Apa khabar pengunjung dan pembaca semua. Hari ini aku mahu berdendang dengan Laporan Setengah Tahun tehramuan [dot] com. Moga-moga kalian pembaca terhibur dengan dendangan yang sudah pasti tidak semerdu suara allahyarham P. Ramlee ini.
Seperti yang aku nyanyikan sebelum ini, senarai pengomen terbanyak masa lalu boleh didapati dengan hanya memasukkan dua tarikh yang dikehendaki. Sepanjang tahun ini [sehingga 30 Jun], aku perhatikan bahawa ada beberapa orang peminat setia yang selalu menyokong persembahan aku. Terima Kasih! [dengan gaya David Arumugam].
- suri (316)
- Mus (263)
- mie (257)
- padin (226)
- Cik Siti (224)
- Ismail N (208)
- dnoBiz (199)
- akubiomed (198)
- zulkbo (171)
- zik (147)
Siaran Google Analytics melaporkan bahawa aku bukan seorang selebriti ternama. Bukan seorang yang popular dan diminati di seluruh dunia. Aku hanya disergah sebanyak 35,626 kali sahaja sepanjang setengah tahun ini. Search Engines pula hanya memberikan 23,472.00 (65.88%) peluang peminat mendengar dendangan aku. Sedih.
Walau pun begitu aku masih sempat merasa gembira kerana Cik Siti masih sudi mengetuai fan club aku. Jadi aku kekalkan banner beliau di sidebar sebagai top referring site blog ini. Aku juga mendapat beberapa Buffered Earning dari Nuffnang dan masih ada 3 BE yang setia menari bersama. Tahun ini juga aku sangat gembira apabila sempat bersua muka dan berdendang bersama sangilapi, dnoBiz, aktechpage dan padin. Aku memang seronok.
Untuk sepanjang bulan Jun aku senaraikan 10 peminat setia yang selalu ada dalam setiap persembahan aku. Kalian boleh sergah mereka yang aku letakkan di sidebar. Mereka yang terlibat ialah Mus, bEe, suri, Cik Siti, Sabahan Bloggers Club, akubiomed, zulkbo, padin, Dulu Lain Sekarang Lain dan tengkorak emas, tapi aku letakkan lima [5] avatar sahaja.
Terima Kasih Semua! [kali ini dengan gaya Ana Raffali]
Pilihan Kisah Berkaitan
Demikian kisah 'Setengah Tahun' untuk tatapan pembaca kali ini. Teruskan membaca kisah-kisah berkaitan yang lain. Penggemar pantun boleh dapatkan pantun @tehramuan di twitter.
berniat nak take over takhta dari suri..
Mus baru je tulis kisah Gossip Wonder Wheel Bakal Mengganti Wonder Girl?
nampak macam tak jauh sangat tu, mus
tambah speed sikit je lagi
hehe
hehe.. apa pun yang penting tehramuan ada pengikut dan pembacanya yang tersendiri..
harap2 aku tak bawa mereka ikut jalan berliku
salam..


blog yang semakin maju
tahniah bro..anda adalah anda
tersendiri..
zulkbo baru je tulis kisah Asam Garam Blogger : Dalam Gelisah Ada Tawa
salam kembali
asal jangan maju ke belakang dah la
Terima kasih cikgu…
Seronok tgk kwn2 yg semakin hari semakin ramai pulak! hehehe
Teruskan berpantun ye cikgu tehr!
sekadar memeriahkan dunia
dan menghibukan diri sendiri je, bEe
pantun pun ikut suka hati je
hehe
blh tahan gak org dtg singgah sini….
agar ramai =)
Salam Suri.
Blog belum OK ke? Suri tau tak nak buat macamana?
PS: Risau gak ni betul2 Suri ke bukan?
Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah Bersih 2.0-a blogger view
masih banyak ruangan kosong ni, suri
jom, pakat2 singgah
blog cahaya cinta masih tak boleh dilayari
kalau buang url bermasalah [dot ru] tu tak boleh juga ke, suri?
Terima kasih tehr.


yang penting jangan putuskan hubungan networking sesama kita.
tak kisah sangat tehr bagi letak avatar atau tidak. tapi dah dibagi, terima kasih banyak.
Sabahan Bloggers Club baru je tulis kisah What is high quality content
sama2 kasih
sbc juga selalu membantu saya
Tanam gandum tumbuhi padi
Tuai barli menyabit jagung
sngguh untung menyemai budi
Tubuh berbakti nama disanjung…
tahniah mereka yg tersenari. uhuk.
maza sekadar lantun-lantun aje ke sini..
hehehehhe
tuai barli menyabit jagung
minuman sejuk kelapa muda
tubuh berbakti nama disanjung
bersama hidup riang gembira
sudah terlalu banyak yang aku tertinggal.
ghost writer baru je tulis kisah mambang di hujung malam
tak banyak mana juga, ghost
lagi pun aku ni tulis ikut sedap jari je
Awat bteropong ajaib aku tak berfungsi nehhhh….
Adoiyaiii….miss lagikkk nama aku…hehehe
yas baru je tulis kisah Malaikat Kecil
bulan 7 ni masuk senarai kot
tak bayar bil kot
tu pasal teropong tak berfungsi hehee
tu dia, banyak betul….

KA enteh di mana la tu..
Kamarul Azri™ baru je tulis kisah Tahniah kepada komen tertinggi bulan June 2011
sama la kita…
terima kasih banyak-banyak…. terima kasih juga sudi bertandang kat rumah Cik Siti….


Cik Siti baru je tulis kisah Dan setiap rezeki datang dariNYA
mak aih
kak suri num 1
cayalah..
tehr,
esok larian 1murid (satu=sorang kan?haha)
join?
puteri baru je tulis kisah sebab-sebab pengharaman BERSIH
sejuk rasa mandi perigi
hai nama aku lmbatkah lagi…hehe
sud@is baru je tulis kisah Jangan Tak Makan
murid2 sekolah lari 1sukan 1Malaysia pagi ni..
moga boleh bagi inspirasi utk TE meningkatkan pecutan di blog ni!
wah dua gaya bro tiru ye

tengkorakemas baru je tulis kisah Burung yang sedia berkorban
Anak tidak dapat sertai Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia kerana ada asma
akubiomed baru je tulis kisah Tayar Pancit di Highway
sikit lagi leh try apply innity ni. hehe..
titan baru je tulis kisah Komisen ke 4 dari 701panduan
Sedikit lagi untuk memohon Innity
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_—\_l__l—[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)–o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
happy 2nd anniversery
Tahniahhhhh di kau tetap popular diantara kalangan semua…
Tahniah pada semua yang tersenarai…
Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung
azli.afzainizam baru je tulis kisah Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauh
jenjalan sini,lama tak menjengah..huhu:)
pergh memang respek la blog ko neh bro..
heheheh..
hebat2..
wadud baru je tulis kisah Lucky Follower Ke 300!!