Setiap Kali Tahun Berganti

Setiap Kali Tahun BergantiTahun baru dengan azam baru memang tak dapat dipisahkan. Seperti petai dengan budu. Macam kentut dengan bau. Pergerakannya seiring sejalan je…

Perlukah?

Perlukah kita bina azam baru setiap kali tiba tahun baru?

tahun baru menjelang tiba
laungan azam kembali bergema
melukis cita mengukir cinta
mengharap jengkal mengubah hasta

sambil mengenang azam lama
yang hanyut hilang entah ke mana

setiap kali tahun berganti
molek dihitung kesalahan diri
mengukur baki umur diberi
mengingat kubur makin didekati

Masa bermula dengan kiraan detik atau saat. Setiap detik, setiap saat pastinya amat berharga. Selama menunggu tahun baru, selama itu juga manusia [kita] berada dalam kerugian.

Mulakan azam korang hari ini, 31.12.2013 BUKAN besok 01.01.2014 [tahun baru].

TehrDemikian kisah 'Setiap Kali Tahun Berganti' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.


21 Comments

  1. Hafizul says:

    Azam saya tyahun 2014 ni tak ada..nak forward azam 2013 yang tak sempat nak selesaikan..hehe..selamat tahun baru bro..
    Hafizul baru je tulis kisah Sayonara 2013My Profile

  2. Selamat Tahun Baru bro. Azam kawe masih dalam saringan terakhir. Ada beberapa yg di shortlisted kan :wink:
    Dulu Lain Sekarang Lain baru je tulis kisah The Hobbit: The Desolation of SmaugMy Profile

  3. Muka budak2 kat rumah dah monyok.. Sekolah dah nak naik! :D
    Brader Sports baru je tulis kisah Match-Fixing – Getting To The Bottom Of It Will Be A Mountainous TaskMy Profile

  4. ohcikgu says:

    pakai azam-azam tahun lepas la..
    ohcikgu baru je tulis kisah 10 sebab kenapa ATKINS adalah pelan diet idaman anda.My Profile

  5. mijie says:

    selalu tanam azam tapi tak pernah melihat balik…so skrg ni buat setakat mana yang ada je haha
    mijie baru je tulis kisah Salam Media suka-suka sahut cabaranMy Profile

  6. zool says:

    bila tahun berganti kenalah fikirkan apa perancangan tahun hadapan

  7. hafizmd says:

    takde azam hebat2…just nak jadi lebih baik berbanding tahun2 lepas…dapat jadi baik 10% pun ok juga..ameen…insyaAllah
    hafizmd baru je tulis kisah Kembara Palestine Jejak Khalifah Umar al-Khattab r.aMy Profile

  8. akubiomed says:

    Selama tahun baru. Cabaran 2014 dengan mengubah cara hidup lebih berjimat cermat.
    akubiomed baru je tulis kisah Androids knowledge sharing bersama Mega Gath SamDroid x AmanzMy Profile

  9. Anuar says:

    Masa ibarat masa.. Jangan tunggu esok baru nak mulakan azam baru.. Pantun ini benar-benar menginsafi diri.. Semakin bertambah tahun, semakin bertambah umur kita.. Semakin bertambah juga laungan kubur memanggil nama kita… Semoga kita melangkah ke Tahu baru dengan persediaan rohani yang mencukupi sebagai bekalan di akhirat nanti… In Shaa Allah…
    Anuar baru je tulis kisah Senarai Top 10 Lubuk Pendapatan di Jom Niaga Pada Tahun 2013My Profile

  10. 52ask says:

    Selamat tahun baru 2014 bro !
    Puisi yang bijak sangat buat kita agar lebih baik dalam mengawali waktu yang baru..
    52ask baru je tulis kisah Designing an Elegant Home OfficeMy Profile

  11. onlajer® says:

    haha gua renew jer azam lama , azam buat duit dengan ber blog kikiki
    onlajer® baru je tulis kisah Kamu Dan Kerajaan Di Ambang Tahun Baru.My Profile

  12. Mohd Shubhi says:

    selamat tahun baru 2014, memang azam dengan tahun baru suka bersama…
    Mohd Shubhi baru je tulis kisah Panduan buat azam tahun baru 2014My Profile

  13. kakiblog says:

    azam tahun baru macam sama je dengan tahun lalu…
    kakiblog baru je tulis kisah Bermulanya Azam Blogger Tahun 2014My Profile

  14. nazra says:

    azam tahun baru mesti lah nak perbaiki diri sebagai hamba-Nya, anak, isteri, ibu. kehidupan ke depan pasti lagi mencabar
    nazra baru je tulis kisah Cinch Inch Loss Plan : untuk Ibu Menyusu yang nak kurus/turunkan berat badanMy Profile

  15. de engineur says:

    Selamat tahun baru 2014 cikgu teh sekeluarga.

    Mulakan tahun baru dgn senyuman
    de engineur baru je tulis kisah Happy, Happy New Year 2014My Profile

  16. dja@sishaza says:

    Ada laa sikit-sikit tapi tak jauh beza berbanding tahun lepas ….tekad untuk penambahbaikan . Selamat tahun baru untuk cikgu dan semua rakan blogger
    dja@sishaza baru je tulis kisah RIADAH CUTI SEKOLAH CARA ORANG KAMPUNGMy Profile

  17. Begitu pantas masa berlalu, sedar tak sedar dah masuk ke tahun baru…umur pun makin meningkat, kubur pun makin dekat. Bersediakah kita untuk kesana nanti?

    Apa pun Selamat tahun baru untuk semua…
    Rahmat Ariffin baru je tulis kisah Berjuang Atau Mati?My Profile

  18. kadang2 penat juga menghitung azam demi azam yg tak kesampaian namun sebagai manusia yg waras kita tetap perlu mempunyai azam walau sekadar ambisi
    shameel iskandar baru je tulis kisah 10 TAMAN TERCANTIK DI DUNIA.My Profile

  19. zool says:

    azam dah ada .. tinggal nak laksana je sekarang ni
    zool baru je tulis kisah Azam Tahun 2014My Profile

  20. Padin says:

    selamat tahun baru bro tehr…

  21. Rina says:

    Semoga semua azam kita di tahun baru 2014 Insya Allah bisa terpenuhi dan terwujud …
    Rina baru je tulis kisah How To Create A Simple Dynamic Calendar Table With PHPMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Pantun
Share
Tweet
jobdirumah
KERJA SAMBILAN DENGAN PROGRAM JOBDIRUMAH
Pendapatan Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Klik Untuk Mendaftar

Kajang pak malau kajang berharga,
Isteri pak malau memang sweet;
Kenapa minyak perlu naik harga,
Kita kan negara pengeluar sawit.
pantun