tempat sy panggilan manjanya Mak T atau kak T.

    Goreng terung gulai ketam,
    Nasi kukus sambal peria;
    Duduk termenung si kucing hitam,
    Melihat tikus bersuka ria.
    Nuar Haruha baru je tulis kisah Pantun Menyambut TetamuMy Profile

    1. tehr says:

      isteri saya juga panggil nama mk t :D

      nasi kukus sambal peria
      gulai ketam tak habis lagi
      melihat saja tikus bersuka
      sayang si hitam tak ada gigi

  9. dnoBiz says:

    mencit ni memang bijak…, kalau setakat jerat memang dia senyum je..
    Tapi Kucing adalah kelemahan utama mencit kecuali mencit bandar yang lebih besar dari kucing

    Ps : ada orang kata jerat tu harus dibakar sebelum digunakan semula, itu bertujuan untuk menghilangkan kesan air kencing tikus yang dah kena jerat tu
    dnoBiz baru je tulis kisah Cukai Perkhidmatan Prepaid – TELCO setuju tangguh kutipan cukai Perhikmatan PrabayarMy Profile

    1. tehr says:

      mak aku tak pernah pulak bakar
      selalunya di basuh je

      cerdik juga geng2 mereka ni :D

      1. dnoBiz says:

        kalau basuh kekadang bau di tu tak ilang…, kena pula kalau dah banyak kali pakai..
        ps : kena taruk dinamo kot heheh
        dnoBiz baru je tulis kisah Apa sudah Jadi – Blog HafizMD kena Hack ??My Profile

  10. zik says:

    tikus nih memang bijak… geram jer ada… tapi sejak kat rumah nie ada kucing… aman jer… hehe…
    zik baru je tulis kisah Helpful Hints For Setting Up Your Cordless SpeakersMy Profile

  11. ohcikgu says:

    ohh..cekcit nih rupanya..hehe
    ohcikgu baru je tulis kisah Selangor Menang dan Keputusan Rasmi Piala Malaysia 2011My Profile

  12. bEe says:

    Takleh marah2 si mencit
    Nnt mencit balas dendam…. hihihi

  13. Persada says:

    Tikus membaiki labu…
    Macam aku je tuh… :D
    Persada baru je tulis kisah Penyakit Asma – Asma kenali punca seranganMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun