Setiap Malam Adalah Malam Pertama

Jalani setiap malam anda sebagai suami isteri seperti pengalaman pada malam pertama. Setiap pasangan suami isteri sentiasa mahukan kehidupan yang sempurna. Tipu kalau ada yang berkata tidak mahu hidup bahagia atau tidak mahu merasa nikmat hidup berkeluarga.

Bawa papan membawa payung,
Jagalah-jaga terlanggar tiang;
Bawa sampan nak mendayung,
Jagalah-jaga dengan gelombang.

Pasangan yang belum berkahwin juga sekarang ini, sudah pandai-pandai mencari nikmat hidup berkeluarga dengan cara otak singkat. Sudah pandai-pandai sendiri mencari nikmat pengalaman malam pertama.

Bolehkah setiap malam adalah malam pertama bagi pasangan suami isteri? Sejujurnya aku kata ini tipu dan aku hairan dengan iklan yang berleluasa sekarang ini. Semuanya dicanang ikut suka hati. Ikut sedap tak tulis.

Mana boleh menjadi malam pertama sekali lagi kerana malam pertama telah berlalu. Masa tak akan berulang. Pengalaman malam pertama yang dialami bersama dulu-dulu memang lain, tak sama dengan masa sekarang. Tak ada pula anak kecil yang sedang menangis dalam buaian kerana lampinnya basah. :D

Anak ceti membeli samsu,
Letak samsu dalam cerana;
Berhati-hati mengurus nafsu,
Kerana nafsu hidup merana.

Malam Pertama Hanya Ada Sekali Sahaja! Satu pengalaman yang akan diingat sampai mati. Jadi mana-mana pasangan yang belum diijab kabul, JANGAN rosakkan malam pertama anda berdua!

TehrDemikian kisah 'Setiap Malam Adalah Malam Pertama' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


22 Comments

  1. mie says:

    pesanan ringkas tapi pnuh makna..
    hehehehehe
    mie baru je tulis kisah Gerai Makanan Universal Studios Singapore Yang UnikMy Profile

    1. hafizmd says:

      Sila take note…hohohoho
      hafizmd baru je tulis kisah Lidah & Lisan, Memang Mencabar!My Profile

  2. UmmiKami says:

    Salam hormat cikgu.. :)

    Limau dipetik di malam purnama,
    Hendak dihiris menggunakan parang;
    Terlampau asyik malam pertama,
    Anak menangis dilarikan orang. :D

  3. padin says:

    hehee.. iklan yang berlebih2
    dengan model yg taktahu malu kot..

    1. hafizmd says:

      model yg entah apa2….sedih
      hafizmd baru je tulis kisah Lidah & Lisan, Memang Mencabar!My Profile

  4. akubiomed says:

    Untuk bacaan orang dewasa sahaja entri ini. Apa pun berkahwin untuk sehari tetapi sehingga hujung hayat. Perlu pupuk keharmonian rumahtangga.
    akubiomed baru je tulis kisah Sudah cukup sudah dengan spammerMy Profile

  5. fiezaradzi says:

    penuh nasihat entry ini.. betul, jgn sia2kan malam pertama dgn org yg tidak sepatutnya..
    fiezaradzi baru je tulis kisah Khalifah PertamaMy Profile

  6. segan juga kalau ada orang bawah umur melihat iklan sedemikian..

  7. azwan says:

    malam pertama tengok bola dengan isteri ialah di dataran putrajaya tahun 2010 di mana malaysia pertama kali ditabalkan selaku juara Piala AFF Suzuki Cup 2010

    masa itu isteri tengah mengandung kan anak pertama, munkin juga hasil sentuhan malam pertama.hehe :)
    azwan baru je tulis kisah Ray Wilkins : Lampard Sesuai ke Manchester UnitedMy Profile

  8. azura says:

    apa guna malam pertama
    jika tidak di ambil berat
    apa guna hidup di dunia
    kalau tidak ingat akhirat
    azura baru je tulis kisah SrikandiMy Profile

    1. UmmiKami says:

      Setuju sangat-sangat… :D
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Malas Ke Segan..My Profile

  9. Bagus nasihat bro tehr. Kalau hidup bertemankan nafsu, kehidupan akan jadi huru hara.
    Hairul Hissam baru je tulis kisah Tips Menjaga Kebersihan Untuk Lelaki Kacak. Jgn Pengotor sgt.My Profile

    1. hafizmd says:

      betul tu…hidup bertuankan nafsu
      memang habis hura hara
      hafizmd baru je tulis kisah Lidah & Lisan, Memang Mencabar!My Profile

  10. nazray says:

    pantun pertama ada maknanya tu ;) hanya sesuai untuk orang dewasa sahaja. hehe

    pergi sekolah memakai kasut
    kasut dipakai nampak berseri
    hati sudah lama bertaut
    namun masih tidak berani
    :D
    nazray baru je tulis kisah Budak dulu dengan sekarang.My Profile

    1. UmmiKami says:

      Pantai bertiti menadah laut,
      Gelap langit sangguplah renang;
      Andai hati sudah terpaut,
      Siap duit masuklah meminang. :D
      UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Duit Oh Duit…My Profile

      1. nazray says:

        anak kera bermuka belang,
        kerana terkena si arang kayu,
        macam mana hendak meminang,
        simpanan masih kelihatan layu.
        nazray baru je tulis kisah Pengalaman memiliki sebuah gitar akustik.My Profile

        1. UmmiKami says:

          Katak berenang badan bertangkup,
          Ketam mereng disambar joran;
          Hendak meminang simpanan tak cukup,
          Pinjam bank bayar ansuran. :)
          UmmiKami baru je tulis kisah Pantun Duit Oh Duit…My Profile

  11. Jadi peringatan yang baik kepada pengiklan dan yang bujang macam aku… :)
    Izzuddin Fauzi baru je tulis kisah Contoh dan Cara Tulis ResumeMy Profile

    1. hafizmd says:

      elok sangatlah bro IF =)

      hehehe
      hafizmd baru je tulis kisah Lidah & Lisan, Memang Mencabar!My Profile

  12. hafizmd says:

    Ambe hanya mampu setuju 200%.

    Tiada yg lebih selain setuju dan setuju.

    Ingat yer adik2, jgn biarkan hidup anda diselubungi penyesalan!
    hafizmd baru je tulis kisah Lidah & Lisan, Memang Mencabar!My Profile

  13. [...] TehR – Setiap malam adalah malam pertama! Wow! Kena baca sendirilah entri INI…hehehe [...]

  14. Nadri Mohd says:

    Memang best lah klu tiap2 malam umpama malam pertama…mmg asyik mc ajer lah sbb keletihan..
    Nadri Mohd baru je tulis kisah Rahsia Mudah Menang Sebut Harga Dan Kontrak KerajaanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun